17 July 2014

Mahathir ada akai sikit daripada pemimpin2 UMNO...


Tiada masalah MB wanita, kata Mahathir(Dr M sees nothing wrong with Azizah as MB)...

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata tiada masalah untuk mana-mana wanita menjadi pemimpin.

Beliau menyatakan negara Islam tidak membezakan pemimpin dari segi jantina sebaliknya kebolehan.

"Kami tidak membezakan antara lelaki dan wanita. Kalau mereka (rakyat) nak wanita (jadi pemimpin) mereka akan mendapat wanita.

"Kita lihat ia berlaku di banyak negara Muslim," kata beliau ketika diminta memberi komen mengenai Selangor bakal mendapat menteri besar wanita.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Qan Ismail dispekulasikan sebagai bakal MB baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim susulan kritikan parti PKR terhadap beliau.

Mahathir bagaimanapun tidak mengulas secara langsung mengenai kenyataan peguam Umno Datuk Hafarizam Harun yang menyatakan Wan Azizah tidak boleh menjadi MB kerana perempuan mempunyai kesukaran menghadiri majlis keagamaan bersama sultan kerana datang haid.

Beliau ditemui ketika melancarkan kempen "Drive For Gaza" (Pandu untuk Gaza) di Proton Center of Excellence, Shah Alam hari ini.

Tak perlu tunggu OIC

Bekas PM ini turut meluahkan kekecewaan terhadap Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang seolah berdiam diri dengan isu Gaza.

Bagaimanapun Mahathir menyatakan negara Islam lain patut mengambil tindakan memberi bantuan tanpa menunggu OIC.

"Saya berpendapat bahawa tak perlu tunggu OIC. Negara ahli yang bersependapat boleh buat kumpulan lima, enam atau 10 negara bersetuju untuk ambil tindakan (ke atas krisis Gaza).

Mahathir berkata beliau menyokong usaha NGO Malaysia yang mahu membawa doktor dan sukarelawan membantu penduduk Gaza dan berharap Mesir bawah pentadbiran baru membuka pintu masuk untuk bantuan.

"Yang penting ialah di pintu masuk Rafah dibuka... kadangkala kita dapati Mesir tak benarkan pelawat dan bahan bantuan masuk ke Gaza.

"Saya harap kerajaan baru Mesir ni beri lebih kerjasama hanya untuk hantar makanan dan ubat-ubatan yang diperlukan oleh rakyat Gaza," kata beliau. 


PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail has received a rare endorsement from her husband's arch nemesis, Dr Mahathir Mohamad.

The former premier said there is nothing wrong with a woman holding leadership positions, including that of menteri besar.

He was asked to comment on the speculation that Wan Azizah, the wife of opposition leader Anwar Ibrahim, might replace Khalid Ibrahim as Selangor menteri besar.

Mahathir stressed that
Islamic nations did not differentiate leaders based on sex but rather capabilities.

"There is no distinction between men and women. If the people want a woman (to be a leader), they will get a woman.

"We have seen this happen in many Islamic countries," he said.

Previously, Umno lawyer Mohd Hafarizam Harun said a woman might not be suitable due to among others, being unable to accompany the sultan in religious functions in the time of her menses.

His comments drew flak from both sides of the political divide. 


Mahathir, however, did not comment on Hafarizam's statement.

The former premier was speaking to reporters after launching the "Drive For Gaza" campaign at the Proton Centre of Excellence in Shah Alam.

Speaking on the situation in Gaza, Mahathir expressed disappointment with Organisation of Islamic Conference (OIC) for keeping quiet on the issue.
He said other Muslim countries should provide aid without waiting for the OIC.- mk


Conflicting remarks by Zahid, IGP on ransom...

It seems like Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar and his boss Ahmad Zahid Hamidi are not on the same page over a report that a RM10 million ransom was demanded by the gunmen who abducted a policeman in Pulau Mabul, Sabah.

While the police chief dismissed the New Straits Times report, the home minister, however, confirmed that the abductors of Zakiah Aliep, 26, had demanded the ransom.

However, Bernama quoted Zahid as saying that the government would not entertain the demand.

At a press conference this morning, Khalid slammed the English daily for putting the abducted policeman in danger and advised the public not to listen to rumours.

"NST is putting my man in danger. I hope there are no others that are following the paper," he said in reference to the report, which quoted sources.

“I requested that there be no reports on ransom, but (the New) Straits Times picked up rumours and turned it into news. Don’t be like that.”

He refused to budge when pressed further.

“I said, don’t talk about ransom.”

Criminal dens
Zakia was abducted on Saturday night from a resort at Pulau Mabul, while his colleague Ab Rajah Jamuan, 30, was shot dead.

CCTV footage from the resort reportedly showed the police personnel having a meal in plainclothes when ambushed, while their weapons were left in their boat.

 On a related matter, Khalid said that the government has plans to move those living at floating villages as these places are “criminal dens” (sarang penjenayah) as well as health hazards.

“It will take some time as the relocation area will need to be ascertained. In fact, we have already started a census, and those who are non-citizens will be deported. The relocation is only for citizens,” he said.

Police also yesterday announced several steps to beef up security on the Sabah east coast, including deploying more than 600 extra security personnel and imposing designated sea routes.- mk

Wang tebusan: Zahid, IGP beri versi bercanggah


Kepada muslimin dan muslimat sekalian ingat pesanan Bik Mama...

cheers.

16 July 2014

Surat dari Menteri pasai hutang Deepak dan lagak Minah buli CDM25...


