27 March 2018

‘Mamu Parpu’ tak tau hujung pangkai cerita,buat kalut...


Seorang blogger pro-Barisan Nasional (BN) yang menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyalahgunakan kuasa kononnya membeli rumah di Jalan Pinhorn dengan harga rendah sebelum ini, mengaku di mahkamah tidak mengetahui bila dan berapa bilangan rumah yang dimiliki.

“Saya tidak tahu,” itu kata Mohsin Abdul Latiff, 34, penulis blog yang menggunakan nama Mamu Parpu ketika disoal peguam Gobind Singh Deo di depan Hakim Hadhariah Syed Ismail dalam perbicaraan kes tersebut hari ini di Pulau Pinang.

Menurut Mohsin, dia tidak tahu mengenai nilai atau tarikh pembelian rumah tersebut ketika pertama kali membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan hanya mengakui rumah tersebut dimiliki pada 2008.

Mohsin berkata, dia membuat laporan SPRM tersebut adalah berdasarkan laporan berita TV3 pada 2015 yang memaparkan perbahasan antara Guan Eng dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shahbudin Yahya di Dewan Rakyat. Di sebalik laporannya itu, dia turut menafikan mempunyai kepentingan politik terhadap Setiausaha Agung DAP itu.

“Itu tidak betul. Saya membuat laporan itu selepas menonton berita di TV3 mengenai perbahasan antara Lim dan Shabudin di Parlimen,” katanya lapor The Malaysian Insight.

Apa yang menjadi persoalan Gobind, laporan berita TV3 tersebut didengar pada tahun 2015 tetapi laporan daripada blogger pro-BN itu kepada SPRM pula mengatakan 2016 dan mendakwa rumah tersebut dibeli pada 2008.

Ketika ditanya, Mohsin juga mengakui memperoleh maklumat daripada blog sebelum membuat laporan ke SPRM dan tidak mengetahui sebarang butiran penilaian tanah dan harta tersebut.

Dia juga mengaku tidak tidak merujuk kepada mana-mana penilai atau pakar hartanah mengenai nilai rumah itu. – Roketkini.com

Sapa yang tentukan berita palsu atau benar?

Winston Smith, watak utama dalam novel ‘1984’ karya George Orwell, adalah seorang kakitangan awam. Beliau bekerja di ‘Ministry of Truth’. Kementerian Kebenaran.

Dalam novel terbabit, kementerian ini mempunyai tugas hakiki untuk menyebar propaganda. Tidak langsung ada kena mengena dengan ‘kebenaran’. Tetapi sesuai namanya, ia merekayasa apa yang dianggapnya kebenaran.

Winston, yang ternyata letih menjadi aparat pembohong kerajaan ‘Big Brother’ hanya mampu mengeluh. Beliau mengandaikan kalau-kalau kerajaan akan memutuskan bahawa dua campur dua, jawabnya lima. Kalau semua orang percaya itu adalah benar, pastilah itu yang diterima sebagai kebenaran.



Kerja Winston, si pegawai kerajaan di ‘Kementerian Kebenaran’ ialah menulis semula laporan berita lama. Demikian supaya sejarah menggambarkan bahawa kerajaannya sentiasa benar, dan konsisten sepanjang masa.

Novel ‘1984’ adalah sebuah karya dystopian tulisan Orwell pada tahun 1949. Ia menggambarkan sebuah negara yang ditadbir seorang diktator dikenali sebagai ‘Big Brother’. Negara baru ini ditadbir dengan suatu aparat dinamakan ‘Thought Police’ yang kerjanya mengambil tindakan ke atas mereka yang berani berfikir.

Bertepatan dengan slogan pentadbirannya ‘Ignorance is strength’ – kejahilan adalah kekuatan; elagimana orang ramai kekal dungu dan tidak tahu, selagi itulah ‘Big Brother’ kekal berkuasa.


Related image

Bayangan Orwell tentang dunia gila 1984 ternyata terlewat 30 tahun lebih. Dari lidah Donald Trump yang membungkam saluran media yang melaporkan kenyataan-kenyataan rasminya yang kelakar dengan menuduh mereka sebagai berita palsu, penyakit yang sama sudah merebak ke Malaysia.

Rakan golf Trump, kebetulan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, nampaknya sedang gigih menggunakan konsep ‘berita palsu’ ini untuk menutup rakam jejaknya yang terpalit skandal berbilion ringgit.

Cuma minggu lalu ada menteri memberitahu kita bahawa apa sahaja laporan mengenai 1MDB yang tidak disahkan kerajaan adalah berita palsu.



Hari ini, kita digemparkan dengan pembentangan Rang Undang-undang Anti-berita Tidak Benar. Suatu undang-undang yang dibentangkan dengan tujuan jelas nyata untuk membungkam demikian banyak laporan media tentang skandal mega pengubahan wang haram peringkat antarabangsa membabitkan syarikat bermasalah milik negara, 1MDB dan bekas pengerusi lembaga pengarahnya, Najib Razak sendiri.

Apa yang jelas setakat ini ialah kerajaan merancang untuk mengancam saluran media dalam dan luar negara untuk ‘mengawal diri’ daripada melaporkan apa-apa yang tidak kena dengan selera United Malays National Organisation, presidennya, serta isteri presidennya.

Apa yang tidak jelas pula ialah persoalan siapa yang menentukan laporan apa yang palsu, dan laporan mana yang benar.


