14 October 2017

Video skandal pegawai atasan SPRM muncul(updated)...


Beberapa hari lalu telah tersebar satu klip video yang mengaitkan seorang pemimpin atasan SPRM yang didakwa mempunyai hubungan terlarang dengan wanita yang dikatakan sudah pun bersuami.

Dikatakan akibat hubungan dengan pemimpin atasan SPRM itulah rumahtangga wanita berkenaan berakhir dengan perpisahan.

Susulannya beberapa hari kemudian, wanita yang dikaitkan itu tampil dengan penjelasan di laman Facebooknya menafikan keruntuhan rumahtangganya ada kaitan dengan mana-mana pihak, termasuk pemimpin atasan SPRM berkenaan.

Kata wanita terbabit, perceraiannya adalah merupakan hal peribadi dan dicapai melalui persetujuan dengan bekas suaminya dan tiada kaitan dengan siapa pun jua.

Berkaitan hal yang sama, Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas berhubung penyebaran video berkenaan.

"Maafkan saya, saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu,"  kata Azam kepada sebuah portal atas talian.



Bagaimanapun, sejak malam tadi telah tersebar satu lagi video melalui youtube mengenai hubungan pemimpin atasan SPRM terbabit dengan wanita yang dikaitkan beliau mempunyai hubungan itu.

Jika dalam video pertama, hubungan mereka hanya digambarkan secara umum, tetapi dalam video kedua ini ia agak detail dengan beberapa keping gambar melibatkan mereka berserta tarikh dan lokasi turut disertakan sama.

Dengan satu demi satu video disebarkan, apakah ianya benar atau fitnah?

Apakah akan muncul beberapa lagi video selepas ini?

Apakah pemimpin atasan atasan SPRM berkenaan hanya perlu berdiam diri saja melihat muncul dan tersebarnya  video-video berkenaan?

Dalam hubungan ini, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Ghafar mencabar pemimpin atasan SPRM yang dikaitkan dalam video tersebut agar segera dan berani untuk tampil membuat penjelasan.

Kata beliau, oleh kerana video itu telah tersebar luas melalui youtube dan pelbagai media sosial lain secara meluas, malah mungkin hingga ke kampung-kampung,  orang yang dikaitkan perlu berani tampil membuat penjelasan. Baca seterusnya...

LANGSUNG: Rakyat diseru bangkit, bebaskan negara daripada kezaliman
Sayangi Malaysia,Hapuskan Kleptokrasi

Perhimpunan "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" anjuran Pakatan Harapan (PH) bersedia dilancarkan di bawah matahari terik di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor.

Suasananya tidak ubah seperti karnival ketika orang ramai memasuki padang dengan disambut bendera parti-parti PH, yang berkibar sepanjang Persiaran Barat.

Ramai yang mengeluarkan tikar dan menghamparkannya di padang, menunggu acara seterusnya dimulakan. Program seperti konsert dan pidato sudah disusun yang akan bermula dari jam 4 petang hingga 11 malam.

Polis sebelum ini menasihati penganjur perhimpunan untuk memindahkan acara itu ke stadium Kelana Jaya kerana meramalkan orang ramai akan mengganggu aliran lalu lintas di kawasan itu. 


"Bersatu kita teguh, bercerai Najib menang." 

Mereka juga memberi amaran kepada penganjur yang tindakan akan diambil di bawah Akta Perhimpunan Aman jika mereka terus mengadakan perhimpunan di Padang Timur.

Bagaimanapun, para peniaga sudah mendirikan 10 khemah di padang yang menjual pelbagai barangan cenderamata parti seperti baju-t, topi dan bendera.

Pentas besar juga didirikan di tengah padang, yang menjadi tempat para pemimpin PH berucap kepada semua penyokong yang hadir pada petang nanti.

Beberapa lori makanan dilihat berbaris di sepanjang padang. Polis dan pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Petaling Jaya sedang bersedia untuk mengawal lalu lintas.

LIVE SINI dan SINI  

Photo published for Sultan Johor kecam Zamihan tin kosong, angkuh
Zamihan sebagai "tin kosong yang tiada otak"
Story kat SINI dan SINI   

Image may contain: 2 people, people smiling, car
Story kat SINI dan SINI  


TMJ - Lebih baik tutup saja 
Kosmo dan Utusan Malaysia...

Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas laporan sebuah akhbar yang disifatkan sebagai menulis berita seperti gosip murahan.

Menerusi kenyataan disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Mahkota Johor itu berkata adalah lebih baik akhbar Kosmo! yang berada di bawah pengurusan Utusan Melayu (M) Berhad ditutup daripada membazirkan wang rakyat.

“Satu jam lebih punya dialog saya bercakap mengenai bola sepak dan isu-isu semasa, tetapi ayat gurauan yang terakhir saya selama 20 saat itulah yang menjadi tumpuan sekarang.

