15 May 2009

Beranikah Najib ajak Tuanku Sultan bubarkan DUN Perak.......

Pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus, kata Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini hari ini, Najib berkata Barisan Nasional tidak gentar untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk pilihan raya sekiranya itu yang diputuskan.

Najib Tun Razak hari ini berkata bahawa beliau bersedia mengadakan perbincangan dengan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan krisis politik di Perak. Bagaimanapun, katanya, tidak harus ada sebarang prasyarat untuk mengadakan perbincangan tersebut dan ia harus terbuka untuk menerokai semua kemungkinan. "Saya telah berkata, prinsip nombor satu ialah hormat menghormati antara satu sama lain," katanya. "Nombor dua, kita mesti mengikut aturan dan peraturan dalam Dewan dan di luar Dewan," tambahnya.

Anwar Ibrahim berkata kemelut politik di Perak bukanlah isu yang boleh diselesaikan di mahkamah. Sebaliknya, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ia hanya boleh diselesaikan melalui pilihanraya yang bebas dan adil.

"Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mencabar Perdana Menteri, Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang.

Apabila beliau bertanya mengapa Najib perlu takut untuk mengadakan pilihanraya baru di Perak, kira-kira 3,000 hadirin yang memenuhi dewan tersebut melaung: "Takut kalah". Najib dikaitkan dengan tindakan BN merampas kuasa di Perak dari Pakatan Rakyat.

Parti Gerakan Pulau Pinang juga telah mendesak MB Perak, Zambry Abdul Kadir supaya segara memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membuka jalan mengadakan pilihan raya negeri. Pengerusinya Dr Teng Hock Nan berkata langkah membubarkan DUN akan membolehkan rakyat Perak memutuskan parti mana yang sepatutnya memimpin urusan pentadbiran negeri itu. Desakan yang juga datang dari Tengku Razaleigh, MCA, Majlis Peguam,Suhakam dan ramai lagi.

Sementara itu mentor Najib, Mahathir Mohamad, pula berkata, jika ada pilihanraya Pakatan akan menang dan sebab itu tidak perlu BN adakan pilihanraya negeri. Katanya lagi ,pilihanraya negeri itu, tambahnya, hanya membazirkan wang rakyat. Awat Che Det suka tengok gomen Perak lintang pukang kah?

Najib Tun Razak berkata terserah kepada Zambry untuk memutuskan langkah selanjutnya. Sebaliknya Najib cuba berdolak dalik. Najib sebenarnya tiada pilihan,bubar DUN dia kalah,tak bubar DUN pun dia kalah. Kalau bubar DUN tak tentu lagi 28 + 3 ADUN BN dan katak-katak itu akan dipilih semula. Seperti mana yang diramalkan oleh mentornya, BN akan kalah, nyaris-nyaris tinggal 8 saja.

Kalau tak bubar DUN, Najib juga dapat malu, kerana MB yang dilantik itu adalah lantikan mahkamah bukan pilihan rakyat. Sudah pasti rakyat Perak tak mahu seorang MB yang dipilih oleh mahkamah. Mahu tak mahu Najib kena juga suruh MB Zambry minta Tuanku Sultan bubar DUN.

Now Najib is stuck between the devil and the deep blue sea........

He even throws the ball to the Sultans court!

The question is whether Najib got balls to advise Zambry to seek the Sultan permission to dissolve the Perak State Assembly?

Najib........stop the sandiwara and get to work.........

cheers.

4 comments:

Anonymous said...

His balls gone with tuya or his stick in the grab fat dotties and the balls in kerala hand.Before kerala comdemn Perak back door goverment and now support cause the baby in cabinet maaaa

Henley said...

"Kalau bubar DUN tak tentu lagi 28 + 3 ADUN BN dan katak-katak itu akan dipilih semula. Seperti mana yang diramalkan oleh mentornya, BN akan kalah, nyaris-nyaris tinggal 8 saja."
Tambahan pulak calon2 BN kemungkinan lebih dari separuhnya akan kehilangan "deposit" kalo di adakan pilihanraya semula di Perak!!! Not surprising, considering the voters sentiments in teaching the arrogant PM a lesson and showing him who is the boss.. lolz.

Anonymous said...

Dont be too sure brother,there's a possiblity BN might win big.

Anonymous said...

Kalau ada pilihanraya BN boleh bentuk gomen Perak dengan a simple majority.