Sejenis bom buatan sendiri ditemui dalam kereta seorang jururawat berusia 27 tahun, malam tadi.
Dalam kejadian jam 10 malam semalam, wanita yang memandu kereta Proton Saga itu dalam perjalanan pulang ke rumah, terdengar bunyi 'beep' sebelum memberhentikan kereta di rumah bapa saudaranya di Taman Damai, Kapar, untuk meminta bantuan.
Selepas diperiksa, bapa saudaranya menemui sejenis objek yang diubahsuai seperti bahan letupan yang dilekatkan di bawah bumper kereta jururawat berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Selangor dikerahkan ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati objek berkenaan adalah peranti letupan atau Improvised Explosive Device (IED). Ia boleh menyebabkan letupan kecil dan mungkin boleh meragut nyawa," katanya.
IED itu kemudian dimusnahkan di kawasan padang bola bersebelahan dengan Balai Polis Kapar dengan menggunakan robot pemusnah bom, jam 2.30 pagi tadi.
Polis mengesyaki IED itu dilekatkan di kereta jururawat berkenaan di bahagian parking ketika wanita itu sedang bekerja. Meskipun IED itu tidak berupaya mengakibatkan kematian, namun ia tetap berbahaya.
Mangsa mengesyaki IED yang dilekatkan pada keretanya itu dilakukan oleh bekas teman lelakinya. Ini kerana dia baru saja memutuskan hubungan dengan lelaki itu selepas menjalinkan hubungan cinta selama tujuh tahun dan mendapati lelaki itu berlaku curang terhadapnya.
Bagaimanapun, lelaki itu meminta pampasan di atas tindakan jururawat berkenaan. Namun tuntutannya itu tidak dipenuhi menyebabkan lelaki itu menganggunya beberapa kali sehingga dia tidak mempunyai pilihan lain untuk membuat laporan polis.
Difahamkan, mangsa telah membuat sebanyak lima laporan polis secara berasingan terhadap lelaki itu yang seringkali menganggunya.
Bekas teman lelaki jururawat berkenaan telah ditahan di rumahnya di Taman Petaling Indah, Klang, dalam serbuan jam 3.30 pagi tadi.
Suspek berusia 28 tahun, merupakan bekas penuntut kolej swasta dalam bidang elektronik pada tahun 2006 dan pernah bekerja sebagai jurujual di kedai elektrik.
Pemeriksaan polis di kediaman suspek juga menemui beberapa alat elektronik termasuk alatan dan mercun letupan yang disyaki digunakan untuk membuat bahan letupan jenis IED.
"Suspek mengaku sebagai bekas kekasih kepada mangsa dan kini mereka sedang berbalah disebabkan masalah kewangan. Polis masih meneruskan siasatan bagi menentukan motif sebenar.
"Reman ke atas suspek dibenarkan selama empat hari mulai hari ini sehingga 13 Julai ini," katanya. - thereporter
Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers berkata Malaysia kini menjadi negara di mana orang kurang berpendidikan sentiasa ditipu, dimanipulasi sistem dan diperas.
“Ia menjadi tempat di mana orang kaya semakin kaya manakala orang miskin semakin miskin.
“Apa yang berlaku kepada negara yang saya hormati? Sebuah negara yang dulunya saya bangga untuk memanggilnya sebagai rumah saya. Sebuah negara yang saya berdoa untuk kestabilan.
“Apa yang berlaku kepada sahabat kesayanganku, Malaysia? Saya berharap suatu hari nanti, anda akan kembali pulih semula,” tulisnya.
Tunku Ismail juga berkata Malaysia kini sebuah tempat di mana rakyat tidak lagi menilai dengan fakta, tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan dan di mana individu yang berlakon dan hipokrit dipuji sebagai hero manakala pemberi sumbangan dan berdedikasi kepada yang baik diabaikan dan dianggap penjahat.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia itu juga menyindir ahli politik yang mahu menjadi selebriti dan ahli sukan.
“Malaysia menjadi tempat di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih mewakili negara. Di mana individu yang tidak menjalani latihan ketenteraan sebenar boleh menjadi jeneral,” katanya.
Tahun lalu, agensi berita negara Bernama melaporkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tersenarai dalam pasukan polo negara untuk ke Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
Khairy juga menteri pertama dijadikan briged jeneral dalam Askar Wataniah tahun lalu. Pelantikan itu berkuat kuasa dari Januari 2015.
Tunku Ismail berkata Malaysia juga menjadi negara di mana bangsanya melupakan sejarah, warisan dan budaya tempatan.
