18 July 2008

Nampaknya gomen UMNO/BN setuju cadangan Anwar.......

Nampaknya selepas debat hangat gomen UMNO/BN telah menggorak langkah untuk implement dua cadangan Anwar yang diutarakannya dalam debat dengan Ahmad Shabery Chik tempoh hari..................

Tentang Rezab Bekalan Tenaga Letrik

Anwar : Bagaimana boleh dapat saya kumpulkan RM5 bilion ini? Saya akan jelaskan dan memperincikan berikutnya. Iaitu TNB sekarang umpamanya mempunyai standby capacity yang berlebihan. Reserve 40%, di antara paling tinggi di dunia. Siapa yang untung? IPP – Jana Kuasa Bebas. Untungnya sudah berbilion ringgit, ada lagi kapasiti yang begitu besar.

Mengapa kita harus berikan? PETRONAS rugi, TNB rugi… yang untung IPP. Dan kapasiti 40% itu saya usulkan untuk dikurangkan standby capacity itu kepada 20%. Dengan mengurangkan kapasiti itu sahaja kita telah mendapat RM2 bilion. Jadi kita kena cari RM3 bilion lagi. PETRONAS hari ini dalam financial announcement menyebut jumlah keuntungan yang besar bagi tahun 2008 yang baru selesai diumumkan hampir RM100 bilion.

Untung IPP ini berbilion dan PETRONAS itu kerugian, termasuk TNB kerana beban perjanjian IPP. Sebab itu harus diteliti semula. Saya menganggarkan, kalau diteliti semula selain RM2 bilion rizab kapasiti kita boleh jimatkan RM1 bilion lagi. Dari kadar RM3 bilion, kita hanya perlu RM2 bilion.

Selepas debat gomen UMNO/BN kata................

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menurunkan margin simpanan (reserve margin) bekalan tenaga elektrik negara daripada 41 peratus kepada 25 peratus menjelang 2014 bagi menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1.5 bilion setahun yang ditanggung kerajaan dalam industri tenaga. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata proses untuk menurunkan margin itu memerlukan tempoh masa lama kerana banyak perkara perlu diambil kira seperti komponen bekalan tenaga elektrik, daya harap tenaga dan perkembangan ekonomi negara.

"Bagaimanapun, perancangan bergantung kepada pelan induk yang dirangka kementerian dan dijangka siap pada September ini. Jika kerajaan berjaya menurunkan margin simpanan itu, ia bakal memberikan penjimatan kepada negara yang dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion setahun.

Ditanya rundingan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) bagi merundingkan semula perjanjian pembelian tenaga (PPA), Shaziman berkata, kementerian menyerahkan kepada TNB membuat rundingan itu.

"Kita bagi mereka masa buat rundingan dan sekiranya dalam masa dua atau tiga bulan masih tidak berjaya, kita akan minta Suruhanjaya Tenaga memberikan bantuan," katanya.- Berita Harian Online.

Tentang dividen khas Petronas.

Anwar : Soalnya sekarang, kita beri satu kebocoran yang saya sebutkan tadi. PETRONAS umumkan, ada dividen khas selain daripada beberapa bilion tadi ni, dividen khas tahun ini kepada Kerajaan sebanyak RM6 bilion. Tak bolehkah saya ambil RM1 bilion untuk tampung, supaya kos minyak turun 50 sen?

Apa, bagi Ahli-ahli Yang Berhormat, berat sangat ke? Allah, bagaimanakah, takut bayangkan Kerajaan nak bagi RM1 bilion. RM1 bilion, untuk redakan masalah ini. Saudara percayalah, dua bulan, tiga bulan sekarang. Ini bukan soal penangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat satu wadah. Ini soal, rakyat. Kalau kita nak teruskan kebijakan ekonomi, sekarang ini, apa yang akan berlaku ialah kemelesetan, pengangguran yang sekarang setengah juta akan mencecah hampir 1 juta orang. Ini beban kepada rakyat.

Selepas debat apa gomen UMNO/BN kata..........

KUALA LUMPUR, 17 Julai -- Kerajaan merancang menggunakan dividen khas diberikan Petronas sebanyak RM6 bilion bagi meringankan beban rakyat menghadapi kenaikan harga bahan api pada masa ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengumumkan usaha-usaha yang akan dijalankan menggunakan dividen itu.

"Akan ada lebih banyak pengumuman bagi membantu rakyat (dengan dividen khas itu)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran pendidikan dan kerjaya Malaysia 2008 anjuran Pekan Fest, serta logo F500 Powerboat World Championship Series 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Petronas Selasa lepas mengumumkan mencatat prestasi tahun kewangan luar biasa yang membolehkan syarikat minyak negara itu menyumbang RM62.8 bilion kepada perbendaharaan negara, dan dari jumlah itu, RM30 bilion adalah dividen. Daripada RM30 bilion dividen, RM6 bilion merupakan dividen khas yang akan dibayar tahun ini.
- BERNAMA

cheers.

No comments: