Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengakui bahawa beliau adalah ahli politik yang terlibat dalam satu adegan seks yang disebarkan melalui DVD di beberapa bandar di Johor.Dalam satu sidang akhbar tergempar di pejabat MCA di sini, Chua berkata wanita terlibat dalam adegan itu seorang teman peribadinya. Sehubungan itu, beliau meminta maaf kepada orang ramai, penyokongnya serta rakan-rakan. Chua bagaimanapun berkata beliau tidak membuat rakaman DVD itu. Beliau juga menegaskan tidak akan meletakkan jawatan Kabinetnya berikutan tersebarnya DVD berkenaan, sebaliknya menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat keputusan mengenai kedudukannya.- mStar OnlineBeberapa tahun lalu bekas Presiden Amerika,Bill Clinton pernah berkata,"I did not have sex with that woman", iaitu merujuk kepada skandalnya dengan Monica Lewinsky. Siapa sangka dalam diam-diam Chua Soi Lek pula telah mengaku," I am the one in the sex DVD." Skandal tersebut telah menjadi tajuk utama media massa tempatan. Walaupun ramai menteri dan ahli-ahli UMNO dan parti-parti sekutunya terlibat dalam berbagai skandal sama ada rasuah,salahguna kuasa atau seks sekalipun,gomen pandai melakukan 'damage control' bagi menutupnya agar skandal tersebut tidak tersebar luas. Ingatkah anda kes-kes berikut dan bagaimana ianya berakhir.....
a. Rahim Tamby Chik - kes rogol budak perempuan bawah umur dan rasuah- kepentingan 11 syarikat dengan aset Rm39.7 juta,
b. Rafidah Aziz, Ketua Wanita Umno - kes AP dan penyelewengan saham Leader Universal Holdings,
c. Nazri Aziz - penyelewengan permit teksi,
d. Said Yusof, MP tutup mata sebelah - skandal elak bayar cukai balak,
e. Khalil Yaakob -skandal balak di Pahang,
f. Annuar Musa - skandal penyelewengan PPRT berjumlah RM 40 juta,
g. Abu Hassan Omar – skandal seks dengan adik iparnya.
h. Mohamad Khir Toyo,- amalan kronisme dalam agihan projek pembangunan Negeri Selangor,
i. Muhammad Mohd. Taib – bawa lari anak sultan dan menikah di Golok & bawa berjuta wang tunai di Australia,
j. Ling Liong Sik - skandal Port Klang FTZ dan RM4.5 juta bailout oleh gomen,
k. Chan Kong Choy - skandal Port Klang FTZ dan RM4.5 juta bailout oleh gomen,
l. Samy Vellu - saham Maika Holdings,
m. Tengku Adnan Mansor - skandal clip vidoe Lingam,
n. Zakaria Deros - bina rumah bernilai RM 10 juta tanpa plan dan permit,
o. Najib Razak - skandal komisyen pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM 530 juta,
p. Abdullah Ahmad Badawi - skandal Oil for Food.
Apakah Chua Sui Lek ini telah menjadi mangsa dalam satu power-game orang-orang tertentu dalam MCA,memandangkan dia adalah seorang Naib Presiden yang agak popular? Lantas dengan political blackmail secara begini akan menjatuhkan maruahnya sama sekali. Sudah tentu musuh-musuhnya dalam MCA akan tersenyum lebar dengan permainan ini. Bila tuduhan seperti rasuah tidak dapat digunakan untuk mencemar maruah seseorang, maka skandal seks adalah jalan terbaik untuk menjatuhkan seseorang pemimpin itu. Mereka yang terlibat ini adalah orang-orang MCA sendiri kerana cemburu dengan populariti Chua Sui Lek. Katanya," that who were behind it were not important but their reasons for doing it were obvious". Karier politik Chua Sui Lek sudah terkubur. Persoalannya sekarang adakah Chua Sui Lek akan meletakkan jawatannya?
Adakah Rahim Thamby Chik,Muhammad Mohd.Taib,Anuar Musa,Khalil Yaakob,Zakaria Deros, letak jawatan bila mereka terlibat dalam berbagai-bagai skandal ? Saya juga tidak terfikir Khairy akan letak jawatan setelah dia dikaitkan dengan Maya Karin atau pun Najib ketika dia dikaitkan dengan seorang penyanyi terkemuka di Port Dickson beberapa tahun dahulu? Kalau kerani pejabat ditangkap berkhalwat atau berzina dia akan terus dibuang kerja. Dalam kes Chua Sui Lek pula Pat Lah nak buat macam mana?Lantaran itu Chua Sui Lek bertegas bahawa dia tidak akan letak jawatannya,sebaliknya menyerah kepada Pat Lah untuk menentukan masa depannya. Dalam ertikata lain maksud Chua Sui Lek ialah,teloqnya sudah berada ditangan Pat Lah,terpulanglah kepada Pat Lah sama ada nak simpannya,meramasnya,gorengnya atau melemparnya ke dalam bakul sampah saja. Tetapi di negara-negara berikut pemimpin yang mengaku bersalah,mereka akan.....
UK - Retire him
US - Give him the boot
Singapore - Sack him
China - Shoot him
India - Jail him
Japan - Harakiri
Malaysia - Worship him
Its your call Pat Lah.....!
Seperkara yang berbeza antara tokoh politik MCA dengan tokoh politik UMNO ialah sekurang-kurangnya tokoh politik MCA ada teloq untuk mengaku kesalahan mereka di khalayak ramai. Tetapi bagi penyamun-penyamun UMNO pula sampai kiamat pun mereka tetap kata mereka tidak bersalah. Kalau rasuah UMNO,anggapnya sebagai politik wang,apa pula istilah bagi skandal seks - main-main seks atau peluk-peluk sayang......
Dulu Pat Lah pening dengan klip video Lingam, sekarang dia dah naik migraine dengan telatah Menteri Kesihatannya pula. Pilihanraya dah semakin dekat tapi ilham untuk diadakan pilihanraya belum ditemuinya kerana Pat Lah masih lagi tercari-cari,tambah pula dalam suasana sekarang apakah Pat Lah sanggup tunda pilihanraya sehingga pertengahan atau akhir tahun ini………Wallahu'alam...
cheers.
















