29 September 2016

Cakap pasai demokrasi salah, tonggek juboq OK pulak...

http://mk-cdn.mkini.net/1042/5172cc75fdb176d749d679c753f7fca9.jpg
Hasut rakyat utk tegakkan hak demokrasi dlm kes Tian Chua SALAH,hasut rakyat dengan provokasi dan ancaman huru-hara dlm kes Ali Tonggek dan Jamal Udang OK ma...

Hari ini mencatatkan satu lagi sejarah hitam buat negara apabila ahli parlimen Batu Tian Chua, disabitkan bersalah. Mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan, hakim menyatakan bahawa naib presiden PKR merujuk perkataan “bangkit” dan “turun ke jalan raya” sebagai bersifat menghasut.

Pada 11 Julai 2012 Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan mengambil keputusan untuk menguatkuasakan secara serta-merta semua akta baru dan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Saya juga pernah membangkitkan - pada 2013 - berkenaan janji perdana menteri memansuhkan akta hasutan.

Sehingga hari ini, terdapat lebih 30 anggota parlimen pembangkang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA 2014) dan Akta Hasutan yang turut dibebankan kepada aktivis-aktivis politik dan kartunis.

Pada Oktober 2015, saya telah menulis kepada Kesatuan Antara Parlimen (IPU) untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan lapan orang anggota parlimen daripada PKR, sembilan daripada DAP, dua daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) dan seorang daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Data ini menunjukkan kerajaan BN tetap akan menggunakan dasar-dasar menekan pembangkang dan sesiapa saja yang lantang bersuara mempersoalkan urus tadbir negara.

Minggu lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan syor-syor dikenal pasti memberikan impak negatif kepada kawasan yang dimenangi oleh pembangkang.

Minggu ini, kita dikejutkan dengan sabitan hukuman kepada Tian Chua yang kononnya menghasut dalam satu forum tiga tahun lalu.



Ingatan mansuh Akta Hasutan

Justeru, keseluruhan keputusan yang diambil kerajaan ini jelas menunjukkan mereka terdesak untuk mengekang suara rakyat dan mana-mana pihak yang dilihat mengancam mereka.

Anggota parlimen daripada pembangkang akan disibukkan dengan isu dan kes mahkamah.

Pada masa sama agensi-agensi kerajaan digunakan untuk menjadi tangan-tangan ghaib menyelamatkan kerajaan.

Menghasut rakyat untuk menegakkan hak bersuara dan demokrasi dalam kes Tian Chua rupa-rupanya satu kesalahan, tetapi menghasut rakyat dengan provokasi dan ancaman huru-hara dalam kes Datuk Jamal Md Yunos dan Ali Tinju (Mohamad Ali Baharom) bukan kesalahan?

Atau saya silap. Kes mereka masih dalam siasatan?

Harus berapa tempang lagi sistem kehakiman dan keadilan negara akan melenyapkan suara rakyat?

Pada 26 September 2016 saya telah memfailkan satu surat pindaan usul di bawah akta 27 (1) menggantikan Akta Hasutan kepada Akta Keharmonian Nasional.

Usul ini adalah juga merupakan satu peringatan kepada janji perdana menteri untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 2012.

Kita nantikan pelunasan pemansuhan akta yang bakal memberi cek kosong kepada BN untuk terus menindas rakyat menerusi dasar-dasar menekan tanpa suara wakil rakyat pembangkang sebagai penimbang tara. - Nurul Izaah, mk

Gerard Lourdesamy - How can these words be seditious? ‘Turun ke jalan’ and ‘bangkit’ can refer to taking to the streets to protest against the government which is permitted under the Peaceful Assembly Act 2012. The accused did not say “turun ke jalan dan gulingkan kerajaan”. The former CM of Malacca can accuse the Raja Muda of Selangor of being a murtad and get away with a fine. Does this mean that Umno politicians are above the law? The attorney-general (AG) should explain these double standards in decisions to prosecute. To accuse a Muslim of being a murtad without a shred of proof is not only a grave sin in Islam but clearly seditious since it has the tendency to encourage disloyalty and disdain for the future ruler of Selangor. The law is increasingly becoming an ass in Malaysia.

Ferdtan - The judge had found that the words used by Tian Chua as seditious, then we might as well ban such words from Malaysian dictionary from being used. That would save the courts’ time to judge on cases that would serve ‘real’ justice, instead of making such decisions on political cases that are seen to benefit the ruling government. The words, 'bangkit' (rise up) and 'turun ke jalan raya' (take to the streets), from now onward should not be spoken and written. Period. Comedy? Malaysians just don’t know whether to laugh or to cry. Even if those words are in different contexts, completely non-political, it is still not-advisable; the reason is that the people in-charge of enforcement agencies are often seen to lack in language proficiency - especially English.

Aziz Kader - I am not a law graduate but funny how could the words 'bangkit' (rise up) and 'turun ke jalan raya' become sedition? Unless 'bangkit' (rise up) and 'turun ke jalan raya' if the phrase continues to mention kill or harm someone, only then can it be classified as sedition. If the phrase continues to fight for justice against regime, how could that be sedition?


DOJ aware of at least US$3.5b stolen.Auditor report (Najib declared ‘Secret’) assessed US$7b stolen. Key person directly charged is Jho Low. Low is Najib's personal ‘advisor’ at 1MDB.

Low’s secret role in managing 1MDB is well known. Low attend board meetings, supervising all 1MDB’s major ‘investments’ raking off billions, paying backhanders, laundering loot,web of off-shore companies, bank accounts, BSI, Coutts, UBS, Falcon, StanChart.

Low avoided US, limited himself to Taiwan, Thailand, China. While Najib employed proxies for deals, for laundering in US.

Najib is Malaysian Official Number One held all decision-making powers at 1MDB private KL bank account had billions.

Ostb: UMNO bodoh lagi ke?  Get rid of the par_ahlah. 

The masterminds have not much brains. So as Hadi Awang, Mat Maslan all said 'Which idiot would put stolen money into his own bank account?" Answer : Moron No 1.

This was a classic Ali Baba operation. The mamak also assisted. The 'Baba' part did all the leg work, the running around and putting things into operation. 

The 'Ali' part just signed buta on the dotted lines. They got the money, they spent the money, they went shopping, enjoyed themselves with stolen money etc. So typical and predictable.- ostb


Story kat SINI dan SINI  


MO1 samun 2.6 bilion Tak Ditangkap,
Tak Didakwa Lagi Terror...


cheers.

No comments:

Post a Comment