04 November 2016

UMNO dan China Komunis bersanding,DAP pula yang salah...


Di saat rakyat Malaysia khususnya orang Melayu disuapkan dengan momokan komunis terhadap DAP sejak sekian lama, Presiden UMNO pula menjalinkan hubungan yang sangat intim dengan negara China yang berideologi komunis itu.

Hubungan erat pemerintah UMNO dengan China semakin memuncak dan dilihat jelas dalam lawatan terkini Perdana Menteri Najib Razak ke negara itu saat ini.

Dalam lawatan itu, Najib Razak menandatangani 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion melibatkan ekonomi, pertahanan, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan.

Perjanjian itu juga merangkumi penglibatan China dalam pembangunan Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Tindakan Malaysia menandatangani 14 perjanjian yang disifatkan banyak pihak sebagai jual negara kepada China itu bukan dipengaruhi oleh anasir parti-parti pembangkang apatah lagi parti DAP yang sering mendapat nama buruk akibat serangan juak-juak tentera siber UMNO, MCA, MIC, SAPP, Gerakan dan sebagainya. Malah mereka pada saat ini barangkali sedang sakit kepala dengan tindakan Najib itu.

Mereka tidak boleh dengan sewenang-wenangnya lagi mengaitkan DAP dengan komunis kerana telah jelas Pengerusi BN itu sendiri telah menyerah sebahagian milik Malaysia untuk ‘dikerjakan’ China demi kepentingan strategik ekonomi dan pertahanan mereka di rantau ini.

China tak peduli siapa Najib, dia hanya peduli kepentingannya

China tidak peduli tentang label kleptokrasi ke atas Malaysia. China juga tidak kisah menjalinkan hubungan intimnya dengan negara-negara diktator termasuk Korea Utara. China hanya mahu melebarkan lagi pengaruh ekonomi dan politiknya ke atas negara-negara lain khususnya di Asia dalam saingannya dengan Amerika Syarikat.

Sudah tentu, persaingan demi kepentingan strategiknya di rantau ini akan membutakan matanya ke atas penyelewengan kewangan terbesar yang berlaku melibatkan 1MDB. Asalkan, mereka boleh melabuhkan sauh dengan aman di tanah air kita.

Apa yang pasti, ‘dasar pandang ke China’ Najib Razak ini akan memaksa kita, rakyat Malaysia untuk semakin tunduk dengan perluasan serta penguasaan geo-politik dan ekonomi China.

Tindakan menjemput ‘penjajah baru’ ini juga mungkin strategi Najib untuk mengekalkan pengaruh politiknya setelah dilihat gagal melobi Amerika untuk melindungi skandal kewangan terbesar negara abad ini.

Mainan politik fitnah dengan dakwaan DAP sebagai komunis, chauvinis dan jahat tidak lagi mampu untuk menutup kebobrokan dan kemunafikan pemerintah UMNO yang terang benderang bermain mata dengan pemerintah China .

Tambahan pula, DAP semakin disukai ramai dengan penyertaan dan penglibatan rakyat pelbagai lapisan tanpa mengira warna kulit, darjat, kepercayaan, bahasa dan budaya. Hakikatnya, DAP berpegang kepada ideologi Sosial Demokrasi yang terbina di atas nilai asas kebebasan, keadilan dan setiakawan.

Rakyat Malaysia sudah semakin jelas. Dakyah jahat pencacai dan tentera siber pro-BN yang memfitnah DAP sebagai komunis sudah tidak relevan malah jauh menyimpang daripada kebenaran.

Najib sudah ada ‘abang besar’ China

Kita tidak pasti sejauh mana hubungan Najib dalam ‘dasar pandang ke China’ ini akan berjaya. Apa yang pasti, sebahagian harta milik negara akan dan sudah tergadai di tangan negara komunis tersebut.

Najib kini sudah ada ‘abang besar’ yang akan melindunginya setelah gagal melobi Amerika sebagai pelindung selepas Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika membuat pendedahan malah mengambil tindakan saman untuk merampas aset yang diperoleh hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

Kita bimbang suatu hari nanti persaingan meluaskan pengaruh geo-politik dan ekonomi antara Amerika Syarikat dan China bakal memudaratkan keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

Pada waktu itu, kita pasti akan tertanya-tanya di mana UMNO dan Najib yang barangkali sudah selamat mempertahankan kepentingan politik dan tembolok mereka sendiri, dan tidak peduli lagi tentang rakyat banyak. – Roketkini.com

Mr Riza Shahriz Abdul Aziz. 
Son of the Prime Minister...