'Letter proves minister's hand in Deepak's loan'...

Rafizi Ramli has furnished a document that he claims proves Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Hasan Malek's involvement in Bank Rakyat's management matters.

The PKR director of strategy also claimed that the document showed the special treatment accorded to carpet trader Deepak Jaikishan by the bank.

At a press conference at the National Oversight and Whistleblowers (NOW) centre today, Rafizi said the 13 documents given to the NGO involved official letters as well as internal memos between Bank Rakyat and Hasan.

"The documents show how exorbitant the amount of Deepak's debt with Bank Rakyat is," added the Pandan MP, who promised to expose more documents on the matter in coming days.

Contacted later, Hasan told Malaysiakini that he would issue a statement on the allegations after discussing the matter with relevant parties.

Document is a letter from Hasan to bank

The document revealed today is a letter, purportedly from Hassan to a high-ranking bank officers to give special treatment to Deepak.

The letter also states that a meeting took place between Hasan, the Bank Rakyat officer and Deepak on Jan 30 this year.

It also urges Bank Rakyat to postpone any legal action to be taken against Deepak and for the remaining debt of RM32 million to be settled through a monthly payment of RM270,000 for a maximum of 10 years.

"The monthly payment will be made through 120 post-dated cheques for the amount of RM32 million, effective from January 2014.

"Legal action will be taken if the post-dated cheques fail to be paid," Rafizi said.

PAS information chief Mahfuz Omar (right) said on Monday that Deepak's loan with Bank Rakyat was not only limited to RM32 million, but that he also has two more loans totalling RM215 million.

The Pokok Sena MP also claimed that Deepak failed to settle all three of the loans in question, leading to a settlement agreement with the bank.

Meanwhile, Rafizi also confirmed that the RM32 million loan was not the only loan Deepak has with Bank Rakyat.

"The other loans combined will come to a few hundred million ringgit and that's a lot, since he only sells carpets," Rafizi said.

The well-known whistleblower also said that a report would be made against Hasan with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) on Friday.

Another report would also be lodged against a senior Bank Rakyat officer at the Commercial Crimes Investigations Department at Bukit Aman, also on Friday, Rafizi added.

Malaysiakini has contacted Deepak over the allegations and is awaiting his response.- mk

Photo: Coming soon...

Minah CDM 25 pembuli jalanraya mengamuk...

Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.

Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

"Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya.

"Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu naik darah dan bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman.

Malah wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci stereng.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita yang mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng terhadap seorang pesara yang secara tidak sengaja melanggar kereta wanita tersebut di Kuantan pada Isnin lalu.

“Sudah tentu itu bukanlah cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah tersebut dan undang-undang tidak boleh diletakkan di tangan sendiri,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang berlangsung di ibu negara.

Tambahnya lagi, pihaknya telah melihat video tersebut dan wanita berkenaan ternyata menunjukkan sikapnya sebagai seorang pembuli jalan raya dan satu laporan polis akan dibuat terhadap wanita berkenaan.

“Tidak kiralah sama ada lelaki berkenaan ada membuat laporan polis atau tidak, kita akan mengambil tindakan terhadap wanita itu.” - omakkau.blogspot

Digi Tawar Bayar Kos Baik Pulih Kereta Uncle Penyabar & Minah pembuli CDM25



INILAH WAJAH UNCLE YANG BERHATI MULIA SANGGUP MEMAAFKAN KAK LONG CDM 25 WALAUPUN DIBULI DAN DIHINA SAMPAI TRAUMA.

Photo: Korang dah tengok video neh? Pasal minah meroyan bengang kete dia calar kena langgar.. siap mintak 2K kt tuan kete yg langgar dia tuh.. patutlah dia beria suruh owner keta tuh tengok nombor plet kete dia.. CDM 25 beb.. maksodnya CASH DEPOSIT MACHINE..mesin suap duit tuh.. kena langgar sikit pon dah mintak 2K.. mata duitan minah neh..

#CDM25
#2K
#CashDepositMachine

-Aliff

Photo: GAMBAR KEROSAKKAN YANG DIALAMI OLEH KERETA PEUGEOT CDM 25 YANG TERLANGGAR DARI BELAKANG OLEH WARGA EMAS YANG MAU DIBAYAR DENGAN HARGA RM2,000.. 
http://omakkau.blogspot.com/2014/07/gambar-kerosakkan-yang-dialami-oleh.html
GAMBAR KEROSAKKAN YANG DIALAMI OLEH KERETA PEUGEOT CDM 25 YANG TERLANGGAR DARI BELAKANG OLEH WARGA EMAS YANG MAU DIBAYAR DENGAN HARGA RM2,000.. 

Photo

cheers.

UMNO tak payah sibuk,biar PR tentukan sapa MB Selangor...

Tak ada masalah jika MB wanita...

Tidak ada masalah daripada segi undang-undang khususnya Undang-undang Tubuh Negeri (UUT) atau perlembagaan negeri, sekiranya seseorang wanita dilantik ke jawatan Menteri Besar.

Menurut Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mempunyai sokongan majoriti boleh dipilih sebagai MB tanpa mengambil kira jantinanya.

“Yang penting sesiapa yang ditunjuk sebagai calon MB mesti ada sokongan majoriti dalam dewan.

“Budibicara sultan- sama ada Agong atau Tuan Yang Terutama – hanya relevan sekiranya ada keraguan tentang siapa yang sebenarnya ada sokongan atau mejoriti.

