24 May 2015

Najib, jangan dok bermimpi nak jadi pahlawan Bugis...


Bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Affifuddin Omar menggamatkan dewan tempat sebuah forum diadakan di Petaling Jaya hari ini apabila meminta perdana menteri berhenti bermimpi kononnya beliau seorang pahlawan Bugis.

Kata Affifuddin, keadaan itu kerana orang Bugis juga dikenali sebagai lanun.

Menurut beliau yang kini aktif menulis novel, kenyataan berulang kali Datuk Seri Najib Razak untuk tidak mahu mengalah walaupun berdepan kritikan hebat kelihatan lompong kerana beliau tidak menjawab tuduhan yang ditujukan.

"Orang Bugis tak melawan sangat dulu. Yang kuat melawan, orang Aceh. Orang Aceh dok diam (tak ke mana-mana) saja.

"Orang Bugis (berlayar) di laut selalu menyamun saja.

"(Jadi), tak payah bermimpi jadi pahlawan Bugis. Saya pun ada darah Minang," katanya.

Sementara itu, Afiffudin juga berkata, kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang hangat ketika ini mungkin menandakan berakhirnya hayat politik Najib dan UMNO. 

"Pihak yang tampil menyokong beliau adalah pemimpin bahagian tetapi ahli tahu apa yang berlaku di peringkat bawahan, terutama dalam pilihan raya kecil Rompin lalu. - mk

Najib, don't dream of being a Bugis warrior...

Former deputy finance minister Dr Affifuddin Omar raised much laughter at a forum when he called on Prime Minister Najib Abdul Razak to stop dreaming he is a Bugis warrior.

The Bugis are known more as sea bandits, not warriors, he said at a forum titled 'Looking for the New Malaysian Leader' in Petaling Jaya today.

He said Najib's reiteration that he will not surrender amidst criticisms because he is a brave Bugis warrior actually sounds hollow if the PM does not answer the allegations put out to him.

"The Bugis are not really good in warfare. The ones who are good are the Achehnese. Now the Achehs are quiet.

"The Bugis only travelled the sea and raided everything.

"Don't dream of becoming Bugis warrior. I too could bring up my Minang ancestry," he told the audience.

Afiffudin, who is still an Umno member, said the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) issues that were raised today could well mean the end of both Najib and Umno.

"The ones who came to support him (Najib) are division leaders. But as a grassroots Umno member who go around, I know what happened (on the ground), especially at the Rompin by-election. The signs are not good," he said.

Why other big names 'silent'?

Affifuddin (photo) supported the call by Mahathir to call for a forensic audit on the company’s account and not just reports from both auditor general and the Public Accounts Committee (PAC).

He said his experience as the PAC chief taught him that the committee has no power whatsoever to make independent and impactful accounts investigation on the debt-ridden company.

“When I was the PAC chief, we don’t do forensic accounting. We only discussed the auditor general’s report. If they ask the auditor to hide it, we can’t do anything.

"The PAC scope is limited. We don’t have the power to summon people and we don’t have the power to prosecute,” he said.

He also asked why only Najib is forced to answer every allegation regarding 1MDB as there are other leaders who are involved more intimately with the company's dealings.

Affifuddin, who was holding the 1MDB company information sheet,  said there are other 'giants' who are members of the 1MDB board and acting as advisors.

“I see many Tan Sris and Datuks here. Why do they keep quiet? They should be investigated as well. These corporate giants just kept quiet. Why (have) they never answered (allegations about 1MDB)?” he said.

'Best leader is Tun Razak'

At today’s forum entitled ‘Searching for the New Malaysia Leader’, Affifuddin, along with co-panelists former Selangor menteri besar Muhammad Muhammad Taib and former de facto law minister Zaid Ibrahim, outlined their criteria for future prime ministers.

In his presentation, Affifuddin said Malaysians, especially Muslims, should not think of their leaders in the traditional mould, by comparing them with Prophet Muhammad, caliph Umar Abdul Aziz, or Sultan Muhammad al-Fateh of the Ottoman Empire.

He said Malaysian leaders should know about economics, to spur Malaysia forward to achieve developed nation status, but also be close to the people.

“To me, the best leader is Tun Abdul Razak (photo). He is not rich.

“He did not even have ‘cukong’ (politician-backed businessmen). He didn’t have Vincent Tan, Yeoh Tiong Lay, Syed Mokhtar (al-Bukhary). He doesn’t even have a Jho Low,” he said, drawing much laughter from the audience. - mk

1MDB pinjam RM11.55 bilion, terima hanya RM6 bilion...

Setelah 6 tahun, kejayaan 1MDB adalah mengumpul sebanyak RM42 bilion hutang korporatnya.

Malangnya, pelbagai aset diperolehi yang sepatutnya berimpak tinggi, sama ada dalam bidang tenaga dan hartanah, gagal menjana cash-flow atau ‘revenue’ yang boleh melunaskan pelbagai hutangnya.

Kini, aset 1MDB bakal ‘difaraidkan’ untuk menyelamatkan dana pelaburan kedua negara ini.

