11 February 2017

Azmin,'kalu bagi tahu,nanti Menteri tu kena ugut'...(updated)


Story kat SINI dan SINI     


Datuk Seri Azmin Ali hari ini bertegas enggan mendedahkan identiti "menteri kanan" yang dikaitkan dengan khabar peletakan jawatan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak.

Ditemui di Subang Jaya, Azmin berkata, dia berbuat demikian atas beberapa sebab.

Pertama, kata menteri besar Selangor itu, beliau tidak "membuat kenyataan" mengenai peletakan jawatan berkenaan sebaliknya hanya bertanya.

"Saya tanya soalan, tapi soalan yang mudah (macam itu) pun pimpinan (BN) agak melatah, daripada perdana menteri ke timbalan perdana menteri.

"Kedua, saya tidak menamakan sesiapa pun. Saya tak akan menamakan (orang itu) kerana menghormati perbincangan sulit antara saya dengan individu berkenaan," katanya kepada media.

Menurut Azmin, jika identiti "menteri kanan" itu didedahkan beliau bimbang akan berlaku ugutan atau tekanan ke atas individu terbabit.

Timbalan presiden PKR itu bercakap kepada media selepas menghadiri majlis pelancaran buku terbaru ahli politik veteran, Dr Syed Husin Ali, Sejarah dan Dasar Perjuangan Parti yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-80.

Hari ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menuduh Azmin berbohong kerana tiada mana-mana menteri meletak jawatan ketika ini.

Ahmad Zahid juga mendakwa kenyataan Azmin semalam merujuk kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Kata Azmin, reaksi Najib terhadap soalannya di Twitter semalam menunjukkan bahawa perdana menteri kini berada dalam keadaan "tidak selesa" dan "tahap keyakinan yang begitu rendah".

"Kabinet saling curiga-mencurigai," katanya.
Ditanya mengenai butiran lanjut pertemuan itu, Azmin sekali lagi enggan memberi sebarang maklumat.

Apabila ditanya wartawan, di mana pertemuan itu berlangsung, Azmin cuma menjawab: "Dalam dunia ini."

Selepas ditanya bila pertemuan itu berlaku, ini jawapan Azmin: "Pada suatu ketika dulu."

Ditanya wartawan apakah potfolio individu itu, Azmin menjawab: "(Dia) dari Malaysia, menteri Malaysia. (Ia) suatu portfolio yang diputuskan oleh perdana menteri." - mk


Reaksi yang berikutnya...
Image may contain: 1 person
Ayahanda pun buat penafian...


Tunggu dan lihat - itu janji Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, selepas perdana menteri menganggapnya berbohong dalam dakwaan peletakan jawatan seorang menteri kanan kabinet.

Ditemui media sebentar tadi, Azmin berkata, tidak mengejutkan apabila Datuk Seri Najib Razak menafikan ada anggota kabinetnya akan meletak jawatan.

Kata Azmin, maklumat mengenai peletakan jawatan itu disampaikan orang terbabit sendiri kepadanya baru-baru ini.

"Maklumat itu (datang) terus daripada orang yang berkenaan.

"Tunggu, kita akan umumkan," kata Azmin.

Petang tadi Azmin membayangkan mengenai peletakan seorang menteri daripada kabinet Najib melalui catatan di Twitter.

Bagaimanapun ADUN Bukit Antarabangsa itu tidak memberikan sebarang bayangan mengenai identiti tokoh terbabit kecuali menyatakan dia adalah seorang menteri kanan.

Malam ini Najib menafikan ada menteri memaklumkan kepada beliau mahu meletak jawatan. Justeru, kata perdana menteri, beliau menganggap Azmin berbohong, kecuali menteri besar Selangor itu menyatakan nama menteri yang dimaksudkan.

Kenyataan Azmin malam ini sebaliknya menguatkan lagi khabar angin mengenai peletakan jawatan tersebut. Tambahan pula penegasan dibuat beliau bahawa maklumat berkenaan disampaikan terus kepadanya.