“Cara paling mudah, majoriti ADUN buat surat nyatakan sokongan kepada orang yang mereka mahu jadi MB,” katanya kepada keadilandaily.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan penasihat undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun bahawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak sesuai menjadi menteri besar Selangor kerana wanita mengalami uzur syarie (haid).


Kenyataan disiarkan akhbar News Straits Times (NST) itu mencetuskan kemarahan pelbagai pihak dan disifatkan sebagai usaha merendah-rendahkan martabat wanita.

“Soal jantina tak disebut oleh perlembagaan, yang penting orang itu mesti ada sokongan majoriti dan dia mesti Melayu dan Islam. Ini sahaja yang disebut oleh UUT Negeri, sama dengan lapan negeri Melayu yang lain. MB mesti Melayu dan Islam serta ada sokongan majoriti,” katanya.

Menurut Aziz, kenyataan Hafarizam itu menunjukkan kedangkalannya, malah parti itu sendiri pernah mengusulkan supaya pemimpin veteran wanita Umno di Negeri Sembilan, Datuk Napsiah Omar dipilih sebagai MB.

“Wanita boleh jadi MB dan undang-undang jelas tidak menghalang. Satu ketika dulu Datuk Napsiah Omar pernah disebut nak jadi MB Negeri Sembilan. ‘Loyar’ Umno ini mimpi dan tak ikut perkembangan politik agaknya,” ujarnya.- keadilandaily


Let Pakatan Rakyat decide Selangor MB post,not UMNO...

Unlike Umno lawyer Datuk Hafarizam Harun, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin believes that women can be a menteri besar or even prime minister.

Despite that enlightened view, he firmly said today that PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail is unsuitable for the top post in Selangor.

But why should he or for that matter any Umno politician have any say on who is the Selangor MB? Umno was soundly rejected by the electorate in Selangor.

Correction... an Umno team led by Datuk Seri Najib Razak was tossed into oblivion by the Selangor electorate in 2013.

So the best option for Khairy and his colleagues from the party of the corrupt is to keep calm and rebuild their own party for the next general election.

Can they rebuild their party into an image that will be accepted by most Malaysians?

The signs are not encouraging. The party is led by a listless president and assisted by party officials that fall into these categories. A) corrupt B) corrupt and unintelligent c) corrupt, unintelligent and sexist.

That Umno politicians are falling over themselves to keep Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim in office is the most compelling reason why perhaps he needs to go.

The shrill attention to who could and should possibly replace Khalid if Pakatan Rakyat decided to sack him just reflects Umno's impotence in winning back Selangor.

It does not help that the Umno lawyer decided to be misogynistic about who can replace Khalid. And the Umno Youth chief decides that Wan Azizah is unfit for the job.

They should remember that they can have their say if and when Umno wins back Selangor. Until then, best leave it to Pakatan Rakyat to sort out their own waffling leadership mess. –
- tmi


cheers.

15 July 2014

Dari otak UMNO menopause kononnya haid membuat wanita tidak sesuai untuk jawatan tinggi...


Kenyataan 'haid' peguam Umno cetus kemarahan...

Kenyataan penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun bahawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak sesuai menjadi menteri besar kerana wanita mengalami uzur syarie (haid) mencetuskan kemarahan di alam maya.

Di Twitter misalnya, semakin banyak komen mengkritik kenyataan Hafarizam yang disiarkan dalam New Straits Times (NST) itu.

Hafarizam dilaporkan sebagai berkata, Wan Azizah tidak sesuai menjadi menteri besar Selangor kerana wanita lazimnya mengalami uzur syarie dan ini bermaksud beliau tidak dapat selalu mengiringi sultan dalam acara keagamaan.

Hafarizam juga dilaporkan berkata, tiada halangan gender bawah undang-undang tubuh Selangor, terdapat kebimbangan praktikal dalam memilih wanita ke jawatan itu.

Berikut antara reaksi segera pelbagai pihak:

Photo: And HERE's the "GENIUS" UMNO Lawyer who made the Statement that Dr. Wan Azizah CANNOT be the next MB because she has her 'menses/period' or  in Malay...'haid'...

What a GENIUS. At least now we know WHERE he STICKS his BIG NOSE in a bit too often maybe since "THAT" is the ONLY thing on his MIND!

-w.i.w.c
Datuk Saifuddin Abdullah, bekas menteri pengajian tinggi: “Kalau Pakatan Rakyat pilih Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor dan sultan perkenan, dialah MB. Tak timbul isu haid.”

Tan Keng Liang, ketua Pemuda Gerakan: “Saya tidak setuju suami nak jadi PM dan isterinya MB. Nepotisme. Tetapi jangan kata isterinya tak patut jadi MB hanya semata-mata sebab haid!”

Syahredzan Johan, peguam hak asasi manusia: “Tak dapat dipercayai apabila penasihat undang-undang Umno berkata haid menghalang wanita daripada menjadi menteri besar. Sangat kejam!”

Jo Kukathas, aktivis teater: “Kenapa wanita tidak boleh jadi menteri besar. Malah kenapa menteri besar harus Melayu Muslim? Peranan MB untuk mentadbir. Tugas-tugas lain bersifat istiadat.”

Syed Husin Ali, senator PKR: “Datang haid bukan masalah. Boleh hantar wakil. Ada wanita dah henti (haid).”

