14 April 2009

Terengganu: 10 ADUN boikot, paksa MB undur.......

Sepuluh ADUN Barisan Nasional memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi.

Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid kepada Malaysiakini hari ini.

Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - dispekulasikan berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu.

Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran 10 ADUN tersebut termasuk beliau sendiri sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said seperti diura-urakan sejak minggu lalu. Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS jam 11.20 malam.

Krisis terhadap kepemimpinan menteri besar Terengganu kali ini genap setahun selepas perebutan kuasa antara Ahmad - yang disokong oleh istana - dengan menteri besar waktu itu Datuk Seri Idris Jusoh.

10 ADUN yang tidak hadir adalah: Rosol Wahid (Ajil), Din Adam (Bukit Besi); Alias Abdullah (Alur Limbat); Zawawi Ismail (Kuala Berang); Abd Halim Jusoh (Permaisuri); Ramlan Ali (Jabi); Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah (Paka); Muhammad Ramli Nuh (Tepuh); Muhammad Pehimi Yusof (Kota Putera); Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Air Putih).

BN menguasai 24 kerusi DUN, sementara PAS pula 8 kerusi.

source:malaysiakini

Kalau UMNO masih menuduh Nizar mabuk kuasa, cuba lihat apa yang berlaku di Terengganu hari ini.

Kalau ini bukan mabuk kuasa, apakah jadah semua ini......

Btw. will Idris Jusoh or Rasol Wahid seeks PAS to bring down Ahmad Said's gomen? Only time will tell.

Lawang jangan tak lawang......

Baca di sini dan sini.

cheers.

13 April 2009

Derhakakah Nizar, bila dijemput Duli Tuanku Sultan......

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau tidak menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 19 April ini sebaliknya beliau diundang menghadiri majlis sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda.

"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Desas-desus sebelum ini menyebut beliau akan menghadap Sultan Azlan pada tarikh tersebut.

Pada 7 April lalu, Nizar memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan menewaskan calon Barisan Nasional dan Bebas.

Bekas Menteri Besar itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai referendum rakyat berhubung isu krisis politik Perak, Nizar meminta diadakan pilihan raya baru negeri dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sidang DUN bawah pokok awal Mac juga meluluskan usul sedemikian dan telah dipersembahkan untuk perkenan Sultan Perak.

source:mstar online

Tentu UMNO terkejut beruk bila mendengar berita ini,kerana sepanjang kempen PRK Bukit Gantang baru-baru ini,UMNO dok menjaja di rata pekan dan kampung yang Nizar ini seorang penderhaka.

Bukan setakat berkempen,UMNO juga menggunakan media massa,TV1,2,3,7,8 & 9,Bernama TV dan Astro Awani untuk memenuhi agenda taik mereka itu.

cheers.

11 April 2009

Theories surrounding Altantuya's murder will never end...........

The two co-accused in the brutal, cold-blooded murder of Mongolian woman Altantuya Shaariibuu in a Malaysian jungle in late 2006 have been found guilty. The Shah Alam court trial judge yesterday condemned former Chief Inspector Azilah Hadri, 32, and Corporal Sirul Azhar Umar, 36, to death by hanging. Bernama, always in its infinite wisdom, said: “While there are many conspiracy theories still going around, the verdict on Sirul Azhar and Azilah may put to an end many of these theories.”

They won’t.

Best known for being the Umno regime’s mouth organ, Bernama has done it again: It has editorialized for the regime. More specifically it has acted for its boss, newly minted Prime Minister Najib Abdul Razak, and for his close buddy and one-time ‘strategic adviser’, Abdul Razak Abdullah Baginda, 48. Abdul Razak was the executive director of Malaysian Strategic Research Centre (MSRC). MSRC came into existence only because of the largesse it got from Najib Razak and the Umno regime.

Abdul Razak faced court over charges of conspiring to murder Shaariibuu. His trial date was expedited not because Malaysia’s corrupt and bureaucratically top-heavy courts and judicial system have been suddenly reformed. It was because of Abdul Razak’s connections with the Umno elite, and in particular with Najib Razak. Period.

