01 April 2008

Mukhriz hentam Pak Lah secara terbuka ........

Satu forum menilai keputusan pilihanraya 8 Mac yang dianjurkan oleh sebuah laman web di Hotel Singahsana Petaling Jaya pagi Selasa berlangsung dalam suasana panas.Tiga penal forum itu ialah ahli parlimen Jerlun yang juga Exco Pemuda UMNO Mukhriz Mahathir, bekas MB Selangor Dr Khir Toyo dan ahli parlimen Batu Pahat dan Ketua Penerangan UMNO Johor,Dr Fuad Zakarshi.

Ucaputama disampaikan oleh bekas PM Dr Mahathir Mohamad. Kira-kira 3,000 orang hadir.Mukhriz yang sebelum ini ada tulis surat meminta Abdullah Ahmad Badawi, dalam ucapannya antara lain telah menghentam secara terbuka kepimpinan Perdana Menteri.Beliau mendakwa berbagai kelemahan kepimpinannya telah menyebabkan prestasi teruk BN dalam pilihanraya umum baru-baru ini.

Anak bekas PM itu berkata beliau sedia memimpin untuk membawa perubahan dalam UMNO.Dr Fuad pula antara lain berkata Pemuda UMNO gagal untuk menawan hati gegerasi muda dan satu reformasi kepimpinan perlu dibuat dalam kepimpinannya.Dr Khir pula antara lain meminta semua pihak tidak emosi dan sebaliknya terus menjalankan usaha menarik balik sokongan rakyat.Semasa sesi soal jawab kalangan hadirin telah mengemukakan berbagai soalan 'panas' kepada para hadirin.- (dipetik daripada Agenda Daily).
---------------------
Di Pulau Pinang pula Mahathir Mohamad menuduh bekas timbalannya Anwar Ibrahim sebagai ejen asing yang kemudiannya akan memperalatkan orang Melayu."Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri.

"Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana," kata Mahathir itu di sesi soal-jawab selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Melayu Tanjong hari ini.Mahathir diminta mengulas laporan media luar negara yang meramalkan kemungkinan Anwar menjadi perdana menteri tidak lama lagi. "Saya minta maaflah, dia buat bagi nama saya cukup buruk di seluruh dunia kononnya saya tangkap dia, buang dia masuk penjara," beliau dipetik Bernama sebagai berkata.
------------
Bagi saya kedua-dua bapa dan anak ini sudah gelabah. Gelabah pasai UMNO/BN kecundang teruk dalam pilihanraya. Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa orang-orang Melayu dah naik bosan dan meluat dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada.

Mahathir sememangnya dah takut dengan bayang-bayang Anwar. Apakah dia fikir bahawa kalau Anwar Ibrahim meneraju gomen nanti, Mahathir akan dibungkusnya masuk ke Sungai Buloh? Saya rasa, perasaan berperikemanusiaan Anwar Ibrahim itu adalah lebih tinggi daripada Mahathir.

Kepada, sdr. Anwar Ibrahim, biarlah orang tua itu kata apa saja dia hendak, jangan dok layannya sama sekali, kerana rakyat telah membuktikan dalam pemilu yang lepas bahawa apa yang Mahathir dan kuncu-kuncu tuduh adalah fitnah semata-mata.

Bagi Mukriz pula, kalau setakat hendak buat analisa dan mencari punca kekalahan UMNO dalam pemilu 2008 itu, saya rasa dah terlewat kerana sudah ada puluhan analisa kekalahan UMNO dibuat oleh pelbagai pihak daripada professor, penganalisa politik,guru,pemandu teksi,blogger sampai lah ke rakyat biasa yang bersembang riuh di warong-warong kopi tepi jalan. Cara yang terbaik bagi Mukhriz dan gang adalah bawa usul undi tak percaya dan gulingkan saja gomen Pat Lah secepat mungkin.

Nak tengok siapa nak bersilat dulu Mukhriz atau Ku Li.....

cheers.

No comments:

Post a Comment