Tidak lebih dan tidak kurang, itulah natijahnya. Malaysia sebagai sebuah negara kecil sedang membangun dan pembangunannya ditempangkan oleh kleptokrasi, tidak dapat bertindak lebih daripada itu. Kita sebagai si pipit atau ayam serama yang boleh bersiul riang dan menunjukkan kecantikan bukan jenis turun ke medan laga.
Untuk mengirimkan tentera menjadi pengaman di Gaza atau ikut menentang regim zionis jauh sekali. Apa yang Malaysia mampu lakukan tidak mewujudkan hubungan diplomatik sebagai tanda bantahan, tetapi anihnya rakyat negara ini bebas masuk dan menjalankan perniagaan dengan negara Yahudi Israel itu. Apakah erti semua itu, tutup tetapi boleh masuk?
Sebagai suara kecil, apa dibantah Malaysia ke atas Isreal dan god fathernya Amerika Syarikat, samalah dengan tindakan anak-anak Palestin yang melontar batu atau melastik tentera Israel setiap kali rejim itu menceroboh dan menganggu mereka. Bahkan perbuatan atau aksi tindakan si bocah itu lebih berkesan daripada apa yang kita lakukan. Baik Israel dan Amerika tidak akan mendengar apa-apa yang kita suarakan, sebaliknya batu lontaran bocah Israel mungkin lebih bererti apabila kadang kala ia mengena ke tubuh sasa tentera regim berkenaan.
Sumpah Najib.
Pengakuan Najib Razak semasa berucap di himpunan itu semalam, yang rela dan terus memperjuangkan Palestin walaupun anggotanya dicincang dan dikerat seketul-ketul, tidak lebih daripada sebuah lagu retorik untuk menyedapkan hati bangsa Palestin semata-mata. Sumpah dan janji itu tidak akan ke mana pun, kerana komitmen Najib untuk bangsa sendiri boleh dipertikaikan. Janji dan sumpah itu akan hanyut kemudian ghaib begitu sahaja ditelan angin lalu selepas selesai majlis itu.
Nama lagi himpunan itu mempunyai unsur dan bermotif politik, ucapan itu bukan untuk menyegarkan semangat rakyat Palestin tetapi sebenarnya untuk memancing jiwa umat Islam negara ini supaya melihat iltizam tinggi Najib kepada umat Islam kemudian mengundi Umno. Kecualilah ada tindakan susulan daripada kerajaan Malaysia selepas himpunan itu baru kita dapat ikhtiraf apa yang diluahkan perdana menteri itu.
Seperti dikatakan tadi, sebagai sebuah negara pipit seperti Malaysia yang mana pemimpinnya bertindak seperti kancil yang hendak menunjukkan duburnya besar kepada gajah, maka diberak atas busut, itu saja dan ia dianggap sudah cukup dan sesuai. Selamanya Malaysia tidak bisa bertindak sehebat negara-negara yang memiliki kuasa penentu dan veto seperti Amerika, United Kingdom, Perancis, China dan Russia.
Justeru tidak ada apa-apa signifikan atau impak perdana himpunan semalam. Ia sama dan lebih kurang sahaja, aksi pembangkang yang berarak dan mengangkat sepanduk selepas Jumaat yang baru lalu, atau sama nilainya dengan demostrasi di kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak yang diadakan beberapa kali sebelum ini.
Subjek tersendak di kepala
Bercakap mengenai majlis himpunan semalam yang mungkin tersendak di ruang fikiran umum, bukan kesan himpunan itu kepada Israel dan Amerika, tetapi ialah mengenai ketidakhadiran Presiden Pas, Abdul Hadi Awang di himpunan berkenaan. Ini yang menjadi persoalan dan congakkan oleh para pemerhati politik di Malaysia.
