10 October 2017

Dulu DAP 'komunis',sekarang UMNO pula suka 'komunis'...


Segala tohmahan jahat UMNO selama ini mengaitkan DAP dengan komunis akhirnya terkena batang hidung sendiri apabila UMNO diberi penghormatan berucap sempena kongres Parti Komunis China (CPC) baru-baru ini.

Bagaimana pun, salah seorang pemimpinnya berang apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyindir UMNO di twitter; “Kuncu-kuncu Umno/PAS fitnah DAP komunis tapi bukan DAP, Umnolah yang ucap dalam Parti Komunis Cina. Siapa pengkhianat anti agama sekarang?”

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dilapor media berkata kenyataan Guan Eng itu kononnya sengaja mewujudkan perbalahan antara agama di negara ini.

Sedangkan, siapakah yang selama ini galak memainkan isu-isu sensitif kaum-agama soal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji, Howard Lee.

“Selepas berpuluh-puluh tahun memomokkan DAP dengan istilah ‘parti cina, kafir dan komunis’, kini UMNO sendiri telah dijemput berucap di kongres Parti Komunis China.


Image may contain: 1 person, text

“Jemputan ini sukar mereka tolak sebab  terlalu terhutang budi dengan parti komunis itu,” katanya dalam kenyataan.

Menjawab tuduhan DAP juga menjalinkan hubungan dengan parti negara luar, Howard yang juga Presiden Kesatuan Sosialis Muda Antarabangsa (IUSY) berkata, daripada hubungan dengan 120 parti di 80 negara, tiada satu pun kerjasama dengan parti berideologi komunis.

“Bezanya ialah, DAP tidak ada hubungan dengan satu pun parti komunis tetapi UMNO mempunyai kerjasama erat dengan parti komunis yang paling berkuasa di dunia.

“Soalnya sekarang adakah Zambry akan memberitahu rakyat Malaysia bahawa DAP bukan parti komunis seperti yang dimomokkan selama ini?

“Adakah Zambry akan memohon maaf terhadap segala isu sensitif yang timbul? Adakah UMNO akan berhenti membohongi rakyat Malaysia?” soalnya lagi. 

Image may contain: 1 person, text

Sementara itu ikrar seorang pemimpin Umno untuk membantu PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1995 di Dewan Rakyat menunjukkan kedua-dua parti itu suka bekerjasama rapat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Mengatakan Umno dan PAS menutur “bahasa sama”, Lim berkata ini menunjukkan kedua-dua parti itu berkemungkinan besar bekerjasama menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kebelakangan ini, kamu tidak nampak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang Umno, tetapi sebaliknya beliau memilih untuk menyerang pembangkang.

“Kamu tidak nampak beliau menyerang hal berkaitan rasuah tetapi sebaliknya berterusan menentang parti pembangkang dan bukan Islam.

“Susah untuk saya percaya PAS boleh menafikan kerjasamanya dengan Umno. Malahan, mereka menggunakan bahasa yang sama kebelakangan ini,” kata ketua menteri itu kepada pemberita di Bukit Mertajam hari ini.

Sabtu lalu, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Umno sanggup bekerja dengan PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah). Pindaan itu pertama kali dicadang sebagai rang undang-undang ahli persendirian oleh Hadi tahun lepas adalah untuk memperkasa hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah ke atas pesalah.

Menurut laporan Bernama, ahli Parlimen Ketereh itu berkata Umno dan PAS perlu berbincang dan mencari titik persamaan untuk kebaikan komuniti Islam kerana pertelingkahan yang berterusan tidak akan membawa faedah.

Katanya, walaupun 2 parti itu tidak boleh berkompromi atas sesetengah isu, tetapi mereka masih boleh bekerjasama menggunakan konsep “ta’awun” seperti untuk pindaan Akta 355.

“Jika PAS mahu bekerjasama atau membincangkan soal itu, UMNO sebenarnya tiada apa-apa masalah,” kata Annuar lapor Bernama.

Bagaimanapun, ahli veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ragu-ragu dengan kerjasama ini dan menyeru pimpinan parti mengkaji hubungan rapat dengan PAS bagi memastikan Umno tidak dikhianati buat kali kedua.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata Umno perlu kaji semula hal itu dengan hati-hati sebelum menyetujui kerjasama politik dengan parti Islamis itu pada PRU14.  –Roketkini.com/fmt


Dr.Gigi Palsu...
Story kat SINI dan SINI  

Image result for dap parti komunis
PAS should condemn UMNO 
over Communist Party links,not DAP...

PAS should have condemned Umno over being invited to speak at the Communist Party of China (CPC) national congress as fervently as it has attacked DAP, claimed secretary-general Lim Guan Eng.

“But it did not happen, instead Umno and PAS (cybertroopers) often label DAP communists, and went to the extent of saying my father Lim Kit Siang and I are cousins of (deceased former Communist Party of Malaya secretary-general) Chin Peng.

“They continue to slander us when Chin Peng and I have different surnames.

“Perhaps Umno and PAS supporters do not understand Malaysian culture, but even if they do, have decided to slander us, when it is not true that we have links to CPC,” Lim told reporters at Seberang Perai today.


Image may contain: text

Describing the invitation to the congress as a political move, Lim said this clearly showed there are close links between Umno and the CPC.

“It is up to the people to decide whether they want PAS, who are becoming more like Umno every day, or a genuine opposition.

“It is clear, voting for PAS is no different than voting for Umno, so if you want an alternative to BN then vote Pakatan Harapan, don’t waste time voting for PAS,” he added.

Lim also cited several examples of Umno and PAS growing closer, including Umno information chief Annuar Musa saying last week that he was ready to work with PAS on an amendment to the Syariah Court (Criminal Jurisdiction) Act 1965.

“Besides, you do not see PAS president Abdul Hadi Awang attacking Umno, but you see him hitting out at the opposition parties.

“You do not see him condemning corruption, but he is hostile to opposition parties and non-Muslims,” Lim added.- mk

MISTERI ‘TEMBOK BESAR CHINA’ DI KUANTAN
Mistri Tembok Besar China di Kuantan...
Story kat SINI dan SINI   

Sebuah lagi asrama tahfiz terbakar...
Story kat SINI dan SINI   

Image may contain: 1 person


No automatic alt text available.

cheers.

No comments:

Post a Comment