23 July 2009

Suruhanjaya diRaja atau orang suruhan di raja.........

Suruhanjaya DiRaja yang bakal ditubuhkan itu tidak seperti mereka yang bertanggungjawab menyiasat kes "Mata Lebam Anwar" dan "Pita Video Linggam" sebelum ini. Lihat apa yang berlaku, biarpun suruhanjaya telah ditubuhkan dan menyiasat kes tersebut, bahkan mereka sudah mengenalpasti punca sebenarnya.

Namun hingga ke hari ini, masih belum ada pihak yang didakwa dalam kes "Pita Video Linggam". Sedangkan pihak suruhanjaya telah mengeluarkan senarai beberapa nama mereka yang dipercayai terlibat secara langsung dalam percaturan menentukan kedudukan hakim-hakim dalam negara kita. Kenapa ini berlaku?.

Maknanya, suruhanjaya terbabit akhirnya menjadi "orang suruhan" pihak-pihak atasan yang tidak mahu kroni-kroni mereka didakwa atas kesalahan yang dilakukan.

Begitu juga dalam kes "Mata Lebam Anwar", tertuduh Ketua Polis Negara, hanya ditahan beberapa bulan di penjara kemudian dibebaskan kerana bersikap baik. Sebaliknya, individu yang memalsukan laporan perubatan kes "mata lebam" itu, sehingga kini belum ditangkap dan didakwa iaitu Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan.

Di mana keadilan mahu ditegakkan sebenarnya?. Malah, bila kes itu dibawa ke mahkamah mudah sahaja ia diputuskan oleh pihak terbabit bahawa kedua-dua tertuduh itu tidak bersalah. Sedangkan, ketika kes mata lebam Anwar digemparkan dulu mereka berdua sewenangnya mengatakan Anwar menumbuk matanya sendiri dan sebagainya. Apakah kita masih mahu percaya segala penipuan dan peyelewengan fakta ini berlaku di depan mata kita lagi agaknya?

source:pahang daily online

Orang kata kita perlu bersabar sehingga hasil siasatan oleh Suruhanjaya DiRaja dikeluarkan nanti. Namun melalui pengalaman-pengalaman lepas laporan-laporan Suruhanjaya DiRaja hanya menjadi akademik saja.

Mereka yang dikenalpasti terlibat oleh Surahanjaya DiRaja terus bermaharajalela,senyum ketawa........alasannya bukti tak cukup untuk diambil tindakan macam kisah si Lingam correct...correct....

Jadi, kisah Suruhanjaya baru ini mungkin menerima nasib yang sama,kerana pemain-pemainnya adalah orang yang sama dalam 1Malaysia kita........

Betul kata Ku Li bahawa meminggirkan saranan Suruhanjaya Diraja adalah seperti 'menghina Yang Di-Pertuan Agong'.

cheers.

Tengku Razaleigh can only talk, but...........










The Fairly Current Show speak with veteran UMNO politician Tengku Razaleigh Hamzah about these recent events, as well as his answer to Datuk Zaid Ibrahim's open invitation to join Parti Keadilan Rakyat. Tengku Razaleigh Hamzah is the Member of Parliament for Gua Musang. He has served as Finance Minister of Malaysia, and as chairman of the World Bank and the Asian Development Bank. He was also the founding chairman of Petronas.

Ku Li says...............

I think it is the right thing to do. Now, you are demanding for a Royal Commission and if it is ever set up then they should be neutral, independent and like I said, they should dig up everything and leave no stone unturned. The scope of the investigation is very important.

Set up Royal Commission, a lot of hoo-ha and after some time, it dies down, nobody cares and I don't think it should be the case. This is a question of death you know. People want to know. I want to know. How could it happen?

To a witness, who is going to give evidence and he is not even a suspect over the spending of RM2,400. Some people with millions of dollars, they get away with it and are not called for investigation.............

("Rakyat Malaysia tidak lagi berasa selamat sekiranya seorang saksi yang dipanggil membantu siasatan ditemui mati dibawah pengawasan pihak berkuasa. Kejadian ini amat buruk untuk negara. 50 tahun kita merdeka, perlukan orang yang dipanggil untuk disiasat keluar dalam keranda.

