04 July 2014

Pindah rumah dikatakan berkhalwat...

Hanisha Abdul Rahman bercakap kepada media di Petaling Jaya, hari ini berhubung tangkapan khalwat kepadanya oleh Jabatan Agama Islam Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Shafie, 4 Julai, 2014.
JAIS didakwa salah guna kuasa dalam tangkapan kes khalwat...

Selepas serbuan kontroversi pengantin perempuan di kuil Hindu, Petaling Jaya bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekali lagi  dikecam kali ini kerana menahan empat individu yang didakwa melakukakan kesalahan khalwat.

Mangsa, Hanisha Abdul Rahman, 29, mendakwa ditahan dua penguatkuasa Jais pada 22 Jun lalu bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerjanya ketika mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.

Hanisha yang merupakan pemilik di butik kecantikan berkata, ketika kejadian Mukamil berada di luar rumah dan wanita itu bersama dua kakitangannya juga merupakan teman serumah berada dalam rumah di Salak Tinggi, Selangor.

"Saya terkejut kerana ditahan begitu saja tanpa diberitahu alasan kukuh, mereka datang terus kata yang kami ditahan kerana khalwat," katanya  pada sidang media, Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Ibu tunggal itu berkata, dua penguatkuasa Jais berkenaan memberitahu hanya memantau selama 5 minit sebelum mereka datang membuat penahanan.

"Pada mulanya saya tanya berapa lama kamu pantau kami, pegawai Jais itu berkata sudah lama namun apabila saya tanya lagi di balai polis kemudian, mereka kata hanya lima minit," kata Hanisha.

Ini bukan kali pertama Jais dikaitkan dengan insiden serbuan apabila pada 1 Jun lalu jabatan agama itu turut mendapat kritikan orang ramai kerana menyerbu pengantin perempuan Zarinah Abdul Majid  kerana kekeliruan status agamanya.

Hanisha berkata, mereka kemudiannya dibawa ke balai polis dan diarahkan datang ke pejabat Jais pada 23 Jun lalu.

"Di Jais kami diarah mengisi borang dan memberi nama penjamin. Kami juga diarahkan membawa wang sebanyak RM3,000 seorang ketika perbicaraan.

"Namun saya membantah, bagaimana mereka boleh minta kami membayar wang sedangkan kami tidak bersalah. Saya dalam rumah ketika itu dan Mukamil di luar," katanya.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili empat mangsa berkenaan berkata, tindakan Jais membuktikan penyalahgunaan kuasa dan anak guamnya tidak diberikan hak membela diri.

Beliau berkata, melalui surat perjanjian dan jaminan tertulis peringatan untuk mangsa membawa wang sebanyak RM3,000 pada tarikh perbicaraan.

"Saya berpendapat Jais menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor .

"Perbuatan Jais ini amat memalukan dan mencemarkan nama Islam kerana kita tidak diajar untuk membuka aib orang, kita sepatutnya melindungi," katanya.

Katanya, dalam Islam tidak wujud istilah khalwat dan ia hanya dicipta bagi menangani isu maksiat di kalangan masyarakat Islam.

"Tidak ada istilah khalwat sebenarnya yang ada hanyalah berzina dan ia memerlukan empat saksi bagi mengesahkan perbuatan itu, langsung tiada elemen khalwat sebenarnya dalam Islam," katanya.

Latheefa berkata, beliau mewakili anak guamnya menuntut Jais membatalkan tuduhan berkenaan dan  sekiranya gagal, mangsa akan bertindak memfailkan saman.

Beliau berkata, anak guamnya juga sudah membuat laporan polis agar siasatan dilakukan ke atas dua penguatkuasa Jais itu.

"Laporan polis dibuat pada 30 Jun lalu di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di mana anak guam saya menuntut siasatan dilakukan ke atas dua penguatkuasa Jais iaitu Alfian Ahmad dan Mohd Zulfadli Mohd Noor yang membuat tangkapan kira-kira jam 12 malam, Ahad lalu.

"Insiden ini melibatkan maruah seseorang yang berlaku di kawasan berdekatan dengan jiran, kita tuntut Jais membuat permohonan maaf dan membatalkan pertuduhan, jika enggan kita akan failkan saman," katanya.

Latheefa turut menggesa Jais merombak semula sistem pelaksanaan jabatan agama itu.

"Saya percaya terdapat banyak lagi kes seperti anak guam saya berlaku namun tidak dibangkitkan, ia sudah berlarutan agak lama.

"Ini merupakan kali pertama mangsa tampil dengan lantang untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa badan agama," katanya.

