21 June 2018

Najib - Gua tak tahu dana 1MDB diguna beli kapal,lukisan dll...


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak patut dipersalahkan atas skandal 1MDB yang bernilai berbilion ringgit itu, dan mendakwa tidak tahu-menahu bagaimana wang dari dana milik kerajaan Malaysia boleh berada dalam akaun peribadinya.

Bagaimanapun beliau ada penjelasan mengenai sejumlah besar wang, beg tangan mewah serta barang kemas yang disita dari rumahnya oleh pihak berkuasa Malaysia baru-baru ini.

Bercakap kepada Reuters untuk kali pertama selepas dikejutkan dengan kekalahan pada pilihan raya 9 Mei lalu, Najib berkata, penasihat-penasihatnya serta pihak pengurusan serta lembaga pengarah 1MDB secara salah menyimpan dana itu dan merahsiakannya daripada beliau.

Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Reuters, pihak berkuasa mempunyai "kes yang hampir sempurna" ke atas Najib untuk didakwa atas penyelewengan, salah urus serta rasuah berkaitan 1MDB.

Najib, 64, kalah dalam pilihan raya umum selepas sedekad berkuasa. Antara lain ia disebabkan oleh skandal 1MDB yang dianggap Peguam Negara AS, Jeff Sessions, sebagai "kleptokrasi pada tahan terburuk."

Najib - dalam sebahagian daripada komennya yang paling mengenai meluas mengenai skandal 1MDB setakat ini - berkata beliau tidak tahu ratusan juta dolar digerakkan melalui akaun peribadinya adalah dari 1MDB.

Beliau juga mendakwa tidak tahu dana itu akhirnya digubah untuk memperoleh aset di seluruh dunia, termasuk kapal pesiaran mewah, lukisan, permata dan hartanah bernilai tinggi.

"Saya tidak ada kaitan dengan kapal layar, lukisan... saya tak pernah lihat lukisan itu semua," kata Najib.

Beliau juga menambah tidak tahu-menahu mengenai pembelian berkenaan.

"Ini dibuat tanpa pengetahuan saya. Saya tidak akan mengizinkan dana 1MDB digunakan untuk (membeli) mana-mana barang ini.

"Saya berada dalam kerajaan begitu lama, saya tahu mana yang betul, mana yang salah," katanya pada sesi temu bual diadakan di sebuah vila mewah persendirian menghadap laut di sebuah hotel lima bintang di Langkawi, Kedah. - mk

Image result for najib n 1mdb

Former Malaysian prime minister Najib Razak says he shouldn't be blamed for the multibillion-dollar 1MDB scandal, and declares he knows nothing about money from the state fund appearing in his personal account.

He does, though, have explanations for the vast sums of cash, luxury handbags and jewellery recently seized from his homes by the Malaysian authorities.

Speaking to Reuters in his first sit-down interview since his shock May 9 election defeat, Najib said his advisors and the management and board of 1MDB, had wrongly kept the alleged embezzlement of funds a secret from him.

Newly-elected Prime Minister Mahathir Mohamad told Reuters on Tuesday that the authorities have "an almost perfect case" against Najib on charges of embezzlement, misappropriation and bribery linked to 1MDB.

The 64-year-old politician lost the election after a decade in power at least partly because of the 1MDB scandal, which US Attorney-General Jeff Sessions has described as "kleptocracy at its worst".

Najib, in some of his most extensive comments yet on the 1MDB scandal, said he did not know if hundreds of millions of dollars that moved through his personal account was from 1MDB, and if money from the fund was eventually laundered to acquire assets globally, including yachts, paintings, gems and prime real estate.

"I’m not party to the yacht, the paintings... I’ve never seen those paintings whatsoever,” said Najib.

"I was not aware of these purchases. This was done without my knowledge. I would never authorise 1MDB funds to be used for any of these items. I’ve been in government so long, I know what’s right and what’s wrong," Najib said in the interview held at a luxurious sea-facing private villa in a five-star hotel on Langkawi.

He blamed 1MDB's board, saying it was incumbent upon them to tell him if something was wrong.

Relaxing in a black t-shirt and brown pants, Najib said he was enjoying golf, food, and time with his family.

The family booked the villa to celebrate Eid holidays together. Najib's children, including stepson Riza Aziz, a Hollywood film producer, were with him for the week, his aides told Reuters.  Continue reading...- mk

Ya, duit masuk ke dalam akaun kamu berbilion-bilion ringgit pun kamu tak tahu jugak. Orang yang kuat mencuri lepas tu kuat pula menipu harus ditambah berat hukuman ke atas dia. Meluat sungguh aku tengok muka dia sekarang. - Nordin Kcd

Patut lu jgn jadi PM. Mcm tak cukup berakal la. Habis duit rakyat 1 trillion. Rupenye kamu tak pernah kisah pon. Duit masuk akaun pon tak tahu. Saipool jumpa dalam bilik pon tak tahu. Altantunya kena bom pon tak tahu. Semua pakat tak tahu. Jahanom betulla baghal ni. - Ramdan Bin Ahlon