Setakat ini tidak dapat dipastikan mengapa peletakan jawatan itu akan diumumkan oleh pihak Azmin, kecuali - jika peletakan jawatan itu benar-benar berlaku - menteri terbabit memutuskan untuk menyertai pembangkang. - mk

Meanwhile, Selangor Menteri Besar Mohamed Azmin Ali has defended his claim that a federal minister was quitting over the 1MDB scandal, claiming that he was informed of this by the minister himself.

"The information (came) directly from the said person. Just wait, we will make the announcement," Azmin told journalists at a dinner function in Klang tonight.

It is unclear if the opposition has a hand in the planned resignation of the said minister.

Earlier today, Prime Minister Najib Abdul Razak said he was not informed of any resignation from his ministers.

He also demanded that Azmin reveal the name of the said minister to prove he wasn't lying.

Azmin said Najib denying the claim was not a surprise but said to "wait and see".

"Of course he would deny it," said Azmin, who is also Gombak MP and Bukit Antarabangsa state assemblyperson.

Najib had issued the statement following a flurry of speculations after Azmin first alluded on Twitter that a senior minister would be resigning. - mk

Agak2 sapa Menteri dari Kedah dalam kabinet Ayahanda Najib..??? Hangpa pikiaq2 mai...

Image result for skandal 1MDB
Skandal 1MDB bahaya dan 
menyusahkan rakyat Malaysia...

Mungkin sesetengah kita masih keliru tentang skandal 1MDB melibatkan ‘kehilangan’ puluhan billion ringgit wang negara.

Apa yang pasti, skandal terbesar dalam sejarah Malaysia ini telah membabitkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Ramai yang tertanya-tanya apa dan berapakah jumlah nilai yang telah diselewengkan serta apa pula kaitannya dengan rakyat Malaysia.

Bercakap dalam Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia semalam, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, jumlah wang yang ‘digelapkan’ ialah AS$5.612 bilion atau RM24.7 bilion.

“RM24.7 bilion jumlah pelaburan yang ‘diangkat’ dari akaun 1MDB sudah hilang.

“Ini tak termasuk kerugian daripada aktiviti dan transaksi ‘rasmi’ seperti pengambilalihan syarikat penjanakuasa, fi (caj) melampau kepada Goldman Sachs, diskaun bon luar biasa, pelaburan hartanah dan sebagainya,” jelas Tony.


Image result for skandal 1MDB

Apa dan berapa jumlah yang diseleweng?

1)      AS$1.83 bilion – Pelaburan Petrosaudi

2)      AS$1.367 bilion – “Cagaran” Aabar (BVI)

3)      AS$0.855 bilion – “Cagaran Tambahan” Aabar (BVI)

4)      AS$1.56 bilion – Pelaburan 1MDB “Global Investment”

Jumlah: AS$5.612 bilion atau RM24.7 bilion

1MDB bukanlah agensi kerajaan. Namun, apa yang pasti, 1MDB ialah syarikat pembangunan milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Kerajaan juga turut memberi beberapa pinjaman dan jaminan hutang yang dibuat oleh syarikat itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, jumlah jaminan hutang, pendahuluan dan lain-lain bayaran yang dijamin kerajaan berjumlah RM39.8 bilion dan ini belum termasuk pinjaman lain yang melibatkan projek Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX) dan lain-lain.


Image result for skandal 1MDB

Berikut disenaraikan apa dan berapa yang terpaksa ‘ditanggung’ rakyat Malaysia:

5)      RM5.0 bilion – Bon 30 tahun jaminan kerajaan (2009)

6)      RM0.8 bilion – Pinjaman 10 tahun dari SOCSO pada 2010 (dijamin kerajaan)

7)      US$3.5bn – Bon 10 tahun dijamin IPIC yang ditanggung MOF Inc (Kementerian Kewangan Diperbadankan) (2012)

8)      AS$3.0 bilion – Bon 10-tahun, “Surat sokongan” kerajaan (2013)

9)      AS$1.0 bilion – Pendahuluan IPIC, ditanggung by MOF Inc (2015)

10)   AS$0.23 juta – Bayaran faedah oleh IPIC, ditanggung MOF Inc (2015/6)

Jumlah = RM5.8 bilion + AS$7.73 bilion = RM39.8 bilion

11)  Oleh kerana hutang 1MDB terlalu besar dan membebankan, Tony berkata kerajaan terpaksa pula ‘tutup lubang’ hutang 1MDB melalui Projek East Coast Rail Link (ECRL) yang berjumlah RM30 bilion melibatkan syarikat China Communications & Construction Company (CCCC).


