25 August 2007

Port Klang Free Trade Zone(PKFZ) – Satu Projek Gajah Putih BN yang tenat.....

Jualan Tanah

Projek PKFZ adalah idea Dr.Mahathir Mohd.,tetapi beban hutang yang ditanggung berlaku semasa zaman Pat Lah. PKA(Lembaga Pelabuhan Klang) membeli tanah dari Kuala Dimensi dengan harga RM 1.08 bilion pada tahun 2002. Kuala Dimensi membeli tanah tersebut cuma dengan harga RM 95 juta,meningkat 10 kali ganda dalam tempoh 3 tahun. Aneh tapi benar!

PKFZ sekarang dimiliki oleh PKA(Lembaga Pelabuhan Klang) yang diketuai oleh OC Phang. Zon Perdangangan bebas ini adalah seluas 405 hektar di Pulau Indah terdiri daripada 512 gudang simpanan,200 tempat letak kereta berbumbung,sebuah pusat pameran dan sebuah hotel 4 bintang.

Adalah difahamkan bahawa Menteri Pengakutan,Chan Koon Choy telah menandatangani “Letters of Support” kepada Kuala Dimensi,kontraktor turnkey yang dilantik oleh PKA,tanpa restu Kementerian Kewangan. Dengan surat “Letters of Support” ini membolehkan Kuala Dimensi meminjam wang dengan banyaknya dari bank,menyebabkan kos projek itu melonjak sehingga 4 kali ganda kos asalnya.

Kaitannya dengan UMNO

Pengerusi Kuala Dimensi ialah Azim Zaidi,bendahari UMNO yang dilantik menjadi kontraktor turnkey untuk membangun PKFZ. Sejak projek ini dijalankan dari tahun 2003 ianya telah menelan belanja lebih daripada RM 3.3 bilion.

Syarikat guaman yang merangka perjanjian pembangunan PKA dengan Kuala Dimensi di ketuai oleh Timbalan Ketua UMNO Kapar,Abdul Rashid Asari,di samping itu,Ketua Pemuda UMNO Kapar,Faisal Abdullah pula adalah CEO syarikat pembangunan harta tanah dan pelaburan yang terlibat dalam penjualan dan pembangunan PKFZ ini.

Bapa mentua Faisal Abdullah ialah Onn Ismail,pengerusi tetap UMNO Malaysia. Onn Ismail juga adalah bekas pengerusi koperasi nelayan yang menjual tanah tersebut kepada Kuala Dimensi. Pengerusi koperasi perikanan semasa ialah Abdul Rahman Palil,pengerusi UMNO Kapar,ADUN Sementa dan exco kanan negeri Selangor.

Kos terlibat dalam pembangunan PKFZ

Kos pembangunan projek ini meningkat gila-gila dari RM 519 juta kepada RM 3.8 bilion. Kos keseluruhan projek ini sekarang berjumlah RM 4.63 bilion,termasuk RM 1.8 bilion kos pengambilan tanah tersebut.

Jafza,syarikat yang mengendalikan Jebel Ali Free Trade Zone,dari Dubai,baru-baru ini telah menarik diri daripada mengikat kontrak selama 15 tahun,setelah bertelagah dengan pengurusan PKA.

Projek PKFZ ini hanya mampu menarik lebih kurang pelaburan bernilai hanya RM486 juta setakat ini.

PKA yang tenat dengan hutang itu telah di”bailout” oleh gomen baru-baru ini, sungguhpun gomen tahu peningkatan kos yang tinggi adalah kerana amalan rasuah yang sangat berleluasa semasa transaksi itu dilakukan.

Apakah kita sekadar boleh melihat peristewa seperti ini berlaku di depan mata kita,sedangkan rakyat,termasuk anak,cucu cicit kita terpaksa menanggung beban hutang yang melambung tinggi, sedangkan, penyamun-penyamun UMNO yang terlibat di atas senyum ketawa mengira berapa jumlah wang percuma mereka dapat kaut masuk dalam akaun masing-masing.

cheers.

No comments:

Post a Comment