N Surendran, peguam dan anggota parlimen PKR Padang Serai: “Kenyataan bodoh, jijik dan merendahkan-rendahkan martabat.”- mk








An Umno lawyer who suggested that menstruating women are not suitable to head the Selangor state government has been roundly condemned by Malaysians, who took to the social media expressing shock and disbelief.
Just minutes after the news was carried by The Malaysian Insider, many questioned how Datuk Mohd Hafarizam Harun could come up with the sexist comment.
Hafarizam (pic), in remarks believed to be on speculation that PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail could replace Tan Sri Khalid Ibrahim as the Selangor Menteri Besar, was quoted by the New Straits Times today as saying that a woman may not be a suitable candidate as she has menses.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/twitter-outrage-after-umno-lawyers-sexist-jibe-on-wan-azizah#sthash.LnvXPNTL.dpuf

Twitter outrage after Umno lawyer’s ‘menses’ remark...

An Umno lawyer who suggested that menstruating women are not suitable to head the Selangor state government has been roundly condemned by Malaysians, who took to the social media expressing shock and disbelief.

Just minutes after the news was carried by The Malaysian Insider, many questioned how Datuk Mohd Hafarizam Harun could come up with the sexist comment.

Hafarizam (pic), in remarks believed to be on speculation that PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail could replace Tan Sri Khalid Ibrahim as the Selangor Menteri Besar, was quoted by the New Straits Times today as saying that a woman may not be a suitable candidate as she has menses.

"What the hell. How on earth could this sexist statement come out from the mouth of a professional?" asked Twitter user QmoLoo.

Former deputy higher education minister Datuk Saifuddin Abdullah also joined in the online condemnation, saying the issue of menses does not arise if Dr Wan Azizah is chosen by Pakatan Rakyat to be the menteri besar with the consent of the Selangor Sultan.

Padang Serai MP, N. Surendran, described Hafarizam's remark "stupid, disgusting and demeaning", while lawyer Syahredzan Johan expressed his shock, tweeting: "Can't believe that Umno's legal advisor actually said that menses prevents a woman from becoming MB! Atrocious!"

"Ladies, do you realise how you are treated under Umno/BN," asked user Sasindran Chelliah.

"For this reason alone, Wan Azizah should be MB," said Pang Khee Teik.

Another user, Syazwina Saw, said that as a doctor, Dr Wan Azizah would not face any trouble with blood.

"Dr Wan Azizah, given that she is a qualified doctor, apparently has no problems with blood. Unlike that Umno lawyer," she wrote.

Dr Wan Azizah, 62, who is wife of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, graduated as a qualified ophthalmologist from the Royal College of Surgeons in Ireland.



Hafarizam, who represents Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in his civil suit against news portal Malaysiakini, had said that despite no specific clause exclusing a woman from the menteri besar post, a menstruating woman would face obstacles in her official duties, adding that this was the reason there has never been a female menteri besar.

"This is because should a woman menteri besar suffer from 'uzur sharie' (period), there will be many obstacles for her to accompany the sultan at religious functions.

"Hence, the article under the Selangor constitution, for example, may not hinder a woman from becoming a menteri besar, but by convention, there could be problems because of the said circumstances," Hafarizam said.

His view was supported by International Islamic University Malaysia (IIUM) lecturer, Shamrahayu Abdul Aziz, saying it was not practical to have a woman MB.

A women's empowerment group, Empower, meanwhile, described the view as "misogynistic", saying it reflected "sexist prejudices and a patriarchal ideology which form the basis for discrimination against females in our society".

It said both Hafarizam and Shamrahayu should immediately retract their statement and apologise.

"Their sexist behaviour is not the Malaysian culture. It is also not for them to decide who will be the next menteri besar - it is for the people of Selangor to decide," said Empower president, Janarthani Arumugam.

Some Twitter users also poked fun at the remark, such as Toon Ser Anthraxxxx who wrote: "In Bolehland, having menses can bar you from becoming the menteri besar."

Another social media user, KaV wrote: "Yep. Blame it on ladyparts. What is this, the 1800s?" while Aisya Bakar tweeted "a disgusting and pathetic low blow".

Azira hits out at Hafarizam, calling him a "sexist misogynistic feller" while PKR's Teja assemblyman Chang Lih Kang wrote "And this is the smart lawyer who will build Kidex for Sgorians (Selangorians)."

TMI comments section was also bombarded with replies to Hafarizam's remark.

Frozenmazk wrote: "What a nonsense! I couldn't believe Malaysia which proud itself as a progressive Islamic nation (can) come up with this kind of statement. Even Indonesia and Pakistan have female President in the past."

Another commentor,Yellow Hero described Hafarizam's remark as "nonsense garbage" and said: "In any case, Azizah's primary role as an MB is to run the Selangor State as a CEO with help from her EXCO.

"Accompanying the Sultan on religious functions is a secondary function, which can be delegated to another male Muslim Exco member, if needed."

Shohhigh also felt that for this reason alone, Pakatan should go ahead and appoint Dr Wan Azizah as the MB.

"Go ahead to appoint wan azizah as MB of Selangor & shut all those corrupt & dirty unmo fellas big mouth."

It was reported in the New Straits Times today that Hafarizam said the menteri besar has always been a man because women have menstrual cycles.

He said a woman menteri besar suffering ‘uzur syarie’ (period) will face many obstacles when accompanying the Sultan at religious events.

In Islam, a woman having her period is considered "unclean" and is prohibited from praying and reading the Quran, and barred from entering mosques. Other religions have similar practices, including Hinduism, where a woman is not to enter a temple or even the altar room at home, if she is menstruating. – tmi


cheers.