Suruhanjaya Diraja Siasatan keatas kematian Teoh Beng Hock tiada ada gunanya sekiranya kerajaan tidak melaksanakan saranan2 suruhanjaya terbabit, sepertimana yang dapat dilihat dari siasatan keatas kes V.K Lingam dan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC). Meminggirkan saranan Suruhanjaya Diraja adalah seperti 'menghina Yang Di-Pertuan Agong'.


SPRM memburu kesalahan2 kecil tetapi tidak mempedulikan kes2 besar. SPRM perlu diteliti semula. Rakyat mahu tahu, saya juga mahu tahu, bagaimanapun kematian ini boleh berlaku? Bagi seorang saksi, siapa yang akan beri bukti berkenaan perbelanjaan RM2,400 sedangkan ada orang dengan jutaan wang ringgit terus melata dengan bebas dan tidak dipanggil untuk disiasat".
)

Baca di sini dan sini.

Itulah Malaysia boleh dan 1Malaysia grand design UMNO.........

cheers.

22 July 2009

Parodi yang ada kebenarannya..............



Sebahagian dari anda mungkin merasakan bahawa video MACC Downfall Parody(di atas) tidak sesuai ditayangkan. Maksud saya, kita sepatutnya menghormati beliau, bukan mempersendakan kematian beliau. Ya, ia merupakan satu keputusan yang sukar sama ada perlu atau tidak video itu disiarkan. Tetapi kami melakukannya juga, bukan dengan niat untuk mempersendakan tetapi untuk menyatakan keadaan yang sebenarnya berlaku disebalik kematiannya. Dan video tersebut menceritakan dengan jelas disebalik apa yang terjadi.

Bebarapa bulan lalu, sebaik sahaja selepas kejatuhan Perak, Malaysia Today mendedahkan satu perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Malangnya, Pakatan rakyat tidak mengambil langkah-langkah untuk memperkuatkan Pakatan, sebaliknya terlibat dalam persengketaaan sesama sendiri. Dan kebanyakan daripada sengketa tersebut adalah soal-soal remeh yang melibatkan ego dan personaliti masing-masing. Perak hanyalah permulaan, Selangor, Penang dan Kedah akan menyusul. Akhirnya, semua negeri dibawah Pakatan rakyat, kecuali Kelantan akan kembali jatuh ketangan Barisan Nasional.

Perancangan di Selangor mudah saja. Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa EXCO yang lain akan ditangkap dan didakwa atas alasan-alasan rasuah. Mereka akan ditahan selama mungkin beberapa hari didalam lokap dan kemudiannya dibawa ke makamah. Perbicaraan akan berlangsung sepantas kilat, dimana mereka perlu meletak jawatan atau pun hilang kelayakan. Dengan itu, tamatlah riwayat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Modus Operandi yang dibuat sama dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Seseorang itu tidak perlu menerima wang ataupun mendapat keuntungan kewangan untuk disabitkan dengan rasuah. Malah kalau pejabat anda digunakan untuk mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu - walaupun tidak ada transaksi kewangan - itu pun boleh dianggap rasuah dan anda boleh dipenjarakan.

SPRM telah diarahkan untuk mencipta kes terhadap beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor, dari Menteri Besar hingga lah kepada Ahli EXCO. Dan untuk mensabitkan pemimpin ini dengan rasuah, pegawai-pegawai yang lebih junior akan ditahan dan dipaksa membuat kenyataan bahawa ketua mereka telah mengarahkan mereka ‘melakukan sesuatu’. Ini akan digunakan sebagai bukti untuk menangkap dan mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, Anwar Ibrahim telah ditangkap, didakwa, didapati bersalah dan dipenjara selama 6 tahun dengan cara yang serupa! Apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan mendedahkan bahawa Anwar telah mengarahkan Cawangan Khas untuk ‘campurtangan’ dalam siasatan polis. Dan itu sudah merupakan bukti yang kuat untuk menghantar Anwar ke penjara.

Semua ini terdedah semasa perbicaraan Anwar pada tahun 1998 walaupun ramai tidak memahami akibatnya waktu itu. Pegawai cawangan Khas memberi keterangan bahawa Anwar telah memanggil mereka kepejabatnya. Dan semasa didalam pejabat Anwar, mereka berbincang. Dan perbincangan tersebut berkisar tentang Anwar mengarah Cawangan Khas untuk memaksa Azizan Abu Bakar untuk menarik balik tuduhan liwatnya.

