23 July 2023

Salahuddin Ayub passes away at 61...


Domestic Trade and Cost of Living Minister Salahuddin Ayub has passed away today. His daughter Siti Fatihah announced on Facebook that he had died at 9.23pm. The 61-year-old leaves behind a wife and six children.

The Amanah deputy president had been rushed to a hospital in Alor Setar on Friday, where doctors detected that he had a brain haemorrhage. He had undergone emergency surgery and was reported to be in stable condition this morning.

Salahuddin was a three-time Pulai MP and two-time Kubang Kerian lawmaker. As the domestic trade and cost of living minister, Salahuddin introduced the Rahmah initiative which sought to bring affordable goods and services to the public.

This started with RM5 meals, and has since expanded to other goods and services such as insurance, and glasses.The Johor native previously served as agriculture and agro-based industry minister under the first Pakatan Harapan government. 

Salahuddin's political journey began in Angkatan Belia Islam Malaysia, where he was the Pontian secretary in the early 1980s. He also joined PAS at that time and slowly climbed the ranks - with his highest post being PAS vice-president.

In 2015, when PAS split over disagreement on whether to continue being allied with DAP, Salahuddin was among those who left the party to form Amanah. - mk. A great loss to the nation. My condolences to the family. May Allah bless his soul, forgive his sins and place him in Jannatul Firdaus. Ameen...

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub meninggal dunia pada usia 61 tahun malam ini. Anak kepada allahyarham timbalan presiden Amanah itu, Fatihah Salahuddin memaklumkan pemergian bapanya pada hantaran di media sosial. "Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023," katanya.

Ahli parlimen Pulai itu telah dikejarkan ke hospital di Alor Setar pada Jumaat dan doktor mengesan dia mengalami pendarahan otak. Allahyarham telah menjalani pembedahan kecemasan dan sejak itu diletakkan bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU). Salahuddin meninggalkan seorang balu Fatimah Taha dan enam orang cahaya mata.

Dalam perkembangan berkaitan, setiausaha akhbar kepada menteri KPDN, Syakirin Husnal memberitahu jenazah allahyarham sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai di Johor.

"Pihak keluarga Allahyarham ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama ini.


Inisiatif Rahmah

"Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. "Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman," katanya pada satu kenyataan.

Salahuddin merupakan ahli parlimen Pulai selama tiga penggal dan dua kali berkhidmat sebagai ahli parlimen Kubang Kerian. Sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, Salahuddin memperkenalkan inisiatif Rahmah yang bertujuan menyediakan barangan dan perkhidmatan mampu milik kepada orang ramai.

Ini bermula dengan sajian Menu Rahmah RM5 dan sejak itu telah berkembang kepada barangan dan perkhidmatan lain seperti insurans, cermin mata. Anak jati Johor itu sebelum ini berkhidmat sebagai menteri pertanian dan industri asas tani di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang pertama. - mk. Semoga beliau ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...



cheers.

No comments: