09 March 2018

Hapuskan GST,subsidi minyak,antara manifesto HARAPAN...


Pakatan Harapan (HARAPAN) malam ini melancarkan manifesto 138 halaman yang antara lain, memperincikan rancangan pakatan pembangkang menangani kenaikan kos sara hidup, jika menawan Putrajaya. Tawaran paling popular adalah menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), namun manifesto itu memasukan beberapa langkah lain yang tidak diterbitkan sebelumnya.

Antaranya termasuk rancangan mengurangkan cukai eksais bagi mereka yang membeli kereta pertama. Dasar ini adalah untuk kereta di bawah 1600cc dan bagi mereka yang mempunyai gaji tidak melebihi RM8,000. Manifesto itu juga memperkenalkan kuota bulanan subsidi bahan bakar kepada kumpulan sasaran. Subsidi bahan bakar akan diberikan untuk motosikal dengan enjin di bawah 125cc dan kereta dengan enjin di bawah 1300cc.

HARAPAN juga akan memperkenalkan pas masuk RM100 di kawasan bandar bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Selain itu, gabungan itu juga mengulangi rancangan untuk menghapuskan tol dalam beberapa fasa.

HARAPAN juga mencadangkan pelbagai langkah untuk menangani kos sara hidup, termasuk kos penjagaan kesihatan. Ia merancang untuk memperkenalkan baucar tahunan RM500 bagi membolehkan mereka yang tergolong dalam kumpulan B40 mendapatkan penjagaan kesihatan asas di klinik.

No automatic alt text available.

Manifesto itu juga mencadangkan peningkatan pendapatan boleh guna dan simpanan penduduk. Antara mekanisme dicadangkan adalah menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pindidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga peminjam mencapai gaji sebanyak RM4,000.

Kerajaan HARAPAN juga akan menawarkan insentif cukai kepada majikan untuk membantu membayar pinjaman PTPTN kakitangan mereka tanpa potongan gaji.
Selain itu HARAPAN juga mahu meningkatkan gaji minima kepada RM1,500 dan menyelaraskannya antara semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

HARAPAN juga memperkenalkan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah di mana potongan akan dibuat menerusi caruman suami mereka yang bekerja sebanyak 20 peratus.

Sebagai tanda penghargaan kepada suri rumah, kerajaan HARAPAN juga akan menyumbangkan sebanyak RM50 sebulan kepada KWSP mereka. Baca seterusnya...

Berapa lagi model Mongolia 
perlu kita kebumikan...

Anak Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull adalah individu terbaru yang mendedahkan apa yang berlaku di sebalik perjanjian mencurigakan membabitkan 1MDB, firma pelaburan Malaysia yang bermasalah.

Menurut The Australian, Alex Turnbull seorang tokoh perbankan mendakwa beliau telah diketepikan daripada kedudukan eksekutifnya di Goldman Sachs di Singapura empat tahun lalu. Ini selepas beliau cuba mengketengahkan perjanjian mencurigakan membabitkan berbilion-bilion dolar bank global itu dengan 1MDB.

Laporan itu memetik Turnbull sebagai berkata bahawa beliau telah menimbulkan kebimbangan dengan rakan-rakan mengenai bon AS$6 bilion yang diterbitkan untuk 1MDB pada tahun 2012 dan 2013 serta ketiadaan ketelusan dalam dokumen mengenai cara dana itu akan digunakan.

“Apabila perjanjian 1MDB dimeterai dengan Goldman, saya menghantar e-mel kepada beberapa rakan dan berkata, ‘Apa yang sedang berlaku ini? Harganya tidak masuk akal, dan untuk apa kegunaan dana itu? ” katanya yang dipetik oleh The Australian.

“Dan saya diberi nasihat oleh bahagian pematuhan (Goldman Sachs),” kata Turnbull yang dilaporkan tidak terlibat dalam menerbitkan bon berkenaan yang menyaksikan bank pelaburan global itu membuat keuntungan AS$590 juta bentuk yuran dan komisen.

Katanya, hasil usaha itu, beliau kemudian diketepikan dan akhirnya memilih meletak jawatan dari Goldman Sachs pada tahun 2014 untuk memulakan firma dana lindung nilai miliknya sendiri, Keshik Capital di Singapura.

Dalam menimbulkan kebimbangannya di Goldman Sachs, The Australian juga memetik Turnbull sebagai merujuk kepada pembunuhan Altantuya Shaariibuu, warga negara Mongolia pada tahun 2006, di sebuah hutan belukar berhampiran Shah Alam.

“Berapa banyak model Mongolia yang perlu kita kebumikan di hutan untuk mendapatkan harga ini?” katanya. - mk

I was sidelined for blowing whistle on 1MDB bank scandal


Tan Sri IGP is a civil servant officer in charge. What he has said is in the order of those who are powerful or influential. The question is that person? 

The reason is that Tan Sri IGP does not dare to make such statements as damp and dumb without the instructions and instructions. 

The Media Statement by Tan Sri IGP was carefully written - or 'by the book' - according to the facts given to him. 


But since the facts given to the IGP are hardly acceptable to the public for many reasons then it is common to find that the IGP Media Statement is weird and awkward. 

So it is not surprising that Tan Sri Rais Yatim, an Advisor to the Barisan Nasional Kleptocrat Government of the Minister, did not believe that the creature of JoLo was not involved in the case of fraud and theft at 1MDB. 

The following is a section from the online referring to Rais Yatim: 


I was told that Tan Sri Rais Yatim should have resigned as an Advisor to the Kleptocrat Government at the end of 2017. He had been "fed up" with the Kleptocrats who tried to deceive and deceive the people of morning and afternoon, day and night. Perhaps he has decided to remain in office until the end of the Kleptocrat Kingdom's legitimacy which will end this year.

Then see another section of the media about another BN clown chief named bung mokhtar, a village with a tourist attraction that is famous in his area. - ostb

Question Najib to find 1MDB-Jho Low link, IGP told

Apa nasib Rais Yatim selepas ini?


cheers.

No comments:

Post a Comment