Setiausaha politik Anwar pada masa itu, Azmin Ali, memberi keterangan bahawa Anwar tidak memanggil pegawai cawangan Khas kepejabatnya. Mereka sebenarnya datang kepejabat Anwar dan memohon untuk berjumpa Anwar. Azmin memberitahu bahawa Anwar sibuk dan tidak dapat menemui mereka tetapi mereka memberitahu Azmin bahawa perkara itu penting dan mendesak supaya mereka dibenarkan berjumpa Anwar.

Dan apabila mereka berjumpa Anwar, mereka cuba untuk mempengaruhi Anwar untuk membenarkan mereka menahan Azizan supaya mereka boleh menyoal siasat dan mengetahui siapakah ‘kuasa’ dibelakang tuduhan liwat tersebut. Tetapi Anwar keberatan untuk membenarkan mereka dan memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk memikirkannya. Anwar kemudiannya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dr. Mahathir dan meminta nasihat. Mahathir menasihatkan Anwar untuk membiarkan saja tuduhan tersebut. Mahathir mengatakan, kalau Anwar mahu bertindak pada setiap tuduhan, mana mungkin mampu melakukan kerja-kerja yang lain.

Pegawai Cawangan Khas kembali menemui Anwar dan Anwar memberitahu mereka apa yang dikatakan oleh Mahathir. Pegawai cawangan Khas, walaubagaimanapun, berkeras meminta Anwar membenarkan mereka menahan Azizan. Perkara ini melibatkan ‘keselamatan negara’. Ia bukannya tentang Anwar tetapi tentang ‘beberapa kuasa’ yang merancang untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri dan adalah penting untuk polis mengetahuinya demi keselamatan negara. Akhirnya Anwar tidak mempunyai pilihan melainkan bersetuju.

Isunya mudah. Adakah Anwar mengarahkan Cawangan Khas kepejabatnya atau mereka yang datang berjumpa Anwar? Dan adakah Anwar yang mengarahkan mereka menahan Azizan atau Cawangan Khas yang meminta kebenaran untuk menahan Azizan?

Anwar dan Azmin memberitahu bahawa pegawai Cawangan Khas yang datang kepejabat Anwar dan merekalah yang mendesak untuk berjumpa Anwar. Anwar tidak menjemput mereka dan Anwar tidak bersetuju untuk mereka menangkap Azizan. Sebenarnya, Cawangan Khas lah yang mendesak untuk membenarkan mereka menahan Azizan. Tetapi sebelum mereka melakukan perkara tersebut, Anwar perlu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Mahkamah menerima hujah Cawangan Khas, bukan hujah Anwar dan Azmin walaupun semasa perbicaraan, pegawai Cawangan Khas menyatakan bahawa mereka sanggup menipu kalau diarahkan berbuat demikian. Apapun, Anwar didapati bersalah dan dihantar ke penjara.

Tak susah untuk menghantar seseorang kepenjara kerana rasuah. Apa yang diperlukan ialah untuk mendapatkan seseorang untuk memberi keterangan bahawa seseorang telah mengarahkan dia untuk ‘melakukan sesuatu’. Dan sekiranya ’sesuatu’ itu dianggap menyalahgunakan kuasa, seseorang itu boleh dipenjarakan.

SPRM mahukan Teoh berkata bahawa dia juga telah diarahkan untuk melakukan ’sesuatu’ oleh mereka didalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sekiranya dia berkata sesuatu, maka SPRM mempunyai kes terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Dan mereka mahukan semua ini dilakukan dengan cepat. Ianya mesti diselesaikan sebelum Jumaat kerana itu merupakan hari dimana Tan Sri Khalid dan beberapa ahli EXCO akan ditangkap.

SPRM terpaksa bekerja overtime. Tarikh akhir ialah Jumaat. Mereka mahukan Tan Sri Khalid ditangkap pada hari tersebut. Dan mereka akan melakukan kekerasan terhadap Teoh, jika perlu, untuk memaksa Teoh melakukan apa yang dimahukan oleh SPRM. Dan didalam keghairahan mereka untuk memaksa Teoh…mereka membunuhnya. Saksi terpenting kini sudah mati. Dan mereka tidak dapat menangkap Tan Sri Khalid dan ahli-ahli EXCOnya pada hari Jumaat seperti yang dirancangkan.

