11 March 2015

Kerajaan suntik RM900 juta lagi buat 1MDB...


Suntikan dana AS$1.1 Bilion 1MDB ‘mencurigakan’...

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan jawapan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan mengenai wang tunai sebanyak AS$ 1.1 Bilion tidak digunakan untuk membayar faedah hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kerajaaan mempunyai wang tetapi kenapa tidak mahu membayar faedah. Kenapa 1MDB perlu menerima suntikan kecemasan dari kabinet,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Beliau mendakwa laporan daripada Singapore Business Time hari ini telah mengesahkan kerajaan telah menghulurkan sebanyak RM970 juta sebagai pinjaman suntikan bail out kepada 1MDB dalam jangka masa pendek.

Sebelum itu beliau telah meminta Menteri Kewangan untuk menyatakan sama ada baki wang sebanyak AS$ 1.1 bilion yang telah dituntut oleh 1MDB daripada pelaburan Cayman Island dalam bentuk wang tunai atau masih dalam pegangang aset dan turut menanyakan di manakah lokasi wang tunai atau aset tersebut.

Namun, beliau berkata jawapan yang diberikan oleh Kementeri Kewangan wang AS$ 1.1 bilion telah ditebus dalam bentuk tunai dan masih disimpan di dalam mata wang Dolar Amerika di Bank Limited Singapore (BSI Singapore). Ini menunjukkan ada sesuatu yang disembunyikan oleh kerajaan.

Kementerian Kewangan juga mengatakan wang tunai itu disimpan di Singapura untuk memudahkan pengeluaran wang memandangkan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan kelulusan BNM diperoleh bagi setiap transaksi wang melebihi RM50 juta.

“Ini menunjukkan ada sesuatu yang disembunyikan oleh kerajaan. Jawapan diberikan jelas menunjukkan bahawa 1MDB mengelak peraturan-peraturan BNM.

“Saya tidak faham satu anak syarikat malaysia, ada masalah mendapat kelulusan daripada BNM untuk urusan pembayaran,” kata Tony Pua.

Tony Pua juga berharap di dalam sesi penggulungan mengenai suntikan dana 1MDB ini dapat diperjelaskan lagi.- fmt

Another RM1 billion injected into 1MDB...

The government has injected another RM1 billion into 1Malaysia Development Bhd (1MDB) but no public announcement was made on this, claimed several opposition lawmakers today.

PKR's Pandan MP Rafizi Ramli (right) said he has information that Prime Minister Najib Abdul Razak told Umno division chiefs that the government would inject at least RM900 million into 1MDB to help with its cash flow.

Najib is alleged to have announced this to the Umno division chiefs at a solidarity gathering held for him at Putra World Trade Centre on Sunday

DAP's Petaling Jaya Utara MP Tony Pua pointed to a report in today’s Singapore Business Times, which said the Malaysian government extended a nearly RM1 billion loan to 1MDB amid the controversies surrounding the fund.

Rafizi claimed that his source of information was an Umno division chief himself.

"The information from Najib's briefings to the Umno chiefs and the speculation that 1MDB might get a new injection of cash without being notified to the public needs urgent attention," he said.

Meanwhile, Pua extended an invitation to 1MDB president and executive director Arul Kanda and former CEO Shahrol Halmi to be panelists at a 1MDB forum.

Titled "1MDB: The Ultimate Low-Down", the forum which is organised by Pua and Rafizi would be held at the Crystal Crown Hotel in Petaling Jaya on March 15.

"They (Arul and Shahrol) can be assured that they will be given all the time necessary to respond to their critics," Pua said.

Arul Kanda previously said he would "engage" with Pua, a consistent critic of 1MDB.- mk

154 ketua UMNO bahagian tak boleh sucikan 1MDB...

Dua watak “dumb and dumber” Umno – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Bung Mokhtar Radin – dengan berani mengatakan syarikat strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bagus.

Menurut Bung Mokhtar – aset lebih dari tanggungan – 1MDB akan untung manakala Adnan menyifatkan 1MDB ialah angsa yang menghasilkan telur emas. Telur emas untuk siapa? Untuk Jho Lo dan penaungnya? Untuk Paris Hilton?

Juallah aset, kita tengok boleh cover tak liabiliti. Belian asset semua mengandungi elemen penambahan harga untuk komisyen, sumbangan dan bakshish… cuba jual kalau boleh dapat harga serupa.

Sekarang kita tahu, apa ahli korporat Umno buat. Dia orang beli aset dari kerajaan, cuba berniaga selepas balun komisyen dari pemalsuan harga, dan kemudian apabila sesak, jual kembali kepada kerajaan.

Kini Putrajaya hanya mencari jalan mencuri wang rakyat. Itu yang Umno lakukan dan sekarang jurucakap mereka menyatakan 1MDB baik . Itulah Melayu Umno – akan pertahankan hingga titisan darah terakhir – hak untuk mengesploitasi dan hak dapat duit percuma.

