07 November 2008

Raja Petra Kamaruddin to be freed today.......................

The High Court today ordered that Raja Petra Kamarudin, editor of the popular news portal Malaysia Today, be released from detention after ruling that his arrest for allegedly causing racial tensions was unlawful.

High Court Justice Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad ruled that the Home Minister acted outside his powers in having Raja Petra arrested on Sept 12, said the blogger"s lawyer Malik Imtiaz Sarwar.

He quoted the judge as saying the grounds given for Raja Petra's detention were insufficient and that his arrest under the Internal Security Act was unlawful.

The ISA allows the government to detain anyone for an initial two-year period without charges, and to extend the detention indefinitely.

Raja Petra, who was accused of threatening public security and causing racial tension by publishing writings that ridiculed Islam, will be taken to court later today to be formally set free.

It's not the first time that a court has ordered the release of ISA detainees, and the ruling also does not prevent the government from re-arresting him under the ISA. The government can also appeal the ruling.

Raja Petra has increasingly infuriated authorities by publishing numerous claims about alleged wrongdoing by government leaders on Malaysia Today. The government has denounced most of Raja Petra's allegations as lies.

The detention came at a time when the government's popularity hit at an all-time low and is riven with factional fighting and faces the threat of being ousted by the opposition.

source:malaysian insider

Good to have you back Pete aka RPK....!

Meanwhile the sodomy charge against Anwar Ibrahim will be mentioned at Kuala Lumpur Sessions Court, Jalan Duta at 3 p.m. today.

Judge SM Komathy Suppiah will deliver her decision on whether the matter can be moved up to the High Court as applied by the prosecution.

Hopefully she will reject the AG’s certificate of transfer. I believe that justice will be with you again.........

cheers.

06 November 2008

RM 10.5 juta sebagai pembayaran ex-gratia kepada hakim-hakim.........

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan lima bekas hakim kanan yang lain menerima bayaran ex-gratia dengan jumlah keseluruhan RM10.5 juta sebagai pampasan atas pemecatan mereka pada tahun 1998 yang lalu.

Pembayaran ex-gratia itu diumumkan Perdana Menteri pada April lalu sebagai menghargai sumbangan bekas hakim-hakim yang dipecat dalam krisis kehakiman tersebut dan merupakan langkah kerajaan memulihkan semula kewibawaan badan kehakiman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz berkata, bayaran tersebut adalah Tun Salleh berjumlah(RM5 juta), Tan Sri Azmi Kamaruddin (RM2juta), Tan Sri George Edward Seah Kim Seng (RM2juta) dan yang lain iaitu Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh berjumlah RM500,000 setiap seorang.

-----------------------

Lazimnya kalau pegawai dipecat,dia tidak akan dapat pampasan,malah pencennya pun akan hangus.

Persoalannya yang membingungkan aku ialah Tun Salleh Abbas ini dipecat atau ditamatkan perkhidmatannya...........

Berita-berita lain baca di sini, sini dan sini.

cheers.

05 November 2008

Barack Obama becomes first black president in landslide victory..........


Barack Hussein Obama was elected the nation's first black president Tuesday night in a historic triumph that overcame racial barriers as old as America itself.

The son of a black father from Kenya and a white mother from Kansas, the Democratic senator from Illinois sealed his victory by defeating Republican Sen. John McCain in a string of wins in hard-fought battleground states — Ohio, Florida, Virginia and Iowa. A huge crowd in Grant Park in Chicago erupted in jubilation at the news of Obama's victory. Some wept.

McCain called his former rival to concede defeat — and the end of his own 10-year quest for the White House. "The American people have spoken, and spoken clearly," McCain told disappointed supporters in Arizona.

Obama and his running mate, Sen. Joseph Biden of Delaware, will take their oaths of office as president and vice president on Jan. 20, 2009. As the 44th president, Obama will move into the Oval Office as leader of a country that is almost certainly in recession, and fighting two long wars, one in Iraq, the other in Afghanistan. The popular vote was close, but not the count in the Electoral College, where it mattered most.

