27 November 2015

Nurul Izzah, Tian Chua dilarang ke Sabah...


izaah2

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul khas melarang dua Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki negeri itu.

Usul dibentangkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah itu disokong oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan diluluskan selepas hampir dua jam dibahaskan oleh anggota dewan pada persidangan itu.

Sebanyak 47 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong usul khas di bawah Peraturan Tetap 31 (3) manakala tiga ADUN berkecuali.

Bagaimanapun, lima ADUN pembangkang iaitu daripada PKR dan DAP keluar dewan sebelum pengundian.

Ketika membentangkan usul itu, Tan mahu pihak berkuasa kerajaan mengharamkan kemasukan Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah selain harus disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

"Sementara pihak yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, Jacel H Kiram atau sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan mereka diharamkan masuk ke Malaysia," katanya.

Pada 9 Nov lepas tersebar gambar Nurul Izzah bertemu Jacel yang merupakan anak perempuan kepada bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Tan berkata tindakan Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, bertemu Jacel yang ada kaitan dengan pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

Pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, yang mana insiden itu telah mengorbankan banyak nyawa termasuk anggota pasukan keselamatan.

Tan berkata pemergian Nurul Izzah bersama anggota Parlimen Batu, Tian Chua menemui Jacel menjadikan rakyat bertambah sangsi dan curiga bahawa mereka telah diperalatkan oleh anasir yang menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

Tan menegaskan keselamatan dan kedaulatan adalah isu yang menyentuh hati dan jiwa raga rakyat Sabah dan apabila ada sesiapa sahaja yang cuba berdamping dan bermesra dengan musuh ia adalah pengkhianatan terhadap kedaulatan negara.

Sementara itu, Musa berkata tindakan Nurul Izzah dan Tian Chua, bukan sahaja menghina rakyat Sabah, tetapi sengaja memandang rendah pengorbanan pasukan keselamatan yang berjuang dan menggadai nyawa demi mempertahankan keselamatan Sabah.

Beliau menegaskan bahawa semua cadangan dan pandangan disuarakan pada persidangan kali ini akan diteliti dan dipertimbangkan bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Ini termasuk tindakan menggunakan kuasa yang ada dan Akta Imigresen bagi menghalang pihak terbabit (Nurul Izzah dan Tian Chua) daripada memasuki negeri ini walau dari pintu mana sekali pun kerana dikhuatiri mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan Sabah," katanya. - mk

T/Sekole - Depa ingat Sabah tu bapak depa punya kot...


Nurul, Tian Chua barred from entering Sabah...

PKR vice presidents Nurul Izzah Anwar and Tian Chua have been barred from entering Sabah.

The decision came after the Sabah State Legislative Assembly (DUN) approved the special motion, under Standing Order 31 (3).

A total of 47 state assemblymen voted in support of the motion in the poll, which was conducted after the session ended.

Three other assemblymen abstained from voting, Wilfred Bumburing (Independent-Tamparuli), Edwin Bosi (DAP-Kepayan) and Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor).

The motion was tabled by Deputy Chief Minister and Minister of Industrial Development, Raymond Tan Shu Kiah, who asked the authorities to bar Nurul Izzah and Tian Chua from entering Sabah.

Raymond also proposed that an investigation be conducted into the duo’s meeting with the daughter of the Sulu Sultan, Jacel Kiram, in the Philippines recently. - fmt

Anda nilaikanlah sendiri...

Story kat SINI dan SINI  

Masalah 1MDB sebenarnya kerana...

cheers.

No comments:

Post a Comment