Image result for china bailingout 1MDB
Image result for china's  ecrl project
Projek ECRL...

Bagaimana hutang 1MDB ditutup?

Kos Projek East Coast Rail Link (ECRL) ialah RM30 bilion manakala kontrak yang ditawar kepada CCCC berjumlah RM55 bilion.

Persoalan yang perlu diberi perhatian saat ini ialah, jika kos projek ECRL berjumlah RM30 bilion, mengapa kontrak yang ditawar kepada syarikat dari negara China itu mempunyai lebihan RM25 bilion?

“…kekhuatiran terbesar rakyat Malaysia bahawa projek dengan kos berlebihan sebanyak RM55 bilion ECRL ini merupakan cubaan untuk menyedut sehingga RM25 bilion untuk membayar hutang 1MDB, bagi menutupi puluhan bilion ringgit yang telah diubah secara haram di luar negara” – Petikan dari kenyataan bersama pimpinan Pakatan Harapan bertarikh 15 November 2016. - roketkini


Traders selling paint brushes are given up to two months to put labels on the brushes to differentiate products that can be sold to Muslims and non-Muslims, says Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Hamzah Zainuddin.  

He also ordered a stop to all operations to search and seize paint brushes made of pig bristles or dog hair following a Cabinet meeting on the matter. The minister, however, rejected calls for a pig logo on the paint brushes.

“It is not necessary to include such a logo as there are already laws to govern the labelling of animal-derived products,” he said.

He advised traders to separate animal derived products and label them accordingly.

“If they are derived from animals, say so. If they are unsure, they will also have to state it,” he told a press conference, held to clarify the issue here yesterday.

The Muslim Consumers Association of Malaysia’s chief activist Datuk Nadzim Johan had suggested the logo.

“Why make it difficult? It’s simple, just place a label to say that the products are animal derived,” Hamzah said.

Over 2,000 paint brushes that were suspected to be made from pig bristles were seized recently in a nationwide crackdown. Continue reading here...



Alamak !! What about all the houses and buildings in Malaysia that have already been painted? Do we have to go and check if they have been painted using pig hair brushes? I know for a fact that the Masjid Negeri Pulau Pinang was built almost entirely by Chinese contractors (in 1979). 

If pig hair brushes were used, do all those older houses, buildings, schools and mosques have to be repainted? Using rollers or plastic brushes?  

I did some quick searching on the Web about this subject (of things made from the parts of the pig like skin, bone etc). And I found these : 

1. http://www.fatwaislam.com/fis/index.cfm?scn=fd&ID=323
2. http://www.islamweb.net/emainpage/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=128662

So taking the cue from this website,  for those of you Muslims who are now suspicious if your Muslim  neighbor's house was painted using  pig bristled brushes or not  : 

You  may ask the hardware shop owner where your friend purchased the paint brushes? What do you think? - ostb

No automatic alt text available.
Now all paint brush labelled "non-halal"!...

These bloody "halal tak halal" brigade has been checkmate by the Cina Hardware traders. 

Now all paint brush are labelled as "non-halal". 

I can just picture those Cina Hardware store owners smiling quietly among themselves...and why not? 


Image may contain: text

I am sure many Melayu, me included,  and many many more Malaysians (all infidels in as far as Umno are concern!), are also quietly laughing to themselves over breakfast as they read the Malay Mail story.

What is the next step that this Melayu/Islamic Umno led government will take to teach the Cina Hardware trader a lesson? - steadyaku47

Image may contain: 1 person, text
Jika UMNO Tak Menipu Itu Adalah Satu Dosa Besar 
Bagi Mereka...Yang disalahkan DAP...

No automatic alt text available.
Inilah Malaysiaku...

Image may contain: 5 people, people standing and hat
Anwar Ibrahim:Tahanan Politik 3 Era
1 ~ Mulai 3 Dis 1974 (2 tahun)
2 ~ Mulai 20 Sept 1998 (6 tahun)
3 ~ Mulai 10 Feb 2015 (5 tahun)

cheers.

No comments:

Post a Comment