Kalau kita baca kenyataan terbaru Najib Tun Razak, jelas terbayang di muka beliau betapa yakinnya mereka untuk menawan kembali negeri Selangor.
Dengan jelas dan terang beliau kata beliau yakin dapat menawan semula Selangor.
Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah sangat merisaukan.
Dengan bantuan SPR dan JPN, UMNO telah berjaya:
1.0 Menukar puluh ribuan pengundi2 Pakatan Rakyat dari DUN masing-masing
2.0 Mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah
3.0 Menukar alamat pengundi2 UMNO dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di DUN PKR dan PAS
4.0 Mendaftar banyak pengundi2 hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor
Mengikut bilangan terkini, bilangan kerusi yang bakal dimenangi oleh UMNO/BN adalah 35 berbanding Pakatan Rakyat 21
Menjelang pilihanraya umum bulan Jun 2012 nanti, bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan Rakyat 13.
UMNO dan Barisan Nasional sekarang ini bukan setakat yakin untuk memerintah Selangor tetapi yakin mendapat kembali majoriti 2/3 di DUN Selangor.
Setakat yang saya tahu, amat sedikit sangat usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menangkis penipuan UMNO/BN ini.
Disebabkan kos membantah nama dalam daftar pemilih yang diragui ditetapkan oleh SPR RM10 untuk satu nama, maka PAS Selangor tidak mampu membantah dengan banyak walaupun mereka kuat bekerja.
Usaha mereka untuk mendapat wang dari sumber2 yang rasmi pun sering menemui jalan buntu.
PAS Selangor terpaksa berpekin2 menggunakan wang sendiri untuk menjalankan proses bantahan kerana tiada bantuan kewangan dari mana-mana sumber rasmi.
Sekiranya rakyat Selangor masih mahu terus menikmati pemerintahan yang adil, sayang rakyat, bersih dan menjaga kebajikan maka terletak di bahu rakyat Selangor sekelian untuk menghalang penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional.
Tulang Besi tidak nampak siapa lagi yang mampu menghalang penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional.
Langkah pertama adalah memeriksa nama masing2 di sini. Pastikan nama2 saudara/ri tidak dipindah ke negeri atau kawasan lain kerana berpuluh ribu pengundi telah dibuang dan baling keluar dari kawasan asal mereka.
Jangan lupa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT demi mengagalkan penipuan dan pembohongan mereka itu. Inshaalah, dengan bantuan Allah SWT penipuan mereka akan gagal.
Lakukan yang terbaik dan termampu. Inshaalah, bantuan Allah SWT akan turun.- Tulang Besi
Strategi Umno tawan Selangor terbongkar
Warga Asing Menentukan Masa Depan Negara...
Pertambahan jumlah pengundi baru yang amat mendadak di Selangor untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008 mengejutkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor seraya menyeru pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi penjelasan secara professional berkenaan perkara itu segera.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr.Xavier Jayakumar berkata , trend pertambahan pengundi baru di Selangor ini menyamai apa yang berlaku di Terengganu apabila pentadbiran PAS ketika itu tumbang pada pilihanraya umum 2004 lepas.
” Jawapan pertambahan pengundi ini dijawab oleh Menteri yang bertanggungjawab semasa sidang sesi Parlimen baru-baru ini, persoalan kita ialah bagaimana pertambahan pengundi baru di Selangor boleh berlaku secara drastik,” kata Dr Xavier dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Adun-Adun Pakatan Rakyat Selangor di Dewan Annex Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini.
” Pakatan Rakyat merasa curiga dengan cara pendaftaran pengundi ini dilakukan, saya diberitahu ada 300 buah rumah yang setiap rumah mempunyai 100 pengundi untuk setiap rumah tersebut.
Jika Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh dipindahkan tempat mengundi tanpa pengetahuan beliau, boleh bayangkan bagaimana dengan orang ramai yang dipindahkan nama tanpa pengetahuan,” kata beliau.
Dr Xavier turut mendedahkan kewujudan Kad Pengenalan Hijau yang mempunyai tarikh luput yang pernah digunakan semasa pilihanraya di Sarawak.
” Kad Pengenalan ini digunakan sebagai dokumen sah yang membenarkan pemegang untuk mengundi semasa pilihanraya di Sarawak, apakah perkara ini akan juga berlaku di Semenanjung Malaysia,ini persoalan yang perlu SPR jawab,” tegas beliau.
