
Itu lah lakonan gomen,melatah bila sesuatu sudah kena. Bukan depa tak tahu bahawa berpuluh-puluh syarikat keselamatan di negara ini mengambil orang-orang Bangala,Pakistan,Nepal,Cina dan Indon untuk menjadi pegawai keselamatan sama ada secara tetap atau secara sambilan,kerana upahnya murah.
Mungkin,pak guard yang dok jaga pintu pagar pejabat Datuk Johari,Timbalan Menteri dalam Negeri itu pun juga ada terdiri daripada warga Bangala,Pakistan atau Indon,siapa tahu?. Bila dah pakai pakaian uniform serba sebi macam mana nak kenal dia itu warga Bangla,Pakistan atau Indon.?
Pernah sekali,aku dilarang masuk ke kawasan kondo di mana kawan aku tinggal oleh seorang pak guard Bangala,tetapi sebelum dia dapat berkata apa,aku tanyanya, sama ada dia ada permit kerja atau tidak? Dia terus mendiamkan diri dan membenarkan aku masuk.
Banyak lagi kes-kes begini berlaku, bila pak guard warga asing ini bermaharajalela. Sungguhpun itu adalah kerja dan tanggungjawab mereka sebagai pak guard tetapi sanggupkah anda di arah untuk tunjuk kad pengenalan anda atau buat itu dan ini oleh seorang warganegara asing yang datang untuk mengemis di negara ini? Mereka datang ke sini atas permit kerja di ladang atau di kilang dan ada setengah itu pula adalah pendatang haram.
Ini negara kita dan janganlah kita diperbodohkan serta diperhambakan oleh warga asing yang tidak berhak ke atas tanah air kita. Cukuplah dengan dua tiga orang yang bodoh di atas!
cheers.
No comments:
Post a Comment