Israel atau Amerika sedikit pun tidak mahu ambil tahu bahkan tidak pun mengenali siapa Hadi Awang itu dalam konteks politik mereka, demikian juga dengan himpunan itu mereka tidak pun berasa apa-apa dengan moment itu. Apabila tiada kelibat Abdul Hadi dimajlis itu, ia menjadi tanda tanya dan sesuatu yang aneh sekaligus meletakkan subjek besar dalam himpunan itu, bukannya Israel dan Amerika lagi tetapi mengenai Hadi.
Ketiadaan Hadi menjadi satu kepelikan dan keganjilan walaupun hal-hal sebegitu lumrah baginya. Mengubah kata, menghenti langkan dan memusing perjalanan biasa baginya. Ini kerana sebelum ini Hadi diumumkan akan bersama Najib di himpunan itu dan mereka menjadi penunggal kepada himpunan berkenaan yang diberikan tugas dan tanggungjawab menyampaikan amanat dan pesan dalam pidato pemecah semangat.
Rasanya lebih 20 kali televisyen (PB) membuat pengumuman dan menyiarkan poster himpunan itu yang menerakan wajah Hadi bersama Najib di kaca-kaca televisyen.
Timbalan Perdana Menteri (TPM), Ahmad Zahid Hamidi sendiri berkali-kali membuat seruan persis seperti Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Melayu mengumumkan tarikh mulai puasa dan raya di tv meminta orang ramai hadir. Cara majlis itu dimobiliskan menunjukkan ia agenda besar dan hebat, dan Umno ingin menjadikan ia detik bersejarah. Saya sendiri juga turut terpanggil untuk menghadirinya sehinggakan meringkaskan kepulangan menziarahi ibu ke Kelantan.
Malangnya Hadi tidak hadir tanpa apologitik. Ketiadakhadiran Hadi itu sesuatu yang sangat megecewakan banyak pihak. Ketidakhadirannya sepertilah kegagalan pengantin tiba, setelah majlis kenduri sudah diadakan. Majlis itu menjadi tidak meriah, gagal dan tidak ada makna lagi. Tentunya tindakan Hadi itu paling mengecewakan ialah Umno nan sudah berangan-angan untuk memerangkapkan Hadi dan mengorbankan Pas dengan lensa kamera kemudian dijual dan dijaja.
Paling jelas yang kecewa dengan kejadian itu ialah Zahid selaku pengerusi himpunan. Dalam pemerhatian saya di skrin tv, muka Zahid mengeruh macam air sungai di Kelantan di sepanjang majlis itu. Zahid tidak bersemangat dan gembira langsung. Apa lagi bukan Hadi sahaja “absen” tetapi pemimpin tertinggi Pas lain juga tidak menampakkan bayangnya. Ketiadaan pemimpin tertinggi Pas itu disaat dua pemimpin tertinggi Umno hadir bolehlah dianggap Pas tidak menghormati majlis itu.
Kalau pun Abdul Hadi keuzuran, tetapi timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man perlu mengganti tempatnya, atau sekurang-kurangnya naib-naibnya, Idris Ahmad, Mohd Amar Nik Abdullah atau pun Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung kena hadir. Kenapa semasa himpunan solidariti untuk Rohingya tokoh-tokoh ini dan beberapa lagi wakil rakyat Pas boleh hadir dan duduk “berdempet” dengan pemimpin Umno? Apakah isu Palestin berada di bawah isu Rohingya. Atau apa?
Hadi hantaq anaknya...
Atau pun mereka itu khasnya Tuan Ibrahim tidak dapat hadir kerana jemputan ke atas Abdul Hadi itu atas kapasiti beliau sebagai Naib Presiden Ulama seDunia, maka beliau tidak pantas hadir? Jadi ertinya kehadiran ketua pemuda Pas yang merupakan putera Abdul Hadi itu mewakili dirinya secara peribadi bukan atas sifat parti? Begitukah?
Sehingga Hadi memberi penjelasan di atas apa yang berlaku, ketidakhadirannya terus dan tetap menjadi persoalan menarik. Jaminan dan penjelasan dibuat oleh anaknya itu tidak menuntaskan persoalan. Nampak semasa menjawab pertanyaan wartawan anaknya tidak memahami maksud yang dikehendaki oleh media massa dan dia teraba-raba mencari kata-kata.
