Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengulas hubungan Zaid Ibrahim, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, dengan blogger Raja Petra Kamaruddin(RPK), berkata, "Kita memang tertanya-tanya, dalam pada kita tercari-cari di mana Raja Petra, semalam kita lihat gambar Zaid bersamanya, jadi siapa sebenarnya di belakang Raja Petra?
"Raja Petra di luar negara memburuk-burukkan negara dan menyerang peribadi pemimpin, kalau ada bukti tak apa. Tapi dalam blognya cakap macam-macam. Bila ada pemimpin tertinggi pembangkang bersama mereka, kena jelaskan apa hubungan mereka dengan Raja Petra," katanya.
Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dalam responnya terhadap kenyataan Hishamuddin berkata, “I think Hishammuddin is confused and I find it embarrassing for a minister to show such a lack of understanding for what is a personal issue and that is the choice of friends,”
“If Zaid wants to meet RPK, really, that’s his business. If I am in London, I would also go and meet RPK for a cup of tea. We are friends and why shouldn’t we meet? If the government thinks that RPK has done something wrong, then they should go after him. But the problem is they don’t and at the same time, they don’t anyone to meet or talk with him either. Isn’t that ridiculous?”
source:malaysiakini/malaysia chronicle
(gambar ehsan dari Malaysia Today)
Yang dok balun gomen tu adalah Raja Petra. Sebagai gomen yang bertanggungjawab dan telus seperti kata depa, gomen sepatutnya jawab komen-komen Raja Petra itu. Tapi bila Raja Petra membuat sesuatu komen,gomen hanya sepi seribu bahasa, sudah tentu orang ramai fikir bahawa apa yang Raja Petra komen itu ada kebenarannya.
Jadi orang yang patut gomen cari adalah Raja Petra bukan sapa saja yang berkawan dengannya. Salahkah sesiapa nak berkawan dengan Raja Petra? Sapa tahu dalam diam-diam ramai orang kuat UMNO/BN sering bertemu Raja Petra untuk secawa kopi di London?
Dalam kes Raja Petra ini, dia telah membuat beberapa komen berkaitan tentang Najib dan Bik Mama berkaitan dengan kematian Altantuya Shaaribu. Sungguhpun Najib nafi dia tak kenal Altanuya, bukankah lebih baik Hishamuddin arah polis soal siasat Najib dan Bik Mama terlebih dahulu, bagi mendapatkan kepastian?
Ini tidak, seolah Najib dan Bik Mama ini sebagai "untouchables" dan tidak ada sebarang tindakan yang diambil terhadap mereka berdua. Hishamuddin...,tak payah jaga tepi kain orang, sebaliknya pastikan PDRM di bawah jagaan awak itu bersifat lebih profesional dan menjalankan tugas dengan cekap dan beramanah.
Tak kan awak nak suruh polis tahan Zaid Ibrahim bila dia balik ke Malaysia nanti kerana semata-mata bertemu dengan Raja Petra dan Balasubramaniam.........
cheers.
No comments:
Post a Comment