There, Obama's audacious decision to contest McCain in states that hadn't gone Democratic in years paid rich dividends. Obama has said his first order of presidential business will be to tackle the economy. He has also pledged to withdraw most U.S. combat troops from Iraq within 16 months.

The Associated Press count showed Obama with 338 electoral vote, well over the 270 needed for victory. McCain had 127 after winning states that comprised the normal Republican base. The nationwide popular vote was remarkably close. Totals from 58 percent of the nation's precincts showed Obama with 51 percent and McCain with 47.9.

source: associated press

Read here and here.

All the best to you Barack.

cheers.

Najib buka mulut,pembangkang pulau Dewan........

Dewan Rakyat bertukar tegang sambil pembangkang memulaukan sidang ketika Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang mengambil alih portfolio sebagai Menteri Kewangan lebih sebulan lalu, menyampaikan ucapan sulung penggulungan Bajet 2009 petang ini. Lebih 70 ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat atas alasan tidak diberi laluan untuk mengemukakan soalan.

Ketegangan bermula kira-kira lima minit Najib mula berucap sambil memaklumkan Dewan Rakyat bahawa beliau tidak akan memberi laluan sehingga habis mengemukakan ucapannya. Makluman itu menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat Parlimen pembangkang.Kekecohan bermula pada awal sesi penggulungan yang bermula 4.30 petang apabila Najib memberitahu Dewan beliau hanya akan memberi laluan untuk penjelasan selepas membentangkan dasar-dasar untuk menangani masalah ekonomi.

KOMEN ANWAR

Di lobi Parlimen Anwar memberitahu wartawan bahawa beliau hairan dengan tindakan Menteri Kewangan enggan memberi laluan untuk memohon penjelasan.

"Apa yang dipersoalkan ialah Najib mengemukakan angka baru dalam penggulungannya.

"Tiada makna kalau kami hanya datang untuk mendengar, kami boleh baca sendiri.

"Apa yang kami mahukan ialah penjelasan kepada angka-angka baru ini," katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat ketika ditanya mengapa pembangkang tidak tunggu kerana Najib sendiri mengatakan akan memberi laluan selepas membentangkan langkah-langkah tambahan Bajet 2009 berkata:

"Ini bukan soal boleh tunggu atau tidak."

Katanya, ahli-ahli Parlimen sudah menunggu selama dua minggu supaya kerajaan membentangkann bajet yang baru kerana bajet yang lama sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.

Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan seolah-olah menidakkan cadangan yang dikemukakan oleh pembangkang supaya membentangkan bajet baru, yang lebih relevan.Ia merupakan ucapan penggulungan pertama bajet bagi Najib selaku Menteri Kewangan.

PENJELASAN NAJIB

Dalam pada itu, Najib pada sidang akhbar berkata, tindakan Pakatan Rakyat keluar Dewan Rakyat adalah tidak bertanggungjawab kerana sudah mengatakan bahawa akan memberi peluang bertanya soalan selepas habis membentangkan langkah-langkah tetapi pembangkang tidak sabar.Beliau berkata, pembangkang tidak sepatutnya bertindak demikian kerana apa yang dibentangkan di dalam Dewan Rakyat adalah langkah tambahan yang begitu penting untuk masa depan negara dan juga untuk membela kepentingan rakyat.

"Jadi dalam pembentangan seperti ini, mereka sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dan menunjukkan sikap yang membina sepatutnya hadir dalam masa pembentangan itu.

"Ini satu yang rakyat mesti sedar bahawa mereka telah mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pembangkang yang konstruktif dan bertanggungjawab," katanya.

