25 June 2007

Bila Menteri kita ada PR Australia,lafaz taat setia kpd.Malaysia......

Sambutan hari merdeka ke-50 sedang ligat diator oleh gomen dengan berbagai propagandanya melalui akhbar dan media massa. Rakyat digalakkan untuk mengambil bahagian dalam berbagai aktiviti yang ada kaitan dengan kemerdekaan ini, dan salah satu aktiviti yang telah dijalankan kelmarin ialah acara tarian muhibah beramai-ramai anjuran Caucus for Chinese Leaders dan pertubuhan wanita NGO untuk mencatat rekod dalam Malaysian Book of Records yang dirasmikan oleh bini anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak dan Ketua Wanita MCA,merangkap Timbalan Menteri Kewangan Dr.Ng Yen Yan. Aduhai,sakan punya genjok!!!

Tetapi tahukah anda bahawa YB Dr.Ng Yen Yan ini juga merangkap Ketua Wanita MCA ini mempunyai status PR Australia. Yang aneh disamping melafazkan taat setianya kepada DYMM Agung,sebelah kaki satu lagi memijak rapat di bumi Australia. Taat setia kelas ke berapa in? Kalau ini bukan satu sandiwara,apakah jadahnya??


Sedar atau tidak,hampir 70% daripada anak-anak pak menteri dan mak menteri kita menghantarkan anak-anak mereka ke luar negeri untuk mendapatkan pelajaran,sama ada ke Australia,New Zealand,UK dan USA. Mereka mahukan semua rakyat menghantar anak-anak mereka ke sekolah di negara ini tetapi kerana apa mereka pula hantar anak-anak mereka ke luar negara? Mungkin mereka ada duit banyak dan mampu berbuat demikian atau tidak yakin dengan sistem pendidikan Malaysia?

Anak aku semua bersekolah di kampung,al-maklumlah aku ni bukan kaya macam Samy Vellu atau jutawan macam Ananda Krishnan. Walaupun aku ada duit lebih sikit daripada orang lain tapi aku tak pernah lupa daratan. Aku tak pernah terbang ke London,New York atau Melbourne untuk berdarmawisata tiap-tiap tahun. Cukup sekadar bermakan angin di Kodiang,Taman Tasik Titiwangsa dan Batu Ferringgi.

Sungguhpun pena aku ini tajam mengkritik gomen,namun jiwa dan raga aku masih taat kepada negara aku MALAYSIA, ada baik sikit daripada YB.Dr.Ng Yen Yan dan bukan seorang hipokrit macam.......
faham-faham sajalah.

cheers.

No comments:

Post a Comment