Yang jelasnya Hadi tidak keuzuran syrie’ untuk membatalkan niatnya. Pada sebelah pagi beliau dilihat tampil menyampaikan kuliyyah mingguannya di masjid Rusila, Terengganu dengan gagah. Ertinya beliau sehat dan segar bugar.
Hendak tidak hendak Hadi perlu membuat penjelasan di atas apa yang berlaku. Beliau tidak boleh mendiamkan diri, kerana gambarnya telah ditular dan berita mengenai dia akan hadir telah tersebar luas. Mendiamkan diri bermakna tidak menghormati jemputan dan pihak penganjur. Majlis itu sebenarnya penting dan menjadi tumpuan kerana ia bukan sahaja rakyat yang mahu melihat wujud solidariti di kalangan Melayu di Malaysia, tetapi rakyat Palestin juga tentu terkilan dengan apa yang berlaku. Sebagai naib presiden Ulama seDunia tiba-tiba absen majlis untuk Palestin tentu ganjil.
Kita bersangka baik dengan ahli parlimen Marang itu. Sebelum beliau membuat penjelasan di sini ingin saya mengulas dan menyelami makrifat kenapa beliau membatalkan hasrat untuk hadir. Apa yang terdampar dalam fikiran saya ialah mungkin beliau sudah dapat berasakan kehadirannya akan dieksploitasikan oleh Umno untuk kepentingan politik parti itu menjelang pilihan raya. Makanya untuk tidak memberi laba besar kepada Umno elok beliau tidak hadir. Sudah pasti kalau beliau hadir gambarnya bersalam, dan Najib akan memeluk mesra dengannya akan dijadikan signboard kempen “piraum” nanti.
Keputusan dibuat Hadi itu walaupun mengecewakan setengah pihak, mungkin Hadi dan Pas sudah menyedari keadaan sekarang apa yang berlaku dalam partinya. Hubungan rapat Pas dan kebersamaannya dengan Najib sebelum ini telah memberi kesan tidak baik kepada partinya. Mungkin kerana itu. Tindakan taktik begini bijak.
Bahkan di dalam hierarki kepimpinan tertinggi Pas sendiri berbelah bagi dengan usaha kerjasama dan ura-ura tahalul syiasi dengan Umno itu. Ada pemimpin yang bersetuju dan ada yang tidak apabila proses tahalul syiasi itu telah menguntungkan individu tertentu. Polemik hal ini berlaku dalam Pas secara senyap. Paling nyata ialah, kerjasama Pas dengan Umno itu dibantah sendiri oleh Lembaga Penasihat Pas terdiri daripada veteran Pas, antaranya Mustapa Ali, Daeng Sanusi Daeng Meriok, Subky Latif dan Abdul Halim Abdul Rahman.
Badan ini katanya telah mengemukakan kajian dan pandangan mereka akan untung dan rugi kalau Pas meneruskan kerjasama alias ta’awun dengan Umno. Badan ini menyarankan agar Pas membatalkan niat untuk berkerjasama dengan Umno demi survive parti. Katanya nada badan ini sangat tegas dan konsisten.
Kajian tidak menguntungkan PAS
Barang kali tindakan dan pandangan lembaga berkenaan berpandukan kepada beberapa kajian badan bebas mengenai perkembangan terkini dalam Pas. Ada beberapa kajian dibuat setelah Pas mengagaskan kerjasama dengan Umno untuk melihat senarionya. Hasil kajian itu menunjukkan sokongan dari pengundi Melayu kepada Pas merosot, hanya tinggal di antara 14% hingga 17% sahaja berbanding sebelum ini jauh ke depan.