Kata Najib, beliau membuat keputusan tidak memberikan laluan untuk penjelasan sehingga selesai pembentangan peringkat pertama kerana ingin memberikan gambaran yang jelas supaya tidak ada pihak yang terkeliru dengan langkah dan dasar baru yang dibentangkan.

"Elok saya buat pembentangan dulu. Bila dah nampak gambaran keseluruhannya, kalau mereka nak buat pertanyaan penjelasan, saya sanggup memberi penjelasan. Tapi nampaknya mereka tidak sabar dan nak keluar juga.

"Saya memang dah janji bahawa saya akan bagi masa untuk mereka membuat sebarang pertanyaan dan penjelasan.

"Saya bukan menafikan, saya menggunakan hak saya untuk menentukan bila saya nak bagi peluang," katanya.

source:mStar.com.my

---------------------

Bila Anwar Ibrahim membahaskan usul Bajet 2009 dulu wakil rakyat BN tak masuk dewan,dok minum kopi di kantin parlimen. Mereka memberi berbagai alasan ketika ditanya oleh wartawan.
Kini, bila kena pada Najib Razak, bila ditemubual wartawan perihal keluar dewan hari ini,dia kononnya sedih dan kecewa kerana ahli parlimen pembangkang tidak beretika dan serius menjadi wakil rakyat kerana bertindak keluar dewan ketika dia berucap.Bila ahli parlimen BN keluar dia tidak pula mengutuk.

Poooooorah...........Cakap tak serupa bikin. Setakat dok baca skrip sapa pun boleh. Kenapa Najib tak mau beri laluan? Kerana dia tak tahu apa langsung pasal menguruskan ekonomi negara. Jadi,bila ditanya nanti,tak tau nak jawab muka nak letak kat mana.........

Baca di sini.

cheers.

03 November 2008

Ku Li:Bahagian UMNO minta ‘rasuah’ pencalonan RM2 juta.......

Ketika dakwaan politik wang dalam pemilihan Umno menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh Hamzah, yang gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan Presiden Umno, mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka.

“Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan.

“Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta,” kata beliau di sini semalam.

Dua minggu lalu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan tahap serius gejala politik wang dalam pemilihan Umno berkata, seseorang perwakilan ‘berpeluang’ memperoleh sehingga RM20,000 sebagai ganjaran undi. Ketika ditemui di sini awal bulan lalu, Razaleigh mendedahkan kira-kira RM200 juta digunakan untuk tujuan kempen dan membeli undi dalam pemilihan Umno kali ini.

Bekas Naib Presiden Umno itu menyatakan demikian pada hari beliau gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk kerusi Presiden sebaliknya ia dimenangi tanpa cabaran oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Sambil menjelaskan bahawa beliau sanggup berkhidmat untuk parti tetapi dengan syarat kepimpinan parti boleh meyakinkannya bahawa beliau tidak menyumbang khidmat kepada parti-parti yang berasuah.Tegas beliau, tindakan memancing undi menggunakan wang dan menghalang anggota daripada bertanding hanya akan menamatkan riwayat Umno lebih awal.

Ahli Parlimen Gua Musang ini juga mengakui bahawa wang diperlukan ketika berkempen tetapi ia tidak seharusnya membawa kepada gejala membeli undi ataupun menggunakan kuasa bagi menghalang pertandingan.

“Amalkan model AS dalam soal kutipan dana untuk tujuan berkempen, boleh diamalkan dalam Umno untuk mengawal politik wang,” katanya.

Jelas beliau, usaha semasa mengawal gejala politik wang dalam Umno dan menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sahaja tidak mencukupi.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menarik daripada bertanding jawatan Presiden, Razaleigh berkata, beliau tidak perlu menarik diri kerana tidak dicalonkan langsung untuk kerusi berkenaan.

“Sila lihat perkara yang saya katakan. Saya menawarkan untuk bertanding jawatan sebagai seorang ahli biasa.

