10 January 2008

Seikhlas mana ucapan 'Selamat Datang' si Rafidah kepada Anwar ......

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk SeriRafidah Aziz bersedia berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika penasihat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) itu mahu mencabarnya di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Menurutnya, beliau ada mendengar ura- ura Anwar mahu mencabarnya pada pilihan raya umum nanti dan tidak gentar menghadapinya.‘‘Saya dengar Anwar Ibrahim hendak bertanding mencabar saya, jadi, selamat datanglah,” kata Ketua Pergerakan Wanita Umno itu.-Berita Harian,8 Jan.08

Anwar Ibrahim telah membayangkan hasrat beliau untuk bertanding di Kawasan Parlimen Kuala Kangsar dalam pilihan raya ke-12 akan datang. Tegasnya, beliau ingin menjadi calon Kawasan Parlimen di sini adalah untuk melakukan perubahan yang menguntungkan semua rakyat di bandar Diraja itu khasnya dan kemajuan pembangunan negeri Perak serta negara amnya. Katanya lagi,"Biar ada perubahan di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar sudah 50 tahun beri umno/Barisan Nasional pegang."

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 2 kawasan DUN iaitu Bukit Candan dan Manong.Pada tahun 1999, Rafidah menewaskan Asmuni Ali dari Pas dengan majoriti 2,774 undi, setelah memperolehi 12,074 undi berbanding 9,300 undi bagi Asmuni.

Pada tahun 2004 Rafidah, ditentang oleh calon Pas, Mohammad Nizar Jamaluddin,dan keputusannya adalah seperti berikut;

P067 - KUALA KANGSAR - undian-61.58% ; undi rosak - 305

1. RAFIDAH AZIZ (BN) - 11305 menang dgn. majoriti - 5557
2. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (PAS) - 5748

N06734 - BUKIT CHANDAN- undian-71.04% ; undi rosak- 227

1. MUSTAFFA KAMIL BIN AYUB (PKR) - 3213
2. AHMAD BIN JAAFAR (BN) - 6826 menang dgn. majoriti 3613

N06735 - MANONG - undian 51.6% ; undi rosak-133

1. ASMUNI BIN AWI (PAS) - 2340
2. RAMLY BIN ZAHARI (BN) - 4693 menang dgn. majoriti 2353

Bilangan yang keluar mengundi;

a. Kuala Kangsar - 17,358

b. Bukit Candan - 10,266
c. Manong - 7166
Jumlah - 17,432

Sekarang Rafidah tahu bahawa Anwar tidak boleh bertanding sehingga edahnya berakhir pada pertengahan bulan April 2008. Pat Lah dijangka mengadakan pilihanraya sebelum bulan April ini semata-mata supaya tidak memberi peluang kepada Anwar bertanding.

Baru-baru ini Anwar telah mendakwa, Pat Lah telah memberitahu NGO tersebut bahawa beliau (Anwar) merupakan satu ancaman dan pengkhianat kepada bangsa Melayu. Menurutnya lagi,Pat Lah berbuat demikian untuk mewujudkan suasana takut menjelang pilihanraya umum akan datang. Katanya lagi,Pat Lah telah memaklumkan kepada NGO tersebut bahawa kerajaan sedang mengumpul bukti-bukti ancaman Anwar kepada keselamatan negara.

Dalam situasi begini sudah nyata peluang Anwar untuk bertanding adalah sangat tipis.Maka tak hairanlah Rafidah begitu berani menyahut cabaran Anwar. Apa guna kita melawan dengan musuh yang tangannya telah diikat? Dalam keadaan begini Rafidah cuba tunjuk taringnya.

Jika ditakdirkan Pat Lah memilih untuk mengadakan pilihanraya selepas bulan April, dengan demikian Anwar layak untuk bertanding,maka sanggupkah Rafidah menerima cabaran Anwar. Jika benar Anwar berhajat untuk menentang Rafidah ini akan menjadi pertandingan 'clash of the titans'. Bagi Anwar menang kalah tidak menjadi persoalan,tapi bagi Rafidah jika Rafidah tewas ia adalah sangat memalukan memandangkan Rafidah sudah bertahun-tahun berjaya mempertahankan kerusi Kuala Kangsar itu.

Kalau bertanding di atas medan yang sama rata,aku pasti Rafidah akan tergelincir,tetapi rata-rata kita tahu bahawa BN akan lakukan berbagai taktik kotor, seperti membawa pengundi-pengundi hantu,tukar daftar pemilih di saat-saat akhir serta membawa undi pos, dan jika ini berlaku kemungkinan besar Anwar mungkin tewas.

Anwar pun tidak sabar-sabar mahu mencuba nasibnya dan melalui blognya berkata,"Jangan asyik mencabar saya bertanding. Mahkamah diperalatkan untuk menghalang saya. Jika sungguh bagai dikata, sila beri kelulusan saya bertanding!"

Sekiranya Anwar tidak bertanding Anwar masih bebas untuk berkempen di seluruh negara, tetapi jika beliau berentap dengan Rafidah sudah tentu dirinya terikat di Kuala Kangsar. Namun demikian lawan tetap lawan dan "usah bicara soal perjuangan jika takut akan risikonya".

so go for it DSAI.......

...and my best bet,it will be on 13 March 2008.

cheers.

09 January 2008

Salam Maal Hijrah.....

Salam Maal Hijrah 1429....

Semoga tahun baru memberi lembaran baru pada semua…

Awal Muharram (Maal Hijrah) is celebrated by Muslims as the day symbolises two happy event in a Muslim's life. The start of Muslim year or calendar, Muharram,and it coincides with Prophet Muhammad's journey from Mecca to Medina on the first of Muharram in 622AD.






ameen.


Masjid Maqbul Sungai Pinang,macam mana nasibnya nanti......

Masjid Maqbul,Sungai Pinang teletak di tebing Sungai Pinang berhadapan dengan Jalan Jelutong. Masjid Maqbul telah dibina pada tahun 1850 yang pada ketika itu dikenali sebagai Mesjid Tok Guru. Masjid ini dirikan oleh pedagang-pedagang Acheh yang menggunakn Sungai Pinang untuk memudik ke hilir bagi membawa barangan seperti rempah,gambir,pala dan berbagai barangan lain dari kawasan pendalaman sungai tersebut.

Masjid Maqbul yang terletak di Jalan Jelutong selepas jambatan Sungai Pinang,jika anda menuju ke arah Jelutong, kini menghadapi dilema kerana kedudukan Masjid Maqbul betul-betul menghalang jalan raya baru yang sedang dibina bersama-sama sebuah jambatan baru yang akan menggantikan jambatan Sungai Pinang sedia ada yang berusia puluhan tahun itu.

Jalan baru yang melintasi jambatan baru ini menuju terus ke arah masjid tersebut. Cara dan bagaimana pemaju hendak menangani isu ini masih samar-samar. Ada sumber yang mengatakan masjid tersebut akan diubah,sedangkan ada pula yang mengatakan bahawa alignment jalanraya baru itu akan dibuat supaya ia tidak akan mejejaskan kedudukan masjid.

Apa-apa pun masa depan Masjid Maqbul yang berusia lebih kurang 158 tahun itu belum dapat ditentukan dengan jelas. Apa yang nyata ialah seperti bangunan-bangunan lama lain di Pulau Pinang kemungkinan besar masjid yang bersejarah ini terpaksa dikorbankan demi menikmati arus pembangunan.



Sama-samalah kita berdoa agar masjid ini tidak menjadi “mangsa” pembangunan yang rakus itu.

cheers.

07 January 2008

Rashid is bossing around again.....

Election Commission chief has reiterated that nationwide polls are "around the corner" despite speculation the government would hold back due to a host of problems."When I say the election is around the corner, you better believe me because it is not a joke," Election Commission chairman Abdul Rashid Abdul Rahman told the Star daily, echoing comments made in November. - Star,Jan.,6,08

Everyone knows that the election is around the corner.Even punters are placing their bets on the exact date. Sure enough Pat Lah wont gamble it somewhere after April just for fear of the Anwar factor.The increase in food prices, shortages in some basic essentials like cooking oil and couple with unprecedented street protests, a sex scandal has more or less tarnished BN's and Pat Lah's image.

Just because Rashid got his extension as EC chairman,that do not give him the right to dictate and warn the rakyat about election. Only the PM has that right to determine when election will be held. It seems this Rashid guy is now beyond control. First he challenged the opposition to boycott the election for the sheer reason that the opposition requested for his removal. Now he acts as if his the PM speculating when will election be held. His job is to see that the election are held accordingly. Why doesnt he just keep his big mouth shut?

