20 August 2013

Sharizat nak jadi penasihat khas Najib...


Dilihat sebagai langkah mengembalikan karier politiknya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka akan dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri dalam isu berkaitan wanita. Jawatan penasihat khas itu bertaraf menteri.

Shahrizat juga akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan Umno tahun ini.

Setakat ini, hanya Datuk Seri Azalina Othman Said telah menyatakan hasrat untuk mencabar Shahrizat.

Shahrizat juga pernah dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial pada 2008, walaupun beliau tewas dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2009 selepas beliau memenangi jawatan Ketua Wanita selepas menewaskan penyandang jawatan berkenaan, Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau kemudiannya mengangkat sumpah sebagai Senator pada 2009, namun meletakkan jawatannya pada April 2012,selepas ahli keluarganya terlibat dengan skandal kontroversi National Feedlot Corporation (NFC).

Shahrizat juga tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.


Bagaiamanapun tidak diketahui bila Perdana Menteri akan membuat pengumuman tersebut. -mStar



Najib mum on Shahrizat's comeback in gov't...

Prime Minister Najib Abdul Razak kept mum today over reports that Umno Wanita chief Shahrizat Abdul Jalil would be appointed as his special officer on women’s affairs.

“No announcement for anything yet, just leave it at that,” he told a press conference in Putrajaya today.

Today, The Star had reported that Shahrizat was expected to be appointed as Najib’s special officer on women’s affairs soon.

In 2008, despite losing in the general election, Shahrizat was made senator and appointed women, family and community development minister.

However, she ceased to be minister after her tenure as a senator was not renewed in light of a corruption scandal.

Shahrizat's has been plagued in the National Feedlot Corporation (NFC) scandal in which the company, owned by her family, was accused of abusing a RM250 million government loan.

They were alleged to have spent the money on expensive properties and holiday trips instead of using them for the national beef valley project.-malaysiakini


SS Dhaliwal - One corrupt politician working for an even bigger corrupt PM

trublumalaysian - Wait for it folks; soon, we'll have other minister's anak, suadara-mara, pakcik's and makcik's in the ministries as special officers. Apa ini? All in the family comedy show ka?
 

FairGame - This PM seems to think that the cow is still useful, and can be milked for all it's worth.

Ravi Kumar - tak ada ke wanita yang berkabiler di Malaysia ini ??? asyik-asyik muka ini seja...sapu lagi wang rakyat, RM 200 juta tak cukup keh???
 

Ramlee Abu Samah - Lantiklah apa jawatan sekali pun!Lembu tetap lembu
 

Khairrudin Omar - Helo macai wanita UMNO,untong lembu dpt jadi pegawai khas pada PM,dh dpt rm250 juta,dapat jawatan lagi,hampa semua dapat tahi lembu nasib badan...




video
Polis mengesahkan lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Sungai Nibong di sini awal pagi tadi terbabit dalam beberapa jenayah senjata api.


cheers.

No comments: