31 July 2007

Iraq boleh,Malaysia tak boleh......

Kemenangan Iraq 1-0 ke atas Saudi Arabia bagi menjuari Piala Bolasepak Asia,walaupun negara itu masih dibelenggu peperangan,sepatutnya menjadi tauladan kepada pasukan bolasepak Malaysia amnya dan FAM khususnya.

Apa yang boleh dipelajari daripada pertandingan ini ialah pemain-pemain Iraq akan melakukan apa saja demi mempertahankan maruah negara mereka di mata dunia,walaupun hasil mahsul dan kekayaan negara itu dinodai oleh jakun-jakun dari Barat yang dikepalai oleh Bush,Blair dan Brown.


Sebaliknya,apa yang aku kesali ialah negara kita Malaysia yang berslogankan "malaysia boleh" sentiasa "tidak boleh" bila berdepan dan bertanding dengan negara-negara lain di seantero dunia. Nak kata Malaysia miskin dengan duit,jauh sekali,malah semua AJK FAM kita itu semuanya kaya-kaya belaka.

Tapi apa yang aku tahu,FAM ini dikelilingi oleh penyangak dan penyamun yang hanya tahu nak isi kocek masing-masing,sedangkan pemain-pemain bolasepak negara,dibiarkan tak bertentu arah. Tak perlu FAM hantar pemain-pemainnya ke London untuk berlatih atau mengambil jurulatih-jurulatih dari England,Germany atau Brazil.

Aku lebih selesa kalau FAM hantar saja pasukan bolasepaknya ke Bagdad,Iraq untuk berlatih atau ambil Nauri Al-Maliki sebagai jurulatihnya dan Bush sebagai penaungnya
,mungkin
kita boleh berjaya.

cheers.

23 July 2007

Apa dah jadi dengan cikgu-cikgu ni....

Hai cikgu-cikgu sekalian,apa sudah jadi? Dalam tempoh seminggu 3 kes cikgu dera murid telah dilaporkan oleh media massa tempatan.

a. Pada 20/07/07 20 pelajar darjah 4 dari Sekolah Kebangsaan Gayang,Tuaran,Sabah telah ditampar oleh Guru Besar sekolah tersebut kerana pelajar-pelajar tersebut tidak menyiapkan kerja rumah.


b. Pada 22/07/07 seramai 200 pelajar perempuan Tingkatan 1-5 sekolah berasrama SMK Bawang Assan,Sibu dihukum berendam dalam kolam ikan yang kotor,kerana kesalahan seorang daripada mereka membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan sekolah itu.


c. Pada 22/07/07 seramai 7 orang pelajar SMK Long Lama,Miri dirotan sebanyak 10 kali dan dua daripadanya pula kena 20 kali rotan kerana didapati merayau-rayau di hostel.(Lihat kesan rotan pada gambar di bawah ini).


Kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,"Daripada 320,000 guru bukan semua malaikat dan segelintir itu perlu diambil tindakan. Tiada orang boleh melakukan sesuka hati di sekolah,"

Bukankah di tiap-tiap sekolah itu ada garispanduan bagaimana hendak mengenakan hukuman yang setimpal bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan? Mungkin,garispanduan itu tersimpan dalam laci
meja Guru Besar/Pengetua,oleh itu guru-guru tidak tahu langsung hal tersebut.

Balik kepada cerita cikgu-cikgu dan guru besar yang suka mendera ini,kadang-kadang pelajar-pelajar pun melampau juga. Cikgu-cikgu juga tension dengan pelbagai masalah yang dihadapi mereka,bukan saja soal P & P yang harus dihadapi,perkara-perkara remeh-temeh seperti menyediakan dan mengisi pelbagai jenis borang boleh memeningkan kepala mereka. Begitu juga dengan media massa yang hanya tahu nak cari dan sensasikan kesalahan guru-guru saja,kebaikkan mereka jarang-jarang sekali disiarkan.

Namun demikian bagi guru-guru yang "maniac" ini aku cadang KPM tubuh saja sebuah institusi khas yang boleh membantu dan menempatkan cikgu-cikgu dan guru besar-guru besar bermasalah ini,bagi menerima nasihat dan rawatan yang secukupnya sebelum mereka dimasukkan semula ke sekolah.


cheers.

*(saya tidak akan blog selama seminggu akan datang,kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan,maaf ya,see U later)

21 July 2007

Jabatan Pelajaran Negeri paling korup......

Dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini kita dikejutkan dengan dakwaan dari Dato’ Madius Tangau (BN Tuaran) yang menyatakan beliau mendapat satu laporan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) adalah jabatan yang tertinggi kes korupsinya. Menurut Madius, dakwaan itu diterima dari seorang usahawan yang menyatakan bahawa seorang Pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kota Kinabalu mendedahkan nama jabatan itu dalam satu seminar di Kota Kinabalu sebelum ini. Namun demikian, dalam jawapannya Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Dato Seri Mohd.Nazri Aziz memberitahu,
jawapan yang dikemukakan pegawai tersebut adalah tidak benar. Mengikut maklumat, pada tahun 2003 hanya lima orang sahaja kakitangan jabatan itu di hadapkan ke mahkamah kerana kes korupsi, sementara pada tahun 2004 dan 2005 masing-masing enam kes, katanya.


Saya juga pernah mendengar rungutan korupsi yang berlaku di JPN dari beberapa rakan rapat saya. Soal sama ada cerita itu benar atau tidak,terpulanglah bagaimana kita melihatnya. Salah satu insiden korupsi yang pernah diceritakan oleh seorang rakan kepada saya ialah tentang pendaftaran masuk anaknya ke sebuah sekolah berhampiran rumahnya. Sekolah tersebut adalah sebuah sekolah terkawal(control school). Kedudukkan sekolah serta prestasi akademik sekolah berkenaan,telah menarik perhatian ramai ibubapa yang mahu menghantar anak mereka ke sekolah tersebut.

Menurut cerita rakan saya ini,rumahnya terletak lebih kurang 0.5 km dari sekolah tersebut,dan dia telah mendaftarkan anaknya masuk ke sekolah tersebut,tetapi,malangnya anaknya telah ditempatkan di sebuah sekolah lain,lebih kurang 8 km dari rumahnya.Lebih menyulitkan lagi ialah anaknya terpaksa tukar 2 buah bas untuk sampai ke sekolah.

Rakan ini telah menemui pegawai yang berkenaan di JPN untuk membuat rayuan agar permohonan anaknya itu dipertimbangkan. Dia juga telah menyebut beberapa kes di mana pelajar-pelajar yang ditempatkan ke sekolah itu datang dari tempat-tempat lain yang jauh dari sekolah tersebut.

Jawapan yang diterimanya dari pegawai berkenaan ialah dalam kes-kes itu,mereka sanggup memberi sejumlah "sumbangan" untuk pembangunan sekolah tersebut. Sekiranya rakan saya sanggup hulurkan "sumbangan",mungkin rayuannya itu akan dipertimbangkan. Bukankah pembangunan sekolah itu merupakan tanggungjawab JPN dan KPM?. Jadi yang dikatakan "sumbangan" itu untuk apa dan untuk siapa? Kata rakan saya lagi,sumbangan itu mesti dalam bentuk wang ringgit dan jumlahnya antara RM 3,000-RM 5,000. Bila saya tanya lagi sama ada dia ada memberi "sumbangan" itu,rakan saya mendiamkan diri. Fahamlah,apa yang telah berlaku. Kalau ada orang sanggup memberi,sudah tentu ada orang yang sanggup menerima.

Thats the price you gonna pay to put a child in the school of your choice,nor matter how costly it might be. Pity those poor folks who are unable to send their children to the nearest school of their choice,just because they cannot "sumbang" anything. Is this corruption or what? Tell me.

cheers.

19 July 2007

Jet Eksekutif Pat Lah dan Flying Coffin aka Nuri TUDM.....

Ini dia pesawat terbaru yang selesa, mewah dan serba canggih,
untuk PM kita menjalankan tugas melawat ke luar negeri.Tambah lagi sejak dapat bini baru,sakan punya keluaq negeri,sampai Flying Coffin aka Nuri terhempas pun tak mai jengok-je
ngok.



Ini pula keranda terbang usang yang meragut nyawa perwira bangsa. Keranda terbang aka Nuri digunakan sejak 1968, dibeli dari AS., nama asalnya Sikorsky 61 sebanyak 30 buah. Sebanyak 18 insiden nahas telah berlaku. 15 terhempas,2 mendarat cemas dan satu ditembak oleh komunis di Gubir pada April,26,1976. Seramai 83 wira negara terkorban.Ketika Keranda Terbang aka Nuri mula digunakan, Kpt.Azlan dan crew2nya belum lagi lahir.

Sudah tiba masanya Flying Coffin aka Nuri ini dihantar ke kedai besi buruk,tapi gomen masih mau guna selama 2-3 tahun lagi,mungkin depa nak bagi terhempas semua kot,kerana nak juai pun sudah tak laku.

Berikut,saya pinjam lagu ciptaan kerengge dan didendangkannya ikut rentak bangau oh bangau)................

Oh nuri, oh nuri, kenapa engkau jatuh?
macamana aku tak jatuh, pakai sparepart lama (2x)

Oh sparepart, oh sparepart, kenapa kau barang lama?
macamana aku tak lama, askar tak ada duit (2x)

Oh askar, oh askar, kenapa tak ada duit?
macamana aku nak ada, rakyat dah jatuh miskin (2x)

Oh rakyat, oh rakyat, kenapa korang miskin?
Macamana aku tak miskin, kawag rompak lagi (2x)

Oh kawag, oh kawag, kenapa kau rompak lagi?
Macamana aku tak rompak,'datuk' dah lepas aku (2x)

Oh 'datuk', oh 'datuk', kenapa lepaskan kawag?
macamana aku tak lepas, towkey suap rasuah (2x)

Oh towkey, oh towkey, kenapa suap rasuah?
macamana aku tak suap, menteri nak makan itu (2x)

Oh menteri, oh menteri kenapa makan rasuah
macamana aku tak makan, memang makanan aku..(2x)


cheers.





18 July 2007

Sell the Flying Coffin to kedai besi buruk........

" The remaining Nuri helicopters of the armed forces will still be used for transportation pending a report on the Genting Sempah crash." - DPM Datuk Seri Najib Tun Razak

When will the gomen send the remaining Flying Coffin aka Nuri to the junkyard? Havent they learned enough from all these tragedies? Already 14 down... how many more to go? Enough is enough!!

Maybe a much better suggestion is,how about using the Flying Coffin as PM,DPM and gomen Ministers punya means of transportation instead.

I bet the gomen ministers gonna shiver and "terkencing" in their pants when they know that they going to board the Flying Coffin aka Nuri.

cheers.

Al-Fatihah...........



"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un"

Kepada kaum keluarga mangsa nahas helikopter nuri,

a. Kapt Nor Azlan Termuzi,
b. Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof

c. Sgt Khusnizam Ariffin

d. Sgt Azmie Md Yassin
e. Saifulizam Alias
f. Muhammad Ridzuan Ahmad


Salam takziah dari saya dan keluarga, harap bersabar,mudah-mudahan Allah akan mencucuri rahmat ke atas roh mereka serta ditempatkannya
bersama-sama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

17 July 2007

Maruah bolasepak negara tercemar......


"Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah secara rasmi meletakkan semua jawatan dalam badan induk itu berkuat kuasa hari ini selepas 15 tahun menjawat jawatan tersebut.Walaupun baginda tidak menyatakan alasan peletakan jawatan itu namun ia dipercayai ada kaitan dengan prestasi buruk pasukan kebangsaan." - Utusan Malaysia 16/07/07

Saya bersimpati dengan DYMM Tengku Abdullah kerana kemelut yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM). Kemelut yang berpanjangan melanda pasukan bolasepak negara sepatutnya ditangani sejak dari dulu lagi dengan cara perletakkan seluruh AJK persatuan FAM itu.

