Polis serbu pejabat PKR berkaitan himpunan #KitaLawan...
Polis menyerbu Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan perhimpunan #KitaLawan.
Dalam satu kenyataan, PKR berkata enam orang anggota polis berada di pejabat mereka bersama Naib Presiden PKR Rafizi Ramli untuk mencari bahan berkenaan perhimpunan tersebut.
"Difahamkan mereka mahu mengambil bahan-bahan berkaitan himpunan #KitaLawan. Peguam yang bersama YB Rafizi ialah YB Manivannan Gowin," kata PKR dalam satu kenyataan petang ini.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, polis memecahkan pintu bilik Rafizi di ibu pejabat parti untuk merampas empat buah komputer, satu surat pekeliling dan kenyataan media berkait himpunan #KitaLawan.
Ketua Perundangan PKR Latheefah Koya berkata polis di ibu pejabat PKR itu untuk mendapatkan salinan pekeliling yang dikeluarkan Rafizi kepada ahli-ahli parti untuk menghadiri perhimpunan #KitaLawan semalam.
"Tiada sebab menyerbu pejabat. Pihak polis sudah mempunyai salinan pekeliling itu. Kita hairan mengapa terdapat keperluan pergi ke pejabat apabila pekeliling itu sudah diketahui umum," katanya kepada The Malaysian Insider.
Pada kira-kira 6.30 petang, Rafizi diiringi beberapa pegawai polis keluar dari bangunan tersebut dan masuk ke kereta yang menunggu, sementara beberapa yang lain memuatkan komputer disita ke dalam van berasingan.
Ahli Parlimen Pandan itu kelihatan ceria, malah menyambut pemberita yang menunggu dengan berkata, "jangan kisah dengan rambut saya yang teruk."
Manivannan kemudian memberitahu pemberita polis tiba di premis itu pada jam 4.30 petang, tetapi tidak memasuki bangunan itu sehingga kakitangan tiba untuk membuka pintu.
"Apabila saya tiba pada jam 4.30 petang, Rafizi berada di sini dengan polis, dan dia masih digari. Sekitar 4.40 petang, kerani datang untuk membuka pintu," kata ahli Parlimen Kapar itu.
"Polis mengambil tiga komputer dari ruang tengah dan salah satu daripada bilik pembedahan, satu pekeliling dan satu kenyataan media, kedua-dua bertarikh 23 Mac."
Beliau berkata kakitangan pejabat memecahkan pintu pejabat Rafizi kerana ia dikunci dan kuncinya tiada dengan mereka.
Manivannan berkata Rafizi memberikan kerjasama kepada pihak polis dan bersetuju agar pintu tersebut dipecahkan.
"Kami memecahkan pintu tetapi tiada apa di pejabatnya, walaupun komputer. Jadi polis meninggalkan pejabat dan merampas komputer dari bilik lain."
Manivannan berkata sebanyak sembilan orang pegawai, termasuk pemandu, terlibatdalam serbuan hari ini.
Tambahnya, Rafizi muncul dalam keadaan baik dan bersemangat walaupun laporan berita sebelum ini menyatakan setiausaha agung PKR berada dalam keadaan tidak sihat.
"Beliau kelihatan baik, semangatnya masih kuat. Beliau yakin dan sangat bekerjasama malah membenarkan kakitangan memecahkan pintu pejabatnya," kata Manivannan.
Rafizi ditahan pada Jumaat di pusat khidmatnya di Kuala Lumpur di bawah Akta Hasutan berhubung satu kenyataan dikeluarkannya yang menyeru kehadiran ramai di perhimpunan #KitaLawan semalam.
Pihak polis memperoleh perintah reman tiga hari bagi ahli Parlimen Pandan itu.
Rafizi sepatutnya mengetuai kumpulan di perhimpunan tersebut dari Masjid Jamek untuk bertemu kumpulan lain dari Dataran Merdeka dan ibu pejabat PAS di kompleks membeli-belah Sogo. – tmi
Police raid PKR HQ over Rafizi's circular...
Police broke down PKR secretary-general Rafizi Ramli's office door at the PKR headquarters in Petaling Jaya in a raid this afternoon.
Rafizi was arrested on Friday for a circular he sent to PKR members to attend Saturday's Kita Lawan rally, and is under a three-day remand order.
PKR's Kapar MP G Manivannan, who is acting as Rafizi's lawyer said police broke down the door with Rafizi's permission.
"No one had the spare key so Rafizi agreed that they break the door," he told Malaysiakini.
PKR communications director Fahmi Fadzil said the six police officers seized four computers, a copy of Rafizi's circular and a copy of the media statement Rafizi sent on the rally.
Rafizi was arrested after he was slated as among those to lead the protest rally in conjunction with the wedding reception of Prime Minister Najib Abdul Razak’s daughter.
The rally was to call for Najib's resignation and in solidarity with jailed PKR de facto leader Anwar Ibrahim.
Rafizi is remanded alongside activist Hishamuddin Rais.
