19 March 2007

Fly Firefly Fly..........

Penerbangan Malaysia (MAS) akan melancarkan syarikat penerbangan baru berkonsep komuniti, FireFly, yang menyediakan perkhidmatan di empat laluan domestik dengan kadar tambang permulaan serendah RM9, mulai 2 April ini.FireFly, yang dikendalikan FlyFirefly Sdn Bhd (FlyFirefly), iaitu anak syarikat baru MAS, akan menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang sebagai hab operasi.Sebagai permulaan, FireFly menawarkan perkhidmatan di laluan antara Pulau Pinang-Kota Bharu, Pulau Pinang-Kuala Terengganu, Pulau Pinang-Langkawi dan Pulau Pinang-Kuantan.Selain empat laluan domestik, FireFly juga akan menyediakan perkhidmatan ke dua destinasi serantau iaitu Pulau Pinang-Phuket dan Pulau Pinang-Koh Samui di Thailand.

Firefly bercadang menggunakan Lapangan terbang Bayan Lepas,Pulau Pinang & Lapangan terbang Subang untuk perkhidmatan ini. Kelebihan Lapangan Subang ialah kerana ia lebih dekat dengan kota Kuala Lumpur berbanding KLIA atau LCCT. Dengan demikian,secara tidak langsung ia memberi “advantage” kepada MAS berbanding dengan AirAsia. Satu pukul knockout kepada AirAsia & satu double standard amalan gomen kita kan?

Satu masa dahulu penerbangan MAS dari Pulau Pinang ke destinasi2 seperti Kota Bahru,Kuala Terengganu, dan Kuantan mendapat sambutan orang ramai. Boleh dikatakan penerbangan2 ke destinasi ini senantiasa penuh. Maklum saja pada masa kita belum ada lebuhraya bertol yang canggih. Tambah lagi perjalanannya memakan masa tidak sampai 45 minit berbanding 8-10 jam dengan kereta. Ia juga menjadi laluan utama antara orang ramai dari sebelah utara dan dari pantai timur Semenanjong Malaysia.

Pada awal tahun 90’an,perkhidmatan penerbangan ke destinasi2 ini telah ditamatkan dengan tiba-tiba atas alasan bahawa ianya tidak menguntungkan. Kononnya,mengikut MAS dengan adanya leburaya timur-barat dan utara selatan,orang ramai lebih selesa menggunakan lebuhraya daripada menaikki kapalterbang.

Tetapi.apakah cerita sebenar disebalik tindakan memberhentikan perkhidmatan tersebut secara ,membabi buta.? Kononnya pihak MAS mahu menambahkan lagi perkhidmatan penerbangan dari Pulau Pinang ke pantai timur Semenanjung,khususnya ke Kota Bahru dari 3 kali seminggu kepada tiap-tiap hari seminggu. MAS sememang mahu menambahkan perkhidmatan pada sector ini kerana ramai penumpang dan menguntungkan. Namun demikian arahan dari orang atas gomen Malaysia telah menamatkan langsung perkhidmatan tersebut.
Mengikut cerita2 dari beberapa rakan saya yang rapat dengan juak2 UMNO mengatakan,
kononnya penamatan itu atas arahan PM ,beberapa orang Menteri Besar & tokoh utama UMNO terkemuka.

Pengaruh PAS sedang merebak luas & pantas di negeri2 utara Semenanjong, terutamanya
di Kedah,Perlis,Perak Utara & Pulau Pinang. Menurut cerita rakan saya lagi,dengan adanya penerbangan Penang-Kota Bahru,ramai
pemimpin2 PAS telah menggunakan perkhidmatan ini dengan kerap untuk berceramah di negeri2 utara Semenanjong.. Tambahnya lagi, ramai pemimpin PAS
akan bertolak pagi,berceramah di sekitar Perlis,Kedah,Penang & Perak dan balik dengan flight sebelah malam ke Kota Bahru. Sama ada ini benar atau tidak,entahlah,tetapi bagi saya ini adalah satu alasan yang bodoh dari parti yang bankrupt idea. Tetapi,dengan pengurusan MAS
yang berkecelaru & betapa gelabahnya UMNO ketika itu,mungkin ada kebenarannya.

cheers.

1 comment:

  1. TAk berapa gemar ngan nama FireFly

    Macam suwwey jer nama .. very bad feng shui .. he he

    ReplyDelete