"Kenapa mereka tidak buat serbuan di hotel mewah? Sekiranya mereka lakukan, kemudian ia boleh diselesaikan kerana kuasa dan wang apabila ada yang terlibat merupakan orang berpengaruh," katanya. – tmi

jais007_300
In screw-up, house-shifters held for 'khalwat'...

Three women and a man want the Selangor Islamic Affairs Department (Jais) punished for wrongly arresting them and demanding money for khalwat (close proximity) when they were merely moving house.

Lawyers for Liberty's Latheefa Koya said the four, aged between 20 and 29 years, were arrested by two Jais officers around noon on June 22.

At that time, the man was helping the women shift furniture into their newly-rented house in Salak Tinggi, Selangor.

The man was outside and the women were all inside the house.

Following the incident, the women made a police report against Jais officials on Monday.

"We want the police to take action against abuse of power and cancel the whole attempt to charge them. Jais should also apologise for shaming them," Latheefa (left) told Malaysiakini.

She said that after the arrests, Jais sent the women a letter asking them to turn up at the Syariah Court on Dec 17 with RM3,000 each, the maximum fine allowed for khalwat.

It is not clear whether the four would be charged or face trial, Latheefa said.

Under Islamic law, unmarried men and women are prohibited from coming together in a secluded place, or in a house or room under circumstances which may give rise to suspicion that they were engaged in immoral acts.

Latheefa said that although Jais commonly arrests Muslims for khalwat, many victims have preferred to keep quiet, rather than speak up because of shame and embarrassment associated with the charges.

In this case, however, the women want to clear their names as there was absolutely no wrongdoing on their part.

The three women worked at a cosmetics shop in KLIA2 and the young man was a limo driver who had fetched them to and from work before.

As a good Samaritan, he was helping the women move their furniture when two Jais officers turned up, asked for their identity cards and arrested them with dubious evidence, Latheefa said.

“In this case, Jais is wrong to have linked them... It’s too easy to make a khalwat arrest. This is not the right way to combat vice.

“The whole idea of khalwat law is to fight vice. If this is the way, you are going to make sure that people are more careful and they are going to go deeper underground,” Latheefa told a press conference at the office of Lawyers for Liberty in Petaling Jaya.

'Women want to clear their names'

She emphasised that the women wanted to clear their names.

The eldest of the women, 29-year-old Hanisha Abdul Rahman, told reporters that Jais officials had overreacted but refused to back down when questioned.

“I asked them, how can this be khalwat when the man is outside the house and I am behind the gate, with two more of my helpers inside the house?” Hanisha said.

Latheefa said the four want the Jais officers to apologise or face legal action.

“We have been instructed to inform Jais, failing which we have been given instructions to proceed to sue them,” she added.- mk
 
AWIE MENGAKU TIDAK BERSALAH BELASAH ISTERINYA SAMPAI CEDERA PARAH SEKSYEN 325 KANUN KESEKSAAN... 


SEORANG LELAKI MENEMUI AJAL KETIKA CUBA MEMECAH MASUK SEBUAH RUMAH MENERUSI LANTAI UNTUK TUJUAN MENCURI APABILA KEPALANYA TERSEPIT DI CELAH LANTAI KAYU TERSEBUT...



cheers.

KPN atau MYWATCH menipu dan Kassim Ahmad tak perlu puasa di Trengganu...

IGP berbohong, kata Sanjeevan...

Pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar  mengeluarkan kenyataan palsu kerana menuduh beliau tidak bekerjasama dengan polis berhubung siasatan mengenai salah laku polis.

“Beliau ini memang pelawak besar,” katanya kepada Malaysiakini.

Sanjeevan mengulas kenyataan Khalid yang turut mendakwa beliau enggan menyerahkan bukti ketika dikunjungi seorang pegawai.

Sanjeevan bagaimanapun mendakwa, tiada sebarang pegawai polis yang menemuinya berhubung dakwaan mengenai rasuah dan skandal seks.

"Itu terang-terangan satu penipuan... IGP sebenarnya yang enggan bertemu saya,” katanya lagi.

Dakwanya, beliau mengirim banyak surat kepada polis berhubung perkar aini namun Khalid tidak menjawab.

Terdahulu, Khalid berkata polis tidak pernah melindungi anggota yang melakukan kesalahan, dan menggesa agar siasatan berhubung kes seperti itu didedahkan kepada umum.- mk


'Biggest joker' IGP lying, says whistleblower...

MyWatch chairperson R Sri Sanjeevan has launched a broadside against Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar, accusing the latter of churning out fraudulent statements.

"He is the biggest joker of all," the whistleblower told Malaysiakini.

Sanjeevan was responding to Khalid's claim that the MyWatch chairperson did not cooperate with the police in their investigations regarding errant cops.

