31 August 2007

Selamat Hari Merdeka ke-50 Malaysia.....


SELAMAT HARI MERDEKA

ke-50


Merdeka is supposed to be celebrated by all Malaysians,irrespective of their political beliefs,yet after 50 years,the merdeka celebrations still being hijacked by the UMNO goons & their clowns and for how long this kind of mentality will persist is left to be seen.

Selamat Hari Merdeka,negara ku Malaysia......!!

cheers

27 August 2007

UMNO kah pejuang kemerdekaan kita atau.....

Tidak dapat dinafikan bahawa Allahyarham Tengku Abdul Rahman Putera Al-Haj adalah bapa kemerdekaan. Selaku presiden UMNO ketika itu beliau dilantik sebagai PM setelah Perikatan menang dalam pilihanraya umum pertama. UMNO tidak lari daripada pelbagai kontroversi,sejak UMNO dilahirkan,
sehinggalah UMNO diharamkan pada 1987 dahulu. Malah bila UMNO dilahirkan dan tempat kelahirannya juga menjadi satu persoalan.

Mohd. Khir Toyo,MB Selangor kita berbeda pendapat tentang bila dan di mana UMNO ditubuhkan. Katanya “Umno sebenarnya tidak ditubuhkan di Johor sebagaimana yang difahami ramai tetap di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu yang ketika itu berada di bawah Selangor.” tetapi disanggah oleh Shahrir A.Samad yang berkata,"Umno was formed 61 years ago at Istana Besar Johor. The then Sultan of Johor who spoke on May 11, 1946 at Umno's formation said the party was not formed by the roadside but at the palace." Mana satu yang betul?

Mengikut sumber proses penubuhan UMNO itu bermula di Kelab Sultan Sulaiman pada bulan Mac 1946.Dalam perjumpaan itu sebanyak 41 buah persatuan dan pertubuhan Melayu yang hadir dan pertubuhan yang terbesar hadir dalam perjumpaan itu ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) yang dipimpin oleh Dr.Burhanuddin Al-Helmy(gambar).Dr.Burhanuddin Al- Helmy ini kemundian menyertai PAS dan menjadi Presidennya.

Apa yang jelas UMNO tidak lahir solo seperti mana pemimpin-pemimpin UMNO yang ada mahu rakyat jelata tahu. UMNO adalah salah satu komponen parti-parti Melayu yang wujud ketika itu. Malah bendera Sang Saka Merah Putih UMNO menurut Ahmad Boestamam,berasal dari bendera yang asalanya merupakan cadangan dari PKMM dalam sidang pertama Umno setelah ditubuhkan pada Jun 1946 di Dewan Bandaran Ipoh.

UMNO yang ditubuhkan pada 1946 tidak kekal lama kerana ramai orang-orang kuatnya termasuk Presidennya,Dato Onn Jaafar yang keluar dari UMNO. Ramai tokoh-tokoh agama termasuklah Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah(ayahanda PM Dollah Badawi) meninggalkan UMNO untuk meyertai PAS.

Apa yang digembar-gemburkan oleh UMNO hari ini tentang perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan adalah satu pembohongan sedangkan kisah yang sebebarnya cuba ditutup daripada pengetahuan umum.

Berapa ramaikah pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu pernah ditahan atau ditangkap kerajaan British,berbanding dengan begitu ramai pemimpin-pemimpin nasionalisma Melayu seperti Dr.Burhanuddin Al-Helmy,Zulkifli Mohd,Ahmad Boestaman dan lain yang keluar masuk penjara gomen British kerana menentang penjajahan British itu. Kemerdekaan kita diterima atas dulang mas oleh UMNO daripada kerajaan British.

Siapakah sebenarnya perjuang kemerdekaan negara kita?

cheers.

25 August 2007

Port Klang Free Trade Zone(PKFZ) – Satu Projek Gajah Putih BN yang tenat.....

Jualan Tanah

Projek PKFZ adalah idea Dr.Mahathir Mohd.,tetapi beban hutang yang ditanggung berlaku semasa zaman Pat Lah. PKA(Lembaga Pelabuhan Klang) membeli tanah dari Kuala Dimensi dengan harga RM 1.08 bilion pada tahun 2002. Kuala Dimensi membeli tanah tersebut cuma dengan harga RM 95 juta,meningkat 10 kali ganda dalam tempoh 3 tahun. Aneh tapi benar!

PKFZ sekarang dimiliki oleh PKA(Lembaga Pelabuhan Klang) yang diketuai oleh OC Phang. Zon Perdangangan bebas ini adalah seluas 405 hektar di Pulau Indah terdiri daripada 512 gudang simpanan,200 tempat letak kereta berbumbung,sebuah pusat pameran dan sebuah hotel 4 bintang.