Abdul Razak was acquitted in quick time. So quick that it would have made Speedy Gonzalez terribly envious. Look how quickly Abdul Razak packed his bags and quietly slipped out of the country right after his acquittal to - of all places - Oxford University in England, where, apparently, he is undertaking a doctorate. Obviously he’s lying low. Or someone in the regime told him to lie low for a while. This may take him forever.

Theories surrounding Shaariibuu’s heinous murder will never end, especially now that Najib Razak has been made prime minister. Najib, curiously, was unchallenged by Umno’s general assembly delegates in a system of selecting its leaders and the country’s prime minister and his deputy.

It’s a system that is feudal, opaque, corrupt and undemocratic. Umno is the breeding ground of money politics. In turn it also institutionalizes corruption at all levels of Malaysian society. So why shouldn’t it also toxicate the legal system in Malaysia, particular in the dispensation of ‘justice’?

There are far too many unanswered questions. The prosecutors in Abdul Razak’s trial did not ask all the questions they could or should have asked. Key witnesses were not called to testify, including Najib Razak and his wife. Even Abdul Razak was never put on the stand. The prosecution was never allowed to challenge his testimony or test his alibi.

Najib, for his part, has denied till blue in his face that he was never involved in Shaariibuu’s murder. He continued to deny it right up to the recent Umno summit. Then he became dead silent on the matter.

Cat got his tongue?

Najib’s name is mud. His repeated denials are worn out. Malaysians do not trust him. He cannot win their trust unless he proves beyond all doubt that he was never involved in Shaariibuu’s murder. The police - bless their corrupt souls - must investigate and investigate thoroughly and not in the way they tend to investigate politicians and their well-connected cronies and nepotists.

Malaysian police cannot brush this grisly murder under the carpet. It cannot lie. It can not cover up. It can not concoct more falsehoods. Otherwise Malaysians have a right to demand the sacking of the Inspector General of Police for his incompetence and partisanship, for being too close to the regime or, more to the point, being part of the regime’s protection racket.

Malaysian police and Malaysian judges and magistrates cannot and must not protect the political elite - Malay, Chinese and Indian - and their anointed Tuns and Tan Sris and Datuks, all their cronies, and all their relatives and children. This includes DSP Musa Safri.

The case against Abdul Razak must be re-opened. Najib Razak must be investigated. If this happens Najib must stand down as prime minister immediately and Member of Parliament. No question.

The stench of murder reeks all the way to hell. Azilah Hadri and Sirul Azhar, now in the gallows, will do well to tell Malaysians what they know, all that they know, about who had given them instructions to kill Shaariibuu. It’s fanciful that they could have taken such an action on their volition. What on earth would have been their motive?

Azilah and Sirul may be allowed to appeal their sentences as a matter of course. If their appeals are upheld, it’ll sear the minds of suspicious Malaysians of inside-play. If they’re freed through a royal pardon, more suspicions will be cast. And their silence will be handsomely paid off.

Or they’ll be gagged ever so tightly that when they are hung they’ll barely emit a gasp. That’s the ultimate price of keeping them silent to protect the political elite in this hideously corrupt Umno regime.

So, who’s willing to hold their breath that the Malaysian police will re-open Abdul Razak Baginda’s case and re-investigate him and also investigate the new prime minister? - by Manjit Bhatia

source : malaysiakini

Perkara-perkara yang kita ingin tahu adalah.......

1. Azilah kenal Altantuya atau tidak?

2. Sirul kenal Altantuya atau tidak?

3. Kalau mereka tak kenal apa motif mereka membunuhnya?

4. Azilah dan Sirul bekerja dengan UTK. Siapakah bos mereka?

5. Macam mana mereka terlibat dengan kes ini dan siapa yang suruh? Siapa dalang di sebalik UTK dengan meletupkan Altantuya menggunakan bom C4? Macam mana bom C4 jatuh ke tangan pegawai UTK ini?