The police chief also said that Sanjeevan refused to hand over the so-called evidence when he sent a senior officer to meet him.

However, Sanjeevan (right) claimed that no such police officer had met him over his allegations that ranged from corruption to sex scandals.

"That's a blatant lie," he said. "It is the IGP who refused to meet me."

Sanjeevan said that he sent numerous letters to the police regarding this matter, but the police chief "did not bother" to respond.

Earlier today, Khalid said the police never protected errant cops and called for investigations of such wrongdoings to be made public.

Recently, Sanjeevan claimed that he has information regarding the sex scandal involving a top cop but refused to divulge details without assurance from the Home Ministry and the police.

Sanjeevan was shot by two unknown gunmen in July last year in Bahau, Negeri Sembilan following months of exposes that he had made against police officers.- mk


Sini Ceritanya
Fatwa murtad: Jamil Khir jangan kelirukan rakyat...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat terutama umat Islam berhubung tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan kenyataan aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad sebagai pemikiran yang kufur dan murtad. 

Jamil Khir sebelum itu berkata, fatwa tersebut merupakan pandangan negeri berkenaan dan tidak berkuat kuasa di negeri lain.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata walaupun terdapat peruntukan yang diberi kuasa kepada sesebuah negeri dalam melaksanakan keputusan, namun fatwa murtad merupakan satu perkara yang berat dan perlu pertimbangan semua pihak.

"Kita akui ada peruntukan yang diberikan kepada sesebuah negeri, namun dalam fatwa ini ia amat berat dan sepatutnya Jamil Khir tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang Islam.

"Jamil Khir sepatutnya mengulas untuk merujuk perkara itu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu, fatwa Terengganu bahawa kenyataan sebagai pemikiran yang kufur dan murtad tetapi negeri lain tidak," jelasnya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut meminta agar Jamil Khir mengkaji semula fatwa yang telah dikeluarkan Terengganu itu bagi mengelakkan kekeliruan.

"Ini menjadi persoalan kepada agama Islam itu sendiri adakah terdapat perbezaan dan kenapa fatwa perlu dikeluarkan secara berbeza terutama soal murtad.

"Ia perlu diperincikan dan diselaraskan di semua negeri," ujarnya.

Kelmarin, media melaporkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu pada mesyuarat khas kali pertama 9 Mac lalu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan Kassim pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad. - harakahdaily



Kassim Ahmad is a kafir in Trengganu...

So, Kassim Ahmad is a kafir in Trengganu. Outside of Trengganu he is a Muslim.

So, in Trengganu he doesn't have to puasa. Outside Trengganu he has to.

If he has more than one wife, when he goes to Trengganu, he can be arrested and charged for bigamy. Outside Trengganu he is okay.

In Trengganu, Kassim Ahmad is not a Muslim and therefore he is not easily confused. Outside Trengganu, he becomes easily confused.

When he enters Trengganu, Kassim bin Ahmad ceases from being a Malay and a Bumiputera. 

Any MARA loan he has will automatically revoke itself.

But when he steps out of Trengganu, Kassim bin Ahmad reverts to being a Melayu. His MARA loan, if any, automatically revives itself.

This is Malaysia and Melayumuslim.

Jeckyl and Hyde pun kalah.- Art Harun

Makan Waktu Imsak Boleh atau Tak...


Panduan makan ubat ketika bulan puasa...

cheers.

03 July 2014

Rizalman akan dihantar balik ke New Zealand...

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman mengesahkan bahawa pegawai waran 2 Muhammad Rizalman Ismail akan diekstradisi ke New Zealand berkaitan tuduhan terhadapnya.

Anifah mengesahkannya kepada Malaysiakini melalui SMS petang ini.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Malaysia memutuskan untuk menghantar balik Rizalman ke New Zealand, untuk membantu penyiasatan terhadap tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol.

Menurutnya, Rizalman akan diiringi seorang pegawai kanan tentera dari Kementerian Pertahanan.

Keputusan ini disampaikan oleh Anifah kepada rakan sejawatnya, Menteri Luar New Zealand, Murray McCully, petang ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan Malaysia berpendapat bahawa keputusan itu akan memberi peluang bagi Rizalman untuk bekerjasama sepenuhnya dan membantu pihak berkuasa New Zealand dalam siasatan yang sedang dijalankan mengenai dakwaan terhadapnya.

"Dalam hal ini, prinsip undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, perlu digunapakai kepada Rizalman.

"Kerajaan Malaysia akan menyediakan bantuan guaman kepada Muhammad Rizalman jika perlu," tambahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia mempunyai keyakinan penuh terhadap sistem perundangan New Zealand.