Adalah difahamkan bahawa Menteri Pengakutan,Chan Koon Choy telah menandatangani “Letters of Support” kepada Kuala Dimensi,kontraktor turnkey yang dilantik oleh PKA,tanpa restu Kementerian Kewangan. Dengan surat “Letters of Support” ini membolehkan Kuala Dimensi meminjam wang dengan banyaknya dari bank,menyebabkan kos projek itu melonjak sehingga 4 kali ganda kos asalnya.

Kaitannya dengan UMNO

Pengerusi Kuala Dimensi ialah Azim Zaidi,bendahari UMNO yang dilantik menjadi kontraktor turnkey untuk membangun PKFZ. Sejak projek ini dijalankan dari tahun 2003 ianya telah menelan belanja lebih daripada RM 3.3 bilion.

Syarikat guaman yang merangka perjanjian pembangunan PKA dengan Kuala Dimensi di ketuai oleh Timbalan Ketua UMNO Kapar,Abdul Rashid Asari,di samping itu,Ketua Pemuda UMNO Kapar,Faisal Abdullah pula adalah CEO syarikat pembangunan harta tanah dan pelaburan yang terlibat dalam penjualan dan pembangunan PKFZ ini.

Bapa mentua Faisal Abdullah ialah Onn Ismail,pengerusi tetap UMNO Malaysia. Onn Ismail juga adalah bekas pengerusi koperasi nelayan yang menjual tanah tersebut kepada Kuala Dimensi. Pengerusi koperasi perikanan semasa ialah Abdul Rahman Palil,pengerusi UMNO Kapar,ADUN Sementa dan exco kanan negeri Selangor.

Kos terlibat dalam pembangunan PKFZ

Kos pembangunan projek ini meningkat gila-gila dari RM 519 juta kepada RM 3.8 bilion. Kos keseluruhan projek ini sekarang berjumlah RM 4.63 bilion,termasuk RM 1.8 bilion kos pengambilan tanah tersebut.

Jafza,syarikat yang mengendalikan Jebel Ali Free Trade Zone,dari Dubai,baru-baru ini telah menarik diri daripada mengikat kontrak selama 15 tahun,setelah bertelagah dengan pengurusan PKA.

Projek PKFZ ini hanya mampu menarik lebih kurang pelaburan bernilai hanya RM486 juta setakat ini.

PKA yang tenat dengan hutang itu telah di”bailout” oleh gomen baru-baru ini, sungguhpun gomen tahu peningkatan kos yang tinggi adalah kerana amalan rasuah yang sangat berleluasa semasa transaksi itu dilakukan.

Apakah kita sekadar boleh melihat peristewa seperti ini berlaku di depan mata kita,sedangkan rakyat,termasuk anak,cucu cicit kita terpaksa menanggung beban hutang yang melambung tinggi, sedangkan, penyamun-penyamun UMNO yang terlibat di atas senyum ketawa mengira berapa jumlah wang percuma mereka dapat kaut masuk dalam akaun masing-masing.

cheers.

21 August 2007

Five surgeons - Who makes the best patients?

Let me share a joke with U out there. Some good samaritan posted to me..........

Five surgeons are discussing who makes the best patients on the operating table.

The first surgeon says, "I like to see accountants on my operating table, because when you open them up, everything inside is numbered."

The second responds, "Yeah, but you should try electricians! Everything inside them is color coded."

The third surgeon says, "No, I really think librarians are the best; everything inside them is in alphabetical order."

The fourth surgeon chimes in: "You know, I like construction workers...those guys always understand when you have a few parts left over at the end, and when the job takes longer than you said it would."

But the fifth surgeon shut them all up when he observed: "You're all wrong. Politicians are the easiest to operate on. There's no guts, no heart, and no spine, and the head and butt are interchangeable."

- by ZeMMs



We have plenty of them around in bolehland......

cheers.

19 August 2007

Bloggers dan Gomen......

"Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menyifatkan penulis blog politik yang mengkritik pemimpin kerajaan sebenarnya adalah pengecut kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka serta menggunakan laman web yang beralamat di luar negara."- Bernama,18 Ogos,2007.

Lazimnya bukan semua yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin gomen ini 100% benar,banyak mereka kelentong dengan tujuan untuk menampakkan mereka itu begitu perihatin terhadap masalah rakyat. Bukan semua rakyat Malaysia itu bodoh macam pengikut-pengikut UMNO,yang dulu,kini dan selama-lamanya ibarat macam lembu pawah diheret tali yang diikat pada hidungnya;ke mana saja tuannya heret ke situlah lembu pawah ini ikut.