6. Mana senjata pembunuhan, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan beramaran yang dibuatoleh Sirul? Sirul mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa soal senjata pembunuhan tidak berbangkit dalam perbicaraan?

7. Rekod Imigresen berkaitan dengan kemasukan Altantuya ke Malaysia tiba-tiba terpadam. Tapi Altantuya tetap berada di Malaysia pada ketika itu. Sekarang orang yang dikatakan membunuh Altantuya sudah kena hukum gantung. Adakah ianya Altantuya atau siapa ya?

8.Siapa yang memadam rekod Imigresen tersebut? Atas arahan siapa? Kenapa tiada siasatan dibuat?

9. Hanya Azilah dan Sirul yang tahu apa sebenar berlaku. Apakah mereka lakukan kerana dengan niat nak bunuh? atau kerana atas arahan orang-orang tertentu?.

10. Kini Azilah dan Sirul menunggu masa untuk digantung. Apakah kesalahan yang mereka buat itu benar-benar dengan rela hati atau mereka bertindak sebagai "kambing korban" atau pak sanggup yang rela dikorbankan bagi melindugi orang-orang tertentu, allahu a'alam..........

Baca di sini, sini, sini dan sini.



cheers.

10 April 2009

Tok Dalang Mahathir dengan kabinet baru Najib......


Kabinet Dato' Seri Najib Razak yang diumumkan hari ini dianggap menjelaskan situasi sebenar ada pemimpin lain yang lebih berkuasa berada di belakang perdana menteri baru. Bayangan Tun Dr Mahathir Mohamad semakin jelas sekarang dan ia tentunya menjadi kebimbangan rakyat kerana pemimpin itu pernah dicemuh mereka sebelum ini.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, pelantikan kabinet baru membuktikan keretakan dalam Umno semakin parah, apabila hanya penyokong Najib dan Dr Mahathir sahaja yang diberi tempat.

"Sekiranya Najib meneruskan pentadbiran negara dengan ada tokoh berada 'di belakang tabir' ianya amat bahaya serta memberi kesan yang buruk kepada sesebuah kerajaan.

"Ini kerana kerajaan yang baik akan berdiri sendiri dan tidak sekali-kali dicucuk hidung mengikut rentak pihak lain," katanya sebagai mengulas barisan kabinet baru Najib yang diumumkan petang tadi.

Menteri yang digugurkan iaitu Dato' Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Dato' Ir Mohd Zin Mohamed, Dato' Azalina Othman Said dan Dato' Ong Ka Chuan. Manakala pemimpin yang dibawa masuk semula ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Dato' Dr Awang Adek Hussin.


Lebih mengejutkan lagi apabila Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin langsung tidak diberi tempat, sedangkan pencabarnya yang kalah dalam pemilihan pergerakan itu bulan lalu, Dato' Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Begitu juga Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim dilantik Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Sepupu Najib, Dato' Seri Hishamuddin Hussein pula dilantik Menteri Dalam Negeri menggantikan Syed Hamid.

Husam juga berkata, pelantikan kabinet baru itu langsung tidak mencerminkan institusi kehakiman dan polis akan pulih imejnya memandangkan menterinya tiada kredibiliti.

"Apabila perkara ini berlaku, mereka tidak akan dihormati masyarakat dan institusi berkenaan akan dipandang dengan imej buruk," ujarnya.

Malah kata beliau kabinet baru hanya mencerminkan kesetiaan tokoh yang dilantik kepada perdana menteri dan Dr Mahathir.

Beliau berkata, mana-mana pemimpin yang menjadi penyokong setia kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi digugur walaupun baru dilantik hanya sepenggal.

source: harakah daily

Tak ubah macam kicap di isi dalam botoi berlabel baru............

cheers.

3 wakil rakyat Bebas sah penyandang DUN Perak......