Katanya, ia juga berkeyakinan penuh bahawa Rizalman akan diberi layanan yang adil dan secara bermaruah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

"Keputusan kerajaan Malaysia adalah bukti jelas tentang hubungan dua hala yang cemerlang antara Malaysia dan New Zealand," tambahnya.- mk


Rizalman to be sent back to NZ...

Malaysian diplomatic attache Muhammad Rizalman Ismail will be sent to New Zealand in connection with the sexual assault and burglary charges against him.

Foreign Minister Anifah Aman confirmed this in a text message to Malaysiakini this evening.

The decision comes amid widespread calls for the military personnel, who was attached with the Malaysian High Commission in Wellington, to be extradited to New Zealand.

Rizalman, 38, who is currently in Malaysia, has been accused of sexually assaulting a 21-year-old woman.

In a statement, the Malaysian Foreign Ministry said the decision has been conveyed to New Zealand's Foreign Minister Murray McCully (left).

The ministry also said that it would provide "legal assistance" to Rizalman if "necessary".

"Malaysia has complete faith in the New Zealand legal system and has full confidence that Rizalman will be given fair treatment with dignity as provided under the law," it added.

According to the statement, Rizalman is being sent back to "assist in investigations".

The following is the Foreign Ministry's statement in full:  


"The Government of Malaysia has decided to send back to New Zealand, Second Warrant Officer Muhammad Rizalman Ismail, former Defence Staff Assistant at the High Commission of Malaysia in Wellington, to assist in the investigation for the charges of burglary and assault with intent to commit rape. Mr. Muhammad Rizalman will be accompanied by a Senior Military Officer from the Ministry of Defence.

This decision was conveyed by YB Dato' Sri Anifah Aman, Minister of Foreign Affairs to his counterpart, the Hon. Murray McCully, Minister for Foreign Affairs of New Zealand this afternoon.

The Malaysian Government is of the view that this decision will provide an opportunity for Mr. Muhammad Rizalman to cooperate fully and assist the New Zealand authorities in the on-going investigations on the allegations made against him.

In this regard, the legal principle that one is considered innocent until proven guilty should apply to Mr. Muhammad Rizalman. The Government of Malaysia will provide legal assistance to Mr. Muhammad Rizalman if necessary.

Malaysia has complete faith in the New Zealand legal system and has full confidence that Mr. Muhammad Rizalman will be given fair treatment with dignity as provided under the law.

The Government of Malaysia's decision is a clear testament of the excellent bilateral relations between Malaysia and New Zealand." - mk


Beberapa Ekor Kerbau Bawa Lumpur 1Malaysia Terpalit
Anwar urges Rizalman's extradiction to NZ...

Anwar Ibrahim said today he was appalled that Malaysia refused to send its diplomat, accused of sexual assault, back to New Zealand to face charges where the crime allegedly happened.

Speaking to online news portal stuff.co.nz, Anwar said not only were Malaysia's actions illogical, it also cast doubt if the use of diplomatic immunity to fish Muhammad Rizalman Ismail back home was a way to cover up government misconduct, as in the handling of the still missing MAS MH370.

“I am appalled that they had the audacity to suggest that an attempted rape and assault crime should be withdrawn on the basis of diplomatic immunity.

“I know how rotten the failure of the governance here is, but I cannot imagine that we can write to a different country and request the withdrawal of these criminal charges,” Anwar (right) is quoted as saying.

Rizalman was arrested in Wellington on May 9 after an alleged attack on a 21-year-old woman in her house last month.

The PKR leader said the Malaysian government should reconsider its position and let Rizalman face trial in New Zealand.

“We are dealing with New Zealand, there is no question about the independence and due process of the courts,” he said.

Witnesses, police officers and matters pertaining to the investigation are all based in New Zealand. As a result, people cannot expect an expeditious trial in the Malaysian courts, as required by due process.

Anwar added that many women's organisations had also been pestering him to do something.

They expressed their disgust and “protested vehemently” at the use of immunity for an offence of this nature, he said.- mk

Tale of two governments and a sex case

Wakil Rakyat DAP dihalau daripada pasar Ramadan...


Hang bagilah bonus setahun 4 kalipun, aku tetap lawan UMNO...

Gomen huluq duit raya kepada penjawat awam, pesara kerajaan pada 15 Julai ini...

Kerajaan bersetuju memberi bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi gred 1 hingga gred 54.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan khas itu juga akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250

"Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

"Kerajaan berharap dengan bayaran bantuan khas kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran," kata Perdana Menteri. 







Tanah runtuh di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi ,KL

cheers.