“Inilah salah satu sebab mengapa saya dah tak baca surat khabar dalam negara ni kerana sikap terdesak ingin menjual surat khabar dan menulis berita seperti di majalah gosip,” katanya .

Tunku Ismail dipercayai merujuk kepada laporan Kosmo! bertajuk ‘Tunku Ismail guris hati peminat’ yang disiarkan baru-baru ini.

Artikel berkenaan menyebut bahawa para peminat bola sepak tanah air terguris dengan kenyataan presiden FAM itu yang secara sinis menganggap skuad bola sepak kebangsaan sebagai ‘bukan pasukan negaranya’.



Ia antara lain memetik kenyataan bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali yang berkata, ucapan Tunku Ismail itu di luar jangkaan penyokong-penyokong bola sepak negara, ditambah dengan kenyataan bahawa jawatan sebagai Presiden FAM merupakan kerja sambilan sahaja.

Laporan berkenaan merujuk kepada sesi soal jawab bersama wakil-wakil media di JDT Cafe, Johor Bahru sebelum ini apabila Tunku Ismail berkata ” Pasukan negara anda semua, not my negara (Bukan negara saya). I’m from Johor, you know (Saya berasal dari Johor, anda tahu)”.

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata beliau kesal apabila ayat gurauannya itu dilaporkan akhbar berkenaan dengan tujuan untuk melaga-lagakannya dengan pihak lain.

“Kepada sahabat-sahabat saya di luar negara ini, inilah slogan Malaysia Boleh. Inilah mentaliti bangsa Melayu saya di sesetengah tempat di Malaysia.

“Berjuta-juta duit setiap bulan diberikan kepada Kosmo yang terletak di bawah Utusan tetapi kerja hanya ingin melaga-lagakan orang sahaja dan tulis berita macam gosip murahan.

“Nasihat saya kepada kerajaan, lebih baik anda tutup sahajalah syarikat surat khabar tersebut daripada membazir duit rakyat,” kata Tunku Ismail. - mk

Photo published for BN confused over who’s in charge in Pakatan, says Dr Mahathir
Najib gone crazy...

Dr Mahathir Mohamad has called on BN to make a decision regarding him and DAP veteran Lim Kit Siang.

He said while Umno leaders such as information chief Annuar Musa keep repeating the claim that DAP dominates Pakatan Harapan, MCA, however, has accused Lim of selling himself and DAP to Bersatu instead.

“So BN must decide who bought who, whether Kit Siang has bought me or I have bought Kit Siang,” he added in a blog posting.

The former premier also criticised Annuar (photo) for responding to questions on the RM2.6 billion in Prime Minister Najib Abdul Razak’s accounts with the claim that DAP calls the shots in the opposition coalition.

“Not sure whether this is because he did not hear the question or his ears have been stuffed with ‘dedak‘ (animal feed). But what is clear is that for all questions regarding 1MDB or the RM2.6 billion, his answer is DAP dominates Harapan and Kit Siang will be prime minister,” he added.

The term “dedak” is used by Najib’s critics in accusing the prime minister of using rewards, be it financial, titles or positions, to secure support.

As for the RM2.6 billion, Najib has claimed it was a donation from a Saudi royalty. Attorney-general Mohamed Apandi Ali has also cleared him of any wrongdoing in this matter.

However, the opposition remains unconvinced and cites the United States Department of Justice’s (DOJ) 1MDB-related civil suits which alleged that the sum could have originated from the fund.

Najib, on the other hand, has blamed the allegations on those conspiring to topple him from power.

‘Ask Raja Petra’

Meanwhile, Mahathir also commented on blogger Raja Petra Kamaruddin’s allegation that the former premier paid RM1 billion to Lim.

“Wah! I am so rich. But I am not as gila (mad) as Raja Petra. If I have RM1 billion, I would build a mansion and not live in an ordinary house.

“Don’t ask me where I got the RM1 billion from. Ask Raja Petra.

“Perhaps the answer is an Arab (donor). If he (Raja Petra) knows that I gave Kit Siang RM1 billion, surely he knows where I got the money from. What is common knowledge is where Raja Petra gets his money from,” he said.

Mahathir also said there is no reason to fear him.

“I am 92. I have no money let alone being able to bribe Kit Siang with RM1 billion. I am not treated like Najib was by the US president…The president of the biggest superpower did not hug me for saving the US economy.

“However, I am proud. There has never been a Malaysian prime minister capable of saving a world power, now there is…Congratulations to the government, Najib and BN ministers. You have put Malaysia on the world map.

“Continue with the confusion. Form another 1MDB. Have billions in debts again. Believe me, you will be supported by your minions forever.

“Congrats Najib. We are so proud of you,” he added.- mk

Image may contain: 3 people, people standing

Polis tangkap pegawai  Guan Eng...
Story kat SINI dan SINI  




Image may contain: one or more people and text

Image may contain: one or more people
Jom pi ramai2...

cheers.

No comments:

Post a Comment