"Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd (Perwaja Steel), Tan Sri Eric Chia Eng Hock, semalam dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah RM76.4 juta pada 1994." Berita Harian 27 Jun 2007.
Berita kebebasan Eric Chia daripada tuduhan rasuah terpapar luas dalam media massa kita dan puncanya adalah kerana pihak pendakwa tidak dapat menggemukakan bukti-bukti material yang kukuh bagi membabitkan penyamun ini dalam kes rasuah berprofail tinggi tersebut.
Bagi saya,betulkah pihak pendakwah tidak memperolehi bukti-bukti material yang cukup lagi kukuh untuk mendakwa penyamun ini? Dari aspek perjalanan kes ini,jelas nampak usaha yang dilakukan oleh pendakwa tidaklah seserious mana. Bukti-bukti yang diperolehi semuanya boleh dipertikai dan mudah ditepis oleh pihak pembela.
“Saya ke Perwaja setelah Dr. Mahathir Mohamad meminta saya berbuat demikian. Pada 1988, beliau berkata saya perlu balas budi kepada negara ini,” katanya. Balas budi macam mana?... mungkin dengan melidungi orang-orang yang menyuap nasi kepadanya dulu? atau sebaliknya ?
Apa yang saya dapat andaikan,bahawa kes rasuah Eric Chia memang dirancang demikian bagi mengwujudkan satu situasi win-win bagi pihak gomen dan juga penyamun tersebut. Dengan melemahkan strategi pendakwaan,maka banyak tahi-tahi dalam tong taik gomen tidak meleleh keluar,orang-orang atas ternama tidak perlu datang ke mahkamah untuk beri keterangan dan dengan cara demikian kelemahan gomen dapat dilindungi.
Malah,Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) sendiri pernah satu ketika membuat laporan kepada BPR dan pihak polis berhubung dengan kes Eric Chia ini dan beliau menawarkan diri untuk menjadi saksi pendakwa sekiranya dipanggil. Mengapa dan kenapa pendakwa tidak subpina DSAI sebagai saksi utamanya menjadi tanda tanya. Mungkin kehadiran DSAI sebagai saksi pendakwa akan membuka lebih banyak pekong di dada gomen dan dengan demikian tangan-tangan ghaib dan orang-orang yang terlibat dibelakang rasuah ini terpaksa didedahkan.
Seyogia diingatkan bahawa ketika Eric Chua masih menjadi Pengarah Perwaja Steel dahulu,dia adalah orang sangat berpengaruh dan kaya raya. Dalam keadaan begini ramai orang-orang politik khusus daripada UMNO/BN akan terhutang budi kepadanya atas sumbangan-sumbangan yang diberi untuk memastikan gomen ini terus memerintah. Adakah keputusan mahkamah itu satu rahmat bagi penyamun-penyamun lain yang siang malam berdoa agar mereka tidak diheret ke muka pengadilan? atau satu hadiah mengenangkan jasa-jasa dari penyamun ke penyamun?
Saya bukanlah ahli nujum,tetapi tidakkah anih bagaimana mudah wang berbilion-bilion boleh lesap di depan mata dengan begitu mudah sekali? Wang ini adalah wang rakyat dan rakyat harus tahu ke mana perginya wang tersebut.
Adilkah mahkamah menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara bagi seseorang yang mencuri 50 sen dari orang lain,sedangkan penyamun yang sapu duit rakyat berbilion banyaknya boleh dibebaskan mahkamah atas alasan tidak cukup bukti dan penyamun pula sambil tersenyum riang berkata,
“Kebenaran menang jua akhirnya. Umpama mencampur air dengan minyak. Selepas seketika, air akan berada di atas dan minyak akan tenggelam,”
Persoalannya di sini siapakah air dan siapa pula minyak? Renung-renunglah.....
cheers.
No comments:
Post a Comment