Gila punya alasan. Seluruh dunia tahu, dia pulak buat2 tak tahu. Masih tak nak mengaku. - Lang Jalil 

Memang lu sakit otak. - Abwar

My 5 year old boy can lie better - Anonymous_08a45536

A person who has signed documents after documents authorizing BILLIONS OF RINGGIT worth of transactions from a state-owned company in which he was the sole authorized signatory but who now claims to know absolutely nothing about those transactions must be the WORST LIAR to be walking on the face of the planet. - Malaysian-United

A delusional man who thinks that the Rakyat are all idiots.  The fact that he acknowledged the pink diamond and necklace set indicate that the items do exit.  The fact that he made it a point to say that neither he nor his wife have seen the jewelry mean that they have hid it or have some one safeguard for them.  Good luck in getting the valuable jewelry back. - Jaycee

Pleading ignorance is no defense when you have sole authorization of funds from 1MDB. So easy just to blame it on management of 1MDB.. and the best lie ever, I do not control funds coming into my personal account...and I did not know if the USD681 came from 1MBD. If it was RM 681 , then we may believe you. Even if it 681k, you would want to know where it came from. If you were innocent, why OSA the 1MDB PAC and AG audit report, why scuttle the investigation, why disband the high powered investigation team, why sack Attoney General and ministers who questioned him on 1MDB, if all you wanted was to clear your name? Only now when he has no chance to escape with a noose round his neck, he says he will stay to clear his name....believe it or not! He’s the biggest liar ever....he may get away with it with Reuters but not in a court of law.
 Someonroutthere

Najib suspek utama skandal 1MDB,
tangkapan tak lama lagi...

Penerima2 dedak termasuk 90 jote tu... elok la berkemas2 tinggalkan negara ini... nak ke Iran ke, London ker, Zimbabwe ker... baik belah dari skang...

Datuk Seri Najib Razak bakal didakwa atas pertuduhan penyelewengan harta dan dana kerajaan yang dikendalikan syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kes yang sedang disiasat pihak berkuasa hampir lengkap dan bekas Perdana Menteri itu adalah suspek utama yang terbabit dalam penipuan, penyelewengan dan penyalahgunaan membabitkan dana awam berjumlah berbilion ringgit.

Katanya, pengasas 1MDB itu juga memainkan peranan utama dan bertanggungjawab atas salah laku berkaitan dengan syarikat pelaburan strategik negara terbabit.

“Tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan tanpa tandatangan beliau dan kami mendapati terdapat tandatangannya pada semua perjanjian yang dimeterai oleh 1MDB.

“Justeru, beliaulah yang bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya kepada Reuters, hari ini.

Dr Mahathir membuka semula kes penyiasatan berhubung kes 1MDB dan pembabitan Najib dalam syarikat terbabit.

Hasil daripada penyelidikan anti kleptokrasi, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa, lebih daripada AS$4.5 bilion (RM18.83 bilion) dana 1MDB disalah guna dan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Image may contain: 6 people, people standing
Chung Ling High School Penang's hero - fat boy Jho Low.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak dibenarkan ke luar negara dan kedua-duanya sudah disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun, Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku berkaitan dengan 1MDB.

Dr Mahathir berkata, pasukan penyiasat sedang dalam proses mendapatkan maklumat terperinci berhubung beberapa perkara semasa beliau menjadi Perdana Menteri sebelum pertuduhan dikenakan.

“Antara pertuduhan yang boleh dikenakan adalah dakwaan membabitkan aktiviti penyelewengan, mencuri duit kerajaan, kehilangan wang kerajaan dan penggunaan wang kerajaan untuk sogokan.

“Rosmah juga turut disiasat berhubung isu 1MDB kerana ada sejumlah wang yang dipercayai disalurkan kepadanya.

“Kami maklum akan perkara ini namun agak sukar untuk menjejakinya kerana beliau (Rosmah) tidak menandatangani sebarang dokumen kecuali Najib,” katanya.

Beliau berkata, penangkapan pertama berhubung kes 1MDB bakal dibuat dalam tempoh beberapa bulan lagi dan perbicaraan dijangka bermula pada hujung tahun ini.

“Kami bekerja keras dalam tempoh masa yang singkat dan boleh dikatakan kes sememangnya sudah hampir sempurna.

“Yang pasti, kes ini pastinya membabitkan Najib, Jho Low dan beberapa individu lain.

“Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, segala kesalahan tentang sebarang salah laku akan dibentang dan kita tidak boleh kalah,” katanya.

Peguam Jho Low tidak dapat dihubungi untuk mengulas berhubung isu berkenaan. - f/bk

Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad: ‘I have always regarded China as a good neighbour’. Photo: SCMP Pictures


Image may contain: 3 people, text

Image may contain: 3 people, people smiling, text

Image may contain: 9 people, people smiling, text

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 2 people, text

cheers.

No comments:

Post a Comment