Image result for nak saman wsj selasa ini

Adakah laporan Wall Street Journal yang menanti sudah berapa ratus hari Selasa untuk disaman itu turut dikira laporan palsu? Bagaimana pula dengan senarai 53 agensi berita antarabangsa yang turut melaporkan tentang skandal 1MDB serta penyitaan kapal mewah Equanimity di Bali tempoh hari? Adakah mereka juga telah melaporkan berita palsu? Siapa yang tentukan palsu atau benar laporan berita ini semua?

Adakah semua berita yang dilaporkan media asing hasil siasatan pihak berkuasa asing terhadap salah laku yang terjadi di luar negara juga semuanya harus dilabel palsu belaka kerana media Malaysia tidak dibenarkan atau enggan melaporkannya? Siapa yang tentukan jawapan kepada soalan ini?

Tinggal tak berapa hari sahaja lagi sebelum Parlimen dibubarkan, kerajaan ini sedang cuba meluluskan akta baharu ini dengan begitu tergesa-gesa. Bersekali dengan usahanya melukis semula sempadan pilihanraya, tidak lain tidak bukan, dalam usaha besar untuk kekal berkuasa.

Cumanya pasti akan jadi kelakar kalau nanti Barisan Nasional tewas dalam pilihanraya, undang-undang serupa akan dikenakan terhadap TV3 dan Utusan Malaysia. – Roketkini.com

Is a 'Ministry of Truth' in the offing...

As the gravity of the Anti-Fake News Bill begins to sink in, some Malaysians on Twitterjaya have expressed concern over the broad reach of the proposed law. For instance, former cabinet minister and lawyer Zaid Ibrahim said the government could interpret fake news as materials that it does not like.

"Under the new law, people who spread fake news can be jailed up to 10 years. The problem is, material which they do not like will be fake news.

"If you don't want to go to jail, vote PH (Pakatan Harapan)," Zaid said.

Lawyer K Shanmuga said Section 8A of the Printing Presses and Publications Act 1984 already has prescribed punitive measures to address false news - a maximum penalty of three years jail, RM20,000 fine or both.

"That is bad enough, but slightly better than this completely ridiculous law! #FreeSpeech," he wrote.

Activist Michelle Yesudas pondered aloud if Putrajaya intends to establish a "Ministry of Truth" - a fictional arm of government made popular by George Orwell's famous book "1984".

"A deeply concerned Malaysian citizen would like to ask the Malaysian government if there are any plans to establish a 'Ministry of Truth', dedicated to harvesting 'true news' to determine the fake nature of 'fake news'," she asked.


Malaysian gov't over-reach on display in anti "Fake News" draft law enabling the gov't to prosecute anyone anywhere in world for saying things about Malaysia that gov't classifies as fake!

Bill includes extra-territorial applications



Australian National University lecturer and Malaysia watcher Amrita Malhi noted that the bill includes extra-territorial applications and was tabled just ahead of the general election. 

"Opposition campaigners have good access to international media and use it frequently to communicate with Malaysians and international audiences alike," she noted.

Lawyer's for Liberty executive director Eric Paulsen said that this provision was "excessive", noting that such provisions normally applied to piracy or terrorism.

"So technically, WSJ, NYT, The Guardian etc can be found liable in absentia," he wrote.

Another lawyer, Syahredzan Johan, believes that the bill would criminalise satire and parody altogether.

"It is wider than just 'news', it also covers information which is not traditionally 'news'.

"The bill is the death knell for satire and parody - your FakeMalaysiaNews, your @thetapirtimes, @kuasasiswa works etc," he wrote.



Unlike the much-criticised Section 233 (1) of the Communications and Multimedia Act 1998, the element of intent was not required under the new bill.

"All that is required is that the information is 'fake news' and it is knowingly done. The threshold is lower," Syahredzan said. 

The editor-in-chief of Singapore-based New Naratif, Kirsten Han, also questioned the validity of the Malaysian government's definition of fake news - information what was "wholly" or "partly" false.

"This is such a broad definition. Who gets to decide what is 'false', much less 'partly false'?" she asked.

The Anti-Fake News Bill 2018 was tabled in Parliament for first reading today. - mk

Image result for animation - laughing

Yang saya tahu DSAI tak pernah takut berhadapan dgn siapa saja. Beliau sedia berdebat di tangah2 jutaan lawan politiknya dimana dan bila2 saja. Sementara Najib Razak hanya bercakap berapi2 didepan penyokongnya saja ikut skrip. Tapi bila ada lawan yg sepadan atau dgn orang tua 93 tahun dia lari lintang pukang entah kemana. Contoh, nothing to hide. Dijemput untuk wacana, atau debat tak pernah timbul kepermukaan. Lalu dimana kayu ukurnya untuk seorang itu boleh disebut berkarisma? - Delier Junaidi 

Annuar Musa oi,,nak termuntah aku dengar ayat hang,,,nak bandingkan Najib dengan Anwar maaflah Najib tertinggai 360 darjah kebelakangla harapkan nama pak dia saja Tun Razak yang boleh dipakai yang lain semuanya macam ikan medak. - Pyan Gul

Sudah2lah Anuar Musa. Jawablah depan Allah nanti.Ini contoh berita palsu yang nyata.- Rosman Nordin 


Image may contain: text and outdoor

Image may contain: 6 people, text
ADUN-ADUN BN yang buat sidang media '10 Tahun 10 Kegagalan Pakatan' sepatutnya berselisih mata dengan MB. Bukannya tunduk, pandang arah lain, tengok skrip, main telefon dan sebagainya.Macam kena dengan Prof Kangkung...

Image may contain: 1 person, smiling, text



Manusia paling tua dlm dunia rupanya ada di Sarawak

cheers.

No comments:

Post a Comment