Kini…SPRM terpaksa merancang kembali. Mereka kini memerlukan seorang ’saksi’ baru. Beberapa pegawai junior di dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu ditahan sebagai saksi dan mereka akan dipaksa memberi keterangan bahawa mereka telah di’arahkan’ untuk melakukan sesuatu oleh ‘pemimpin tertentu.’ Kemudian, ‘pemimpin’ tertentu ini akan ditahan dan didakwa kerana rasuah. Ketika itu, Pakatan rakyat Selangor akan digulingkan.

Ya…tontonilah MACC Downfall Parody sekali lagi. Ada banyak kebenaran dalam gurauan tersebut. Video tersebut mungkin lucu seolah-olah satu gurauan. Tetapi ia bukanlah sebenarnya lucu terutama dalam usaha SPRM untuk menumbangkan Pakatan Rakyat Selangor.

(Artikel di atas adalah terjemahan dari artikel asal Raja Petra Kamarudin, "There is many a truth in the parody" di Malaysia Today), diceduk daripada blog PerakExpress.com
(dengan izin)

cheers.

21 July 2009

A Perak-style takeover, while Mahathir stays mum........

DAP national assistant treasurer Nga Kor Ming,says, MAAC's selective investigation on Pakatan Rakyat's assembleymen is a prelude to the toppling of another Pakatan state government after Perak. He said the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) began its investigations against seven Chinese representatives, followed by five Malays, on alleged falsification of claims.

“Now it is saying that it will investigate all 36 Pakatan representatives in Selangor including Menteri Besar Khalid Ibrahim,” said Nga, who is also DAP Perak secretary.

“This is an indication that BN is setting its sight on taking control of Selangor as it did in Perak. In Perak, the MACC first zoomed on the Behrang and Changat Jering assemblypersons for alleged corruption and then BN moved in to take control of the state.”

Selangor has 56 state seats of which 20 are held by BN. Under the Pakatan coalition, the DAP holds 13 seats, PKR has 15 and PAS has 8.

The MACC probe started with Teresa Kok (Kinrara), Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Hannah Yeoh (Subang Jaya), Lau Weng San (Kampung Tunku) and Edward Lee (Bukit Gasing). Nga, who said he suspects that the MACC is fishing for evidence to book all 12, queried why the commission is concentrating only on Pakatan-controlled states.

“There are several multi-million ringgit corruption scandals that need to be urgently investigated but MACC prefers to drag its feet in such matters,” he added.

“This raises great concern over the integrity of MACC (as to whether it is) carrying out its duties in a professional manner. No one trusts MACC any more. It has failed to discharge its duty without fear or favour.

“We have reason to believe that MACC has been used as a tool to persecute Pakatan states. We urge it to remain neutral.”

source:malaysiakini



Dalam kesibukkan tragedy yang menimpa Teoh Beng Hock, ramai pemimpin Pakatan Rakyat dan BN/UMNO telah membuat berbagai komen yang pro dan kontra. Tidak lupa dengan Nazri yang suka buat gempaq dan beri amaran.

Seorang lagi veteran UMNO yang masih membisu iaitu sifu UMNO, Dr.Mahathir Mohd. Dia menyelar Khir Toyo kerana Khir Toyo mengkritiknya. Dia komen pasal jambatan bengkok kerana ideanya dibuang oleh Pat Lah. Dia juga komen tentang ISA yang digunanya untuk menangkap mereka yang membangkang dasar-dasar pemerintahannya dulu. Dia marah Menteri Pelajaran kerana membatalkan PPSMI.

Tapi,kenapa Mahathir membisu saja ketika gomen Najib dan MACC berhadapan dengan krisis kepercayaan bersabit dengan kematian yang trajis sdr.Teoh ini..........

cheers.

20 July 2009

Who's next after Teoh.............

First, the case began with the mere speculation on someone's blog that there were state exco members involved in mis-allocation of funds.

Ean Yong was one of the seven assemblypersons being investigated, and the accusation in his particular case was that he had paid RM2,400 for 1,500 Malaysian flags used in the Merdeka Day celebrations in 2008, without actually receiving them from the suppliers.