Twitter outrage after Umno lawyer’s ‘menses’ remark - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/twitter-outrage-after-umno-lawyers-sexist-jibe-on-wan-azizah#sthash.LnvXPNTL.dpuf

MH370 - Kakak Kapten Zaharie buat pendedahan...


Mulut tempayan boleh tutup. Mulut orang mana boleh tutup. Sehingga MH370 ditemui maka barulah orang akan berhenti berspekulasi. 

Media barat sampai ke hari masih tak henti2 mengaitkan dan menyalahkan Kpt.Zaharie dalam isu tersebut. Pelik tak? BOEING langsung tak dipersoalkan sedangkan pesawat yang hilang tu pesawat yang dikeluarkan oleh mereka. Hanya salahkan Kpt. Zaharie. 

Kakak kandung juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, akhirnya tampil ke hadapan demi mempertahankan adiknya dari terus didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas kehilangan pesawat tersebut.

Sakinah Ahmad Shah yang selama ini memilih langkah untuk berdiam diri dengan segala dakwaan dan spekulasi mengaitkan Zaharie dengan kehilangan MH370 memilih untuk bersuara menerusi satu temubual dalam program ‘The Mystery of MH370’ bersama sebuah rancangan televisyen NewsAsia Channel.

“Individu yang merancang semua ini mestilah seorang yang cerdik dan bersifat 'Einstein'. Tak akan ada individu yang sanggup memanjangkan masa penerbangan sehingga empat, lima atau enam jam hanya untuk melakukan misi bunuh diri.

“Dia (Zaharie) hanya seorang lelaki yang terlalu meminati dunia penerbangan, dia banyak menghabiskan masa dan duit dengan membeli model-model kapal terbang.

"Kalau boleh, dia mahu pasang sayap pada badannya dan terbang. Itu menunjukkan bahawa dia terlalu meminati dunia penerbangan,” katanya menerusi temubual tersebut.

Persoalan demi persoalan mula dibangkitkan sejak kehilangan MH370 menjadi sebuah misteri sehingga membabitkan kerjasama dan siasatan yang melibatkan 26 buah negara berbeza.

Juruterbang pesawat tersebut, Zaharie turut menjadi suspek utama bagi insiden kehilangan kapal terbang itu.

MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapalnya hilang sejak 8 Mac lalu dan usaha bagi mengesan pesawat tersebut masih dijalankan sehingga kini. ~sh


MH370 - Sister of Pilot Zaharie Ahmad Shah Speaks in Defence of Her Brother, the ‘Prime Suspect’ in Investigation...

More than four months have passed and Malaysia Airlines flight MH370 remains missing and the mystery behind its disappearance remains unsolved. Many theories emerged claiming the probable cause of the tragedy. However, none provided a definite answer. Meanwhile, sister of Captain Zaharie Ahmad Shah has finally spoken up in defence of her brother, who was reported to be considered the "prime suspect" in the police investigation of the missing jet.

On July 13, Channel News Asia reported that the sister of Captain Zaharie Ahmad Shah has "broken her silence" while speaking on the channel in Channel NewsAsia's special feature "The Mystery of MH370". According to the report, this is the "first ever interview" that the Captain's sibling appeared on after MH370 went missing. The show focused on the events of March 8, the night when Malaysia Airlines flight MH370 disappeared with 239 people on board.

Following the investigation, Captain Zaharie came under the suspicion of investigators.  It is thought that if the plane disappeared due to human intervention, Captain Zaharie could be the man involved in the activity. The report notes that Captain Zaharie's sister, Sakinab Ahmad Shah "rejects the notion that her brother was responsible" for the tragedy.

To support her notion, Sakinab Zaharie said: "We couldn't figure out why somebody who would want to commit suicide would prolong the agony of flying for four, five, six hours just to land down there."

According to the data by the investigators, MH370 kept flying for over six hours after disappearing from radar detection.

"If it was done, if he was the one who planned it, he has to be some kind of Einstein, which he was not," Sakinab Zaharie added.

During the investigation, investigators found some flight simulators that only added to the suspicion surrounding Captain Zaharie. However, his sister explains that Captain Zaharie was "just a man who took so much to aviation."

"He loved aviation, he spent a lot of his funds buying model airplanes. If he could, I think he would attach wings to himself and fly -- he loved flying that much," Sakinab Zaharie Ahmad Shah further explained.

Earlier, The Sunday Times reported (via Daily Mail) that the checks have cleared all the people on board missing Malaysia Airlines flight MH370, except Captain Zaharie. After finding "suspicious evidence from a flight simulator in his home," Captain Zaharie was considered the "prime suspect" in the investigation. The web site reported that the 53-year-old Captain practiced operations including take-offs and landings on isolated locations using his simulator. This simulator also included landing strips in the Southern Indian Ocean, which is thought to be the resting place of missing Malaysia Airlines Flight MH370.

Adding to the suspicion was the lack of "social or work-related future commitment" made by Captain Zaharie, unlike his colleagues. After conducting the focused investigation on Captain Zaharie and 170 interviews by the detectives, the investigators arrived at the said conclusion centering on Captain Zaharie's involvement. However, investigators haven't ruled out the possibility of mechanical failure or act of terrorism that may have resulted in the mysterious disappearance of MH370.

Malaysia Airlines flight MH370 was travelling from Kuala Lumpur to Beijing when it went missing. No debris or traces related to the missing Boeing 777 have been discovered to date. The case remains the biggest mystery in the aviation industry, and remains unsolved even after four months.- au.ibtimes


Skandal RM32 juta: PAS  tuntut penjelasan Bank Rakyat ...