“Ia menjadi negara yang meninggalkan budaya tradisi tempatan kita seperti pakaian tradisional kita dan sebaliknya memilih memakai pakaian campuran budaya asing, kononnya ingin menjadi seperti orang Arab.
“Tempat di mana anda boleh membeli pangkat dan kini pangkat tersebut kehilangan nilainya. Ada yang memilih untuk berdiam kerana mereka sendiri mempunyai agenda mereka yang tersembunyi,” katanya.
Tunku Ismail berkata beliau memilih untuk bersuara kerana kerana bimbang tentang apa yang akan berlaku kepada generasi akan datang.
Katanya, Malaysia kini juga menjadi negara di mana ramai individu ingin menjadi ahli politik untuk kepentingan peribadi dan tidak lagi percaya kepada tugas berkhidmat kepada rakyat dan institusi.
“Penafian dan kejahilan menjadi panduan hidup. Di mana penipu memperoleh lebih banyak kuasa. Di mana kebenaran sering diabaikan dan pembohongan diiktiraf sebagai pengakuan.
“Kehormatan, kesetiaan dan kesungguhan tidak lagi wujud,” katanya.
Bagaimanapun, katanya masih ada yang sanggup berkorban demi generasi masa akan datang dan ada yang akan mengubah sesuatu dari dalam.
“Visinya kini jelas. Sekarang masa melaksanakannya. Visi tanpa pelaksanaan, adalah halusinasi. Kekal bertabah sahabatku. Anda bernasib baik memiliki rakan seperti Sabah, Sarawak dan beberapa tempat di Malaysia.
“Perpaduan kunci kejayaan. Saya akan sentiasa berdoa yang terbaik untuk anda dan kestabilan Malaysia,” katanya. - themalaysianinsight
Dr M, Anwar and Kit Siang should retire,
says KJ...
They are Parti Pribumi Bersatu Malaysia chairperson Dr Mahathir Mohamad, PKR de facto leader Anwar Ibrahim and DAP parliamentary leader Lim Kit Siang.
A nonagenarian (turning 92)a septuagenarian and a soon to be 70 year old languishing in prison? And KJ is afraid of some competition? What a joke this guy is? And he is just taken a bloody good hiding from TMJ lately too...- Lord Denning
Your comment just confirms that these 3 individuals you named are the sort of people that Malaysian's need. They must be doing something right to get you and BN-UMNO all riled up. Keep up the good work Tun M, AI & LKS !!! - Anonymous 2460391489930458
Come on KJ, don't tell me you are afraid of 3 old men well past their retirement age. Grow some balls please. - kanke
Khairy, who is also Youth and Sports Minister, said Mahathir and Anwar, both former Umno leaders, were seen attempting to divide the Malays to achieve their own vested interests, while Lim, trying to create a rift between the Malays and Chinese. He said the three leaders should allow the young people in their respective parties to take over.
"Give us (young people) a chance to contest in peace and in a a healthy competition," he added.
Oxfart, look inwards first. How many of the UMNO, MCA & MIC Ministers are over 60 years of age. Dud, you should be pointing fingers at yr own party and ask these clowns to retire first. Have you heard of 'charity begins at home' or 'lead by example' -
ipoh pp
Meanwhile, Khairy said Umno leaders should inculcate the 5C culture, namely clean, competent, compassionate, contemporary and competitive' in the party for it to continue to receive the people's support, especially from some Malays who felt they no longer needed Umno.
KJ, how about Najib retiring together with them. At least the country could be free from kleptocracy. You are talking about the the 5C culture. It would never work with these type of "thieves from UMNO/BN".Not even you. Nothing can materialise KJ. We had been observing closely on "UMNO's dirty tricks" since the past two GE. Hopeless. Incorrigible. At least the winds of change may bring the country to greater heights.- Anonymous 539281478077880
"They want to see the values, our commitment and efficiency. This is post-modern politics and they may not need anything, but we need them," he added.
They are old, yes, but they fight on to save country from corruption and kleptocracy. Those in the cabinet should in fact resigned and retire as they gave support to a corrupt and incompetent govt.- Kawak
By the some token Najib, Zaid and Hishammuddin should also resign together with the entire cabinet for aiding, abetting and enabling the 1MDB scandal to take place under their watch. Your only claim to fame KJ is your marriage to Badawi's daughter. Nothing else. The rakyat have the right to express animosity, hate and incitement because their leaders have stopped listening to them in their quest for riches and fame.- Gerard Lourdesamy,mk/Bernama
These 2 are trying to outdo each other
for the prized position of PM. Lets see who wins...
Is there any statement from the RM9.5 mil lawyer?
Its been 3 weeks
Tunggu lepas PRU14 le...
No comments:
Post a Comment