02 April 2008

Menyelami pemikiran Mohd. Khir Toyo.....

Bekas MB Selangor,Mohd.Khir Toyo telah meluahkan beberapa pandangannya dalam satu forum 'Umno pasca pilihanraya umum ke-12: Satu penilaian' di Hotel Singgahsana di Petaling Jaya baru-baru ini.

Khir Toyo(KT) : Mohd Khir Toyo berkata, menukar PM Abdullah Ahmad Badawi tidak akan menyelesaikan masalah dalam Umno. Sebalik, katanya lagi yang paling penting ialah menukar sistem secara keseluruhan dalam kerajaan dan parti bagi mengembalikan semula keyakinan orang ramai.

Tumpang Sekole(TS) : Wahai Mat Khir Toyo kalau tukar sistem dalam kerajaan dan parti saja tapi tidak tukar kepimpinannya pun tidak boleh jadi juga kerana jika mereka di atas itu masih penyamun dan penyanggak yang sama, ini tidak akan selesaikan masalah. Orang ramai dah bosan dengan gomen UMNO/BN itu,tambah-tambah lagi dengan sikap pemimpin yang sombong dan bongkak macam you tu. You ingat cara memberi hadiah penyapu itu sopankah dari segi budaya orang-orang Malaysia? Orang Cina pun anggap penyapu itu, suweiiiii.... Tapi you masih pertahankannya..... Akhirnya,dengan kuasa rakyat dan Allah you punya gomen telah disapu keluar.

KT : Tambah Mohd Khir, Umno dan BN telah mengalami krisis dan pertukaran kepemimpinan dalam tempoh 10 tahun sekali,bermula kekalahan teruk pada 1969 dan rusuhan kaum.

TS : Allah telah menguji you all, agar setiap kali ada pertukaran kepimpinan sepatutnya ada perubahan ke arah kebaikkan. Rakyat pun turut sama berharap bila ada pertukaran pemimpin adalah perubahan, tetapi ini tidak, setiap kali berlaku pertukaran pemimpin, perangai kepimpinan tak berubah, masih sama juga...dok gagau khazanah negara,dok sapu wang rakyat,salahguna kuasa,sombong,menipu,rasuah, mengamalkan kronisma dan bermacam-macam lagi... Sekarang bukan sekadar menguji lagi,sekarang terus dihukum......

KT : "Hari ini BN sedang mengalami krisis kerana orang tidak puas hati bukan sahaja terhadap kepimpinan parti dan negara tetapi juga kepada bidang ekonomi, pendidikan dan agama," kata Dr Mohd Khir

TS : Krisis yang dialami BN adalah krisis kepimpinan yang lemah ia itu Pat Lah dan UMNO, apatah lagi UMNO yang menjadi tulang belakang gomen BN itu. Bila Pat Lah sendiri memerintah negara secara 3 beranak- Pat Lah,Kamal serta Khairy dan mereka ini disokong oleh orang-orang tertentu di Tingkat 4 JPM nescaya pemerintahan akan jadi tunggang langgang. Calon-calon yang berwibawa dicantas demi meletakkan orang-orang pilihan Khairy. Mahathir said,Umno was thrashed in the general election because of poor selection of candidates by ‘Sultan’ Abdullah Ahmad Badawi and ‘Kid’ Khairy Jamaluddin. Kata Mahathir lagi,"everyone knows that the list of candidates is chosen and submitted to 'Sultan' Abdullah (Ahmad Badawi) by state leaders but once it reached to the party president, somebody else takes over,” he said. “There is somebody in the ‘next office’ that has a say when choosing the candidates.

KT : Mohd Khir berkata, daripada 500 maklum balas yang diperolehi melalui blognya yang dibangunkan sejak tiga hari lalu, orang Melayu, Cina dan India tidak berpuas hati dengan DEB.

TS : Bukankah you dan pemimpin-pemimpin UMNO lain melabelkan para bloggers ini sebagai penipu penghasut dan penyebar fitnah? Sekarang baru you tahu setelah 3 hari memblogging bahawa dari feedback yang you perolehi itu pandangan dan maklumat yang diberi adalah yang genuine bukan yang tipu punya.....

KT : Mohd Khir juga berkata, MB baru Selangor, Abdul Khalid Ibrahim boleh menyiasat kepimpinan kerajaan BN Selangor semasa beliau menjadi MB. Katanya, mereka boleh siasat nombor akaun bank untuk melihat jumlah wang yang dimiliknya.

TS : Buat apa nak siasat akaun bank you...sudah pasti, kalau ada wang yang disonglap itu pun tak akan you nak simpan dalam akaun-akaun tersebut. Bukan kah ini cadangan yang bodoh.

However, according to Malaysiakini report, the audience was hostile when Mohd.Khir Toyo spoke. He was booed throughout, Mohd Khir's assertion that he is a clean politician was met with shouts of “Liar!”


Mukhriz: Something wrong with Pak Lah




(courtesy of Malaysiakini)


cheers.

2 comments:

  1. KT is living on survival instinct. He has managed to recoup his wits. The days immediately after the debacle, he did not know how to face the public with dignity (as Tsu Khoon did in Penang, or Adek Awang did in Kelantan). Instead he crept under his security blanket and sucked on his thumb. Now that he got his second wind, after all this is just politics, he jumped on the band wagon and launched his website. I don't think he even bother to read those comments that sounds like "NIAAAMAAAH" or "JAMBAAAANNNN". So he he got half a century hits, but please read what people are saying about YOU and UMNO, and not only about UMNO. If you learn your lesson well, maybe in time and by deeds, you can be forgiven.

    ReplyDelete
  2. salam DSKT..
    tak payah la u nak post comment yang saya rasa agak obvious la tuan.kes bukit cerakah..bukan lanjan yang u kebas tanah belia 4B pun tk selesai lagi..kes tanah janda baik yang u beli menggunakan nama Fatimah..sudah terantuk baru nak tengadah bak kata pepatah melayu..semasa u berkuasa u merasakan diri u mcm raja..skrg ni dh terlambat..

    ReplyDelete