Pertikaian terhadap 3 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akhirnya selesai apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa tiga wakil rakyat bebas di negeri itu masih kekal sebagai penyandang kerusi tersebut.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang mengetuai panel lima anggota, membenarkan permohonan tiga wakil rakyat berkenaan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang memohon perisytiharaan bahawa mereka adalah wakil rakyat yang sah.

Hakim Alauddin dalam keputusan yang mencipta sejarah itu turut memerintahkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukan Speaker DUN Perak S. Sivakumar.

Beliau berpendapat bahawa tafsiran Perkara 36 (5) Perlembagaan Perak, yang dibaca bersama Seksyen 12 (3) Akta Pilihanraya 1958, bermaksud SPR merupakan entiti sah untuk menentukan jika wujud kekosongan kerusi DUN Perak.

Ketiga-tiga wakil rakyat Bebas itu memohon supaya saman terhadap Sivakumar itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Perak 1957 bahawa SPR merupakan entiti yang sah untuk menentukan kekosongan kerusi DUN Perak.

Berikutan keputusan mahkamah itu, saman ketiga-tiga wakil rakyat itu terhadap Sivakumar dibatal.

source: mstar.com.my

Jadi sekarang SPR berkuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi DUN kosong atau tidak dan tidak lagi menjadi tanggungjawab Speaker DUN.

Setahu aku SPR adalah badan yang diberi tugas untuk menguruskan pilihanraya umum atau pilihanraya kecil dan tidak lebih daripada itu.

Hasil daripada 'ruling' ini akan timbul isu di mana pula letaknya kuasa raja(sovereignty) sesebuah negeri?

Baca sini.

cheers.

09 April 2009

Azilah Hadri and Sirul Azhar to hang...............

The Shah Alam court today sentenced two policemen to death after finding them guilty of murdering a Mongolian woman in 2006. Wrapping up a 159-day trial, High Court Judge Zaki Yasin ruled that he found the defense of Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar 'unbelievable' as 'each of them are blaming the other'. He said he was convicting 'both of you as charged' with murdering 28-year-old Mongolian Altantuya Shaariibuu sometime between Oct 19 and Oct 20, 2006.

"They failed to raise any reasonable doubt in the prosecution's case," said Mr Zaki. The pair looked calm when the sentence was handed down, and then stepped out of the dock and hugged their lawyers.

Azilah, 33, and Sirul, 37, were found guilty of killing Ms Altantuya, 28, and blowing up her body in a jungle clearing in 2006. They were charged in the same year with political analyst Razak Baginda, 48, who was accused of instructing them to kill the woman who was allegedly harassing him for money. Mr Razak was acquitted last year of abetting the murder of his former lover.

The prosecution team consisting of Deputy Public Prosecutor Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup and Hanim Rashid stressed in their submissions that Azilah and Sirul were the people behind Ms Altantuya's murder.

Based on the evidence gathered from prosecution witnesses, the explosive used to blow up Ms Altantuya's body was probably placed in her mouth. Mr Manoj noted at the end of the prosecution's case that both accused had the motive to kill and it was a preplanned crime.

Mr Manoj noted that several circumstantial evidence that the prosecution tried to prove were never denied, explained or answered by both defendants. 'Several of the strong evidence deduced from the testimonies when spun together will make two ropes that are strong enough to hang each one of them.

"The prosecution has proven beyond reasonable doubt on the actions of the duo calls for their conviction on the murder carried out with the common intention."

Azilah who started his testimony on Jan 15 stated that he had no motive to kill or destroy the woman and instead he only met Ms Altantuya to advise her politely not to harass Mr Razak or create a ruckus outside the latter's home. Azilah also told the court that he was ordered by a superior, DSP Musa Safri to help Mr Razak and thus he would not have done something stupid like killing and what more when he was a policeman.

While defending himself Sirul broke down a few times and related to the court that he has been made the 'sacrificial lamb' in the murder.

The two policemen's lawyers said they would file appeals. The verdict closes another chapter in a case that has riveted the nation as Ms Altantuya was said to have had an affair with a close friend of the prime minister. The friend was also tried as an accessory but was acquitted last year.