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyerahkan satu memorandum kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak bagi meminta penjelasan berhubung dengan baki pinjaman RM32 juta membabitkan ahli perniagaan Deepak Jaikisnan.

Memorandum tersebut diterima Naib Presiden Kanan, Pemasaran dan Komukasi, Saliman Zainal di lobi Ibu Pejabat Bank Rakyat di sini hari ini.

Jelas Mahfuz, tindakan memberikan keistimewaan kepada seorang individu ingkar untuk ditangguhkan dari diambil sebarang tindakan undang-undang dan diberikan tempoh sepuluh tahun bagi menyelesaikan baki hutang adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan melanggar amalan perbankan yang pruden dan telus.

"Saya tidak nampak bagaimana arahan supaya Bank Rakyat memberikan keistimewaan kepada peminjam ingkar seperti Deepak dapat melindungi kepentingan Bank Rakyat dan ahli-ahlinya.

"Saya dimaklumkan bahawa bukan hanya pinjaman berjangka berbaki RM32 juta itu sahaja yang diberikan keistimewaan kepada Deepak melalui syarikat miliknya Carpet Tile Sdn Bhd.

"Bahkan terdapat dua lagi pembiayaan yang diberikan iaitu pinjaman sebanyak RM798 juta diberikan kepada syarikat pemaju hartanah Radiant Splendour Sdb Bhd dan juga RM40 juta kepada Deepak sendiri.

"Berdasarkan siasatan baki keseluruhan kedua-dua pinjaman tersebut perlu dibayar berserta baki RM32 juta adalah sekitar RM215 juta," jelasnya pada sidang media di lobi Bank Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut meminta agar Bank Rakyat tampil membuat penjelasan segera bagi mengelakkan timbul pelbagai spekulasi serta mengembalikan keyakinan pelabur.

"Kita tuntut penjelasan adakah pembayaran balik baki pinjaman sebanyak RM32 juta itu turut meliputi jumlah denda lewat yang sepatutnya dikenakan ke atas peminjam berdasarkan perjanjian.

"Jika tidak, kita ingin tahu apakah alasan Bank Rakyat tidak mengenakannya, berapa kerugian yang bakal dialami atas sebab tidak mengenakan bayaran denda lewat dan adakah Lembaga Pengarah memberi kelulusan tersebut," soal beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar Bank Rakyat menjelaskan adakah sebarang tindakan akan diambil jika peminjam masih gagal menatuhi syarat pembayaran yang diperbaharui.

"Kita juga ingin tahu bentuk sekuriti atau cagaran yang dikenakan ke atas peminjam, apakah cara penyelesaian bagi baki ke semua pinjaman Deepak.

"Apakat tindakan selanjutnya yang diambil pihak bank untuk mendapatkan kembali baki pinjaman yang tertunggak bagi ketiga-tiga pinjaman ini," sambung beliau lagi.

Mahfuz berharap pihak bank akan memberi maklum balas seberapa segera mengenai persoalan yang ditimbulkan dan beliau akan meneliti penjelasan tersebut bagi memelihara kepentingan penyimpan-penyimpan di bank tersebut yang kebanyakan mereka dari golongan bumiputra. - harakahdaily 


Rosmah's ex-confidante Deepak owes Bank Rakyat RM215 million not RM32 million... 

Carpet trader Deepak Jaikishan’s loan with Bank Rakyat is not limited to a purported RM32 million loan that recently became a subject of controversy, but instead he has two more loans totalling RM215 million.

PAS information chief Mahfuz Omar claimed today that Deepak has failed to settle all three of the loans in question, leading to a settlement agreement with the bank.

“This raises even more questions about the special treatment that the bank has given to Deepak as the outstanding amount is even bigger at RM215 million,” Mahfuz said, basing it on his own research.

Mahfuz  was speaking to reporters after handing over a memorandum demanding answers and transparency from Bank Rakyat over the Deepak loans at the bank’s headquarters in Kuala Lumpur today.

Mahfuz pointed out while the RM32 million outstanding loan was under the name of Deepak-owned Carpet Tile Sdn Bhd, another RM198 million was given to Radiant Splendour Sdn Bhd, a property developer company linked to Deepak, and another RM40 million was personally given to Deepak.

The outstanding amount from the three loans have been restructured by the bank for an amount of RM215 million, Mahfuz said.


“What is the next step that Bank Rakyat is taking to recollect all the outstanding debts for these three loans?” Mahfuz asked in his three-page memorandum to the bank.

The memorandum was addressed to the bank's managing director Mustafha Abd Razak, and was collected on Mustafha's behalf by Saliman Zainal, the bank's marketing and communications division vice-president.

Deputy Finance Minister Ahmad Maslan had previously denied that the government ordered Bank Rakyat to sanction an interest-free RM40 million loan for Deepak.

The carpet trader has been long embroiled in controversy due to his close ties to prime minister's wife Rosmah Mansor, and also his involvement in the affair involving Mongolian model Altantuya Sharriibu, who was subsequently murdered.
Malaysiakini has made several attempts to contact Deepak for his response but has been unsuccessful.- mk



Photo: Allah pasti membalas segala kekejamanmu Israel!!!!

Amin..

#GazaUnderAttack #PrayForGaza #PrayForAlQassam
PrayForGaza...


cheers.

14 July 2014

Seorang polis mati dan seorang lagi diculik ketika Najib melawat Sabah...


Sekumpulan pengganas disyaki berbangsa Sulu menyerang hendap sebuah pusat peranginan di Semporna Sabah, lewat malam semalam. Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 11.10 malam telah mengakibatkan seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) , Koperal 151279 Ab Rajah bin Jamuan 32 tahun terbunuh.

