29 December 2015

Najib takut runding dengan pemegang konsesi kroni...



Rafizi
Najib tak mampu runding kembali perjanjian lama...

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menyatakan kebimbangan lebih banyak perjanjian konsesi membebankan rakyat akan berlaku di era Datuk Seri Najib Razak berbanding sebelum ini.

Rafizi menyatakan kebimbangan itu susulan kerajaan tidak mengendahkan cadangan pembentukan Suruhanjaya Perjanjian Awam untuk menyemak kembali kesemua perjanjian dengan pihak swasta yang melibatkan kepentingan awam.

“Malah, saya khuatir sekiranya tidak dibendung, pentadbiran Najib sebenarnya akan menganugerahkan lebih banyak perjanjian konsesi membebankan rakyat di masa hadapan berbanding jumlah perjanjian di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad atau Tun Abdullah Badawi,” katanya. 

Rafizi (gambar atas) berkata, umum mengetahui Najib menubuhkan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mempermudahkan penswastaan projek-projek kerajaan melalui konsep konsesi.

Cadangan PKR dalam pilihan raya umum ke-13 lalu itu antaranya mencadangkan kerajaan mengubah perjanjian sedia ada supaya lebih adil, berdasarkan laporan Suruhanjaya Perjanjian Awam.

PKR berhujah masih terdapat ruang untuk itu memandangkan terdapat syarikat konsesi dipegang oleh badan pelaburan kerajaan seperti Pejabat Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Prolinas.

'Najis terpalit dari dulu'

Beliau membangkitkan beberapa isu konsesi dibangkitkan sebelum ini seperti kontrak melibatkan kampus-kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Itu tidak termasuk perjanjian konsesi bagi lebuh raya-lebuh raya baru seperti EKVE (Lebuh Raya Lembah Klang Timur), SUKE (Lebuhraya Sungai Besi-Ulu ), WCE (Lebuh Raya Pantai Barat) dan lain-lain serta hospital-hospital baru.

“Malah, kita tidak tahu berapa banyak kemudahan kerajaan seperti balai polis, hospital, markas tentera dan lain-lain yang secara sembunyi telah diswastakan melalui konsep konsesi bawah pentadbiran Najib,” katanya.

Beliau juga menggesa penswastaan di era Najib didedah kepada umum selain bertindak sebelum kerajaan dibebankan dengan pampasan terlampau tinggi kepada pemegang konsesi “kroni”.



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata orang ramai tidak harus menyalahkan kerajaan sedia ada terhadap kontrak penswastaan yang dibuat di era kepimpinan sebelum ini.

Dipercayai merujuk kepada perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir (gambar) Mohamad, beliau berkata “Najis yang terpalit itu dibuat dari dulu”.

Mengulas isu itu, Rafizi berkata, beliau bersetuju banyak perjanjian konsesi lebuhraya dan penjana bebas (IPP) diluluskan oleh pentadbiran Mahathir. 

Bagaimanapun, katanya, itu tidak bermakna pentadbiran Najib tidak mampu berbuat apa-apa untuk merundingkan kembali perjanjian-perjanjian itu. - mk

Rafizi: Dedahkan projek penswastaan di bawah Najib

How many privatisation deals signed in secret?

Dividen dan Bonus ASB jatuh...

ASB makin teruk... 

RM 10 Bilion di kongsi oleh semua org Melayu, RM 2.6 Bilion di kongsi Najib Razak seorang saja! 

2015 : 7.25 + 0.5 = 7.75
2014 : 7.50 + 1.00 = 8.50
2013 : 7.70 + 1.00 = 8.70
2012 : 7.75 + 1.15 = 8.90
2011 : 7.65 + 1.15 = 8.80
2010 : 7.50 + 1.25 = 8.75
2009 : 7.30 + 1.25 = 8.55

Semalam.. ASN dah jatuh
Harini.. ASB plok jatuh

Esok, lusa dan seterusnya apa lagi yang nak jatuh !!! 

Bukankah sebelum ini gomen Najib kata ekonomi negara semakin kukuh, nilai ringgit semakin pulih, saham-saham di Bursa Malaysia makin meningkat tiba-tiba dividen #ASN & #ASB terus jatuh... KENAPA ???