The measly amount of RM2,400 surely cannot justify the way in which Teoh was treated, interrogated from 6pm till 3.45am of the following day. Surely corruption cases involving millions of ringgit are more worth the time and effort of MACC, and not petty cases as this.

As such, even by the largest stretch of the imagination, that if this case was indeed one of corruption, it is absolutely clear that MACC was overzealous and making a mountain out of a molehill – which in turn causes minds to question its political neutrality.

If instructions were given to play up this case – and that of other assemblypersons – then the independence of MACC has all but disappeared. This incident is the final nail in its coffin, from the public's point of view. It will be impossible for it to reclaim public trust and confidence from hereon.

Second, the manner of interrogation is also suspicious. Tan Boon Wah, a Kajang local councillor, was questioned in relation to the same case and shared at a press conference that the interrogation involved standing at attention for four hours in a row, without food or water.

Threats were made to beat him up, and mention of his family was made, should he not give the answers they wanted. He was allegedly jeered at, with humiliating calls of 'Cina Bodoh!' shouted at his face, an utter racist remark. This is a far cry from the 1Malaysia concept that Prime Minister Najib Abdul Razak has attempted to introduce.

Ean Yong described Teoh's interrogation by MACC as strange because he was questioned into the wee hours or the morning and denied counsel.

"Even hardened criminals are allowed lawyers during questioning, but not Teoh," he lamented.

He suggested that it was impossible for Teoh to have plunged to his death from any where else other than the Selangor MACC office because electronic access cards were required to operate the doors. He also told the crowd that it was not logical for Teoh, who was to be married on Friday, to stay in the MACC premises after being purportedly released at 3.45am on Thursday. "Will you be so silly to stay back?" asked Ean Yong.

This issue is not and should not be made to be a racial one by any measure. It is an issue of principle and justice, let us take cognizance. Although this is speculation, many wonder if Teoh was subject to similar treatment.

source:malaysiakini

This is how MACC operates......

a revelation from Raja Petra Kamarudin;


The MACC then leaked information to the media that they are investigating a very senior police officer, the Director of the CCD, for the crime of not declaring RM27 million worth of assets. The fact that MACC investigations come under the Official Secrets Act was not a hindrance. After all, the OSA is only used against opposition supporters and not against those who serve those who walk in the corridors of power.


Nevertheless, the Director of the CCD was finally not charged for not declaring RM27 million in assets. He was charged for using police property for his personal reasons, something that all government officers, ministers and politicians do blatantly every day of the week. But his real crime is that he detained several Chinese underworld bosses who control the prostitution, loan shark, drugs and gambling business all over Malaysia.


Then they arrested the lawyer who acted for the CCD Director. The MACC officers came to his office on the eve of Hari Raya and handcuffed him after roughing him up like one would do to an armed bank robber. To ensure that the lawyer suffered the greatest embarrassment this Hollywood-style arrest was done in full view of the entire office.


Khir Toyo is still not dragged by MACC despite the obvious, probably bukti tak cukup atau these pegawai MACC dah kecut teloq? MACC probably thought the rakyat are idiots to accept their explanation.....

Baca di sini.

cheers.

18 July 2009

Chua Jui Meng tukaq kapai...........

Bekas menteri kesihatan, Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.

Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.

Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Baca sini.

source:malaysiakini

cheers.

Abolish ISA says Pat Lah..............

The government should consider abolishing the Internal Security Act (ISA) which carries negative perception, and replace it with a new law which allows for preventive detention while protecting the fundamental rights of the people.

Former prime minister Abdullah Ahmad Badawi said the ISA had given too much power and perhaps too wide a scope to the authorities to determine what were threats to security.

"As the home minister then, I had signed many orders for detention without trial under the ISA, but with the present government wanting to review the effectiveness and impact of the ISA, I feel obliged to give my sincere views on the Act.

"But it should be stressed that Malaysia still needs a preventive detention mechanism in the interest of national security and the challenges we face today, such as terrorism across borders, which requires a law which enables the government to undertake preventive measures."

source:Bernama

Pat Lah kata gomen patut haramkan ISA, kerana ia banyak mendatangkan keburukan kepada rakyat dan negara.Semasa pemerintahannya,Pat Lah kata dia banyak menandatangani surat surat tahanan ISA.

