16 March 2007

Bila PLKN dilanjutkan 2 tahun...........

TPM,DatukNajib Tun Razak berkata,

“KERAJAAN bersedia menimbangkan kemungkinan melanjutkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sehingga satu atau dua tahun jika rakyat, terutama ibu bapa sanggup berkorban demi melahirkan generasi yang lebih kental dan berkeperibadian tinggi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengakui tempoh PLKN tiga bulan yang dilaksanakan sekarang tidak memadai untuk membentuk pembangunan insan secara lebih berkesan seperti yang dilakukan di negara lain, tetapi untuk memanjangkannya sehingga dua tahun seperti di Korea Selatan mungkin sukar diterima oleh rakyat terutama ibu bapa”.

Ucapan TPM ini mengundang berbagai pertanyaan dalam otak saya. Dalam keadaan sekarang pun PLKN dihujani dengan berbagai masalah,apatah lagi jika program ini dilanjutkan untuk selama 1 atau 2 tahun. Sebenarnya siapa yang akan mendapat faedah jika program PLKN ini dilanjutkan tempohnya,pelatih atau mereka yang menganjurkan program ini?

“Bribes and kickbacks” adalah budaya hidup yang diamalkan oleh gulongan elit di negara ini. Inilah cara gulongan elit tersebut meraih kekayaan berbilion-bilion tanpa susah apa2. Memanjangkan tempoh latihan PLKN menyediakan peluang yang luas untuk amalan "bribes & kickbacks" ini.Rata2 tahu bahawa pembekalan uniform,makanan,dobi dan sebagainya diuruskan oleh bini seorang Menteri dalam gomen Pat Lah. Begitu juga pusat2 latihan PLKN ini disediakan oleh beberapa syarikat penyanggak2 UMNO yang tertentu.

Kalau dilanjutkan tempoh kursus, senario seperti berikut mungkin berlaku. Bini seorang Menteri dalam gomen Pat Lah akan memaksa setiap pelatih PLKN mungkin dimestikan membeli 36 pasangan uniform yang disediakan mengikut harga yang ditetapkan sendiri oleh bini Menteri tersebut. Katakanlah harga pasaran sepasang uniform berharga RM 180.00,tetapi akan ditawarkan kepada pelajar(gomen) oleh bini Menteri tersebut dengan harga RM 1200.00 sepasang.

Hitungkanlah,kalau sepasang berharga RM 1200.00 x 36 pasang seorang(untuk program 2 tahun),darab pula dengan 20,000 seambilan,berapa ya?? Bini Menteri akan tersenyum tersipu2 bershopping sakan seminggu sekali di Harrod,London atau di New York,Paris & Tokyo sedangkan rakyat jelata akan merana menanggung beban hutang,kerana,wang pembelian semua peralatan PLKN ini datangnya dari poket rakyat,bukan dari poket Pat Lah,Najib atau UMNO.

Begitu juga dalam hal memberi kontrak membekalkan makanan,dobi dsbnya,bini si Menteri ini akan serah kepada sanak saudaranya dengan kadar harga kontrak yang amat tinggi. Jadi yang untung kaum kerabat depa,dan,yang terbeliak biji mata adalah anda & saya.

cheers.

No comments:

Post a Comment