Source:Bernama, AP, AFP

Kenapa Azilah dan Sirul sering menutup wajah mereka? Siapa tahu rupa dan wajah Azilah dan Sirul yang sebenar selain daripada rakan sekerja dan pegawai di UTK serta kaum keluarganya?

Mereka dihukum gantung, tetapi bila sampai ke tempat pengantunggan rupa dan wajah mereka masih lagi ditutup. Apakah orang yang digantungkan itu nanti adalah Azilah dan Sirul? Mungkin yang digantung kelak adalah orang lain atau "dummies". Siapa yang nak check?

Sedangkan kedua orang mamat ini bebas, berwajah baru selepas dibotox, dapat IC baru, duit berjuta-juta dalam bank, berdamarwisata di pantai Bali.

Itulah hikmahnya bila wajah ditutup daripada pandangan orang............ balik...balik Altantuya mati katak saja. Dahlah dokumen perjalanannya hilang, angkara siapa, sapa pun tak mau ambil tahu.

Namun, Allah S.A.W. itu maha berkuasa.....lambat laun rahsia sebenar akan terbocor jua.........

cheers.

08 April 2009

"Rakyat sudah bosan............."

Kerajaan BN pimpinan PM Najib Tun Razak mengalami tamparan hebat apabila kalah dalam dua pilihan raya kecil - kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak, dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah, semalam.

BN bagaimanapun mengekalkan kerusi DUN Batang Ai, Sarawak, dengan majoriti 1,854 undi. Malcolm Mussen Lamoh, mendapat 3,907 undi, menewaskan calon PKR, Jawah Gerang, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, yang meraih 2,053 undi.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, calon PAS, Mohammad Nizar Jamaluddin, mengalahkan calon BN,Ismail Saffian, dan calon Bebas,Kamarul Ramizu Idris, dengan undi majoriti 2,789 undi.

Bagi kerusi DUN Bukit Selambau, calon PKR,S. Manikumar, mengalahkan calon BN, S. Ganesan, daripada MIC, dengan kelebihan 2,403 undi. Encik Manikumar mendapat 12,632 undi manakala S.Ganesan mendapat 10,229 undi.

Para pengamal politik dan pakatan pembangkang melihat pilihan raya kecil di Bukit Gantang sebagai satu 'pungutan suara' terhadap PM baru Malaysia,Najib Tun Razak.

Ini menyusuli isu peralihan kerajaan negeri Perak daripada PR kepada BN yang dipimpin beliau hingga mencetuskan krisis perlembagaan di negeri itu.

Semasa ditanya,mengenai mesej yang ditonjolkan menerusi kemenangan PR di kerusi Parlimen Bukit Gantang, pemimpin pembangkang dan penasihat PKR, Sdr.Anwar Ibrahim, berkata:

"Rakyat Malaysia mahukan perubahan. Tidak kira sama ada mereka mempunyai PM baru, mereka masih mahukan perubahan. Mereka lebih kuat sokongannya terhadap Pakatan Rakyat."

Mengulas kemenangan PKR di Bukit Selambau pula, Sdr.Anwar berkata: "Ia satu kemenangan besar. Saya amat gembira dengan kemenangan di Bukit Selambau."

Menurut beliau, PR memang tidak menjangka sebarang kemenangan di kerusi DUN Batang Ai.

"Walaupun terdapat laporan media berniat jahat dan wang yang di taburkan kerajaan, Pakatan Rakyat telah berjaya mengatasi semua hambatan," kata beliau.

source: cyberita online

Penganalisa Politik Sivamurugan Pandian berpendapat kekalahan UMNO/BN tidak wajar jadi kayu pengukur kepada Najib dan gomennya.

Tapi kalaulah takdir PR tewas di B.Gantang dan B.Selambau, mereka akan kata, bahawa kekalahan itu adalah kayu pengukur bahawa rakyat sudah menolak politik pembangkang.