02 July 2014

Gomen UMNO/BN mahu gomen NZ gugurkan pendakwaan terhadap perompak dan perogol...


Dah keruhnya hubungan dengan China sabit insiden MH370 belum dapat dijernihkan sepenuhnya.. Tiba2 muncul pula kekeruhan dengan New Zealand.. Lepas satu BALA, datang BALA lagi menimpa Kerajaan UMNO/BN.. 

Sekarang ada diplomat yang menjadi suspek menyamun dan merogol di New Zealand, Mohammed Rizalman Ismail. Itulah nama yang mengharumkan negara dalam arena gangguan seksual peringkat antarabangsa. Tunggu apa lagi?

Katanya Muhammad Rizalman adalah anak didik 
Ultra Kiasu Mohammad Ridhuan Tee di University Pertahanan Malaysia.. Inilah baru kebanggaan negara namanya, dah tentu menteri2 benar2 mempertahankannya. 


Kalau tak salah, balik la ke NZ untuk dibicarakan  kalau yakin engko tak bersalah. Ini cabut lari guna kononnya kekebalan pula. Boleh pulak nak minta dibicarakan kat Malaysia.. Sape balun sape nih??



Kerajaan 1Malaysia, di New Zealand pun mahu main hentam "I help you U help me" untuk melindungi suspek jenayah ke??? Ingat 1dunia sama dgn kerajaan kangkung 1M'sia main hukum pilih2 ke? 


Belum ada mana mana negara didunia yang beri kekebalan undang2 untuk diplomatnya melaksanakan kes samun dan rogol. Apa yang sedang disembunyikan oleh kerajaan Malaysia? 

Siapakah dibelakang Mohd Rizalman?? Siapa pemimpin UMNO yang sedang menpertahankan suspek rogol ni?? 

WahaiAnifah Aman, bulan puasa pun nak menipu ke?? Ini kes luar negara.. Kalau dalam negara bolehlah tutup mata.. Kan banyak berlaku di Malaysia terbukti bunuh orang pun boleh tutup kes, tak bersalah,sapu duit pun tak bersalah kerana bukti tak cukup...f/bk 

Malaysian diplomatic aide in NZ sexual assault case looks happily married... 

The diplomatic aide who allegedly sexually assaulted a 21-year-old woman in New Zealand appears to be a happy family man.

According to the Facebook Profile of his wife, Mohammed Rizalman Bin Ismail (pic), 38,  has three children, two of which are enrolled in primary schools while the other is a toddler.

The wife, who is from Terengganu, is a nurse. She is formerly a student at College of Nursing in Kuala Lumpur.

Their profile showed that they had moved to Wellington in October last year.

The wife seems like a simple housewife who loves her children as her Facebook profile was filled with pictures of them.

On Mohammed Rizalman's Facebook profile, he appears to be a happily-married family man.

Based on his limited profile access, the suspect posted many family pictures. He also supports Malaysian Super League side ATM FA. 

He apparently followed the young woman back to her home in Brooklyn on the night of May 9 and is alleged to have assaulted her with the intent to rape.

Some reports have also linked him to a burglary case.

Each of the offences carries a maximum of 10 years in prison.

He has returned to Malaysia. However, New Zealand authorities have asked him to return to face charges.-the Star

Kes ini berlaku lebih dua bulu dulu,tapi gomen UMNO/BN sorok dari pengetahuan rakyat Malaysia. Kalau kerajaan New Zealand tak dedahkan kes ini,kes ini akan ditutup dan disimpan dalam almari solek bik mama di Puterajaya...

Cerita seterusnya di sini dan sini

Lawak bulan puasa...

Argentina vs Switzerland jam 12.00 pagi 2/6/2014

LIVE HERE n HERE


Belgium vs USA jam 4.00 pagi 2/6/2014

LIVE HERE n HERE

cheers.

01 July 2014

New Zealand kata Malaysia mahu pertuduhan ditarik balik dan tutup kes...


NZ rebuts Anifah reveals Malaysia wanted charges dropped

Dokumen dedah Malaysia mahu tuduhan digugurkan...

New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.

Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.

Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan.

Surat itu sebagai balasan kepada sepucuk lagi surat MFAT, bertarikh 10 Mei yang menuntut supaya kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi membolehkan tindakan di mahkamah di New Zealand dilakukan.

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekebalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.

“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu.

Dokumen itu didedahkan hari ini, atas permintaan Fairfax Media, di bawah undang-undang kebebasan maklumat New Zealand.- mk


NZ rebuts Anifah, reveals Malaysia wanted charges dropped...

Hours after Malaysian Foreign Minister Anifah Aman played down accusations the country was out to protect a Malaysian diplomat accused of sexual assault, the New Zealand government has turned the tables on him.