Sementara itu Adun Meru,Dr Rani Osman menggesa semua pihak mengambil serius isu pertambahan undi secara mendadak kerana dibimbangi wujudnya kemungkinan warga asing menentukan masa depan negara dan bukannya pengundi warganegara Malaysia.
” Kalau kita lihat negara lain,suruhanjaya pilihanraya mereka diletakkan di bawah Parlimen,itu yang Pakatan Rakyat desak,tetapi sehingga sekarang SPR masih di bawah Jabatan Perdana Menteri,” kata Dr Rani.
Dr Rani juga berkata sewajarnya SPR melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik ketika berumur 21 tahun secara menolak dakwaan wujudnya pengundi-pengundi daripada luar.
“Kita merasa sedih dengan kejadian wujudnya pengundi dari luar, kerana masa depan negara ditentukan oleh orang-orang asing,dan kita tahu bagaimana Mykad diberi kepada bukan warganegara, jadi saya harap perkara ini dipandang serius, ” katanya.
Rekod Daftar Pemilih Terkini Suku Tahun Ketiga 2011 menunjukkan pertambahan pengundi baru di...
Sabak Bernam ialah 5,711,
Sungai Besar 6,049 ,
Hulu Selangor 15,481,
Tanjong Karang 4,307,
Kuala Selangor 10,083,
Selayang 16,189,
Gombak 15,467,
Ampang 9,467,
Pandan 13,175,
Hulu Langat 23,334,
Serdang 23,748,
Puchong 19,772,
Kelana Jaya 13,714.
Petaling Jaya Selatan pertambahan sebanyak 4,143,
Petaling Jaya Utara 5,603,
Subang 27,765,
Shah Alam 15,417,
Kapar 21,606, Klang 11,702,
Kota Raja 22,256,
Kuala Langat 17,172 dan
Sepang 14,627.
Khalid's Gambit And Impact Analysis
Selangor - Spike in new voters...
Pakatan Rakyat is reluctant to dissolve the Selangor state assembly alongside Parliament, because of an inexplicable increase in the number of new voters in the state.
"We will push the assembly, as far as possible, to the maximum term. We want to see how the 13th general election (is conducted)," he told a press conference at the state assembly building today.
He said Selangor showed the highest voter increase in the country for the third quarter of 2011, compared with 2008.
"We know how many voters we have registered and we know how many voters Umno is registering, but these numbers are too high,” he said.
"If Umno is not registering and we are not registering (voters), where are these voters coming from?"
Xavier said Pakatan should avoid falling into a "trap", especially since BN head and premier Najib Abdul Razak has signalled an all-out attempt to wrest back the state.
Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim had previously said that the state assembly will not be dissolved if the general election is called before June.
However, Anwar Ibrahim has said that a final decision has yet been made.
‘Something is wrong’
Selangor PAS commissioner Abdul Rani Osman, who is Meru state assemblyperson, said it is evident that something is wrong, since the Election Commission has accepted several objections filed by the party to the electoral list.
"Every time we make an objection, we need to pay a fee. The fact is, the EC should be paying us for doing their work," he said at the same press conference.
Automatic voter registration would resolve the problem, he added, stressing that this should be included in the ongoing effort toward electoral reform.
According to a recent written parliamentary reply to PKR’s Batu MP Tian Chua, the number of voters has increased in rural and semi-rural seats like Hulu Selangor (by 15,481), and Gombak (15,467) and Kuala Selangor (10,083).
Urban constituencies such as Petaling Jaya Utara and Petaling Jaya Selatan, which are deemed to be safe seats for Pakatan, only saw an increase of 4,143 and 5,603 voters respectively.- malaysiakini
cheers.
untuk perhatian
ReplyDeletehttp://pirates-of-putrajaya.blogspot.com/2012/03/khalids-gambit.html#more
ini kerja pukimak spr nak bagi menang united lembu/bastard b-end dengan apa cara sekali pun...apa kita nak buat kawan2...bersih3 jawapannya!!!!!!!
ReplyDeleteAku rasa sudah sampai masanya DYMM Dipertuan Agong campur tangan.. walaupun baginda berkecuali dalam politik tp menuntut keadilan pilihan raya tak bererti baginda menyokong mana2 pihak.. biarlah baginda menjadi orang tengah.. kalau cam ni gayanya... sampai kiamat lah bn memerintah...
ReplyDeleteAgong boleh buat apa? Ucapan depa pun BN/UMNO tulis!!!
ReplyDelete