Sementara dalam kajian satu lagi menunjukkan sekiranya berlaku kerjasama Pas dengan Umno di Kelantan, memberi dapatan, 60% ahli Pas peringkat akar umbi akan menolak Pas dan mereka akan mengundi parti selain Pas dan Umno. Dapatan hasil kajian ini membimbangkan kemungkinan Pas Kelantan akan kehilangan kerajaan peninggalan Nik Abdul Aziz. Dapatan dan perkembangan inilah yang memungkinkan Pas membuat penilaian semula atau membatalkan hasrat untuk bekerjasama dengan Umno secara politik menerusi pilihan raya.
Walaupun ada pemimpin Pas mendakwa pertambahan keahlian parti itu memberangsangkan sehingga mencapai 4,000 orang sebulan, ia tidak menyakinkan serta merupakan fakta yang sahih. Kerana kalau ia yakin dan fakta itu benar Pas tidak perlu bimbang dan mengambil “pot’ atas cadangan dan larangan lembaga penasihat parti itu.
Apakah disebabkan fakta dan perkembangan ini maka Abdul Hadi membuat muhasabah untuk tidak hadir pada majlis himpunan semalam, mengelakkan agar beliau dan Pas tidak terus dilihat intim dengan Umno? Kalaulah tindakan itu berdasarkan perkembangan dan realiti itu, ini bermakna ada keinsafan dalam minda politik Pas khasnya Abdul Hadi Awang.
Ketidakhadiran itu juga boleh jadi kerana Pas membuat ketetapan melarang Abdul Hadi serta pemimpin kanan lainnya dan cukup mengirimkan ketua pemuda dan budak-budaknya sahaja sebagai menandakan simpati kepada Palestin, bagi mengelakkan dunia tidak melihat Pas terasing dengan solidariti itu seperti mana Parti Amanah Negara mengirimkan Hasanuddin Mohd Yunus dan PKR mengirimkan Saifuddin Nasution Ismail sebagai anggota penal forum.
Sebelum titik, ketidakhadiran Abdul Hadi semalam terus menjadi polemik dan ia sesuatu yang menarik dan boleh dianggap suatu kejutan yang mungkin akan ada perkembangan baru dalam politik parti agama itu. Apakah Pas sudah merombak ikatan ta’awun setelah menyedari ia tidak menguntungkan parti itu? Atau pun sudah ada formula baharu dikemukakan oleh Pakatan Harapan kepada Pas secara senyap-senyap, bahawa parti itu diajak bersama PH dengan memberi keistimewaan agar Pas mengepalai PH demi menjatuhkan UBN?
Apakah begitu dan peristiwa ketidakhadiran Abdul Hadi itu sebagai pembuka tirai baharu pembangkang untuk menyatu menentang UBN bagi memastikan Najib jatuh? - Mohd Sayuti Omar
FELDA : You do not put monkeys
in charge of banana plantations.
He thinks he has got away with the lie about that Rm 2.6 billion donation a Saudi Prince put into his bank account.
He thinks we believe his story that the money were legal political donation and that he did not take the money for personal gain.
He thinks we fell for the lies he has told us about him not knowing about the other many millions that somehow also found its way into his private bank account between 2011 to 2013.
He thinks that we believe Attorney General Apandi when Apandi cleared him of any corruption or criminal offences.
He thinks we believe the story he told us about Joh Low, about his step son and his Hollywood investment, about his meeting on board the Tattoosh.
He thinks we do not know that all those money that he, his wife, his step sons and all those bastards that have been made insanely wealthy...that all that money had originated from 1MDB and from the Rakyat's own pockets!
He thinks we do not know how all that money was moved through a complex web of transactions that finally saw the money parked in his personal bank accounts to be used as he thinks fit.
He thinks that the probe into all these movement of money by Malaysia, the United States, Switzerland, Hong Kong, Singapore, Abu Dhabi and others, cannot finger him, his wife, his family and many others, of being complicit in corruption, money laundering and financial fraud of the rakyat's money.
He thinks Pakatan Harapan, headed by Tun Mahathir, will not be able to win PRU 14 and do government.
He thinks that his hold over the Rakyat, over Umno and BN is total - a hold held together by dedak, money politics, fraud, duplicity, intimidation and by the use of PDRM, MACC, the JUDICIARY and all other government machinery at his disposal.