Lihatlah Najib dengan berani mengarahkan ketua audit negara menyelidik akaun dan urus niaga 1MDB. Inilah Presiden Umno terbaik. Dr Mahathir pun tak sebaik Najib. Mahathir cakap banyak, masa dia korapsi lebih teruk.

Jadi daripada kita sibuk mengenai Indeks Maqasid Syariah, baik ada Indeks Rasuah.

Selepas hutang mencecah RM46 billion baharu hendak suruh. Setelah kena belasah baru hendak suruh. Rumah dia siap, pahat baru hendak berbunyi.

Nak suruh periksa apa? Dokumen dan e-mel beribu-ribu. Data dalam komputer dihapuskan. Jadi apa yang hendak dikaji? Berani atau tidak  ketua audit negara menyelidik dokumen yang ada pada Sarawak?

Rakyat tahu, cara memindahkan kesalahan ini memang kerja Najib. Dia cuba mententeramkan mereka yang bertanyakan hal 1MDB dengan berkata, syarikat itu telahpun diaudit firma perakaunan yang terbesar. Mereka ini professional. Mereka tak jumpa sebarang yang mencurigakan.

Bila orang tidak percaya dan bila firma perakaunan pun mengalah, maka Najib dan pengurusan 1MDB mengatakan – bukan senang nak audit firma sebesar 1MDB?

Habis, nak biarkan? Biarkan segala huru hara dan kerosakan berlaku? Biarkan mereka mencuri duit atas nama bangsaku Melayu?  Dan ini soalan cepumas – jika firma perkaunan yang terbesar didunia pun mengalah, apalah sangat yang kita boleh harap dari pejabat ketua audit negara?  Saya cakap ini tanpa rasa merendahkan kemampuan akauntan kita- sekadar guna logik lautan biru.

Pengesahan dari firma perakaunan pun belum tentu membersihkan kotoran yang berlaku. Apatah lagi jika firma perakaunan tersebut mengalah. Mungkin tahap penipuan dan mencuri duit terlalu menyeramkan hingga mereka pun tarik diri.

Firma perakaunan ini pun ada rekod buruk mereka. Mereka bersubahat menipu. Sebagai contoh jangan kita lupa, Enron diaudit oleh firma perakaunan Andersen. Dulunya, BBMB diaudit oleh firma Touche Ross. Juruaudit skandal Transmile ialah firma Delloitte.

Ingat tak firma Lehman Brothers? Dulu bukan main hebat. Ia jadi muflis pada 2008. Bukankah ia pun diaudit firma perkaunan terkenal  Ernst & Young? Malah yang lebih menggerunkan ialah Lehman Bros menjual aset bernilai AS$50.

Di  Cayman Islands,  dengan janji bahawa aset dan “junk bonds” yang mereka jual asalnya akan dibeli kembali.

Agaknya inilah kelentong Najib kepada 154 ketua bahagian Umno yang datang. Separuh tidak faham dan minat, separuh tidak setuju. Yang setuju hanyalah golongan “dumb dan dumber”.

Kepada orang kampung bolehlah Najib kelentong dan 154 ketua Umno bahagian yang datang nak sahkan Najib ini boleh hidup ke lagi? Najib tahu, sebaik saja ketua bahagian ini menghidu kelemahan dan kematian politik, beliau pun ditinggalkan generasi yang kenal Tun Abdul Razak bukannya ramai.

Yang tua mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad dan umur dia sudah hampir 90 tahun.

Dr Mahathir ini pula, Allah berikan beliau kesihatan. Sudah hampir 90 tahun pun boleh tanam anak pokok. Malah beiau pernah kata: “Saya akan berada di sini dalam jangka masa panjang”. Jadi kita akan lihat bagaimana Dr Mahathir membalun Najib.

Kebenarannya ialah firma perakaunan pun banyak kelemahan. Mereka pun menjalankan perniagaan. Mereka dibayar maka ertinya ada harga dan boleh dipengaruhi supaya menulis sesuatu yang menguntungkan pihak yang mengupah. Ada firma pun bersubahat. Jika mereka tidak bersubahat, maka tidak ada lah skandal kewangan.

Empat firma yang menarik diri dengan 1MDB mungkin merasakan, kelentong dilakukan teralu dahsyat. Meraka tak sanggup bersubahat. Lagi pun mereka sudah mendapat pembayaran ke atas apa yang mereka siapkan. Tak perlu menipu untuk dapat wang lebih.

Sekarang apabila 4 firma perakauan terbaik dunia menarik dunia, inilah sebab yang paling besar mengapa ketua audit negara mesti menyegerakan siasatan. Ianya kesangsian yang utama menjemput pengauditan yang lebih rapi untuk menyingkirkan tikus yang menebuk labu 1MDB.

Bayangkan, dalam tempoh 5 tahun, 1MDB diaudit 3 firma perkaunan terbesar didunia. Juruaudit pertama 1MDB ialah Ernst & Young yang menarik diri tanpa mengesahkan satu pun penyata akaun 1MDB. Kenapa mereka takut? Firma besar pun takut angkara Najib tapi 154 ketua Umno bahagian sanggup?