Kg. Mutiara, Bukit Feringhi adalah perkampungan Melayu yang telah wujud sejak 50 tahun lalu, ada 50 keluarga yang menetap disana. Tanah itu milik sorang individu yang mahu membangunkan kawasan tersebut dan mengusir penduduk keluar dari tanah miliknya. Pemilik itu membeli tanah seluas 1.4 hektar di lelongan awam pada tahun 1991.

Kerajaan Negeri P.Pinang telah menolak permohonan pemilik tanah untuk membangunkan kawasan tersebut walaupun keputusan mahkamah Rayuan memihak kepada pemilik tanah yang mengeluarkan writ agar penduduk mengosongkan kediaman masing masing. Kerajaan Negeri berpendirian agar pampasan sewajarnya diberikan kepada penduduk disana. Malah kerajaan Negeri menyediakan khidmat guaman percuma kepada penduduk Kg. Mutiara sehingga proses penghakiman berakhir.

Walaupun pemilik berhak diatas tanah yang dimilikinya, kerajaan negeri secara pentadbirannya tidak akan meluluskan sebarang rancangan pembangunan sehingga tuntutan penduduk dipertimbangkan.

Kerajaan negeri juga telah menawarkan pada pemilik tanah untuk membeli tanah tersebut, tetapi ditolak oleh pemilik, begitu juga tawaran pembelian oleh JKP yang dipengerusikan oleh pemimpin UMNO setempat juga ditolak oleh pemilik.

Seperti biasa, page pro UMNO telah mempolitikkan isu ini...

Seolah2 kerajaan negeri gagal menjaga kebajikan penduduk khasnya orang Melayu di P.Pinang. Hakikatnya kerajaan negeri dan kepimpinan UMNO setempat telah berganding bahu bagi memastikan nasib penduduk yang terlibat diperjuangkan agar mendapat pampasan sewajarnya. Hanya mangkok2 hayun pro UMNO itu yang cetek minda akan menjual cerita demi kepentingan dan agenda politik depa semata2. - f/bk

tze-tsin
Just zero-rate mobile prepaid reloads, PKR urges Putrajaya...

Instead of imposing a goods and services tax (GST) rebate on mobile prepaid reloads for just one year, Putrajaya should resolve the problem once and for all by declaring the reloads a zero-rated item, PKR said today.

PKR strategy chief Sim Tze Tzin said the party opposed the rebate as it was just a temporary measure, done to pacify the people angered by the 6% GST imposed on mobile prepaid reloads.

He said the government will stop providing the rebate after a year, and that would leave the public back to square one.

"PKR rejects the new solution from the government. It is extremely unfair for the low-wage earners, pensioners and the youth, who had believed the government's promises. After a year, the 6% GST on mobile prepaid cards will return.

"PKR proposes that mobile prepaid cards be zero-rated. This will solve the problem and help the low-income earners.

"But the government has rejected the proposal because it needs the GST money," Sim said in a statement released today.

He said the telcos were also unwilling to foot the annual RM850 million in GST revenue Putrajaya earns from mobile prepaid reloads, even though it had willingly absorbed the now-abolished 6% sales and services tax.

Sim added that it was shameful for the government not to have come up with a permanent solution nine months after the GST was introduced.

He also took exception to the fact that the announcement on the rebates yesterday came from a "non-governmental organisation", saying this showed Putrajaya was too afraid to face up to the problem.

Yesterday, the Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) said the rebates will be offered until December 31, 2016, in line with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's announcement during the tabling of Budget 2016 on October 23.

Under Budget 2016, Najib announced that rebates for GST will be offered to prepaid mobile phone users and that the government was willing to "let go" of some earnings from the broad-based consumption tax to lighten the burden of consumers.

The rebate follows public outcry after mobile phone prepaid reloads were subjected to GST charges.

Then deputy finance minister Datuk Ahmad Maslan had said there would be no changes to the prices of reload coupons, as the 6% GST would merely replace the 6% sales and services tax.

The Malaysian Communications and Multimedia Commission and CFM later clarified that consumers would have to bear the GST cost on prepaid reloads as communication services were not exempted from the tax nor zero-rated.

In May, former communications and multimedia minister Datuk Seri Shabery Cheek said it was unfair to demand telcos absorb the GST on behalf of consumers, as it was a consumption tax.– tmi





Yang zalim berkeliaran diluar
Yang bodoh menunjuk pandai
Yang menanggung rakyat sendiri...

cheers.

No comments:

Post a Comment