Rakyat rata-rata berpelajaran dan mereka tahu untuk membedakan antara yang baik dan buruk. Sayangnya ruang untuk melepaskan pandangan bebas mereka ini sangat terhad. Kesalahan-kesalahan gomen ditutup rapat oleh gomen sendiri,sungguhpun pemimpin-pemimpin gomen seringkali melaungkan,"kami mengamalkan demokrasi".

Demokrasi apa bila tahap pemikiran rakyat ditindas dan dicantas? Itulah demokrasi taik kucing ala UMNO kata datuk aku.

Adanya arus kemajuan,ramai orang boleh akses internet dan menerusi media ini rakyat boleh meluahkan pendapat masing-masing.

Apakah rakyat tidak boleh mengkritik pemimpin gomen, seandainya pemimpin gomen itu sendiri terlibat dengan amalan-amalan yang tidak baik?. Macamlah si Mat kita yang bawah lari anak dara orang dan bernikah di sempadan,tetapi tidak mahu mengaku? Apakah amalan begini,satu amalan yang baik? Mungkin dikalangan pemimpin UMNO perbuatan itu adalah sah mengikut ajaran Islam Hadhari,tetapi dari kaca mata rakyat jelata,perbuatan itu adalah menjijikkan.

Gomen boleh gempaq rakyat dan bloggers dengan berbagai enactment undang-undang yang akan diambilnya,tetapi suara rakyat dan bloggers sukar ditutupi dan akan terus bergema.

Pemimpin-pemimpin kita harus belajar dari tokoh dalam gambar (di sebelah kiri ini). Walaupun beliau adalah seorang Presiden,tetapi pakaian,amalan dan cara hidupnya adalah paling sederhana. Tidak kira di tempat mana bila sampai waktunya beliau akan bersujud kepada Allah. Bukan macam kita,walaupun tersergam dengan bangunan mesjid yang indah,namun bilangan saf ketika waktu solat tidak lebih daripada dua.

Apa erti kemerdekaan jika kita tidak dibenarkan bersuara....???

cheers.

16 August 2007

Syarikat bas ekspres puaka yang tak bertanggungjawab....

Perpatah Inggeris berbunyi "dead man tell no lies",sebaliknya yang masih hidup pula masih lagi terhoyong-hayang mencari siapa yang bertanggungjawab terhadap tragedy ini?

Setelah beberapa hari berlakunya kemalangan ngeri bas ekspres Super dekat Bukit Gantang,Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) masing-masing saling menuding jari seolah-olah mahu ‘melepas tangan’

Lebih menyedihkan lagi ialah status Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Sdn Bhd (SKBG) yang terlibat dalam nahas ngeri meragut nyawa 20 mangsa itu masih menjadi misteri apabila usaha menjejak pejabat syarikat bas itu gagal sehingga kini. Usaha demi usaha untuk mengesan syarikat bas tersebut gagal sama sekali,seolah ianya ibarat sebuah syarikat bas berpuaka yang wujud untuk meraih keuntungan semata tetapi tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Lebih aneh lagi ialah,sejak 1997, syarikat bas itu tidak lagi mengemukakan sebarang laporan kepada pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta telah menghentikan caruman pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP).

Kalau tidak ada rekod,tidak ada caruman KWSP untuk pekerja-pekerjanya,kenapa pihak-pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil tindakan? Andaian saya mudah saja "depa tu semua dah kenyang disuap"

Sikap "ignorance" di kalangan pihak berkuasa(LPKP,Polis & JPJ) membuat penyangak-penyangak ini bermaharajalela. Saksikan saja senario dekat Hentian Puduraya tiap-tiap hari,ratusan ulat bergentayangan,berpuluhan bas sekolah,bas persiaran dan bas kilang tiba-tiba menjelma menjadi bas ekspres puaka,yang belum tentu bas-bas ini semuanya selamat dan pemandu-pemandunya berdisiplin.

Kalau seorang pemandu yang mempunyai 79 saman dan 2 waran tangkap tidak dapat dikesan oleh Polis,JPJ dan LPKP,apatah pula dengan berpuluhan bas ekpres puaka ini yang bermaharajalela di atas jalanraya?

Musim perayaan akan tiba tidak lama lagi,sudah pasti syarikat-syarikat bas puaka seperti ini akan muncul untuk meraih keuntungan yang lebih besar tanpa menghiraukan keselamatan penumpang-penumpangnya.


Kita tunggu dan lihat apa agensi-agensi seperti JPJ,Polis & LPKP akan buat? Kalau depa pun dah kenyang kena suap maka makin banyaklah nyawa akan terkorban. Apa pula pandangan pak menteri pengangkutan,YB.Datuk Seri Chan Koon Choy...baca seterusnya di sini.