He thinks he will still be prime minister of Malaysia after PRU 14.
Let him think what he wants!
You and I know better.
We know almost all there is to know about 1MDB. Today ....even now as we speak....Najib and his band of despicable, disgusting and greedy knaves....
knaves means - a dishonest or unscrupulous man.
.....Najib and his band of knaves are desperately trying to defend their rear, their flanks and the threats that is in front of them, as what they have done in the past for personal gain and greed, starts to confront them.
1 MDB is almost a done deal. All the money that is to be made from 1MDB has been made and dished out....all that is left is to wait for the Fat Lady to stop singing.
And while waiting for her to stop singing, there are many others who also wants to sing. The arrest and conviction of those who have been singing - voluntarily, or otherwise persuaded by the long arm of the law - is in progress. Day by day it inches up closer to Najib, his wife and Family. It is not a matter of "IF".....it is a matter of "WHEN". Buying billion of dollars worth of Boeing Jets and helping to prop up the US economy will not help. Claiming Trump to be your friend will not help. Nothing will, for money laundering and financial fraud, any which way you look at it, is a crime.
Now who else will sing?
Look at what is happening to FELDA today. That convicted felon ISA, put there as its Chairman by Najib, is out. Why is he out? He got too greedy.
For financial fraud to happen in FELDA, where billions of ringgits are involved, requires the following to happen.
1. The prime minister must close one eye.
2. The Chairman of FELDA must close the other eye.
3. The Board of FELDA must close both eyes.
4. All levels of FELDA management that can and did not act to protect FELDA's interest
do not have to close their eyes.... they must have their eyes open to see where the
dedak is coming from.
Now as you can see....there are a lot of people involve to allow Najib and his band of despicable thieves and robbers take those billions from FELDA....and all of them has got to be kautim.....
What happens when one of them is not happy with his or her share of the loot? Yes... in FELDA and elsewhere, there are also "HER" involve lah!
What do you think will happen?
And even if they have got the millions that was promised....do you think they are satisfied?
Can greed ever be satisfied? When you have one Mercedes you want another. When you already have a house in Bangsar, you want a house in Perth to stay in when you go there for a holiday.
Then what happens if you want to holiday in London? Not only a house in Perth and London...there must be servants to take care of the house when you are not there and even more servants to take care of you when you are there. Then you need a car in Perth and London. One for you and one for your wife. What about your children?
And the list goes on and on......and Najib is beginning to realise that all the money that he has and can have if he keeps thieving from the national coffers, will not be enough to keep all those people satisfied.
And all it takes is for one of these countless individuals involve in taking those billions from FELDA to sing! That has happened in 1MDB and that is what is happening in FELDA today.
And what have they done in FELDA? Plenty....ISA SAMAD and his wife are very wealthy. If they can steal FELDA HQ land right from under FELDA ....and FELDA HQ land cannot be moved or hidden away in Banks or Off Shore accounts......just imagine what they can do to FELDA's cash that can be moved around when the political will is there to allow it to happen.
But all this shenanigans in FELDA is starting to unravel and implode even as Najib and his wife gets more cash by the day. Even as another Chairman is appointed to FELDA to take over from that convicted but very rich felon call ISA.
What do you think Sharir will do? He had to ask Najib for the one million ringgit that he said Najib gave him sometime back. Now in FELDA he no longer has to ask Najib for another million. There are still many millions left in FELDA for Sharir to take....what do you think he will do?
You guess is as good as mine......but hey.....you do not put monkeys in charge of banana plantations.
I rest my case. - steadyaku47
Kalau Felda tak berjaya selamatkan tanah milik Felda sendiri berpindah milik secara penipuan ke tangan pemaju persendirian, maka apa jaminan tanah tanah milik peneroka Felda tidak tergadai dan berpindahmilik ke tangan orang lain?
Bayaq RM2 billion utk dapatkan balik tanah
bernilai RM270 million.UMNO bijak...
No comments:
Post a Comment