One thing I realised that during Mahathir's era,this Rashid guy was just like a 'tikus' and barely uttered any promulgation. But,under Pat Lah,he trying to outdo Pat Lah himself. However,with public anger is running high over spiralling food prices,food shortages and humiliated by a sex scandal that caused the resignation of one of his senior cabinet member, Pat Lah got to think twice before he faces the electorates.

**Updates: Read what Pat Lah's son-in-law got to say,here. To Rashid just keep your mouth shut.....and now even PAS youth leader is calling Rashid to debate,read here. As for Pat Lah's big mouth son-in-law ,Kit Siang has this to say,here.

My best bet will be on 13 March 2008.

cheers.

05 January 2008

Minyak masak dan alasan gomen......

Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, pelaksanaan peraturan tersebut akan berdasarkan kaedah catuan gula yang pernah dilakukan semasa krisis kekurangan bahan itu. Utusan Malaysia Online,5 Jan 2008.

Catuan minyak masak oleh gomen adalah satu amalan yang bodoh.Menghadkan pembelian minyak masak kepada 5 kilogram seorang adalah satu kerja sia-sia. Apakata kalau saya bawah 10 orang adik beradik saya dan kami masing membeli seorang 5 kilogram minyak masak dari pasaraya atau kedai runcit sudah tentu pada hari itu boleh dapat 50 kilogram minyak.Tak kan tuanpunya pasaraya atau kedai runcit hendak check kami adik beradik atau tidak.

Menterinya, Shapie Apdal bagi beberapa sebab kenapa berlaku kekurangan;

i.Pengguna industri yang beli minyak masak yang disubsidi gomen dan dibungkus dalam paket-paket kecil.
(Bukankah menjadi tanggungjawab gomen untuk mengawal supaya syarikat-syarikat pengeluaran minyak masak ini tidak hanya membekal kepada pengguna industri saja. Persoalannya pengguna industri ini rata-rata adalah kroni gomen)

ii. Masalah penyeludupan.
(Minyak diseludup keluar kerana harganya lebih mahal dan gomen bertanggungjawab untuk mengawal keadaan ini.Rakyat tak berkuasa berbuat demikian dan kalau gomen tak boleh apa-apa lebih baik letak jawatan saja))

iii. Keperluan bertambah kerana bilangan penduduk bertambah.
(Ini adalah satu alasan yang bodoh. Bukankah gomen kerap buat bancian penduduk dan daripada bancian itu gomen boleh anggarkan berapa ramai penduduk bertambah setiap tahun dan gomen boleh merancang banyak mana penggunaannya)

Masalah kekurangan minyak,tepung dan gula berpunca daripada kilang itu sendiri yang dimonopolikan oleh beberapa kerat kroni dan kaum kerabat terpilih dan mereka ini yang menentukan harga barangan perlu ini naik dan turun.

Mereka berkuasa untuk menentukan kawalan banyak mana minyak masak ini perlu ada dalam pasaran dengan cara demikian mereka control harga tersebut secara artificial. Syarikat-syarikat pengeluaran ini juga memperolehi AP untuk mengimpot dan minyak masak ini.

Cara mengatasinya adalah menambahkan lagi syarikat pengeluaran minyak masak dan meluaskan pemberian AP kepada syarikat-syarikat lain tidak terhad kepada kroni dan kaum kerabat gomen saja. Atau hapuskan saja permit AP ini dan benarkan lebih banyak syarikat mengimpotnya,sudah tentu masalah kekurangan minyak masak boleh diatasi. Apa yang nyata sekarang ialah gomen sudah menjadi hamba kepada syarikat-syarikat ini dan menari ikut rentak mereka.

Sudah dua hari dok mencari minyak masak tapi tak dapat-dapat. Setelah meronda sana sini,akhir dapat sebtol yang 1 kg punya dari sebuah kedai runcit dengan harga RM5.50. Harga asalnya baru RM3.70. Memang tepat BN membawa maksud Barang Naik.....

To Shafie Apdal,what say you......

cheers.

04 January 2008

Be there not to support MIC but to boo at Samy Velu....

More than 15,000 MIC members and supporters will gather here to pledge their support to the Barisan Nasional and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu said. He said the gathering, to be held at the Cheras Badminton Stadium on Jan 20, would be the first in a series of gatherings throughout the country aimed at bolstering the party’s strength and support for the Barisan Nasional, ahead of the next general election. Samy Vellu said MIC members were united in thwarting attempts by certain quarters to stir up racial and religious issues for their own political agenda.- the Star,3 Jan.2008

The Indian community enjoyed a good leadership from the time of Sambanthan to Manickavasagam and they did a lot for the community. But many thing went awry while under Samy Velu. Though some Indians are generally doing well in Malaysia, but sadly, many are left behind in many areas of development.

In the Ijok by-election the Indian communities were surprised with the tremendous development brought in by the gomen not for the reason of bringing development to them(Indians) but simply just to buy their votes. Sure enough they(Indians) sacrificed their votes for some newly tarred roads,water and electricity and for a few dollars more in their pockets.It surprising to see that the gomen tried to implement a 10 years development program within a space of 10 days.

In fact they(Indians) should have enjoyed all these amenities long time ago not during a by-election? So you see,Samy Velu and gang are not really interested in bringing development to the Indian communities,but their presence there at election time was just to buy votes for BN.

How about the Indian communities investment in Maika Holdings? Your parents invested their hard earned monies;some even borrowed;some pawned their jewellery so as to invest in Maika Holding.

20 years had past,yet its value is still lingering at RM 1.00 or even less. What about dividends and bonuses,have they heard anything from Maika? In other words,your parents' monies were swindlled by this investment masterminds in MIC and for that matter made Samy Vellu & son damn rich matching that of Zakaria Deros or other rich UMNO goons. Read here.

MIC has not been telling the truth to the gomen about the situation of the Indians in Malaysia. Everything that is wrong in the Indian community is not the fault of the British, but it was because the Indian communities trusted MIC too much.

Its time for the Indian communities to wake-up. I urge all my Indian friends to be there on the 20th Jan 2008 not as a gesture of support for MIC but to boo at Samy Vellu till his toupee get blown away.....

cheers.

02 January 2008

Pat Lah dah migraine angkara Menteri Kesihatannya....

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengakui bahawa beliau adalah ahli politik yang terlibat dalam satu adegan seks yang disebarkan melalui DVD di beberapa bandar di Johor.Dalam satu sidang akhbar tergempar di pejabat MCA di sini, Chua berkata wanita terlibat dalam adegan itu seorang teman peribadinya. Sehubungan itu, beliau meminta maaf kepada orang ramai, penyokongnya serta rakan-rakan. Chua bagaimanapun berkata beliau tidak membuat rakaman DVD itu. Beliau juga menegaskan tidak akan meletakkan jawatan Kabinetnya berikutan tersebarnya DVD berkenaan, sebaliknya menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membuat keputusan mengenai kedudukannya.- mStar Online

Beberapa tahun lalu bekas Presiden Amerika,Bill Clinton pernah berkata,"I did not have sex with that woman", iaitu merujuk kepada skandalnya dengan Monica Lewinsky. Siapa sangka dalam diam-diam Chua Soi Lek pula telah mengaku," I am the one in the sex DVD." Skandal tersebut telah menjadi tajuk utama media massa tempatan. Walaupun ramai menteri dan ahli-ahli UMNO dan parti-parti sekutunya terlibat dalam berbagai skandal sama ada rasuah,salahguna kuasa atau seks sekalipun,gomen pandai melakukan 'damage control' bagi menutupnya agar skandal tersebut tidak tersebar luas. Ingatkah anda kes-kes berikut dan bagaimana ianya berakhir.....

a. Rahim Tamby Chik - kes rogol budak perempuan bawah umur dan rasuah- kepentingan 11 syarikat dengan aset Rm39.7 juta,
b. Rafidah Aziz, Ketua Wanita Umno - kes AP dan penyelewengan saham Leader Universal Holdings,
c. Nazri Aziz - penyelewengan permit teksi,
d. Said Yusof, MP tutup mata sebelah - skandal elak bayar cukai balak,
e. Khalil Yaakob -skandal balak di Pahang,
f. Annuar Musa - skandal penyelewengan PPRT berjumlah RM 40 juta,
g. Abu Hassan Omar – skandal seks dengan adik iparnya.
h. Mohamad Khir Toyo,- amalan kronisme dalam agihan projek pembangunan Negeri Selangor,
i. Muhammad Mohd. Taib – bawa lari anak sultan dan menikah di Golok & bawa berjuta wang tunai di Australia,
j. Ling Liong Sik - skandal Port Klang FTZ dan RM4.5 juta bailout oleh gomen,
k. Chan Kong Choy - skandal Port Klang FTZ dan RM4.5 juta bailout oleh gomen,
l. Samy Vellu - saham Maika Holdings,
m. Tengku Adnan Mansor - skandal clip vidoe Lingam,
n. Zakaria Deros - bina rumah bernilai RM 10 juta tanpa plan dan permit,
o. Najib Razak - skandal komisyen pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM 530 juta,
p. Abdullah Ahmad Badawi - skandal Oil for Food.

