10 August 2017

2 pelajar Sekolah Vokasional dibalun 20 senior...


Dua pelajar kolej vokasional di Kuala Nerus cedera selepas diserang lebih kurang 20 pelajar lain dalam kejadian di Kolej Vokasional Wakaf Tembesu pada awal pagi semalam, lapor Harian Metro. 

Ahmad Zikrill Azim, 16, pelajar semester satu Jurusan Teknologi Elektronik, yang juga altet boling Terengganu, lebam di badan dan dua kali pengsan. Manakala rakannya, Wan Ahamd Faris Zakaria, 16, cedera di kaki dan calar di badan. 

Kecederaan yang dialami oleh Ahmad Zikrill itu menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) apabila pengsan ketika disoal siasat polis berkaitan kejadian itu selepas keluarganya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, petang semalam. 

Lapor portal Harian Metro, kejadian itu berlaku di asrama sekolah kira-kira jam 1.30 pagi semalam yang ketika itu Ahmad Zikrill sedang tidur tiba-tiba diselubung dengan selimut oleh sekumpulan pelajar dipercayai pelajar senior sekolah sebelum dibelasah beramai-ramai. 

Mangsa hanya mampu meraung kesakitan dan pelajar lain yang menyaksikan kejadian itu diarahkan supaya berdiam diri dan tidak campur tangan.  

Kumpulan yang sama itu kemudian bertindak membelasah Wan Ahmad Faris yang selepas pelajar berkenaan terjaga dari tidur berikutan bunyi bising. 


Kedua-dua mangsa mendakwa mereka bukan sahaja ditumbuk dan ditendang beramai-ramai dalam keadaan muka ditutup dengan selimut, malah turut dihempap. 

Wan Ahmad Faris berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada pelajar senior terbabit tidak berpuas hati dengan mereka berdua yang tidak mahu mengikut kehendak mereka. 

"Pada mulanya mereka hanya membelasah Ahmad Zikrill, tetapi selepas terdengar bunyi bising, saya terus terjaga dari tidu dan sebaik bangun didapati mereka sedang menutup muka Ahmad Zikrill menggunakan selimut dan membelasahnya sehingga dia tidak bermaya. 

"Apabila menyedari saya sudah terjaga, mereka turut membelasah saya hingga menyebabkan saya muntah dan tidak mampu berdiri, selain mengalami kecederaan di kaki serta belakang badan," katanya. 

Ketua Polis Daerah Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, susulan kejadian itu, pihaknya telah menahan 15 pelajar kolej tersebut dan direman selama empat hari sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan kes buli di sekolah itu.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Roszita Md Saad bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dijalankan.  

Semua suspek berusia 16 dan 17 tahun ditahan polis kira-kira jam 8 malam semalam selepas polis meminta penjaga menyerahkan anak-anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu. 


Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin meminta pihak sekolah melaporkan sebarang kejadian buli kepada pihak berkuasa dengan segera tanpa perlu menyembunyikan insiden yang berlaku. 

Beliau berkata, pengetua dan pihak sekolah perlu bersikap proaktif dan menyiasat sebarang kejadian pelik yang berlaku di sekolah mereka dengan serius. 

Difahamkan, kejadian dua pelajar dibelasah 20 pelajar senior itu berlaku pada jam 1.30 pagi, namun pihak sekolah hanya mengetahui kejadian itu pada jam 5 petang. 

"Bayangkan pelajar itu terpaksa menahan sakit dalam tempoh yang begitu lama. 

"Jadi saya minta semua sekolah atau kolej vokasional yang mempunyai asrama supaya menyiasat dan mengambil serius keadaan pelajar sekiranya mereka mengadu tidak sihat kerana kita tidak mahu kejadian seperti ini berulang.  

"Jika ia membabitkan kes buli, kami berharap pihak sekolah juga segera melaporkan kejadian kepada polis," katanya.- thereporter


Kalu Pak Bugis kuat 'spin', 
Wak Jawa lagi kuat putaq-belit... 

Orang kuat Tun Abdullah Ahmad Badawi, (Datuk Seri) Reezal Merican Naina Merican kata,  berita  kononnya (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi berjumpa Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk tagih simpati adalah pembohongan terbaharu Dr Mahathir.