TV3 pula komen PKR kalah di Batang Ai, bukti rakyat tolak cara berpolitik PKR. Tapi bila Umno/BN kalah di dua Bukit mengapa tiada komen?

Lebih membosankan bila professor kangkong dalam ulasannya di TV1 menyoal pula kenapa Nizar Jamaluddin tak boleh dapat majoriti yang lebih besar kalau dia betul-betul popular?

Mereka patut bincang di mana silap UMNO yang menyebabkan UMNO terkankang di Bukit Gantang. Kenapa mereka nak cari kesalahan pembangkang? Sejak Mac 8,2008, media gomen ini never learn any thing.

Mahathir helped a lot in making PKR and PAS win this by election. Thanks, Mahathir, keep on campaigning so that Pakatan Rakyat can continue to win.

Maybe, PKR would have won in Batang Ai if UMNO had sent Mahathir over there for campaigning.............

cheers.

UMNO terlentang di Bukit Gantang...............

The satus quo is maintained following the triple by elections , with BN retaining its East Malaysia state seat in Sarawak. However , the people in Peninsular Malaysia decided otherwise with opposition PAS and PKR maintaining the respective seats they held after the March 2008 general election.




Mohd Jamaluddin Nizar (PAS) - 21,860
Ismail Saffian (BN-Umno) - 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Ind) - 62
Majority - 2,789
In 2008, the majority was 1,566

PAS said the result in which their majority for that seat rose to 2,789 votes from 1,566 votes was a judgement by the people of a putsch staged by PM Najib Razak this year to seize power in the state.

"People are just sick with the political turmoil in Perak and this is an indictment on them (the gomen)," PAS Deputy President Nasharudin Mat Isa said after the results.

Muhyiddin says 'the feel-good factor' from Mr Najib coming to power on Friday is still 'too new and has not sunk in.'

Hishamuddin said, "You must understand, this is not our seat and not our state, we did not lose our own seat. So to look at it in such a defeated manner... I am not prepared to do that."

Tumpang Sekole : Hellooooo, Hishamuddin, it was an UMNO held seat all along till 2008. In fact UMNO retained the seat over 8,000 majority thru a Gerakan chinese candidate....what a shit are you talking about.............!





1. S Manikumar (PKR) - 12,632
2. S Ganesan (MIC) - 10,229
3. R Loganathan (kelapa sawit) - 31
4. Tan Hock Huat (kunci) - 78
5. Radzi Md Lazim (kerusi) - 25
6. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 83
7. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 60
8. L Sarala (basikal) - 49
9. A Jayagopal (payung) - 35
10. S Moganakumar (buku) - 46
11. Khamis Awang (ayam jantan) - 29
12. Husaini Yaacob (bas) - 257
13.M Vaneson (ikan) - 32
14. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 528
15. T Chandrarajan (kapal terbang) - 73
Majority - 2,403
In 2008, the majority was - 2,362

With a brand new UMNO President and Prime Minister, BN still lost. With a brand new slogan one Malaysia, BN still lost. With the combined might of two of its strongest men of UMNO in Mahathir and Najib, and combined heavyweights of Muhyiddin, Khairy,Samy Vellu, BN still lost.

Hadiah kemenangan untuk Najib kerana menjadi PM hanya datang dari Batang Ai di mana calon BN menang.


Malcom Mussem Lamoh(BN)- 3,907 votes PKR's
Jawah Gerang(PKR) - 2,053
Majority - 1,854

BN victory in Batang Ai wasnt a suprise at all. With MAFREL, reporting that government machineries are heavily used. In this “buy election” fear and favour would likely to have been used. Even the ballot boxes were transported without the parties representaives(wakil calon). So how do you know whether the ballot boxes were being swapped while in transit or not?

UMNO memperolehi "hatrick", tonggek di Permatang Pauh, kalah di Kuala Terengganu dan terlentang di Bukit Gantang.........

Pokoknya ini adalah "pungutan suara" terhadap Najib, Mahathir & the UMNO goons.........

Read here,here,here, here and here.




Namun kita..........




cheers.