29 December 2016

$$RM$$ merosot, Pulau Pinang penuh dengan pelancong...

Komtar Rainbow Skywalk

Pulau Pinang pada masa ini sedang menyaksikan kebanjiran pelancong, sementara ramai rakyat Malaysia memutuskan bercuti dalam negara ekoran kenaikan kos melancong ke luar negara semakin mahal disebabkan nilai ringgit.

Banyak hotel di Batu Ferringhi, kawasan tumpuan pelancong tepi pantai, sibuk pada waktu ini sempena cuti sekolah dan musim perayaan yang kebetulan jatuh pada hujung minggu.

Sesetengah resort di sepanjang kawasan ini hampir penuh dengan lebih ramai pelancong tempatan.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, Khoo Boo Lim, yang juga menguruskan Hotel Lone Pine di negeri ini, berkata pelancong domestik yang menempah hotel di negeri itu menunjukkan peningkatan pada musim perayaan ini.

“Saya boleh nampak lebih ramai pelancong tempatan di khalayak ramai. Mungkin lebih ramai bercuti dalam negara kerana penurunan nilai ringgit.

“Ada pelanggan kata pergi ke luar negara lebih mahal. Jadi, pelancongan domestik lebih baik buat masa ini,” kata penolong pengurus eksekutif Hotel Lone Pine itu.


Komtar Jurrasic Research Centre

Ringgit merosot sejak 2014 susulan kejatuhan harga minyak dan minyak sawit, pengukuhan dolar Amerika serta pengurangan eksport.

Khoo berkata, hotel popular seperti Golden Sands Resort hampir penuh 100%, manakala hotel terkenal lain seperti Hard Rock, Rasa Sayang Resort & Spa di bawah Shangri-La serta Parkroyal Resort juga sibuk.

“Di Hotel Lone Pine, kadar penginapan melebihi 80%. Hanya Resort Bayview Beach yang terletak jauh sedikit dari Batu Ferringhi melebihi 60%,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, kadar penginapan hotel di George Town juga baik, khasnya hotel terkenal seperti Hotel Jen, Eastern & Oriental, St Giles dan Cititel Express.

Hotel di sepanjang Persiaran Gurney seperti Hotel G, Hotel Evergreen Laurel dan Hotel Gurney turut mencatatkan perniagaan baik.

“Hotel Persiaran Gurney selalu baik kerana sangat dekat dengan pusat beli-belah popular. Musim Krismas selalunya baik untuk perniagaan,” katanya merujuk Plaza Gurney dan Gurney Paragon.



Khoo berkata, produk pelancongan baharu seperti The Top di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), The Habitat di Bukit Bendera dan taman rama-rama Entopia di Teluk Bahang turut menarik ketibaan lebih ramai pelancong, termasuk pelancong tempatan.

“Tarikan baharu sudah tentu membantu. Pelancong yang datang ke Pulau Pinang mempunyai lebih banyak tempat dikunjungi dan perkara dilakukan. Kami ada pelanggan yang sudah bertanya tentang The Top.”

The Top yang baru dirasmikan bulan ini adalah tarikan bertema dalam bangunan yang pertama dan terbesar di Pulau Pinang.

Ia mempunyai Rainbow Skywalk tertinggi di Asia Tenggara yang terletak di tingkat 68; menara tinjau, Pusat Kajian Jurassic dan Kubah Teknologi Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun berkata, perniagaan hotel di tanah besar tidak banyak mengalami perubahan.

“Hotel di tanah besar bergantung kepada kilang dan syarikat untuk perniagaan, tidak begitu banyak mengharapkan pelancong,” katanya.



Penolong Pengurus Penang Global Tourism, Jason Sim, berkata jumlah pelancong domestik melebihi pelancong asing di Pulau Pinang sejak tahun lalu.

“Dahulu 50-50, tetapi sejak 2015, peratusan itu menjadi 60-40 dengan Pulau Pinang menerima lebih ramai pelancong domestik.”

Katanya, lebih ramai pelancong tempatan berbanding luar negara pada suku pertama 2015, sebelum jumlah pelancong asing mula meningkat pada suku ke-2 tahun lalu.

Walaupun beliau tidak boleh berkongsi data terkini tahun ini, katanya, jumlah pelancong untuk 3 bulan pertama 2016 menunjukkan “banyak perubahan”.

“Dari Januari hingga Mac 2015, pelancong domestik berjumlah 726,000 orang. Jumlah itu bertambah kira-kira 20,000 orang untuk tempoh sama tahun ini.

“Tetapi untuk pelancong asing, jumlah itu berkurangan sekitar 10,000 orang daripada 700,000 kepada 690,000 untuk tempoh sama.” - fmt

No automatic alt text available.
Story kat SINI dan SINI  

No automatic alt text available.
Image may contain: 1 person, text
Story kat SINI dan SINI   




Story kat sini...

Image may contain: outdoor and text
Kota Belud ni kat Selangor atau Penang...


cheers.

No comments:

Post a Comment