06 November 2017

Orang Kaya Baru Geng Pak Lebai di Mahkamah Orang Putih...


Kemewahan hidup golongan nouveau riche (orang kaya baru) Parti Islam Se Malaysia (PAS) sedang didedahkan di mahkamah Inggeris di London akibat saman malu (Datuk Seri) Haji Abdul Hadi Awang ke atas Clare Rewcastle-Brown.

Dalam dokumen pembelaannya, Clare Brown telah mendedahkan kekayaan pemimpin elit PAS yang didakwanya diperoleh hasil sumbangan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Pengarang portal berita Sarawak Report itu mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada Najib. Abdul Hadi menafikan tuduhan itu dan menuntut supaya Clare Brown memohon maaf. Apabila Clare Brown enggan, Abdul Hadi mengemukakan saman fitnah terhadapnya.

Kekayaan dan gaya hidup mewah bapak-bapak kepala PAS hasil “sedekah” Najib itu disenaraikan dengan panjang lebar oleh Clare Brown dalam kenyataan pembelaannya.

Bagi pihaknya pula, setelah membisu sekian lama, Najib, pada hari Sabtu (4 November), memecah kesunyian dengan membuat kenyataan “mana de?” bagi menafikan dakwaan Clare Brown itu.

“Mana ada saya buat, sebab Clare pun dah gelabah sekarang,” katanya dalam satu perhimpunan Umno di ibu negara.



Hadi Buka Pintu Kuala

Tidak kurang menarik ialah saman Abdul Hadi itu memberi peluang kepada Clare Brown menceritakan dengan panjang lebar kepada Mahkamah Inggeris asal usul 1MDB dan skandal yang melandanya.

Malah kisah pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pun turut dinukilkannya.

Begitu teliti dan panjang lebar hujah balas Clare Brown itu sehingga nama Ahmad Maslan 3.8, Ahmad Bashah (lena) Hanipah dan ramai lagi penyokong tegar Najib pun dibabitkan sama.

Hendak mudahkan cerita, sekiranya ada pembahas dan pelawat yang berminat dan ada masa bolehlah cuba baca dokumen Clare Brown itu DI SINI.

Apa pun saya tabik spring kepada Tuan Guru kerana mengotakan apa yang dia kata. Dia kemukakan saman ke atas Clare Brown dan Sarawak Report -  tidak macam Pahlawan Bugis Najib yang ancam saman Wall Street Journal sudah lebih 120 Selasa tapi tidak buat apa-apa.

Jelaslah Abdul Hadi lebih jantan daripada Najib tapi saya tidak berani kata siapa lebih cerdik.Baca seterusnya...

Photo published for AKHIRNYA HADI AWANG YANG BERJAYA HERET NAJIB KE MAHKAMAH

Pray for Penang and others...

Things are apparently very bad up north, especially in Penang.

I don't want to comment anything more except calling for you all dear readers of this blog to pray for the food victims in that state as well as those also affected in Kedah and Perak.

No politics, okay.

Amidst the disaster, it's heartwarming to know that the state governments, especially Penang are working well with the federal government to alleviate the suffering of the flood victims.

For that I have to particularly congratulate Penang chief minister Lim Guan Eng and Deputy Prime Minister DS Ahmad Zahid Hamidi.

Please click on this link to read the story,

Guan Eng reaches out to DPM for army's help

Guan Eng looks especially sincere in this video...

Okay, I wouldn't make fun of him for quite a while after this.

Guan Eng, you bersabar juga ya. - Annie

Image may contain: 4 people

Feri P.Pinang di daratan...



Allah bayar tunai kepada Cash is King. Baru sahaja Najib mengatakan dia tak serendah Tun M, hari ini maruah dirinya jatuh berdebuk ke lantai apabila menyebut "kepala bapak kau" yang ditujukan kepada lagenda hidup Malaysia itu...

Haramjadah, bangsat, bangang dan ungkapan terbaru ini mengesahkan bahawa Najib berada dalam keadaan yang sangat tertekan sehingga hilang kawalan adab sopan.- f/bk


But you lied too...


Ada juga orang yang buta perut...

Depa di sini mabuk sakan juga kot...

cheers.

No comments:

Post a Comment