New Zealand released documents rebutting Anifah's claim that Wellington had offered to allow Muhmmad Rizalman Ismail to return home despite the alleged offence.

The documents also show that the Malaysian side asked for the charges of burglary and assault with the intent to rape against Rizalman to be dropped.

One of the two documents released is the Malaysian High Commission's letter to New Zealand's Ministry of Foreign Affairs and Trade (MFAT).

"The High Commission of Malaysia would like to also seek the cooperation of the Ministry of Foreign Affairs and Trade of New Zealand and the New Zealand police to kindly consider sealing all documentation pertaining to the above mentioned matter and withdrawing all charges against Muhammad Rizalman Ismail,” reads the May 21 letter, sighted by Malaysiakini.

The letter was in response to another letter from MFAT, dated May 10 to the Malaysian High Commission requesting that Rizalman's diplomatic immunity be waived for him to face legal action in New Zealand.

"The High Commission of Malaysia has the honour to inform that the government of Malaysia will not waive the personal immunity granted to Muhammad Rizalman Ismail and has decided that he should be repatriated to Malaysia as soon as possible.

"Should the Ministry of Foreign Affairs and Trade of New Zealand accept this arrangement, the High Commission proposes to send him and his family back home on Thursday, May 22, 2014, at 1.15pm by MH130," says the letter from the Malaysian mission.

At a press conference at Wisma Putra (right) in Putrajaya earlier today, Anifah claimed Malaysia had met with New Zealand officials on May 12 and offered to waive Rizalman's immunity but their counterparts had offered an "alternative" to allow him to return home.

Anifah also said Rizalman who is a warrant officer, will face the Military Court in Malaysia.

The documents were released in Wellington today, upon a request by Fairfax Media, under New Zealand’s freedom of information law.

Another document released by Wellington is the May 10 letter by MFAT to the Malaysian High Commission. No other document pertaining to the events between May 10 and May 21 were released.

NZ police want offences prosecuted

MFAT's May 10 letter reads: "The New Zealand Police believes that it is in the public interest to prosecute these offences due to the serious nature of the offending by Muhammad Rizalman bin Ismail and has accordingly requested the Ministry to pursue appropriate avenues to enable a prosecution against Mr Ismail (sic) to proceed.

"In order for the New Zealand Police to proceed with the prosecution of Mr Ismail (sic), the Ministry therefore wishes to seek from the Malaysian authorities a waiver of the personal immunity granted to Mr Ismail under Article 31 of the Vienna Convention on Diplomatic Relations and of the personal inviolability granted under Article 29."

Rizalman, who is a defence staff assistant, was arrested by New Zealand police on May 9, after he followed a 21-year-old woman home and allegedly assaulted her, purportedly with the intention to commit rape.

He was charged on May 10 for burglary and assault with intent to commit rape, both of which carry a maximum jail sentence of 10 years.

The high-profile case was only made public in New Zealand last Saturday.

The New Zealand press was only allowed to name Rizalman today, after a High Court judge in the country's judge lifted a suppression order on his details, which were obtained a day after the case went public.


When contacted, Anifah told Malaysiakini to refer to McCully's statement claiming "misunderstanding" in formal communications.- mk

Letters released by Wellington

May 10 - Letter from High Commission of Malaysia

May 21 - Letter from NZ Ministry of Foreign Affairs and Trade


cheers.

Media New Zealand dedah nama diplomat Malaysia terlibat dalam satu kes kesalahan seksual...

Media NZ dedah nama diplomat M'sia(NZ media names M'sian diplomat implicated in sex offence)...

Media New Zealand telah menamakan diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam satu kes kesalahan seksual selepas mahkamah tinggi di sana menarik balik perintah melarang identitinya didedahkan.

Portal berita stuff.com.nz  menamakan diplomat tersebut sebagai Muhammad Rizalman Ismail, yang memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran.


Muhammmad Rizalman, yang berusia dalam lingkungan 30-an, tidak diwakili peguam di pendengaran itu tetapi peguam Barbara Hunt telah dilantik oleh mahkamah untuk membantu jika perlu.

Muhammad Rizalman pertama kali muncul di mahkamah daerah pada 10 Mei di mana dua Hakim membenarkan perintah larangan tersebut. Seorang pendaftar mahkamah meneruskan perintah tersebut pada 15 Mei apabila polis berkata isu imuniti diplomatik sedang diteliti.
 

Menurut laporan itu, dia adalah seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Portal berita itu berkata Robert Stewart, peguam bagi Fairfax Media, yang merayu perintah larangan itu ditarik balik, berkata Kementerian Luar Malaysia dijadual membuat kenyataan mengenai perkara itu hari ini.