“Kita ada hak. Oleh kerana saya tidak dicalonkan, tidak perlu bagi saya menarik diri. Jika anda mahu saya menarik diri, ia sama seperti meminta saya menarik diri (keluar) daripada Umno,” katanya lagi.

source:mstar.com.my

----------------

Gejala rasuah dalam UMNO sudah tak boleh dibendung, malah rasuah aka politik wang sudah menjadi budaya UMNO. Dok tunggu apa lagi Ku Li ooi......kalau dari dalam dak tak boleh baikpulih UMNO lagi hanya setakat jadi tukang pacak saja, lebih baik berjuang kot luar. Sertai pakatan pembangkang supaya sama-sama berjuang untuk menghapuskan gomen dengan pemimpin-pemimpin yang korup itu. Sekurang-kurangnya rakyat ada pilihan yang alternatif kepada gomen UMNO yang penuh dipalit dengan amalan rasuah dan salahguna kuasa.

Baca di sini dan sini.


cheers.

01 November 2008

Gua Musang probably first & last nomination for Ku Li.....

Gua Musang Umno division has nominated Tengku Razaleigh Hamzah and Shahrir Samad as candidates for party president and deputy president respectively.The nominations were made unanimously by the 384 delegates this morning during the annual general meeting held at Dewan Rakyat Bukit Cekati in Gua Musang this morning.

Though Tengku Razaleigh’s first nomination from his division which he had led since 1998 was expected, nomination for Johor-based Shahrir, also his first, is bound to raise eyebrows.Both individuals were members of the so-called ‘Team B’ led by Tengku Razaleigh when the latter challenged Dr Mahathir Mohamad for the party presidency in 1987. Back then, Razaleigh lost to Mahathir by a mere 43 votes.

During the same period, Tengku Razaleigh formed Umno splinter group Semangat 46, which Shahrir did not join but remained in Umno. Shahrir has never been nominated as deputy president before and observers would be keen to see if other remaining divisions who have yet to hold their AGM will follow Gua Musang’s lead.

As for the vice-president nominations, the Gua Musang delegates nominated former Negeri Sembilan menteri besar Isa Samad, former deputy finance minister Mohd Afifuddin Omar and Johor Wanita wing chief Halimah Sadique.

Gua Musang’s decision gave both Mohd Afifuddin and Halimah their first nominations for the post. Neither have offered themselves for the post and Halimah is currently vying for the Wanita deputy chief's post. The nomination for Isa however gives him a total of nine nominations so far and he is still short of the 20 minimum nominations required to qualify for the race. The domestic trade and consumer affairs minister, has not offered himself as a deputy presidential candidate, while this is the third time Tengku Razaleigh had offered himself as Umno president.

source: malaysiakini

-----------------

Ku Li's fortunes this year will be similar to his previous outing. In 2004, Ku Li obtained only one nomination also from Gua Musang,out of the 59 nominations required to qualify for the party president race. So far 109 out of 193 divisions had nominated Najib to date. How will the rest of the remaining divisions determine is left to be seen, but one thing is certain, based on the current trend, Ku Li can just say, selamat jalan..............

Indirectly, UMNO has already rejected Ku Li's role for good. High time for Ku Li to look for other alternatives if he wants to remain active in the Malaysian political arena.

About gaining enough nominations.....read what Ku Li said... here.

Latest : Read here and here.

cheers.

31 October 2008

Razak Baginda acquitted and discharged............

The High Court has acquitted and discharged political analyst Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, on a charge of abetting in the murder of his estranged Mongolian lover Altantuya Shaariibuu in a long and sensational trial that had hogged the limelight since middle of last year.

Judge Datuk Mohd Zaki Md Yasin, who ruled that the prosecution had failed to make out a prima facie case against Abdul Razak, however ordered Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar to enter their defence for the murder of the Mongolian woman, who had an affair with Abdul Razak.

Mohd Zaki set Nov 10 for Azilah, 32, and Sirul Azhar, 36, who are members of the elite Special Action Squad (UTK), to make their defence.