Apakah Chua Sui Lek ini telah menjadi mangsa dalam satu power-game orang-orang tertentu dalam MCA,memandangkan dia adalah seorang Naib Presiden yang agak popular? Lantas dengan political blackmail secara begini akan menjatuhkan maruahnya sama sekali. Sudah tentu musuh-musuhnya dalam MCA akan tersenyum lebar dengan permainan ini. Bila tuduhan seperti rasuah tidak dapat digunakan untuk mencemar maruah seseorang, maka skandal seks adalah jalan terbaik untuk menjatuhkan seseorang pemimpin itu. Mereka yang terlibat ini adalah orang-orang MCA sendiri kerana cemburu dengan populariti Chua Sui Lek. Katanya," that who were behind it were not important but their reasons for doing it were obvious". Karier politik Chua Sui Lek sudah terkubur. Persoalannya sekarang adakah Chua Sui Lek akan meletakkan jawatannya?

Adakah Rahim Thamby Chik,Muhammad Mohd.Taib,Anuar Musa,Khalil Yaakob,Zakaria Deros, letak jawatan bila mereka terlibat dalam berbagai-bagai skandal ? Saya juga tidak terfikir Khairy akan letak jawatan setelah dia dikaitkan dengan Maya Karin atau pun Najib ketika dia dikaitkan dengan seorang penyanyi terkemuka di Port Dickson beberapa tahun dahulu? Kalau kerani pejabat ditangkap berkhalwat atau berzina dia akan terus dibuang kerja. Dalam kes Chua Sui Lek pula Pat Lah nak buat macam mana?

Lantaran itu Chua Sui Lek bertegas bahawa dia tidak akan letak jawatannya,sebaliknya menyerah kepada Pat Lah untuk menentukan masa depannya. Dalam ertikata lain maksud Chua Sui Lek ialah,teloqnya sudah berada ditangan Pat Lah,terpulanglah kepada Pat Lah sama ada nak simpannya,meramasnya,gorengnya atau melemparnya ke dalam bakul sampah saja. Tetapi di negara-negara berikut pemimpin yang mengaku bersalah,mereka akan.....

UK - Retire him
US - Give him the boot
Singapore - Sack him
China - Shoot him
India - Jail him
Japan - Harakiri
Malaysia - Worship him


Its your call Pat Lah.....!

Seperkara yang berbeza antara tokoh politik MCA dengan tokoh politik UMNO ialah sekurang-kurangnya tokoh politik MCA ada teloq untuk mengaku kesalahan mereka di khalayak ramai. Tetapi bagi penyamun-penyamun UMNO pula sampai kiamat pun mereka tetap kata mereka tidak bersalah. Kalau rasuah UMNO,anggapnya sebagai politik wang,apa pula istilah bagi skandal seks - main-main seks atau peluk-peluk sayang......

Dulu Pat Lah pening dengan klip video Lingam, sekarang dia dah naik migraine dengan telatah Menteri Kesihatannya pula. Pilihanraya dah semakin dekat tapi ilham untuk diadakan pilihanraya belum ditemuinya kerana Pat Lah masih lagi tercari-cari,tambah pula dalam suasana sekarang apakah Pat Lah sanggup tunda pilihanraya sehingga pertengahan atau akhir tahun ini………Wallahu'alam...

Breaking News: Chua Sui Lek had resigned from all post with immediate effect. Read here. At least he got the guts to do so,unlike his UMNO counterparts who will cling on to power until kingdom come...

cheers.

01 January 2008

Selamat Tahun Baru......




....to all malaysians wherever you may be
lets vote for change....







cheers.