FAM sepatutnya diterajui oleh muka-muka baru yang tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada kroni atau parti politik. Apa yang berlaku sekarang adalah satu contoh yang baik bila penglibatkan kronisma dan orang-orang politik memporakperandakan seluruh persatuan tersebut khususnya dan pasukan bolasepak negara amnya.


President: Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar
Deputy President 1: Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah
Deputy President 2: Dato' Redzuan bin Tan Sri Sheikh Ahmad(UMNO)
Vice President 1: Dato' Raja Ahmad Zainuddin Raja Haji Omar(UMNO)
Vice President 2: Dato' Jamal Nasir Rasdi(UMNO)
Vice President 3: Datuk Anifah Aman(UMNO)
General Secretary: Dato' Seri Dr. Ibrahim Saad.(UMNO)

Sepatutnya semua ahli-ahli FAM itu letak jawatan secara beramai-ramai sekiranya mereka masih ada maruah. Langkah Tengku Abdullah seharusnya membuka mata dan menjadi tauladan kepada mereka yang lain untuk berbuat demikian.

Negara kita boleh belanja berjuta-juta RM menghantar mat rempit untuk melakukan terjunan yang sia-sia di Kutub Selatan atau mendaki Gunung Everest atau mengubahsuaikan Tun Abdul Razak Research Centre di Brickendonbury,
England,untuk menjadi High Performance Training Centre,apakah kita tidak boleh belanja sikit wang untuk kembalikan imej bolesepak negara?

Selamatkan pasukan bolasepak dari dinodai oleh orang-orang yang tidak komited 100 persen dengan bolasepak negara.Biarkanlah orang yang tahu main bolasepak menarujui bolasepak negara.Sudah sampai masanya negara memikirkan untuk mendapatkan khidmat Alex Ferguson atau Jose Maurinho atau Zico atau Luis Felipe Scolari sebagai pengurus pasukan Malaysia.

Jikalau dapat khidmat pengurus-pengurus profesional sekali pun,tapi,bila datang waktu nak menamakan pasukan kebangsaan,sapa patut main dan sapa tidak, masih lagi ditentukan oleh segulungan penyangak dalam AJK persatuan tersebut,matlamatnya masih juga tidak akan tercapai.
Lebih baik bentuk saja satu pasukan bolasepak negara terdiri daripada mat-mat rempit,mungkin mereka boleh tebus maruah negara.

Kita perlu bersihkan persatuan FAM ini daripada pengaruh politik dan kronisma dan buang mereka yang tak tahu sama ada bola tu bulat atau bujur,sebaliknya pilih mereka yang tahu macam mana nak tendang bola masuk goal.


cheers.

16 July 2007

Sampai bila kita nak guna Nuri......

Begitu banyak helikopter Nuri kegunaan Angkatan Tentera Malaysia terhempas,
termasuklah yang baru hilang di kawasan Genting Highlands. Apakah gomen kita tak sedar betapa ramai daripada kaki tangan tentera udara yang terkorban akibat peristewa-peristewa malang ini?

Kadang-kadang saya terfikir juga kenapa pak-pak menteri kita tidak mahu menaikki helikopter Nuri ini sebagai pengakutan mereka?

Mungkin bila salah seorang daripada menteri ini terkorban baru gomen akan berfikir untuk mendapatkan helikopter-helikopter yang baru. Wang yang ada itu digunakan untuk apa? Apakah misi mat rempit terjun di kawasan kutub atau mendaki gunung Everest itu lebih penting daripada membekalkan pesawat-pesawat helikopter yang baru untuk Angkatan Tentera kita?

Kepada waris-waris yang masih menunggu berita tentang nasib kaum keluarga yang hilang bersama-sama kapal helikopter Nuri di ruang udara Genting Highlands,saya harap bersabarlah, mudah-mudahan berkat doa rakyat jelata,mereka akan selamat ditemui.

cheers.