According to documents released by Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim today, a total of 87 contracts without open tenders were awarded in 2007, worth RM396.4 million.
He said 2007 - right before the election year - recorded the highest ever total contract value through negotiated tender being awarded by the state.
Prior to this, the second highest amount recorded was in 2005, where 31 directly negotiated contracts worth RM190.7 million were awarded and 66 contracts worth RM171.9 million in 2006.
Khalid pointed out that this amount was reduced after Pakatan Rakyat took over the state in 2008.
He revealed that in 2008, 60 directly negotiated contracts were issued worth RM60 million; in 2009, there were 64 contracts worth RM24 million; in 2010, there were 23 contracts worth RM27.1 million.
Gradual phasing out
Khalid released the figures today in response to fugitive blogger Raja Petra Kamaruddin's (left) recent article, where he claimed that Pakatan-held Selangor government had dished out more than RM250 million in contracts without open tenders.
Khalid said that while the state government cannot immediately eliminate the practice of directly negotiated contracts, it is working to gradually phase it out.
He stressed that such a practice would only be carried out under unusual circumstances.
"For example, you need direct negotiated contracts for emergencies such as floods or landslisdes. In this situation, we cannot wait for two or three months to have open tender.
"We will choose from the most qualified contractor for the project," he said at a press conference after the Selangor state assembly sitting.- malaysiakini
MB Selangor - Rundingan langsung kurang 98.8% bawah Pakatan...
Kerajaan Selangor menganugerahkan kontrak RM4.8 juta melalui rundingan terus pada 2011 - 98.8 peratus berkurangan berbanding pada 2007 ketika BN memerintah.
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini, sejumlah 87 kontrak tanpa tender terbuka dianugerahkan pada 2007, bernilai RM396.4 juta.
Beliau berkata, pada 2007 - sebelum tahun pilihan raya - mencatatkan kontrak tertinggi melalui tender rundingan dianugerahkan oleh negeri.
Sebelum ini, jumlah tertinggi direkodkan pada 2005, di mana 31 kontrak rundingan terus bernilai RM190.7 juta dianugerahkan dan 66 kontrak bernilai RM171.9 juta pada 2006.
Khalid menegaskan bahawa jumlah ini dikurangkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada 2008.- malaysiakini
Rakyat tekankan ketelusan, bukan habuan wang...
Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Husin menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji yang dibuat dalam pilihan raya umum 2008.
Faekah menyifatkan BN sebagai "telunjuk lurus kelingking berkait" apabila tuduhan yang dilemparkan terhadap dibuat "tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat".
"Perdana menteri usah buat-buat lupa pada pilihan raya umum 2008, Umno-BN juga banyak menabur janji kepada rakyat yang sehingga kini belum dilaksana malah belum ada tanda-tanda janji-janji ini akan dilaksanakan.
"Program Transformasi yang dijanjikan beliau kini jauh dari mencapai sasaran. Perbuatan Najib ini seumpama telunjuk lurus kelingking berkait - hipokrit dan penuh kepura-puraan," katanya.
Kelmarin Najib yang juga pengerusi BN dilapor yakin sokongan rakyat di Selangor terhadap parti itu semakin memuncak ekoran kegagalan kerajaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang melaksanakan janji pilihan raya umum.
Sambil mempersoalkan beberapa janji Pakatan yang didakwanya belum ditunaikan, Najib dilapor mengingatkan supaya rakyat di negeri itu tidak "ditipu sekali lagi".
Dalam kenyataannya hari ini, Faekah mendakwa berdasarkan kajian, rakyat tidak terlalu menekankan janji berupa habuan wang ringgit tetapi menuntut pentadbiran telus, efisien dan bertanggungjawab.
"Rakyat di negara ini terutama negeri maju seperti Selangor memahami bukan semua janji berupa imbuhan seperti penurunan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan serta merta. Rakyat faham semuanya bergantung kepada hasil negeri dan kutipan cukai.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas perkara lain yang dibangkitkan Najib, antaranya dalam isu penurunan cukai perniagaan 10 peratus dan perkhidmatan kesihatan percuma warga emas Selangor.- malaysiakini
cheers.
No comments:
Post a Comment