Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa bayaran berjumlah RM455,423 itu dibuat sebanyak 15 kali semenjak Januari hingga Julai 2010 melalui akaun syarikat NFC.
Beliau mendedahkan perkara itu sebagai salah satu daripada senarai dakwaan "perbelanjaan boros dan bersifat peribadi" yang dibuat keluarga Shahrizat.
"Kita tak terkejut sebab bila kita semak tahun 2009 memang dia belanjakan hingga RM800,000 untuk ke luar negara.
"Alasan yang diberi adalah perbelanjaan ke luar negara untuk tengok lembu, lawat lembu, beli lembu dan sebagainya.
"Tapi yang ini lebih ajaib kerana ini adalah pakej percutian," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini. Beliau mendakwa, siasatan yang dijalankan PKR menunjukkan syarikat yang menerima bayaran tersebut merupakan syarikat yang menawar pakej percutian ke lokasi popular sekita Asia Tenggara.
"Kalau nak melancong sekali sekala saya fahamlah tapi kalau dua tiga kali sebulan, pelik tu.
"Soalannya, macam mana syarikat yang patut urus ternakan lembu jadikan pakej percutian sebagai pembayaran rutin bulanan?
"Kalau benar pergi bercuti, siapa yang pergi bercuti?," soalnya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini. Beliau membuat pendedahan terbaru itu ekoran tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno pagi ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung dakwaan skandal penyelewengan dana NFC.
Dalam sidang tersebut juga, Saifuddin mendakwa, penganugerahan projek berkenaan juga "tidak telus dan menyeleweng" kerana cadangan projek berkenaan dicedok daripada satu kertas cadangan.
Bezanya, kata beliau, cadangan berkenaan langsung tidak memerlukan suntikan modal kerajaan tetapi hanya memerlukan tanah kerajaan untuk disewa.
Syarikat yang tidak dinamakan itu juga bercadang untuk membiak baka lembu berkenaan dengan baka import, berbanding usaha NFC yang hanya "menggemukkan" lembu yang diimport sebelum disembelih dan dijual.
"Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputra ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan.
"Anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.
"Ini telah menjadi penyakit di dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat," katanya yang mahu perdana menteri bertanggungjawab.
Dalam pada itu, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang turut menyifatkan Shahrizat sebagai seorang yang "terdesak" kerana menyerang beliau dengan dakwaan tidak membuka pusat khidmat.
"Mungkin dia pergi hari Jumaat. Pusat khidmat tutup biasalah hari Jumaat. Punyalah tak ada isu Shahrizat untuk serang setiausaha agung PKR ini, isu pusat khidmat tutup hari Jumaat yang jadi isu.
"Ceritalah kondo mewah mana saya beli, saham mewah mana saya pegang, timbunan kekayaan mana saya kaut. Ini cerita pusat khidmat," katanya lagi.
source:malaysiakini
PKR’s Zuraida says Shahrizat is ‘cow minister of the year’
NFC 'cedok' projek lembu daripada sebuah syarikat bumiputra
Saifuddin Nasution jawab tuduhan Sharizat Jalil
Kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009.
When Shahrizat facilitated the giving of the government grant of only RM 250 million to Dr Salleh, did she and her husband think of all those downtrodden Malays?
They didn’t right? Even after that they didn’t think it was necessary to create other cattle breeders.
After almost a month the issue blows up in her face, she has suddenly recovered from the mad cow disease to disavow any connections to the NFC scandal.
Similarly when we paid an excess of RM 6 billion for the purchase of the APCs, was the RM 6 billion meant for the ordinary Malays?
Where are the UMNO screamers and banshees when MAS was slowly dismembered to enrich a few people? -sakmongkol 47
(Bila Shahrizat bertindak sebabagi pemudah-cara pemberian grant kepada Dr Salleh, ada dia fikir mengenai kepentingan bangsa Melayu?
Apakah Dr Salleh akan senang dapat grant tersebut ketika rekod nya mengurus Technology Park Malaysia sangat buruk kecuali merit yang dia ada ialah dia suami Shahrizat Jalil? Tidak bukan.
Setelah sebulan isu feedlot ini di bangkitkan baru sehari dua, Shahrizat kata, dia takde kena mengenai dengan isiu feedlot?
Dan bila kita membayar pembelian kereta APC oleh Deftech dengan membayar RM6 billion lebih tinggi dari harga RM 1.2 billion, duit RM 6 billion itu untuk orang Melayu?
Dan di mana UMNO menghilangkan diri bila MAS yang sepatutnya menjadi kebanggan negara Malaysia, sedang di canibalise supaya beberapa orang membuat wang yang banyak.- sakmongkol 47)
cheers.
Sharizat,lakinya dan anak pinaknya dah kenyang membalun RM250 juta.
ReplyDeleteTup...tup..Pemuda UMNO dan wanita UMNO bermatian2 minta ahli2nya dan orang Melayu pertahankan dan bela Sharizat,kerana kononnya dia tak terlibat dalam projek ternak lembu Feedlot(NFC) tersebut. Yang terlibat hanyalah suaminya dan anak2nya, kata Sharizat.
Siapa yang bodoh? dan Melayu mana yang diperbodohkan?
Lu pikiaqlah sendiri......