Both men opted to testify under oath in making their defence. They could choose to give a statement from the dock or to not say anything.

The two policemen, who have always had their heads hooded with their clothes except when in the court room, are charged with murdering Altantuya, then 28, at a location between lots 12843 and 16735 in the Mukim of Bukit Raja here between 10 pm on OCt 19 and 1 am on Oct 20 2006.

Abdul Razak, who is the executive director of the Malaysia Strategic Research Centre, had been charged with abetting in the murder in the Federal Territory of Kuala Lumpur between 9.54 am on Oct 18 and 9.45 am on Oct 19 2006.

The charges carry the death penalty upon conviction.

The murder trial started on June 4 last year and the court sat for 151 days to hear the testimonies of 84 prosecution witnesses. Her murder was described as gruesome as her body was blown up with explosives, and during the trial, the murder scene was visited.

source:theSun

--------------------

But, the question remains unrequited as who ordered Azilah and Sirul to bump off Altantuya in such gruesome manner? Did Azilah and Sirul acted on their own accords......obviously NOPE! sure enough the 'arahan' comes from someone who has an interest in this case. Anyway, if they did it what was the motif?

As Leslie Lau said," But for his close friend Najib, this will be a bitter sweet moment. His friend is acquitted,but the acquittal will almost certainly give rise to more allegations against him."

Now Azilah and Sirul will face the gallows if convicted. Do you think these two guys will let the law takes its course or will they bear it all and bring down all those involved.........

Read here, here, here, here, here and here.

cheers.

Razak Baginda,Azilah dan Sirul dipanggil bela diri atau dibebaskan............


Hari ini Mahakamah Tinggi, akan menentukan kes pakar perunding dan penasihat politik Najib, Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya dengan Chif Inspektor Azilah Hadri bersama Koperal Sirul Azhar Umar. Mahkamah juga akan memutuskan apakah mereka bertiga akan dibebaskan dari tuduhan membunuh itu ataupun akan dipanggil membela diri.Sekiranya keputusan hakim memihak kepada pendakwaan yang berpendapat wujud kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh, mereka akan dipanggil membela diri, manakala jika sebaliknya kesemua mereka akan dibebaskan.

Sekiranya ketiga mereka dipanggil membela diri sudah pasti banyak hal-hal yang tidak tersebut sebelum ini akan keluar. Baik Abdul Razak, Azilah atau Sirul mereka akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan diri mereka. Kes yang mereka hadapi itu sekiranya didapati bersalah menyebabkan mereka akan digantung sampai mati.

Mungkin Najib dan Rosmah tidak terlibat dengan kes pembunuhan itu secara direct,walaupun ada pihak yang cuba mengaitkan mereka dengan kes ini.Nama Najib turut disebut semasa perbicaraan kes berkenaan. Manakala nama Rosmah pula dikait secara terang menerusi satu surat sumpah (SD) yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin. Raja Petra Kamaruddin mendakwa Rosmah tahu bagaimana letupan mayat Altantuya itu dilakukan.

Pembunuhan Altantuya menarik perhatian kerana ia sangat kejam dalam sejarah pembunuh negara ini di mana mayat atau badannya diletup dengan menggunakan peledak C4 kepunyaan tentera.

Sementara itu, perbicaraan kes Anwar yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu. Perbicaraan kes liwat Anwar masih berada di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah. Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.

source:mStar Online

Apa yang jelas kedua-dua kes ini ada kepincangan masing-masing. Mungkinkah kes Altantuya akan berakhir seperti kes Norita? Norita dikatakan telah dibunuh oleh orang mistri. Sedangkan dalam kes Anwar, mengapa si Peguam Negara,Ghani Patail mahu main peranan juga,
sungguhpun Pat Lah dah melarangkannya,menjadi satu tanda tanya yang penuh mistri..............

cheers.