PKR vice president Tian Chua, PAS deputy president Mohamad Sabu, PAS' Shah Alam MP Khalid Samad, Kita Lawan coordinator Fariz Musa and two protestors were also arrested in relation to the Saturday rally.
Mohamad was released on police bail, Fariz will be released tomorrow while the rest were freed today after police failed to secure a remand order.
At least a dozen have been arrested for the earlier Kita Lawan rallies including Anwar's daughter and PKR vice president Nurul Izzah Anwar, who spent a night in lockup. - mk
Polis hanya perlu telefon, saya akan datang, kata Khalid Samad...
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini berkata, polis boleh hanya menelefonnya daripada membazir tenaga menangkapnya di awal pagi Ahad.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, 10 anggota polis datang ke rumahnya pada jam 3.20 pagi untuk menangkapnya.
"Saya rasa ia tindakan kurang bijak, pembaziran tenaga kerja dan masa. Jika mereka menelefon dan saya tidak pergi maka mereka boleh menuntut justifikasi.
"Semua orang tahu nombor telefon saya, termasuk polis," katanya kepada The Malaysian Insider selepas dibebaskan.
Khalid berkata beliau sedang tidur apabila polis muncul secara tiba-tiba.
"Saya sedang tidur pada waktu itu ... anggota polis tidak beruniform dan beruniform datang ke rumah saya ... sekurang-kurangnya lebih daripada 10 anggota polis datang ke rumah saya."
Khalid berkata polis tiba kira-kira jam 2 pagi dan menunggu.
"Mereka menunggu agak lama, tetapi tidak membuat apa-apa bunyi sekalipun, untuk itu saya berterima kasih kepada mereka," katanya.
Penahanan Khalid adalah kerana penglibatannya dalam perhimpunan #KitaLawan semalam.
Beliau mengetuai kumpulan perarakan dalam perhimpunan semalam dari ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Terdahulu petang ini, Khalid dibebaskan bersama dua orang mahasiswa selepas mahkamah menolak permintaan polis untuk menahan mereka di bawah reman untuk siasatan lanjut.
Khalid berkata polis tidak berpeluang menyoal atau mengambil kenyataannya.
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar polis akan mengambil tindakan pada bila-bila masa dan menangkap mereka yang cuba menghasut, Khalid berkata beliau tidak ditahan di bawah Akta Hasutan, sebaliknya di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana perhimpunan haram.
"Saya tidak ditahan di bawah Akta Hasutan, ia di bawah perhimpunan haram. Adalah baik bagi pihak polis mengambil tindakan setiap saat tetapi tidak bertindak di luar keperluan. Kami bukan penjenayah, perompak atau pembunuh, hanya telefon dan kami akan datang. Saya percaya ramai yang lain akan melakukan perkara yang sama, "
Mengenai kemungkinan berlakunya penangkapan kepada pemimpin pembangkang dan aktivis lain, Khalid berkata, "Ia seolah-olah seperti KPN mempunyai sikap anti-pembangkang ... menganggap hanya pembangkang yang menyebabkan masalah."
"Beliau tidak mengambil berat tentang 1MDB, atau salah laku, rasuah dan lain-lain. Beliau hanya mahu menjaga kepentingan Barisan Nasional, kelihatannya seperti itu," katanya merujuk kepada syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad.- tmi
Police could have just called me, I would have gone to station, says Khalid Samad...
The PAS lawmaker said 10 policemen came to his house at 3.20am to arrest him.
“I think it was an unwise action, a waste of manpower and time. If they called me and I did not go, then their action is justified.
“Everyone knows my phone number, including the police,” he told The Malaysian Insider after his release today.
Khalid said he was sleeping when the police showed up.
“I was sleeping at that time… uniformed and plainclothes policemen came to my house… at least 10.”
Khalid said the police had arrived at about 2am and waited.
“They waited quite long, but they didn’t make any noise whatsoever, for that I am thankful,” he said.
Khalid was detained over his involvement in yesterday’s #KitaLawan rally.
He had led a group of protesters in the rally yesterday from the PAS headquarters in Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Earlier this afternoon, Khalid was released together with two undergraduate students after the court denied a police request to hold them under remand for further investigation.
Khalid said police did not ask him anything or take his statement.
Commenting on Inspector-General of Police’s (IGP) statement today that police would take action any time and would arrest those who were trying to instigate, Khalid said he was not arrested under the Sedition Act but Section 143 of the Penal Code for illegal assembly.
“I was not arrested under the Sedition Act, it was for illegal assembly. It is good for police to take action every second, every time, but don’t act beyond what is necessary, we are not criminals, robbers or killers.
“Just call and we will come. I believe many others will do the same.”
On the possibility of future arrests of other opposition leaders and activists, Khalid said, “It seems like the IGP has an anti-opposition attitude… considering those who are said to cause problems are from the opposition.”
“He doesn’t care about 1MDB, or misconduct, corruption and others. He just wants to look after the interest of Barisan Nasional. It seems like that,” he said. – tmi
cheers.
Cari bukti 1MDB... Halang Rafizi hadir parlimen.
ReplyDelete