Alasan Reezal bahawa dakwaan Dr Mahathir itu bohong ialah kerana dia (Reezal) bersama (Datuk) Nur Jazlan Mohamed Rahmat  pernah dipanggil oleh Zahid untuk menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Presiden Parti.

Ada dua isu di sini. Satu, Reezal kata Dr Mahathir bohong dan dua, tajuk berita surat khabar yang kata tidak ada pertemuan di antara Dr Mahathir dan Zahid.

Isu ini bukanlah susah sangat untuk disahkan. Kalau Dr Mahathir bohong, Zahid boleh buktikan dengan menyiarkan rakaman yang kononnya dia buat semasa pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Zahid kata dia ada buat rakaman. Biasalah. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri tentu ada macam-macam kemudahan untuk intip dan rakam peristiwa sulit sama ada yang babitkan kegiatan beliau atau kegiatan orang lain, khususnya musuh politik beliau.

Tapi berkenaan tajuk berita yang menafikan pertemuan di antara Zahid dengan Dr Mahathir, saya keliru sikit sebab Zahid sendiri mengaku jumpa Dr Mahathir dan siap buat rakaman.



Bukan itu saja, Zahid berkata dia berjumpa Dr Mahathir 10 hari selepas dilantik menjadi TPM dan dengan izin restu Perdana Menteri  Datuk Seri  Mohd Najib Abdul Razak, sendiri.

Tapi semestinyalah dia menafikan yang tujuan pertemuan itu ada kena mengena dengan rancangan menjatuhkan Najib.

Reezal budak kanyir (hanyir) ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Tapi dia dewasa dan menceburi politik pada zaman Dr Mahathir. Namun itu tidak menghalangnya membuat tuduhan terhadap Dr Mahathir.

Mengutuk dan menghina Dr Mahathir kini modal utama ketua-ketua Umno. Tujuan mereka bukan lagi untuk meyakinkan rakyat jelata tetapi bagi melegakan hati Najib agar mereka terus diberikan dedak dan restu.

Tapi kita pun tahu Reezal dan Nur Jazlan adalah antara Ahli Parlimen Umno yang paling kritikal terhadap Najib apabila skandal 1MDB terbongkar. Bagaimana pun, mereka berubah menjadi penyokong tegar Najib apabila diberikan dedak melalui pelantikan sebagai timbalan menteri.

Saya yakin, kalau bukan Najib sendiri, penasihat Najib tahu bahawa Reezal dan Nur Jazlan tidak sukakan beliau dan mungkin terlibat dengan rancangan menjatuhkan beliau.

Jawapan Najib “the King of Cash” mudah saja – bagi mereka jawatan lebih tinggi.

Saya pun tidak salahkan mereka kalau mereka nampak macam orang mabuk todi. Memang pening dengan cerita Najib dan Zahid ni! Baca seterusnya...


1MDB Got Mani Or Not To Pay IPIC RM1.3 BILLION By Saturday?

1MDB has to pay at least US$310m (RM1.3b) to IPIC by Sat Aug 31, 2017 pay balance of US$292.73 million.

IPIC granted (MoF Inc) and 1MDB until Aug 31 to complete payment due by July 31.

Extension subject to MoF, 1MDB paying US$310m before Saturday,August 12, 2017

My comments :  This means all those promises that the 1MDB problem will be solved in six months, will be solved by December 2016 etc are all just bullshit.

Selling the "units", selling Edra, the Bandar Malaysia land etc just did not happen.

Report says even the recent RM2.5 Billion bond by Bank Negara is facing problems raising all the funds.

Lets see if 1MDB can pay that US310 Million by Saturday.

Then their real crap will hit the fan again. - ostb

Sah 1MDB Tiada Wang

Photo published for Damage is done, says Rafizi on failure to settle IPIC debt
Rakyat akhirnya kena bayarq hutang 1MDB...
Story kat SINI  SINI  SINI dan SINI  

Tak Malu...


“We see flags along the road in Chinese. 
There is not even a single Malaysian flag. 
Was the Malaysian flag not allowed at the ceremony?”

Image may contain: sky, outdoor and text
Story kat SINI dan SINI

Image may contain: 2 people, people smiling, text and closeup

Photo published for Fuel prices up for third straight week

cheers.

No comments:

Post a Comment