In Malaysia, when you have political power, there are many many things you can do. Legal and illegal. Right and wrong. Evil and good. We have seen in the past that most of those with political power will try to hold on to that political power for as long as they can through whatever means at their disposal, legal and otherwise, and while doing so, they have  enjoyed the spoils of political office. 

Some more so than others. From houses,to cars and women,We thought we have seen it all after the children and family members of some past prime ministers became insanely wealthy but just when we think that even wealth has it's limits...along comes GREED. 

Greed is a concept that took time for many of us to fathom because with greed we need to get our heads around matters and issues that are foreign to many Malaysian. Spending million on flowers for a wedding is a concept that simply blows my mind.


Also bringing so much luggage on a two day trip to Turkey is also insane. But that is what greed does to you! Najib and Rosmah has got greed flowing out of every orifice of their greedy selves! 

And with greed comes many other odious things. Like bringing your step son (who is under investigation by the US Department of Justice for Kleptocracy running into the hundreds of millions) along with you on an official trip to China paid for by the people of Malaysia, is one of those odious things!

I understand that Najib and Rosmah are past caring what it is that they do while Najib is president of Umno and prime minister of Malaysia simply because they know that they are past the point of no return. They know that there is simply no decent and right way out  of the mess they are in now.....way too deep in their own shit to be able to get out of it by any means! China is just another means for them to satify their greed....BUT you and I know that greed can never be satisfied.

They are already in China, the MOU's are already being signed and soon they will be flying back to KL with the spoils of Najib's political manouvering. .....and one by one, all will be revealed by those who think they have not got as much of the political spoils as they deserved or as much as they have been promised by Najib.

Until then....kita tunggu! - steadyaku47


Satu Dunia Siasat Anak Tiri Najib Tapi Menteri UMNO Kata Tiada Kes...

Satu dunia kenal siapa anak tiri Najib yang bernama Riza Aziz kerana beliau seorang produser filem porno terkenal di Hollywood. Filem anak tiri Najib ini diharamkan masuk ke Malaysia kerana  penuh dengan adegan lucah.

Pada Julai yang lalu, Jabatan Kehakiman AS (DoJ) memfailkan saman merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) yang berkaitan dengan 1MDB iaitu duit rakyat Malaysia. Ia sebahagian daripada dana AS$3.5 bilion yang didakwa disalah guna dan aset lain termasuk rumah mewah, hasil seni, jet peribadi dan kutipan filem Hollywood “The Wolf of Wall Street” terbitan syarikat Riza, Red Granite Pictures. 

Turut dinamakan dalam permohonan (DoJ) ialah ahli perniagaan dan cina kesayangan Najib dan Rosmah iaitu Low Taek Jho, atau Jho Low. 

Tup..tup seorang Timbalan Menteri UMNO kata anak Najib tidak akan berdepan siasatan di Malaysia kerana Putrajaya menganggap beliau tidak terbabit dengan kes rasuah.

Kata menteri UMNO lagi, Riza juga tidak langsung terlibat dalam siasatan melibatkan syarikat kehilangan duit rakyat dalam syarikat milik negara (1MDB). 

Razali berkata SPRM sudah pun menyoal Jho Low dan perkara itu dianggap “selesai”. Tetapi Ketua Polis Negara Datuk Khalid berkata susah untuk menjejaki Riza Aziz dan siasatan diteruskan.



Fakta Kes mengenai Riza Aziz Anak Tiri Najib 

Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun - yang dia memiliki akses untuknya - adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat. 

Menurut DOJ, Aabar BVI - sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama - menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012. 

Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura. 

DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah - dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.   

"Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi," kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel. 

Selain digunakan untuk membeli harta tanah DOJ mendakwa dana 1MDB bernilai AS$64 juta digunakan untuk membiayai filem terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street. 

Sejumlah AS$41 juta wang 1MDB juga dikatakan diguna untuk membiayai aktiviti perjudian Riza, hartawan Jho Low serta rakan mereka Eric Tan Kim Loong. - sungairapatonline

Story kat SINI dan SINI  





cheers.

No comments:

Post a Comment