Tidak ada alasan lain kecuali mesti sokong sebab ini projek kerajaan Melayu. Mesti sokong sebab Melayu yang lakukannya.

Firma audit ke-2 ialah  KPMG – tarik diri pada 2013 tanpa megesahkan sebarang penyata kewangan. Yang ini pun tarik diri.

Firma ke-3, Deloitte mengemukakan nota panjang dan penilaian yang kritikal ke atas penyata kewangan 1MDB. Mereka pun curiga dan mendapati banyak transaksi yang menjurus kepada salahlaku.

Ini cara biasa firma perakaunan untuk mengelak daripada dipersalahkan.

Kalau tak ada apa yang mahu disembunyikan mengapa penyata kewangan 1MDB teralu lewat difailkan? bahkan ada anak syarkat 1MDB tidak pernah memfailkan sebarang penyata kepada ROS.

Kalau tak ada benda hendak disembunyikan kenapa takut? Dan tolong perhatikan syarikat 100% milik 1MDB iaitu SRC tidak memfailkan sebarang penyata sejak 2012.

Ini syarikat milik 100% Kementerian Kewangan (MOF) dan mempunyai pinnjaman RM4 billion – pinjam daripada Kumpualn Wang Simpanan Perkerja (KWSP). Pinjaman ini dijamin oleh kerajaan Najib. Dan siapa juruauditnya untuk tahun kewangan 2012? Deloitte International satu  dari “The Big 4”.

Tapi 154 ketua bahagian Umno berani sebab mereka ingat mereka berkuasa. – Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz@ sakmongkol ak47

leaders umno2
UMNO has leaders, but no leadership...

Muhyiddin Yassin’s absence from the assembly of 154 Umno division heads on Sunday has generated speculation that he is now in an atypical relationship with his boss, particularly over the issue of 1MDB. 

The Deputy President was among the 37 absent division heads, many of whom are from Johor and Sabah. But one other notable absentee was Kedah Menteri Besar Mukhriz Mahathir, a son of former prime minister Mahathir Mohamad, Najib’s sturdiest critic.

Muhyiddin has been uncomfortable with his boss for some time now, and gossip has been heard here and there that he has strong opinions over a lot of issues affecting the running of the government and party. He must have felt that Sunday’s meeting presented an opportunity to tell Najib, by his absence, that he did not like the manner in which the Prime Minister runs the government.

Concerning the 1MDB issue, Muhyiddin has called for a “serious investigation” by the Public Accounts Committee. He has defied the statement by Najib and the Cabinet that there was nothing wrong with 1MDB with a call for a “forensic audit” of the company, going back to 2009.

Muhyiddin knows the impact of his absence from Sunday’s assembly. He is by no means a novice in politics. He knows that his absence is of consequence to the ailing Umno leadership. Thus it’s not incorrect to say that his absence was intentional and purposeful.

Najib too is not that naïve. He certainly knows that something is brewing and that Muhyiddin will lead an insurrection if he can command enough support from among the 146,000-odd voting members in the next Umno elections. 

That was the reason why he left without facing the media and instead asked Ismail Sabri Yaacob to take his place at a brief press conference. Obviously, he could not find a better member of the Supreme Council to do that.

Ismail Sabri told the press not to read too much into Muhyiddin’s absence, saying the Deputy President had important engagements set earlier.

Anyhow, whatever the consequence of Muhyiddin’s absence, it is not going to change anything in Umno. Even if Muhyiddin were to succeed in toppling Najib in the coming party elections, Umno will remain feeble or even get weaker. Umno has been so neglected by previous leaders that there is a huge vacuum of leadership in the party.

What is needed in Umno is not a change of leaders, but a change in leadership. There is a difference between the two. Mahathir changed leaders one after another, but he didn’t address the absence of leadership. That is the reason that after his administration, Umno was saddled with leaders without leadership. 

There can be a change of leaders every other year, but replacing one who has no leadership qualities with another who is similarly handicapped will plunge the country into perpetual disorder.

As it is, Umno is already at its weakest point and every concerned member, if he is honest with himself, can see that the party is at risk of losing in the next general elections. 

A further split in the top leadership will only cause a deeper fracture and ultimately send Malaysia’s oldest political organisation into oblivion.

The only available choice for leaders and members of the party is to get together to find someone who can lead and get everyone together to start the nation afresh and bring about a new political ambience that we are sorely in need of.

The current leaders must be courageous enough to own up to their weaknesses and let others take the mantle to restart the nation. Obviously, this means some degree of sacrifice from everyone.

What are the sacrifices they need to offer? They must place Greed, Anger and Foolishness on the altar. These are the poisonous impulses that want us to succumb to their evil in order to obliterate us. - Aspan Alias,FMT 

Story kat SINI dan SINI  




cheers.

No comments:

Post a Comment