08 November 2012

Nazri dan Speaker tak bagi Rafizi buat sidang akhbar di Parlimen...

NONEPengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggunakan kuasanya untuk menghalangnya membuat sidang media di lobi parlimen.

Rafizi menegaskan Nazri seharusnya sedar bahawa Parlimen adalah institusi tertinggi milik rakyat dan larangan tersebut akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen.



"Pada fikiran saya, Datuk Seri Nazri Aziz sekali lagi mengambil tindakan yang berunsurkan "konflik kepentingan" kerana sidang-sidang media yang akan datang mungkin akan berkisar mengenai beliau.

"Sebelum ini beliau tidak pernah mempunyai apa-apa halangan dengan sidang media yang dibuat di Parlimen," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

NONERafizi mengulas larangan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengenai penggunaan sudut sidang media di lobi parlimen oleh mereka yang bukan ahli parlimen.

Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan ahli parlimen.


Mengulas lanjut, Rafizi sebaliknya berkata Parlimen wajar disemarakkan dengan isu rakyat baik di dalam atau luar dewan.

"Tindakan Datuk Seri Nazri Aziz dan pengurusan Parlimen menghadkan akses rakyat biasa untuk ke Parlimen dan bersuara melalui sidang media hanya akan merendahkan martabat dan kedudukan Parlimen," katanya.- malaysiakini

Muslihat Nazri larang guna ruang akhbar Parlimen – Rafizi



Ruang sidang akhbar eksklusif untuk anggota Parlimen...

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengisytiharkan ruang sidang akhbar di bangunan Parlimen, adalah khas dan eksklusif untuk anggota Parlimen sahaja berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata orang luar yang masuk ke Parlimen dilarang menggunakan fasiliti itu untuk membuat apa sahaja kenyataan atau sidang akhbar walaupun ditemani oleh anggota Parlimen Bebas, Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang.


“Saya sudah lama fikirkan perkara ini. Sudah sampai masanya, perkara ini dilaksanakan demi faktor keselamatan dan kesucian institusi Parlimen,” katanya pada sidang media khas di pejabatnya di bangunan Parlimen, di sini.


Katanya surat mengenai perkara tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para petugas di bangunan Parlimen.


Beliau menyifatkan apa yang berlaku pada masa ini berhubung tindakan orang luar dengan sewenang-wenangnya mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen, sebagai sesuatu yang memalukan dan mencemar institusi tersebut.


“Jika saya pulang ke rumah dan menonton berita pada waktu malam, saya terkejut melihat orang luar, dengan berlatarbelakangkan Parlimen, dengan mudahnya membuat sidang akhbar.


“Kalau di negara luar seperti India dan Australia, kita tidak dibenarkan sentuh (logo Parlimen) mahupun duduk,” katanya.


Tempat larangan


Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil jika masih terdapat pihak tertentu berbuat demikian, beliau berkata: “Bentara saya akan halau keluar sebab ini tempat larangan. Hanya untuk kegunaan Ahli Parlimen sahaja.”


Beliau berkata larangan tersebut menggunakan Peraturan Mesyuarat 93 dan 94 iaitu ruang sidang media di lobi Parlimen hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh anggota Parlimen dan bukannya pihak luar.


Katanya orang luar boleh mengadakan sidang akhbar tetapi bukan menggunakan fasiliti Parlimen seperti di ruang sidang media di lobi Parlimen, sebaliknya di kawasan lain di dalam bangunan Parlimen.


Terdahulu, selepas selesai sesi soal jawab lisan pada sidang Dewan Rakyat di sini, Pandikar Amin mengarahkan ruang sidang media di lobi Parlimen hanya eksklusif untuk kegunaan anggota Parlimen sahaja.


Katanya tindakan itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 93 dan 94 bagi melindungi keistimewaan dan hak anggota Parlimen.


“Kebelakangan ini, isu bersabit dengan tahap keselamatan Parlimen Malaysia dan penggunaan kemudahan anggota Parlimen oleh pihak lain telah memberi kesan kepada kemuliaan dan keselesaan anggota Parlimen yang merupakan satu keistimewaan atau hak seorang anggota Parlimen.


“Keistimewaan dan hak anggota Parlimen ialah sesuatu yang sentiasa saya utamakan. Saya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat memberi keutamaan (terhadap perkara itu),” katanya.


Pandikar Amin berkata perkara itu akan dikemukakan kepada ketua majlis iaitu Perdana Menteri, menteri yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Parlimen dan ketua pembangkang serta Ketua Pentadbir Parlimen.- FMT



Rafizi: Parliament PC ban aims to silence me...

PKR strategy director Rafizi Ramli alleges that the move to ban non-MPs from holding press conferences in Parliament is aimed at silencing his exposes against minister Nazri Abdul Aziz.

NONE“I have already predicted such action that would be taken by Nazri Aziz, that is to use his powers to stop me from holding press conferences in Parliament.

“In my opinion, Nazri has once again acted in the manner of a conflict of interest because press conferences planned in Parliament might involve him,” said Rafizi in a statement today.


Earlier today parliamentary speaker announced that the media corner in the Parliamentary is out of bounds to non- parliamentarians.

NONELast week Rafizi, who is not an elected representative, held a press conference at the Parliament lobby alleging links between businessman Michael Chia and Nazri through a RM459,000 Hummer SUV used by Nazri’s son.

Chia is the man behind the RM40 million foreign funds that was said to have been brought from Hong Kong to the country, purportedly for Sabah Umno.- malaysiakini


komen sana sini...

Not Confused Rafizi: - of course the expected move is to try to silence you. Why? Because the truth hurts! No matter. There are many other venues you can use to continue your excellent work of exposing fraud and corruption. We are all behind you. It's so sad to think that a senior government member should act in such a childish and petulant manner. Does he really think it will make any difference? All it does is demonstrate that he is on the defensive. I wonder why? Keep up the good work - you will be rewarded next year.
 

justice kini.com - Also aim at the FRANCE Lawyers from briefing the MPs come 22 Nov.How long can Najib/Nasri hold you We believe Rafizi is a rightfull Person for Paliament comes next election
 

Hafiz Hashim - memanglah parlimen untuk ahli parlimen tapi kalau dah jadi ahli parlimen tak pergi Parlimen nak buat menatang apa..ajak berbahas pasal bajet pun penakut apelagi nak berdebat macam election presiden US!..RAFIZI memang bodoh tapi yang bodoh nilah yang menyelongkar isu NFC, kalau tak berapa banyak duit tax payer (bukan duit kerajaan) yang shahrijat and the geng lembu nyer nak songlap..kalau duit UMNO aje gi lantaklah tapi ni duit rakyat termasuk org macam azli syukri ni dan ramesh Naidu niiii...



cheers.

No comments: