Juruaudit tak tahu ke mana SRC laburkan RM3.8 bilion...
Syarikat milik Putrajaya, SRC International Sdn Bhd melaburkan sejumlah RM3.81 bilion daripada RM4 bilion yang dipinjam dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), dalam dana yang dikategorikan sebagai “open ended fund” iaitu pelaburan yang tidak diketahui atau tidak boleh diklasifikasikan, kata PKR.
Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli berkata, pelaburan berkenaan hampir sama seperti yang dilakukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila RM3.1 bilion yang dilaburkan tidak dapat dikesan juruaudit kewangan SRC.
"Kebiasaannya, jika sesebuah syarikat itu melabur dengan membeli saham atau kepentingan di dalam sebuah syarikat yang lain, pelaburan itu akan diperincikan sebagai pelaburan di dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu yang akan memberikan maklumat terperinci," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Bagaimanapun, pelaburan sebanyak RM3.81 bilion yang disebut menteri kewangan ini tidak disertakan di dalam penyata kewangan SRC International sebagai pelaburan di dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu.
"Ia ditunjukkan di dalam pelaburan yang tidak diketahui dan dinilai sebagai Pelaburan Tahap 3," kata ahli Parlimen Pandan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan dalam jawapan bertulis kepada Rafizi menjelaskan, RM3.81 daripada RM4 bilion dana yang dipinjam daripada KWAP dilaburkan dalam beberapa aset berkait sumber asli di luar negara termasuk di Indonesia dan Mongolia.
"Walaupun soalan saya adalah khusus untuk mengetahui di dalam syarikat manakah pelaburan-pelaburan ini dibuat, menteri kewangan terus mengelak dari memberi maklumat seperti mana beliau mengelak dari menjawab semua soalan berkaitan dengan 1MDB.
"Keadaan ini sama dengan pelaburan-pelaburan yang pernah dibuat oleh 1MDB yang rata-ratanya diklasifikasikan oleh juruaudit sebagai Pelaburan Tahap 3.
"Pelaburan-pelaburan seperti inilah yang akhirnya menyebabkan 1MDB berdepan masalah aliran tunai sehingga terpaksa menangguhkan bayaran hutang kepada bank-bank beberapa kali," katanya. - tmi
Auditors have no clue where Putrajaya’s SRC invested RM3.8 billion...
The Finance Ministry drew fire from opposition lawmakers today for its “vague” reply to a question on a RM3.8 billion loaned from Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) for SRC International Sdn Bhd.
In a written reply to Pandan MP Rafizi Ramli, the ministry did not specify how RM3.8 billion out of the RM4 billion loaned in 2011 from the civil service retirement fund was spent except that it had been invested in Indonesia, Mongolia and “some other countries”.
The ministry also did not specify the names of the other countries, something which Rafizi said was “vague” and demanded immediate clarification.
The reply stated said that the money was invested in “natural resources and coal mines”.
“I asked a specific question, and what I got was a vague and general answer,” Rafizi told reporters at news conference.
Putrajaya-owned SRC International Sdn Bhd has invested some RM3.81 billion of the RM4 billion borrowed from the Retirement Fund Incorporated (KWAP) in "open-ended" funds that cannot be identified nor classified, PKR said today.
In noting the similarities with the investments made by debt-ridden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), PKR secretary-general Rafizi Ramli said out of that amount, some RM3.1 billion has been put into funds that cannot be traced by auditors of SRC's finances.
"As per the norm, if a company invests by buying stocks or interests in another company, the investment would be detailed in the finances of that subsidiary. And SRC would also need to show the finances of its subsidiaries in its financial statements," he said in a press conference in Parliament today.
"However, the RM3.81 billion was not included in SRC's financial statement but shown in investments that are unknown and were classified as Level 3 Investments, where auditors have no information of what it is."
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is also finance minister, said in a written reply to Rafizi that RM3.81 billion from the RM4 billion of funds borrowed from KWAP had been invested in several assets that had to do with natural resources overseas, including in Indonesia and Mongolia.
"Although my question was specific to find out in which companies were the investments made, the finance minister continues to evade giving any information just as how he has avoided questions about 1MDB," Rafizi said.
"This is the same as the investments made by 1MDB which have been classified by auditors as Level 3 Investments. These same investments had caused the state investment vehicle to face cash-flow problems until it had to defer paying its debts to the bank several times."
In his tirade against the state-owned company, Rafizi urged Najib yesterday to order SRC to return the RM4 billion it borrowed from KWAP to protect the interests of civil servants.
He said that SRC, a company that was "de-merged" from 1MDB three years ago, had made losses of RM164 million without any gains, according to its latest financial statement.
He added that SRC's situation was akin to the modus operandi of other organisations that are linked with 1MDB, which was to borrow huge amount of funds with a guarantee from the government without stable business activities.
1MDB has come under fire from Rafizi and other opposition politicians as well as former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad over the fund's heavy debts, its use of money and its opaque operations.
There were concerns over the firm’s debts estimated at some RM42 billion, just five years into its operations, amid softening of the ringgit against the US dollar. – tmi
Kalu UMNO, polis boleh 'postpone' siasatan,kalu pembangkang, pagi repot petang dah tunggu kat pagaq rumah...
Menteri dalam negeri mengatakan bahawa siasatan awal dan rakaman
kenyataan dua pemimpin Umno - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk
Mashitah Ibrahim - disiapkan dalam tempoh 24 jam, tetapi fakta dan
kronologi kes itu menunjukkan sebaliknya.
Ia sebaliknya mengambil masa kira-kira seminggu sebelum Ismail Sabri
yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, disoal siasat oleh
polis berhubung gesaannya supaya memboikot peniaga Cina.
Begitu juga, dengan kes Mashitah berhubung dakwaannya bahawa beberapa
orang Cina di Kedah telah membakar helaian al-Quran, di mana beliau
hanya disoal siasat oleh polis sembilan hari selepas DAP membuat laporan
polis terhadapnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Parlimen
semalam bahawa tidak timbul keperluan untuk menangkap mereka kerana
siasatan awal dan rakaman kenyataan mereka disiapkan dalam tempoh 24 jam
dari tempoh aduan dibuat.
Zahid menjawab soalan MP Ipoh Barat, M Kulasegaran yang bertanya mengapa
ahli politik Umno tidak ditangkap kerana membuat membuat kenyataan yang
provokatif baru-baru ini.
Ia ekoran tindakan polis menangkap hampir kesemua aktivis pembangkang
selepas mereka secara sukarela hadir di balai polis selepas dipanggil
untuk memberi keterangan.
Penangkapan terbaru ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Ia ekoran perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac yang menyaksikan kira-kira 10,000 orang berarak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara.
Ismail Sabri membuat kenyataan kontroversi pada 2 Februari, di mana Ketua Polis Negara Khalid Tan Sri Abu Bakar dalam tweet pada hari yang sama mengatakan polis akan memanggil beliau untuk disoal.
Ia pada asalnya dijadual pada 4 Februari, tetapi kemudiannya ditangguhkan kepada 9 Februari, kerana dikatakan kesibukan jadual menteri itu kerana tarikh itu kebetulan sama dengan tarikh lawatan rasmi Presiden Indonesia Joko Widowo ke Malaysia.
Ismail Sabri kemudiannya menjelaskan bahawa beliau hanya merujuk kepada peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan mereka walaupun kejatuhan harga minyak.
Bagi Mashitah pula, beliau membuat dakwaan itu di Perhimpunan Agung Wanita Umno pada 26 November, tetapi dakwaannya itu kemudiannya didapati tidak benar.
MP Kulai Teo Nie Ching dan beberapa yang lain membuat laporan polis terhadap Mashitah pada 28 November dan, menurut Agenda Daily, kenyataan Mashitah yang dicatatkan pada 7 Disember.- mk
Why police deference when it comes to UMNO...
Instead of less than 24 hours within a police report being lodged - as Zahid claimed - it took about a week before Agriculture and Agro-Based Industries Minister Ismail Sabri Yaakob was even quizzed by the police on his controversial call to boycott Chinese traders.
Similarly, in the case of former deputy minister Mashitah Ibrahim and her claim that some Chinese in Kedah had burnt the Quran, page by page, she was only questioned by the police nine days after DAP lodged a police report against her.
Zahid had claimed in Parliament yesterday that there was no need to detain Ismail Sabri and Mashitah because initial investigations and the recordings of their statements were done within 24 hours of the reports being lodged against them.
“It's not true that only opposition members are being arrested. There are government supporters who have been arrested too,” Zahid (right) replied when Ipoh Barat MP M Kulasegaran asked why Umno politicians had not been arrested for their recent provocative remarks.
The home minister’s flailing comes in wake of the recent series of arrests under the Sedition Act 1948, almost all of whom were opposition activists detained after voluntarily going to police stations after being called in to give their statements.
The latest arrests were that of Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar and Batu MP, Tian Chua.
'Postponed because minister busy'
The crackdown comes hot on the heels of the March 7 Kita Lawan rally in the capital city, which saw some 10,000 people march in support of jailed Opposition Leader Anwar Ibrahim.
Ismail Sabri (left) made his controversial statement on Feb 2, with Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar tweeting on the same day that police would be calling him in for questioning.
This was originally slated for Feb 4, but was later postponed to Feb 9, ostensibly due to the minister’s busy schedule as the period coincided with Indonesian President Joko Widowo’s official visit to Malaysia.
Ismail Sabri has since clarified that he was referring only to "stubborn Chinese traders" who refused to lower the prices of their goods despite falling oil prices.
As for Mashitah, she made her claim at the Wanita Umno general assembly on Nov 26, but her claim was later shown to be untrue.
Kulai MP Teo Nie Ching and several others lodged a police report against Mashitah on Nov 28 and, according to Agenda Daily, Mashitah’s statement was recorded on Dec 7. - mk
PAS kena tipu dengan UMNO sekali lagi...
Sudah ada tanda2 PM Najib dan UMNO tidak akan sokong bill Hj Hadi bulan Mei ini. Mereka akan kata –kita tak tolak hudud tapi kita tidak mampu lagi. Dan ada kebenaran dalam apa yang mereka katakan.
Seperti kata bekas mufti al azhar, Sheikh Ali Jumaah, zaman ini tidak melayakkan aplikasi hudud. Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.
Mungkin itulah sebab nya- tapi sebagai makhluk politik, tindakan kerajaan Najib tidak dapat dipisahkan dari konotasi politik. Realitinya, hudud diasosiasikan dengan rejim kuku besi, negara yang mundur, miskin, pemerintah yang menindas dan zalim- Najib tidak akan mahu Malaysia dianggap demikian. Dalam bab ini, saya kena setuju.
Saya tidak fikir kita mahu Malaysia menjadi seperti negara2 yang melaksanakan hudud seperti Pakistan yang setiap hari kita dengar berlaku honour killing, Sudan sebuah negara yang hancur lebur dengan kemunduran, perang saudara dan kemiskinan. Bahkan macam Saudi Arabia yang kaya raya tapi penduduk tertekan dan tertindas dan golongan elit kaut segala kekayaan dan menggunakan hudud untuk menekan dan menindas.
Secara amnya, negara yang mengaplikasikan hukum hudud adalah antara negara yang paling mundur dan miskin.Ini semua mendatangkan fitnah kepada agama Islam itu sendiri- yakni Islam dikaitkan dengan segala kemudharatan dan musibah masyarakat. Islam juga dikaitkan dengan keganasan, pancung kepala, sula, honour killings, bom sini dan bom sana.
Bentuk2 kezaliman dan keganasan ini mendatangkan fitnah kepada agama kita sedangkan Islam itu agama selamat dan kasihkan umat.
Dalam keadaan dan persekitaran yang demikian, adakah ianya langkah bijak untuk melaksanakan hukum hudud?
Saya sebagai orang awam, yang cuba menghidupkan Islam dalam kehidupan harian setakat termampu, bertanya, priority kita atau keutamaan kita – adakah ianya melaksanakan hukum hudud?