Baru sekarang dia nak sedar dan insaf. Semasa dia jadi PM, pasai apa dia tak buat demikian? Kalau dia haramkan ISA dari dulu, lebih awal lagi dia akan ditendang keluar daripada jawatan PMnya.

Menerusi ISA jawatan PM terjamin. Jadi kalau anda ingat Najib akan hapuskan ISA,jangan dok mimpi,kerana ISA, kedudukan Najib lebih terjamin.

cheers.

17 July 2009

Nazri kata,"kita tak tahu dia nak terjun........"


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata,"Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu..."

Macam mana Nazri tahu bahawa Teoh nak terjun bangunan itu? Mungkinkah dia dah dapat maklumat awal yang Teoh nak terjun. Nazri seharusnya beri penjelasan. Orang yang pukul mati Kugan masih lagi hidup bebas, hidup bergaya, jangan harap lah si pembunuh Teoh akan di tangkap.......

Pikiaq mai, Nazri dan MACC....kalau Teoh tu anak hangpa, macam mana hangpa rasa?

Di bawa ini saya ceduk tulisan anak mami daripada MarGeeMar blogspot(dengan izin) untuk tatapan bersama..........

Terlebih dahulu kita soalkan MACC, kenapa hanya soal siasat keatas DUN-DUN seperti senarai berikut ?

1) Ean Yong
2) Lau Yee San
3) Teresa Kok (Kinrara assemblyman),
4) Elizabeth Wong (Bukit Lanjan),
5) Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama),
6) Edward Lee (Bukit Gasing) and
7) Hannah Yeoh (Subang Jaya)

Ini sudah terbukti siasatan MACC amat berbau perkauman. Tambahan pula kematian misteri Teoh Beng Hock yang berusia 30 tahun, tidak kurang bezanya seperti kes KUGAN. Pihak kerajaan akan menutup kes ini tanpa transparensi, walau pihak parti pembangkang menjerit hingga langgit runtuh, tetap kes ini akan NFA , No Futher Action.

Datuk Mohd Shukri Abdu menyatakan MACC menyiasat Teoh dari jam 5.00 pm hingga 3.50 am. Ini telah menyalahi hak asasi manusia. Siapakah yang memberikan kuasa untuk menyiasat cara marathon? Ini sudah bukti jelas, suatu seksaan mental yang lampau terhadap TEOH.

Tambahan, Datuk Mohd Shukri Abdu menyatakan bahawa pada 1.30 PM terdengar suara menjerit. Adakah TEOH yang berniat bunuh diri itu menjerit atau minta tolong sebelum beliau ditolak dari tingkap?

Banyak persoalan yang timbul dalam kes kematian Teoh. Dari 3.50am hingga 1.30 pm, kenapa tidak hantar Teoh pulang ke rumah? Adakah Teoh didera hingga mati lalu dilontar dari tingkap 15 ? Kenapa pula MACC tidak membenarkan DUN DUN memasuki ibu pejabat MACC di tingkat 15?

Walaupun kematian Teoh mudah dengan alasan bahawa Teoh telah membunuh diri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz nampaknya sudah pasti 100% mendiang Teoh membunuh diri apabila beliau berkata "Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu...," Kalaulah MACC atau pihak kerajaan memberikan alasan sedemikian rupa, maka ini suatu jawapan yang bodoh dan bahlol. Isu perkauman akan membakar di dikalangan masyarakat Tionghua Malaysia. Kes kematian Teoh bukan sahaja menampar muka Najib dalam konsep 1Malaysia , malah bilangan besar masyarakat akan marah atas sebab kemanusiaan.

Memang tidak salah MACC dengan maksud Malaysian Anti Chinese Commission, dimana kes kematian Teoh sedikit sebanyak terselindung sikap ketuanan Melayu di kaki tangan MACC, kematian Teoh juga memberi amaran terhadap masyarakat Tionghua bahawa, Kaum Tionghua telah merampas ekonomi Malaysia, jangan merampas kuasa politik !! Inilah akibatnya. Secara tidak langsung kematian Teoh juga memberi amaran kepada masyarakat Tionghua bahawa pemuda-pemuda Tionghua yang terlibat dalam politik akan menerima nasib serupa Teoh. - anak mami


source:margeemar blogspot.

cheers.