27 August 2007

UMNO kah pejuang kemerdekaan kita atau.....

Tidak dapat dinafikan bahawa Allahyarham Tengku Abdul Rahman Putera Al-Haj adalah bapa kemerdekaan. Selaku presiden UMNO ketika itu beliau dilantik sebagai PM setelah Perikatan menang dalam pilihanraya umum pertama. UMNO tidak lari daripada pelbagai kontroversi,sejak UMNO dilahirkan,
sehinggalah UMNO diharamkan pada 1987 dahulu. Malah bila UMNO dilahirkan dan tempat kelahirannya juga menjadi satu persoalan.

Mohd. Khir Toyo,MB Selangor kita berbeda pendapat tentang bila dan di mana UMNO ditubuhkan. Katanya “Umno sebenarnya tidak ditubuhkan di Johor sebagaimana yang difahami ramai tetap di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu yang ketika itu berada di bawah Selangor.” tetapi disanggah oleh Shahrir A.Samad yang berkata,"Umno was formed 61 years ago at Istana Besar Johor. The then Sultan of Johor who spoke on May 11, 1946 at Umno's formation said the party was not formed by the roadside but at the palace." Mana satu yang betul?

Mengikut sumber proses penubuhan UMNO itu bermula di Kelab Sultan Sulaiman pada bulan Mac 1946.Dalam perjumpaan itu sebanyak 41 buah persatuan dan pertubuhan Melayu yang hadir dan pertubuhan yang terbesar hadir dalam perjumpaan itu ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) yang dipimpin oleh Dr.Burhanuddin Al-Helmy(gambar).Dr.Burhanuddin Al- Helmy ini kemundian menyertai PAS dan menjadi Presidennya.

Apa yang jelas UMNO tidak lahir solo seperti mana pemimpin-pemimpin UMNO yang ada mahu rakyat jelata tahu. UMNO adalah salah satu komponen parti-parti Melayu yang wujud ketika itu. Malah bendera Sang Saka Merah Putih UMNO menurut Ahmad Boestamam,berasal dari bendera yang asalanya merupakan cadangan dari PKMM dalam sidang pertama Umno setelah ditubuhkan pada Jun 1946 di Dewan Bandaran Ipoh.

UMNO yang ditubuhkan pada 1946 tidak kekal lama kerana ramai orang-orang kuatnya termasuk Presidennya,Dato Onn Jaafar yang keluar dari UMNO. Ramai tokoh-tokoh agama termasuklah Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah(ayahanda PM Dollah Badawi) meninggalkan UMNO untuk meyertai PAS.

Apa yang digembar-gemburkan oleh UMNO hari ini tentang perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan adalah satu pembohongan sedangkan kisah yang sebebarnya cuba ditutup daripada pengetahuan umum.

Berapa ramaikah pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu pernah ditahan atau ditangkap kerajaan British,berbanding dengan begitu ramai pemimpin-pemimpin nasionalisma Melayu seperti Dr.Burhanuddin Al-Helmy,Zulkifli Mohd,Ahmad Boestaman dan lain yang keluar masuk penjara gomen British kerana menentang penjajahan British itu. Kemerdekaan kita diterima atas dulang mas oleh UMNO daripada kerajaan British.

Siapakah sebenarnya perjuang kemerdekaan negara kita?

cheers.