Khazanah Nasional Berhad, dana berdaulat negara yang pertama, tentunya adalah jenis ‘creature dan DNA’ yang berbeza.

Penulisan ini fokus ke atas bagaimana 1MDB menjalankan pinjamannya dalam sektor tenaga secara lebih terperinci. Penulisan ini tidak memasukkan cerita Projek 3B yang sudah pun diserahkan kembali kepada Suruhanjaya Tenaga (EC), kerana 1MDB tidak mampu meneruskannya.

Sangat pelik bagaimana sebuah dana pelaburan 100% milik Perbadanan Kementerian Kewangan (MOF Inc) terpaksa menstruktur pinjaman yang sebegitu rumit dan lebih penting, terlalu mahal kos pinjamannya. Akal yang waras pastinya penuh syak.

Penulis  sengaja dedahkan secara naratif atau pengkisahan, supaya dihujung penulisan ini, pembaca diminta membuat ‘hukuman’ mereka sendiri.

Pada 2012, 1MDB membuat 2 perolehan penjana tenaga bebas (IPP) yakni Tanjung Pls (Ananda Krishnan) pada harga RM8.5 bilion dan Genting Sanyen (Lim Goh Tong) dengan harga RM2.35 bilion atau berjumlah RM10.85 bilion.

Cakap-cakap dalam pasaran sedia maklum 1MDB membayar hampir RM2.5 bilion melebihi harga sepatutnya.

Itu sudah sejarah dan bukti tidak langsung terdapat pada penyata tahunan 2013, ketika pihak auditor memberi pelupusan sebanyak RM2.5 sebagai penurunan nilai muhibbah atau ‘goodwill’ bagi mengimbangi, antara asset dan liabiliti, dalam neraca kira-kira (balance sheet).

Yang penting sekarang ialah mengapa 1MDB membuat pinjaman melebihi dari yang diperlukannya?

1MDB membuat pinjaman dari pasaran bon yang diuruskan oleh Goldman Sachs. Dua bon diterbitkan bernilai AS$1.75 bilion setiap bon atau AS$3.5 bilion bersamaan RM11.55 bilion.

Pada waktu yang sama, 1MDB membuat pinjaman secara ‘bridging loan’ atau ‘pinjaman darurat’, sebanyak RM6.2 bilion dari satu konsortium bank yang diketuai oleh Malayan Bank Bhd dan RHB Berhad.

Jelasnya 1MDB meminjam RM17.55 bilion untuk membuat perolehan yang berjumlah RM10.85 bilion. Ternyata 1MDB membuat pinjaman sebanyak RM6.9 bilion melebihi dari yang diperlukan.



Persoalannya, mengapa?

Jawapannya kerana 1MDB hanya menerima RM6 bilion dari jumlah yang dipinjam. Kenapa pulak? Sebab RM5.5 bilion adalah pelbagai bayaran ‘kos’ yang perlu dibuat 1MDB! Apakah kos-kos tersebut?

Pertama, 1MDB membayar Goldman Sachs sebanyak AS$393 juta atau RM1.3 bilion sebagai yuran dan komisen untuk menstrukturkan pinjaman ‘canggihnya’ ini.

Sebanyak RM4.25 pula digunakan untuk membayar satu ‘deposit sekuriti’ kepada sebuah syarikat namanya International Petroleum Investment Company (IPIC), Abu Dhabi, yang berperanan menjadi ‘penjamin bersama’ atau ‘co-guarantor’ dalam terbitan bon oleh Goldman Sachs tadi.

Sangat mahal deposit sekuriti yang dituntut oleh IPIC melebihi 37% dari jumlah bon. Kenapa dipersetuju Lembaga Pengarah 1MDB, adalah satu hal yang membingungkan, kalau tidak mencurigakan?

Deposit itu juga berperanan sebagai ‘sekuriti’ kepada IPIC yang ditawarkan satu ‘Put option’ dalam masa 10 tahun (mudah terjemahan, Pilihan), oleh 1MDB untuk memilikki sebanyak, maksima, 49% saham dalam ‘entiti tenaga’ (Edra Global Energy Bhd) yang bakal disenaraikan oleh 1MDB!

Sangat ‘lumayan’ tawaran kepada IPIC yang bertindak hanya sebagai ‘penjamin bersama’ atau co-guarantor! Mengapa begini sekali yang dipersetujui 1MDB atau lebih tepat lagi Lembaga Pengarah 1MDB atau BODnya?!

Ini sudah semacam menjadi pinjaman ah long korporat atau 'international loan shark'! IPIC kemudiannya memindahkan hak ‘option’nya kepada subsidiarinya, Aabar Investments.

Ketika perancangan untuk pensenaraian aset tenaga itu itu gagal – Edra Global Energy Bhd – ada perkara pelik berlaku.

Dalam laporan kewangan tahunan penuhnya untuk Mac 31, 2014, 1MDB mendedahkan sebanyak RM4.39 bilion (AS$1.22 bilion) yang ditebus (redeemed) dari Cayman Island digunakan untuk melunaskan beberapa bayaran hutang, ‘working capital’ dan bayaran kepada Aabar Investment untuk ‘menamatkan’ perjanjian ‘option’ yang diberikan kepadanya (IPIC asalnya).