Inilah budaya agensi-agensi gomen yang sedia ada. Sudahkah kita terlewat?.



cheers.

15 August 2007

Dakwat tanda jari dan penipuan dalam Pemilu....

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan dakwat tanda kuku atau jari pada pilihan raya umum akan datang bagi menghapus segala keraguan dan dakyah pihak tertentu berhubung penipuan dalam proses pengundian di negara ini yang dibangkitkan selepas pilihan raya umum 2004. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata walaupun langkah itu terkebelakang dan tidak berkesan membanteras penipuan jika benar-benar wujud, ia dapat mengurangkan usaha pihak tertentu menggunakan isu pengundi hantu sebagai gimik politik atau menjatuhkan imej SPR."- Berita Harian,14 Ogos 2007

Bila membaca kenyataan Pengerusi SPR ini,seolah-olah dia mengakui bahawa gejala penipuan sememangnya berlaku dalam setiap pemilu. Gejala penipuan ini wujud,tetapi sering dinafikan oleh SPR,walaupun telah ditunjukkan dengan bukti-bukti-bukti kukuh.

Pengerusi SPR ini juga pernah berkata,"In an election, cheating could be done in three ways namely by using the identity cards of dead electors, using other voters' identity cards or casting the votes twice (by using the same identity cards at two different places),"

Ada berbagai cara penipuan lain yang boleh dilakukan selain daripada apa yang disebut oleh Pengerusi SPR itu. Namun demikian,perbuatan penipuan ini akan menjadi lebih berkesan dengan bantuan pihak-pihak lain yang bekerjasama bagi menjayakan rancangan tersebut untuk memastikan parti yang memerintah terus berkuasa.

Antara cara penipuan yang dilakukan adalah:

a. memindah pengundi-pengundi pembangkang totok ke tempat-tempat lain yang jauh dan
tempat mereka diganti dengan pengundi-pengundi impot.
b. mengeluarkan buku daftar pemilih yang berbeda-beda,semasa semakan,nama anda tercatat hitam putih,tapi bila masa hendak mengundi tiba-tiba nama anda tiada,pelik tapi benar.
c.pindah pengundi sesuatu kaum dari satu kawasan Parlimen yang pasti kehadiran mereka itu tidak membawa apa-apa makna ke kawasan Parlimen lain yang perlukan sokongan kaum tersebut. Umpamanya pindah pengundi-pengundi Melayu dari Jelutong atau Tanjong ke Permatang Pauh.
d. memasukan nama pengundi-pengundi baru,walaupun pengundi-pengundi ini tidak pernah memohon untuk menjadi pengundi dengan ganjaran tertentu.

Demikianlah beberapa penipuan yang boleh saya fikirkan,mungkin anda tahu cara-cara penipuan lain,berkongsilah dengan aku.

cheers.

14 August 2007

Takziah dan ntv7 pun lintang pukang.....

Salam takzaiah kepada keluarga-keluarga 19 orang yang maut dalam kemalangan bas ekpress di lebuhraya dekat Bukit Gantang kelmarin. Bas Super Express dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang itu telah digunakan sejak 1987 ,gagal empat kali pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. baru-baru ini kerana masalah brek, disaman 19 kali oleh polis sejak 1991 selain merekodkan 79 saman dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lima tahun lalu. Sedangkan pemandunya pula mempunyai 15 saman dan dua waran tangkap.

Apa dah jadi, JPJ,Puspakom,Polis & Kementerian Pengakutan dok tidur lagi kah? Macam mana bas dengan rekod yang begitu buruk masih dibenarkan untuk dipakai? Sudah tentu ada kira-kira bawah counter punya antara syarikat bas dengan pihak-pihak tertentu. Sekarang ini batal saja lesen syarikat tersebut,kalau setakat memberhentikannya buat seketika tidak memadai jika dibanding dengan tragedi yang berlaku itu,di mana 19 nyawa terkorban sia-sia saja.

Kalau tegur depa marah,bila dah berlaku kemalangan begini depa naik gelabah,mula tuduh orang ini dan itu. Itulah budaya jabatan-jabatan gomen yang ada hari ini.



Dalam siaran berita ntv7 semalam,ditunjukkan gambar nahas dan caption yang ditayang di kaca tv adalah seperti berikut,"PM: BUS DRIVERS MUST BE AS HEALHY AS PILOTS"

Apa maksud HEALHY? "Healthy" kot. Membuat kesilapan di kaca tv yang ditonton ribuan penonton,termasuk pelajar-pelajar sekolah agak memalukan,mungkin editornya tertidur ketika itu.


cheers.