Saya tahu ada hujjah memakai prinsip fiqh aulawiyyat dalam hal ini; saya memilih untuk merumus aspirasi orang awam yang bejantung, berdenyut dan bernadi itu. Apa yang mereka mahu dari hidup ini? Apa yang orang Islam awam mahukan?
Orang awam Melayu Islam mahukan kehidupan yang makmur- ada perumahan,ada pendapatan, anak2 berpelajaran, ada kerja, ada maruah, ada masjid dan surau. Dapat berpuasa, beribadat dengan aman, takde orang kacau agama Islam, dapat dengar tazkirah, dapat puasa, dapat naik haji. Ada system kehakiman dan keadilan- mereka tak serabut fikiran pun memikir system kehakiman apa yang kita pakai. Asal sahaja system itu mendatangkan yang maaruf dan menjauhkan mungkar.
Saya tahu orang PAS tidak suka dengar ini- orang awam tak rasa tidak apply hudud, mengurangkan Islam mereka. Jadi mengapalah PAS meletakkan ini sebagai perkara yang terpenting?
Sekarang ini kita orang Islam pun hidup dengan beberapa hukum syariah yang ditadbir oleh mahkmah syariah dalam setiap negeri. Syariat Islam sudah ada, dan amalan agama Islam dalam negara kita, saya rasa memadai dengan level kesedaran beragama negara kita. Saya tidak fikir kalau kita tangguh hukum hudud, Islam kita, aqidah kita akan goyang.
Saya rasa tidak guna dan pointless berdebat dengan PAS mengenai konsep hudud itu sendiri. Mereka pun mahir dalam perkara ini – saya tidak akan gunakan hujjah- oh ini hudud PAS maka kita tak sokong. Saya percaya PAS mempromosikan hudud Allah itulah jua dan saya tidak terimalah tuduhan mengatakan PAS pandai2 buat undang2 sendiri. Perkara agama ini, bukan kita boleh main2.
Soalan yang kita tujukan kepada PAS hanyalah adakah melaksanakan hukum hudud ketika ini, dengan keadaan masyarakat Islam begini rupa, akan further the cause of Islam atau menambahkan fitnah keatas Islam?
Saya rasa tugas dan keutamaan kita yang paling hadapan ialah menghilangkan fitnah keatas agama Isam sebagai agama orang miskin, negara miskin, negara mundur, negara ganas, negara buta huruf, negara paling berpenyakit.
Dalam keadaan yang meragukan, kita mohon pada Allah, (bukan daripada PAS), kita mohon tangguh dahulu perlaksanaan hudud. Orang awam sudah puas jika boleh melaksanakan syariat Islam, boleh sembahyang dengan tenteram, boleh buat masjid dan surau, boleh berpuasa, bayar zakat, menjalankan rukun Islam dan rukum iman, boleh belajar agama, berada dalam aman damai.
Orang Melayu yang beragama Islam hendak juga menikmati kekayaan, pendapatan yang lebih tinggi, kesihatan yang lebih baik, perumahan yang lebih baik, dan sebagai nya. Selepas perkara2 ini, sebagai orang Islam, kita semua mahu selamatkan Islam dari pelbagai fitnah.
Saya rasa kita mesti mengutamakan perkara2 lain. Sebab itu saya rasa bill yang mahu dibentangkan oleh Haji Hadi bukan masanya. Oleh yang demikian, elok saya nyatakan seawal ini, saya tidak akan menyokong bill Haji Hadi. Kita tidak hendak bertelagah dengan orang Pas pasal hudud.
Kalau Nik Amar atau lain hendak lebih dari apa yang orang awam hendak- kita tak sekat meraka. Solusinya simple- dapat kuasa melalui proses demokrasi, bentuk negara Islam, bangunkan keadilan Islam dan laksanalah hudud setelah itu.Untuk menjayakan agenda itu, PAS mesti menyertai permufakatan mengnyahkan BN dari Putrajaya. - Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz@sakmongkol ak47
cheers.
No comments:
Post a Comment