Seorang lagi anggota Polis Marin hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap di Jeti Smart Water Bungalow Resort di Pulau Mabul. 

Pengganas yang menggunakan senjata api telah memulakan serangan dengan melakukan tembakan secara rambang ke kawasan sekitar termasuk sebuah bot peronda yang berlabuh disitu. 

Anggota yang terkepung dalam serang hendap itu telah berjuang hingga titisan darah terakhir. Allahyarham yang juga anak tempatan Sabah meninggalkan seorang isteri akan dikebumikan dengan penuh penghormatan.

ESSCOM sedang melipatgandakan usaha mengesan kumpulan pengganas yang dipercayai masih berada disekitar kawasan pulau berkenaan disamping mendapatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negara jiran. Sementara itu keadaan di sekitar Pulau Mabul ketika ini tenang dan semua kedai beroperasi seperti biasa.

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga pemergiannya dibulan yang mulia dijadikan penguat semangat semua anggota di kawasan operasi.- air times f.bk

Photo: SEMPORNA DI SERANG - ANGGOTA POLIS MARIN SYAHID DI BUMI SENDIRI - Air Times

SEMPORNA - Sekumpulan pengganas disyaki berbangsa Sulu menyerang hendap sebuah pusat peranginan di #Semporna Sabah, lewat malam semalam. Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 11.10 malam telah mengakibatkan seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) , Koperal 151279 Ab Rajah bin Jamuan 32 tahun terbunuh. Seorang lagi anggota Polis Marin hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap di Jeti Smart Water Bungalow Resort di Pulau Mabul.  Pengganas yang menggunakan senjata api  telah memulakan serangan dengan melakukan tembakan secara rambang ke kawasan sekitar termasuk sebuah bot peronda yang berlabuh disitu. Anggota yang terkepung dalam serang hendap itu telah berjuang hingga titisan darah terakhir. Allahyarham yang juga anak tempatan #Sabah meninggalkan seorang isteri akan dikebumikan dengan penuh penghormatan.

#ESSCOM sedang melipatgandakan usaha mengesan kumpulan pengganas yang dipercayai masih berada disekitar kawasan pulau berkenaan disamping mendapatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negara jiran.  Sementara itu keadaan di sekitar Pulau Mabul ketika ini tenang dan semua kedai beroperasi seperti biasa.

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga pemergiannya dibulan yang mulia dijadikan penguat semangat semua anggota di kawasan operasi.

#Pray4Sabah

Menurut sumber di Sabah pagi ini, seorang anggota polis marin dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik.

Lapan lelaki bersenjata dan berpakaian tentera, dipercayai dari Filipina dilaporkan mendarat di Pulau Mabul, di perairan Semporna kira-kira jam 11.30 malam semalam.

Menurut sumber, polis mendapat maklumat dari orang tempatan yang mendengar bunyi tembakan dari restoran dan pejabat sebuah pusat peranginan di pulau peranginan itu.

Selaras senapang separa automatik M16 turut dilaporkan hilang selepas serangan di Banglo Air Resort itu.

Insiden ini merupakan sambungan dari beberapa siri penculikan sejak pencerobohan Sulu tahun lalu, dengan tiga insiden terakhir berlaku setiap bulan tanpa mengira cubaan yang gagal pada 7 Julai lalu.

Ia juga berlaku tatkala Najib mengumumkan untuk penambahbaikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) selepas dikritik kerana gagal menangani insiden penculikan walaupun membelanjakan jutaan ringgit dalam menyiapkan zon tersebut.

Menurut Bernama, Najib berada di ibu negeri itu di bahagian lain Sabah untuk bertemu pemimpin BN negeri bagi meraihkan sokongan dari "deposit tetap" mereka.




Lari ke negara jiran

Sementara itu, Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun memberitahu, anggota marin yang terbunuh berpangkat koperal dan yang hilang ialah konstabel.

“Kita tidak boleh dedahkan identiti mereka untuk menjaga sensitiviti keluarga," beliau dipetik sebagai berkata kepada Bernama di Kota Kinabalu hari ini.

Menurut Abdul Rashid, selepas melakukan serangan itu kumpulan terbabit melarikan diri ke perairan negara jiran.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kumpulan penjenayah menyasarkan pasukan keselamatan negara susulan peningkatan penguatkuasaan di kawasan itu dengan ramai suspek ditangkap.

"Saya ingin mengingatkan kepada semua anggota dari semua agensi keselamatan kita di kawasan Esscom agar lebih berhati-hati dan sentiasa siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Bernama.

Sementara itu Najib mengucapkan takziah kepada keluarga Korporal Rajah Jamuan yang terbunuh dan berjanji untuk sedaya upaya mencari Konstabel Zakia Aleip yang dipercayai diculik.

"Takziah kepada keluarga Koperal Rajah Jamuan yang gugur di Mabul.

"Kita akan lakukan sedaya upaya untuk cari dan selamatkan Konstabel Zakia Aleip," tulisnya di Twitter.- mk



Insiden Semporna ibarat kasut dibaling pada PM...

Kejadian tembak-menembak berdarah malam tadi menunjukkan betapa kumpulan militan tidak mengambil kisah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Lim Guan Eng.

“Pada hari sama PM tiba di Sabah, pengganas pun melancarkan serangan. Apa mesejnya?

“Mereka langsung tidak kisah, menghina dan tidak hormat padanya.

