05 November 2009

Pasukan Toyota tarik diri daripada litar F1...........

Pasukan 1Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan, kata Najib Razak. Menurut Najib projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.

Najib memberitahu tokoh korporat terkemuka seperti Datuk Seri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun dan SM Nasarudin SM Nasimuddin turut terlibat dalam inisiatif tersebut. “Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, diuji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia,” katanya.



At a hastily arranged press conference this evening in Tokyo, Toyota CEO Akio Toyoda announced that the carmaker is the latest big player to quit Formula One motorsport. Toyota, which competed in 139 races after entering the sport in 2002, recording no wins, will quit immediately.

Toyoda said the company will also stop providing engine to the Williams team. “It’s a complete withdrawal,” he said, citing the “the current severe economic realities”. Toyota follows Honda, which quit F1 last December, and BMW which entered its final race on Nov. 1 in Abu Dhabi. On Nov. 2, Japanese tire-maker Bridgestone said it would pull also out of the sport, saving $100 million a year.

source:business week



Kalau syarikat motor tersohor seperti Toyota dan Honda telah menarik diri daripada litar F1, apa peluang yang ada pada team F1 1Malaysia boleh berjaya besar? Sedangkan dalam litar A1 pun prestasi Malaysia tak pernah cemerlang,ini kan pula dalam litar F1.

Najib perlu ingat akan perojek mega PKFZ yang telah menelan lebih daripada RM 12 bilion,PKFZ gagal,wang rakyat dibalun penyamun-penyamun yang kini masa berkeliaran,naik turun Parlimen,sungguhpun bukti cukup sudah ada,tapi gomen 1Malaysia masih kecut teloq untuk ambil tindakan terhadap penyamun-penyamun tersebut.

Sekarang timbul pula khabar-khabar angin bahawa projek keretapi 'double tracking' yang setakat ini menelan belanja lebih daripada RM 6 bilion bakal menghadapi masalah ala PKFZ. Baca di sini.

Sampai bila lagi rakyat akan diperkudakan dengan kegagalan projek-projek mega seperti ini,yang akhirnya rakyat tak dapat sebarang faedah, sebaliknya penyamun-penyamun yang tersenyum lebar kerana akaun bank mereka bertambah besar...........

cheers.

1 comment:

mangchikla said...

biler da big players dah tarik diri, tinggal mesia buat circuit sorang sorang, dan istihar "horrraayyyy! 1 Mesia menang!!!" Pastu peghabih duit ratusan juta