Daripada jadual yang kita lihat di atas, ia seolah-olah menceritakan bahawa hubungan dagang Malaysia-Israel telah terjalin dengan begitu rapat sekali. Apakah ini juga menjadi lambang hubungan diplomatik rahsia antara Malaysia dan Israel?
Sekiranya tiada hubungan diplomatik antara Malaysia-Israel, bagaimana gamaknya kapal kontena yang milik zionis ini belayar terus dari Haifa Israel terus ke Pelabuhan Klang? Kerana jika tiada hubungan diplomatik maka tidak seharusnya antara Malaysia dan Israel lakhnatullah mempunyai hubungan logistik, apatah lagi hubungan perdagangan!
Apa sebenarnya pendirian Malaysia dalam isu Israel-Palestin? Kerajaan Malaysia bermain wayang apabila secara berpura-pura mengambil berat tentang nasib rakyat Palestin dengan menghantar pelbagai jenis bantuan tetapi dalam masa yang sama telah menjana perkembangan ekonomi Israel. Malah setiap urusniaga perdagangan Malaysia-Israel, kita juga telah menjadi penyumbang terhadap setiap inci tanah palestin yang dirampas dan juga setiap anak Palestin yang dibunuh.
Penghantaran kapal bantuan ke negara Palestin hanyalah sebuah permainan hipokrasi apabila kita mendapati kapal-kapal kontena milik Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menurunkan kontena (berurusniaga).
Pendedahan SAMM dan Chegubard mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel juga perlu diambil kira dan diberi perhatian. Di bawah ini dipaparkan semula kenyataan SAMM bertarikh 13 Februari 2012;
Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
13 Feb 2012
Rakyat harus membuka mata dengan fakta ini kerana di depan rakyat tempatan Najib dan jakun2nya menuduh orang itu dan orang ini sebagai 'agen Amerika' tetapi hakikat sebenarnya Malaysia terus menerus menjadi rakan dagang dengan Israel,walaupun kedua2 negara ini tidak ada hubungan diplomatik...
cheers.
No comments:
Post a Comment