11 March 2016

‘Ku Nan, ‘tengku palsu’ tak layak komen...


Khairuddin_Tengku-Adnan_smalaysia_600

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiada hak untuk membuat sebarang komen terhadap tokoh-tokoh UMNO yang menghadiri Deklarasi Rakyat.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Tengku Adnan sendiri menipu dengan menggunakan gelaran tengku palsu.

“Dengan rakyat pun dia boleh menipu dengan menggunakan gelaran palsu. Siapa dia nak cakap semua tokoh-tokoh yang menandatangani Deklarasi Rakyat sebagai kebudak-budakan

“Dialah kebudak-budakkan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Tengku Adnan yang menempelak kumpulan pemberontak dalam UMNO dan menyifatkan mereka itu bersikap seperti kebudak-budakkan.



Khairuddin menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan kaki bodek seperti Tengku Adnan.

“Suruh dia buka laman sosial media dan bacalah apa saja komen rakyat terhadap dia. Adnan Mansor ni hakikatnya barang kondem dah pun,” sindirnya.

Khairuddin berkata, Tengku Adnan cepat lupa sejarah bagaimana beliau mampu dilantik menjadi menteri.

“Penyangak ni cepat lupa sejarah. Dulu dialah penjilat kaki Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang utama. Manusia yang tak tahu kenang budi macam Adnan Mansor ni mesti ditolak secara total. Dia dah tidak relevan lagi.

“Tun Dr Mahathir Mohamad lah yang acu karier politiknya suatu masa dulu. Naik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan ikut buntut Tun Dr Mahathir Mohamad ke hulu ke hilir pada suatu masa dulu tapi kini sekurang-kurangnya jangan lah terlalu biadap pada bekas bos dia,” katanya. - fmt

UMNO dan DAP...

1. Ramai ahli UMNO yang rasa terkilan dan tidak senang melihat Kit Siang dan DAP berada diatas pentas yang sama dengan UMNO dan pemimpinnya, yang lama dan yang baru.

2. Kenapakah ahli dan pemimpin UMNO sanggup bersama dengan DAP dan Kit Siang?

3. Soal yang sama juga ditanya oleh ahli dan pemimpin DAP yang benci dan bermusuh dengan UMNO terutama dengan saya sendiri sebagai bekas pemimpin UMNO sejak DAP ditubuh.

4. Amat sukar bagi ramai dalam kedua-dua parti yang bermusuh ini menerima bahawa mereka yang menghadiri dan menandatangani deklarasi menolak Najib, menghadiri bukan sebagai ahli dan pemimpin parti politik atau gerakan, tetapi mereka hadir sebagai “citizen”, rakyat Malaysia yang khuatir akan kesan buruk perlakuan Najib sebagai Perdana Menteri.

5. Bagi pemimpin UMNO, jika UMNO seperti UMNO dahulu dan segala saluran untuk menghentikan perbuatan yang salah masih ada, penyelesaian boleh dicari dalam parti. Tetapi Najib sudah tutup semua saluran ini. Hak ahli dalam UMNO, Mesyuarat Agong UMNO, Majlis Tertinggi UMNO sudah tidak berfungsi lagi. Mulut anggota dan badan-badan dalam UMNO sudah ditutup rapat oleh Najib dengan berbagai-bagai cara, dengan melumpuh bukan sahaja badan-badan tertentu dalam parti tetapi melalui institusi-institusi Kerajaan seperti polis, Peguam Negara, Surhanjaya Pencegahan Rasuah, PAC dan lain-lain.

6. Tindakan Najib menekan bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga keatas semua rakyat tanpa mengira kaum atau parti.

7. Dalam keadaan ini rakyat yang menjadi mangsa sudah lumpuh dan tidak lagi dapat bergantung kepada parti politik mereka sendiri untuk perlindungan, dan tidak pun melalui institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi keselamatan rakyat.

8. Bagi semua rakyat Malaysia hanya penyingkiran Najib sahaja yang boleh memulihkan demokrasi negara. Tetapi rakyat tidak ada apa-apa jentera yang boleh diguna untuk menyuara pendapat mereka pun.

9. Oleh itu tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang, terpaksa membelakangkan pertubuhan dan perjuangan mereka supaya suara mereka dapat diperdengarkan kepada semua. Mereka perlu bertindak sebagai “citizen” (rakyat) dan bukan lagi sebagai parti atau badan-badan tertentu.

10. Kesedaran inilah yang menyebabkan mereka yang bermusuh membelakangkan permusuhan mereka buat sementara untuk menyelamatkan negara tercinta. Mengutama parti masing-masing bermakna menyokong dan mengekal rejim Najib.

11. Apabila demokrasi dan kebebasan di kembalikan maka perbezaan pendapat antara mereka bolehlah diteruskan.

12. Jika kita tidak faham, lihatlah keadaan dikalangan orang Islam di Timur Tengah. Musuh mereka ialah Israel yang dibantu oleh Amerika Syarikat.

13. Malangnya mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka, permusuhan antara Sunni dengan Syiah, antara Fatah dengan Hamas, antara Iran dengan Arab sehingga mereka lupakan musuh sebenar mereka, iaitu Israel, dan mereka berperang sesama orang Islam.

14. Maka bertepuk tanganlah Yahudi dan Amerika.- chedet cc.

Najib's Campaign A Disaster, PR Advisors Screw Up Again...

This time it is not Lim Kok Wing. I think this time it is Farid Ridwan.  

This 1M4U/respectmyPM has lost the plot.First of all "respectmyPM" sounds very angry. 

It is actually an ayat perintah "Respect my PM !!". Or bahasa teguran 'Show respect to my PM'

Can I make a suggestion? How about 'Malaysia deserves better'.

Anyway here is a picture from Johor where Najib appeared at a "respectmyPM" event.

Can you see the empty seats(pix,above).This event hall is more than 2/3 empty. 

And Najib is already on the podium, speaking to the really small crowd.  Soon no one will turn up.  

Here is my suggestion. Why not get really oversized people to attend. You know - they can "pull up a couple of chairs and sit down".  The place may look less empty.  Just kidding ok.

Here is my advice to Najib. Just go away on extended leave. No one supports you anymore except maybe a dozen or two dozen people who control state power.

The other day I wrote about an Ops Lalang type situation. Well the latest info is it is not going to happen. The boys in green are against it completely and the boys in blue are also not in agreement.

Today I attended a meeting where people spoke about things going on in the country. I was happy to see old faces from the old 'kick out Pak Lah' campaign.

Not everyone has become  'prepaids'.  I was so glad to see familiar faces.  And they are young people - full of energy and vibrant. And not afraid. In fact they are being held back.

Folks, its not over till the fat lady sinks. Stay tuned.- syedsoutsidethebox

Najib Razak pening lagi. Kata beliau dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi beliau adalah derma Saudi. Tiba-tiba hari ini kecoh sedunia Kerajaan Saudi kekurangan dana dan sedang mencari pinjaman sehingga USD8 bilion. Agaknya dari menderma kepada PM kita, lebih baik keluarga diRaja Saudi derma kepada kerajaan mereka yang kesuntukan dana sekarang. Saya bimbang DS Najib buang tabiat ambil duit kita derma kepada Saudi pula, konon nak balas budi. - rafizi ramli
Story kat SINI dan SINI   

Bayar mutaah RM30 juta...
Story kat SINI dan SINI  

Poster derma untuk Mat Sabu yang tersebar beberapa hari lalu.

One of the images found in internet

cheers.

No comments:

Post a Comment