Laporan Kewangan juga mendedahkan juga 1MDB pada May 2014, meminjam sebanyak AS$250 juta untuk membeli kembali option yang diberikan kepada Aabar.

Juga pada 22 May 2014, 1MDB menandatangani perjanjian penyelesaian untuk menamatkan option tersebut. Tidak ada detail bersabitan perjanjian itu kecuali bayaran penyelesaian akan ditentukan oleh penilaian ketika IPO.

Ternyata, ‘option’ ini adalah sangat mahal untuk 1MDB dan mengapakah BOD 1MDB mengizinkan 'option’ ini diberikan kepada IPIC/Aabar? Ini adalah sangat ganjil dan terus menjadi tanda tanya yang tidak berjawab sehingga kini.

Dalam pada itu, pada 2 September, 1MDB mendedahkan Aabar menulis, memberitahu mereka tidak mahu meneruskan peruntukan ‘option’nya dan 1MDB berjanji untuk membayar pampasan kepada Aabar mengikut perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada 22 Mei, 2014 itu.

Pelik mengapa perlu menandatangani satu perjanjian baru bagi menamatkan perjanjian, sebab lazimnya sudah tersedia klausa ‘termintaion’ dalam perjanjian asal.

Berapa jumlah yang dibayar kepada Aabar oleh 1MDB bagi menamatkan ‘option’, sepatutnya mesti diketahui oleh lembaga atau BOD 1MDB?



Juga, apakah sudah dibayar kembali kepada 1MDB sejumlah wang RM4.25 bilion yang disimpan sebagai ‘deposit sekuriti’ atas peranan penjamin bersama dan jaminan ‘option’ yang kini sudah pun ditamatkan? Tidak ada siapa tahu sehingga kini juga?

Turut membingungkan adalah semua yang faham hari ini, bahawa 1MDB, satu hari sebelum mendapat surat dari Aabar (2 September, 2014) yakni 1 September meminjam lagi sebanyak AS$975 (RM3.6 bilion).

Deutsche Bank adalah ketua konsortium kepada 6 bank internasional yang bertindak untuk mendapatkan pinjaman tersebut untuk 1MDB. Pinjaman adalah untuk menamatkan ‘option’ kepada Aabar (duluya IPIC).

Paling mengejutkan, pinjaman untuk setahun ini, menggunakan asset milik Brazen Sky, sebagai cagaran. Kini pertikaian besar sedang bergolak. Aset Brazen Sky, anak syarikat 1MDB di Singapura ini sangat diragukan. Kita akan menyambung perkara ini kemudian.

Sebagai noktah akhir untuk penulisan, Arul Kanda Kandasamy ketika itu bekerja di Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) dengan salah sebuah 6 bank antarabangsa yang memberikan pinjaman kepada 1MDB.

Apa tujuan pinjaman ini dan bagaimana Arul berjaya mendapatkan pinjaman untuk 1MDB dan apa cagaran yang digunakannya?

Arul kini adalah CEO 1MDB!  – Dzulkefly Ahmad.tmi

1MDB needs RM40 billion over the next nine years...

A report in The Star claims that troubled 1Malaysia Development Berhad (1MDB) will need RM40 billion for interest payments on its debts over the next nine years.

The report states that based on publicly available data and current market prices, 1MDB will have to fork out about RM1.4 billion a year between 2016 and 2022 for annual interest payments.

Aside from this, 1MDB is also required to come up with bullet payments of RM13 billion in 2022, RM10.9 billion in 2023 and RM1 billion in 2024 for its principal debt.

For 2015, 1MDB has debt obligations amounting to RM5 billion, which includes the US$975 million (RM3.5 billion) repayment—due on Merdeka Day—to the banking consortium led by Deutsche Bank.

The Star report also states that 1MDB has been using money raised from development projects to meet its debt obligations.

Additionally, 1MDB also admitted that some of the US$1.2 billion it withdrew from its stash of US$2.3 billion in the Cayman Islands tax haven were used to pay interest on its debt.

But Putrajaya recently admitted that the remaining US$1.103 billion was only redeemed in the form of paper assets, not cash.

This was supposed to be the money parked in BSI Bank Singapore, which was used as the collateral for the RM975 million loan to the consortium led by Deutsche Bank.

The consortium wants the loan paid up ahead of time, after it became jittery over the financial health of the BSI Bank account.

The Star also said that the 1MDB fiasco is reminiscent of the collapse of Renong, which had over RM20 billion in debts in the late 1990s. Khazanah Nasional eventually took over Renong for RM5.2 billion.

Just as Putrajaya could not afford the collapse of Renong for its potential implications on the banking system, the collapse of 1MDB will trigger a cross-default on all of its loans and impact Malaysia’s credit rating. - rakyattimes

Story kat SINI dan SINI  

Semua sekali disepak ke dalam jamban...



cheers.

No comments:

Post a Comment