nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...
15 March 2007
SIAPA HANTU -- PENGUNDI atau SPR ?
Dalam pemilu 2004 dulu,hampir 300 pengundi tetap di sebuah kampung di sini telah dipindah ke beberapa tempat,seperti Mersing & Kota Tinggi,Johor. Tempat mereka ini diambil alih oleh pengundi2 hantu import,entah dari mana? untuk mengundi bagi pihak mereka. Mak Cik & Pak Cik tua yang terlibat ini pening kepala,kerana antara mereka ada yang tidak tahu Mersing & Kota Tinggi tu letaknya di mana. Laporan dibuat kepada SPR,tetapi laporan tinggal laporan,yang menang calon UMNO dengan bantuan pengundi hantu UMNO/SPR!!
Bila orang kata hantu,SPR kata tiada,bila orang tunjuk hantu SPR tanya mana? Jadi bukankah SPR sendiri hantu buta perut?
*Gambar di atas menunjukkan hantu SPR keluar dari bilik mengundi selepas ia mengundi dalam pemilu 2004 lalu.. tempat/di mana...?(itu rahsia)...ha!ha!ha!
cheers.
No comments:
Post a Comment