“Ini seperti baling kasut pada Najib,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis memperingati kematian lima tahun Teoh Beng Hock di tanah perkuburan di Semenyih, Selangor hari ini.

Lim berkata, jika kerajaan tidak dapat menjamin keselamatan dan polis juga tidak dapat mempertahankan diri sendiri, bagaimana rakyat umum akan dilindungi.

Kejadian tembak-menembak maut dilaporkan di Semporna semalam, tatkala Najib di Kota Kinabalu melawat negeri itu.

Menurut sumber di Sabah pagi ini, seorang anggota polis marin dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik.

Lapan lelaki bersenjata dan berpakaian tentera, dipercayai dari Filipina dilaporkan mendarat di Pulau Mabul, di perairan Semporna kira-kira jam 11.30 malam semalam.- mk




Fatal shootout in Pulau Mabul as Najib visits Sabah...

A fatal gunfire exchange was reported in Semporna last night, just as Prime Minister Najib Abdul Razak was in Kota Kinabalu last night drumming up his coalition's morale.

According to a source in Sabah this morning, a marine police Corporal Rajah Jamuan was reported killed, while his colleague Constable Zakia Aleip is believed to be have been abducted.

Eight gunmen in military uniform, suspected to be Filipinos, were reported landing on Mabul Island off Semporna at 11.10pm.

According to the source, the police were tipped off by locals who heard gunfire at the eatery and office of a resort on the island.

It is also understood that a semi-automatic M16 rifle was missing following the attack.

This incident follows a string of kidnappings since the major Sulu incursion last year, with the last three taking place on a monthly basis discounting a failed attempt on July 7.

It also comes in the face of Najib's revamp of the Sabah Eastern Security Command (Esscom) after severe criticism over the government's failure to stem kidnappings despite setting up the security zone and spending millions.

According to Bernama, Najib was in the state capital on the other side of the state speaking to Sabah BN leaders to shore up the coalition's "fixed deposit", promising goodies from Petronas.

The PM has since left Sabah for his itinerary in Pahang today, and later in the afternoon tweeted, "My condolences to the family of Corporal Rajah Jamuan who fell in Mabul.

"We will do all we can to find and rescue Constable Zakia Aleip."

'Security forces being targetted'

Meanwhile according to Bernama, newly-appointed Esscom operations director Abdul Rashid Harun told the national news agency today the insurgents used heavy arms in the ambush when the marine policemen were at the Mabul Water Bungalow Resort, Pulau Mabul.    

Speaking to reporters in Semporna, Abd Rashid said in the attack, the suspects were attired in jungle fatigue pants, black coloured clothes and their face covered.    

According to Abdul Rashid, after the attack, the group fled to the waters of a neighbouring country.      -

"The group had wanted to kidnap someone at the resort but attacked the two policemen instead.

"This is the first fatality involving a security force personnel in preventing a kidnap here," he said

He did not rule out the possibility of the criminals targeting Malaysian security members following measures, including strict enforcement, by the Malaysian authorities in the country's territorial waters.   

"I want to remind members from all security agencies in the Esscom area to be more careful and always to be prepared for any eventualities," he added.

Local representatives have been slamming the government for not taking the Sabah east coast security situation seriously.

Both State Reform Party (Star Sabah) chairperson Jeffrey Kitingan and Angkatan Perubahan Sabah (APS) chief and Tamparuli assemblyperson Wilfred Bumburing have warned that foreigners with Malaysian ICs found in the security forces pose a great danger.

Bumburing in April also lamented the government had ignored numerous calls for reinforcements while intruders into Sabah's maritime border carried out kidnapping after kidnapping.

Security boost hoorah shortlived

Ironically Sabah Chief Minister Musa Aman at an event with Najib last night hailed the Esscom restructuring exercise saying it brings hope the east coast would be "safeguarded effectively".

The latest incursion also comes no sooner when Najib at the same event announced reinforcements to secure the troubled maritime border.

Bernama reported Najib saying the Bunga Mas 5 naval vessel owned by Malaysia International Shipping Corporation Berhad, will be stationed in Sabah's east coast off waters bordering the Philippines, to boost ESSCom's strength.   

He said the vessel which would function as the 'mother ship' would be manned by a security force team and equipped with speed boats to curb cross border crime.   

"But the cooperation of the people is also important. If we leak information to the enemy, then they might be able to elude the defence system in the state.

"I hope this can be avoided. Otherwise, any system however modern can be infiltrated if someone is there to give them the information," he cautioned.   

He said this at a gathering and breaking of fast with state and federal leaders here tonight.   
Najib who is also finance minister said two radar-equipped Petronas oil rigs would also be stationed off Semporna and Lahad Datu waters as the hindmost defence line.     -

He said the whole set up would be implemented within six months in line with its recent restructuring.   

Najib said as national security director, he would be returning to Sabah again soon for a working visit and to reveal other initiatives on the development and security of the state.- mk


Semporna shootout like shoe thrown at Najib

Apa salah mereka ini? kerajaan Najib terus ambil penasihat2 Yahudi...

Photo: Selamat berbuka puasa. Kerajaan Malaysia membayar sebanyak 77Juta untuk menyabung kontrak APCO WW. 

1Malaysia idea asal Najib katanya.. depa nak tipu macai buley la.. Kita boikot produk Israel yang memberi keuntungan kepada mereka, Najib rilek je ambil duit kita dan bayar APCO. :3


Jam 3.00 pagi 14/7/2014

HERE n HERE n HERE n HERE n HERE n HERE

cheers.