Oleh itu, katanya, media New Zealand akan berada dalam kedudukan tidak adil jika ia tidak dapat mendedahkan nama seorang lelaki yang mungkin didedahkan di luar negara.


Dalam pada itu, media NZ juga mendedahkan kerajaan Malaysia menolak permohonan dari NZ untuk melepaskan imuniti diplomatik supaya dapat dibicarakan di negara tersebut.

Awal hari ini, Wisma Putra mengesahkan seorang diplomat Malaysia merupakan suspek kepada kes pencabulan seks di NZ.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata tertuduh adalah diplomat Malaysia dan beliau sudah dihantar pulang. 

Dalam pada itu, kerajaan NZ mendedahkan sedang mengejar pemindahan diplomat tersebut yang dituduh 'memecah rumah dengan tujuan merogol' di Wellington bulan lepas. 

Diplomat tersebut yang dalam lingkungan 30-an ditahan kerana didakwa mengikuti wanita 21 tahun ke rumahnya kemudian mencabulnya. Beliau juga didakwa merompak dalam insiden yang sama. 

Kes itu didengar Hakim Mahkamah Daerah Bruce Davidson pada 30 Mei apabila perintah larangan itu diteruskan.

Polis New Zealand tidak menentang rayuan itu kerana tidak ada hubungan antara defendan dan mangsa yang dikatakan itu, jadi tiada risiko jika dia dikenal pasti jika defendan dinamakan.


Sementara itu, Menteri Luar NZ Murray McCully hari ini memberi amaran sekiranya diplomat tersebut tidak didakwa di mahkamah, ia akan memburukkan perhubungan negara yang terlibat dengan NZ.

"Ia akan menjejaskan cara kita mengendalikan negara yang terlibat," kata McCulluy kepada akhbar harian NZ, The Dominion Post. 

Beliau juga dipetik berkata pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) berkata dengan jelasnya NZ mahukan diplomat tersebut, yang kini sudah berada di negara asalnya, menghadapi keadilan. 

Pihak berkuasa New Zealand yang menawarkan "alternatif" untuk membawa pulang seorang diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam kes serangan seksual sebelum 30 Mei, kata Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Walaupun pemimpin New Zealand mahu diplomat tersebut, Mohammed Rizalman Ismail, dibicarakan di sana, Anifah berkata pihak berkuasa New Zealand yang membuat tawaran itu.

"Kami sedia untuk memberikan kekebalan diplomatik jika perlu," kata Anifah.

Beliau berkata diplomat itu sedang menjalani ujian psikiatri oleh Kementerian Pertahanan, di mana beliau bertugas, dan jika didapati bersalah, tindakan yang diambil terhadapnya oleh Mahkamah Tentera di Malaysia.
Anifah bagaimanapun tidak dapat memberi butiran jenis hukuman menanti Rizalman jika dia didapati bersalah.- tmi/mk



The New Zealand media has named the Malaysian diplomat accused of a sex offence after the high court there lifted a suppression order regarding his identity.

News portal stuff.com.nz  identified the diplomat as Muhammad Rizalman Ismail, who holds the military rank of warrant officer.


According to the report, he was a staff assistant with a defence portfolio at the Malaysian High Commission.

The news portal said Robert Stewart, lawyer for Fairfax Media, which appealed for the suppression to be lifted, said Malaysia's Foreign Ministry was due to make a statement on the matter today.

Therefore, he said the New Zealand media would be in an invidious position if it could not name a man who could be named overseas.

Rizalman, aged in his 30s, was not represented at the hearing but lawyer Barbara Hunt has been appointed by the court to assist if necessary.

Rizalman first appeared in the district court on May 10 where two justices of the peace granted the suppression. A court registrar continued the suppression on May 15 when police said issues of diplomatic immunity were being looked into.

The case was before District Court judge Bruce Davidson on May 30 when the order was continued.

The New Zealand police did not oppose the appeal as there was no connection between the defendant and the alleged victim so there was no risk of her being identified if the defendant was named.


Meanwhile New Zealand authorities offered the "alternative" to bring home a Malaysian diplomat accused of sexual assault before May 30, Foreign Minister Anifah Aman said today.

Although New Zealand leaders have expressed their preference to have the diplomat, Muhammad Rizalman Ismail, to be tried there, Anifah said it was the New Zealand authorities who made that offer.

 
He said that the diplomat is currently undergoing psychiatric tests by the Defence Ministry, where he is attached, and if found guilty, will have action taken against him by the Military Court in Malaysia. Anifah however was unable to give details as to what kind of punishment would await Rizalman.- mk


Diplomat Malaysia di New Zealand dituduh merogol dan memecah rumah...

Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merogol.

Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.

Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang butiran dirinya didedahkan.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman ketika diminta mengesahkannya, memberitahu Malaysiakini dalam mesej teks bahawa sidang akhbar mengenainya akan diadakan esok.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama lelaki itu sementara menunggu respons rasmi dari Wisma Putra.

Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat kekebalan diplomatik dan telah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan pagi ini bahawa kerajaannya telah menuntut kekebalan diplomatik lelaki itu diibatalkan, tetapi telah ditolak.- mk


NZ wants Malaysian diplomat extradited over alleged sexual assault... 

New Zealand  Prime Minister John Keys(above) told media this morning that his administration had demanded that the man's diplomatic immunity be waived but were rebuffed.

This follows the man having "fled" New Zealand to return to his own country when he invoked diplomatic immunity after his arrest on May 9.

The diplomat, said to be in his 30s, was detained for having allegedly followed a 21-year-old woman to her house, then sexually assaulting her. He was also charged with burglary over the same incident.

The identity of the diplomat and also his nationality has not been revealed by the media in New Zealand after a judge there issued a suppression order on his details.

The case has created much uproar in New Zealand, especially over the inability to prosecute the accused for the sexual assault. The Keys administration had also come under much criticism from the NZ opposition and the public for having only summoned the High Commissioner of the diplomat's country more than a month after the incident.

Wisma Putra says it will address tomorrow a brewing storm surrounding a Malaysian diplomat who is accused by New Zealand authorities of assault with intention to commit rape.

New Zealanders responded with outrage yesterday after the authorities revealed that the man, in his 30s, had followed a 21-year-old woman home and assaulted her.

The press in New Zealand is prevented from revealing the offender's name or country of origin after a New Zealand judge issued a suppression order on his details.

However, Malaysiakini understands the accused is a Malaysian diplomat who worked at the Malaysian High Commission based in Wellington.

Foreign Minister Anifah Aman (right) when asked to confirm this, told Malaysiakini in a text message that he will weigh in on the matter in a press conference tomorrow.

Malaysiakini is withholding the man's name pending Wisma Putra's official response.

According to the Associated Press, police arrested the diplomat on May 9 and charged him with burglary and assault with intent to rape, both of which carries a maximum jail term of 10 years.

However, the man invoked his diplomatic immunity and has fled the country.

NZ wants diplomat extradited

New Zealand Prime Minister John Key broke his silence on the matter this morning, revealing that his government had demanded the man's diplomatic immunity be waived but was rebuffed.

"It was the government's strong preference that this person be held to account in New Zealand, but this was refused by the sending country," Key is quoted as saying by New Zealand news portal stuff.co.nz.

Key (left) did not reveal specific details about the diplomat, citing the court's suppression order which also applies on the government.

He said assurance had been made that the diplomat will be held accountable in his own country.

"As a signatory to the Vienna Convention our hands are effectively tied, but we still expect justice for the victim," he was quoted as saying.

Key has come under criticism for only summoning Malaysia's High Commissioner a month after the incident.


However, Key revealed his government has been in a diplomatic back-and-forth with the man's country of origin in the past month, without mentioning "Malaysia".

"It was our strong preference that this person be held to account in New Zealand, but this was refused by the sending country," Keys was quoted as telling the media, adding that he was given an assurance that the diplomat will be held accountable in his own country.

"There's been a series of meetings held at a variety of different levels with MFAT (Ministry of Foreign Affairs and Trade) in New Zealand and the representatives of the sending country.

"I'm led to believe, and I strongly accept that advice, that the host country is absolutely aware at a very senior level about New Zealand's expectations and how seriously we're taking the issue," he is quoted as saying.


Labour foreign affairs spokesperson David Shearer, who represents New Zealand's largest opposition party, called for the diplomat's extradition to face the law in New Zealand.- mk/tmi

Sebab2 kenapa Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) 
Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman di pecat Menteri Pendidikan.


Photo: Tazkirah Ramadhan...

Makan di siang hari di bulan puasa nanti kena naik van jenazah, makan rasuah setiap hari pula boleh naik Mercs, BMW, Audi dll.

kdt pic: Otto
~NZ
Tazkirah Ramadhan - Makan di siang hari di bulan puasa nanti kena naik van jenazah, 
makan rasuah setiap hari pula boleh naik Mercs, BMW, Porsche,Audi dsbgnya.

Jam 12.00 pagi ini 1hb.July 2014

LIVE HERE n HERE

Jam 4.00 pagi ini 1hb.July 2014

LIVE HERE n HERE

cheers.